Thursday, 7 February 2013

PUTING TETEK 3 PLHIV LELAKI TERMASUK SAYA BENGKAK

Beberapa minggu lalu saya menerima pertanyaan dari seorang rakan lelaki PLHIV melalui facebook bertanyakan soalan mengenai bengkak ketulan diputing tetek beliau,


PLHIV PERTAMA,

Salam Abang,

Alhamdulillah saya pun rasa kesihatan saya cam ok. Cuma tadi saya ada tanya pada doktor (bukan doktor pakar berkaitan HIV/AIDS, doktor ganti), yang saya baru perasan ada ketulan belakang puting tetek saya. 

Agak risau jugak, sebab arwah mak saya dulu mengidap kanser payudara. Pastu doktor check tadi katanya just ketulan lemak. Hmm.. saya agak tidak puas hati jugak dengan jawapan itu, tapi apakan daya saya terpaksa akur dengan jawapan doktor itu. Katanya jangan terlampau fikir negatif.. Hmmm.. Saya ambil "MC" terus, ni aje peluang nak dapat cuti.. Hihi..

Tula.. Saya ada search kat internet.. Hmm simpton-simpton tu macam ada pada saya sekarang. Sebab benjolan tu betul-betul dibelakang puting. Nak cerita kat famili pun tak beberapa berani lagi. Hmm..... agak terganggu jugak emosi dalam seminggu ni dengan masalah ni. Hmm.. Cuba tak nak fikir, tapi bila saya sendirian mesti terfikir balik.

Saya membalas minta agar PLHIV PERTAMA berjumpa doktor klinik luar (saya pasti mereka akan merujuk kepada yang pakar), kerana kalau bertanya doktor bukan pakar yang mengambil alih tugas doktor pakar HIV/AIDS pasti mereka akan menjawab sambil lewa sahaja (tak serius). Untuk pengetahuan semua doktor pakar HIV/AIDS di Hospital disini ialah Doktor Ker Hong Bee, bila dia tiada mungkin sibuk maka tugasnya diganti dengan doktor yang bukan pakar dalam hal berkaitan HIV/AIDS disini.


Salam abang, 

Saya dah pergi klinik Greentown (klinik untuk pesakit luar) petang rabu lepas, saya dah beritahu doktor pasal hal tu, dia ada tanya saya, saya ada makan ubat apa-apa ke sekarng, saya cakap tidak ada, saya sebolehnya tak nak beritahu keadaan saya (yaang telah menelan HAART). So doktor tu keluar surat dan suruh saya refer ke pakar bahagian COPD dengan segera. Dan pada hari khamis saya pergi jumpa pakardi COPD tu. 

Nasib baik pagi itu saya terserempak dengan kak Ton (nurse yang mengendali pesakit HIV/AIDS), terus saya beritahu dia keadaan saya sekarang. Tapi kak Ton cakap, maybe sebab saya makan stocrin, itu yang kadang-kadang ada kesan pada puting tetek. Hmmm.. risau la.. tapi kak Ton suruh pergi dulu jumpa pada pakar, and than kak Ton suruh beritahu doktor ubat apa yang saya makan sekarang. 

Nampak gayanya saya kena berterus terang la.. hmm.. saya kena datang isnin ni plak, appoitment dengan pakar tu.. hmm permulaan tahun yang sangat di uji.. saya harap saya kuat dan kekal sabar, doakan saya yerk.

Hmm tula.. tapi memang saya risau sangat ni.. Setakat ni kat benjolan tu tak ada pulak rasa sakit, cuma rasa tidak selesa je.. Hmm tak mengapa lah, saya ikhtiar apa yang termampu, selebihnya saya serah pada Allah. Saya redha jika ini bahagian yang saaya dapat. Apa pun saya harap saya kuat untuk teruskan pemeriksaan ni, doakan saya sentiasa sabar k.


Salam abang, 

Tadi saya dah pergi jumpa doktor kat COPD. Hmm katanya infection kat bahagian payudara. hmm bunyi cam lawak aje kan.. haha, dia suruh saya makan antibiotik dulu, lagi 2 minggu datang balik. harap-harap tidak ada apa-apa. Agak lega dengar daripada doktor tadi, tapi tulah, tunggu kesan antibiotik ni dulu, hmm.. ubat lagi.

Saya tak bagitau pun, kalau boleh simpan, sebolehnya simpan (rahsia status PLHIV). Lagi pun dia (doktor COPD) tak ada tanya lebih-lebih pun.. kejap sahaja jumpe nya. Pastu terus saya pergi jumpa kak Ton, bagi tahu yang saya kena makan antibiotik tu. Kak Ton kata makan aje dulu, saya ada beritahu kak Ton yang saya tak bagi tahu status HIV saya pada doktor tu, Kak Ton kata tak mengapa.

Kalau mcm saja-saja tekan bahagian tu memang tak sakit, tapi bila tiba-tiba tak sengaja macam meniarap tergesel kat lantai rasa jugak ngilu tu. Saya pun ikutkan tak ada lah bengkak besar pun, kalau tengok kat cermin memang tak nampak pun macam tak nampak ketulan tu. Tula saya mula perasan ketulan tu bila saya belek-belek macam ada jerawat kat sekitar puting. 

And time tu baru saya perasan macam ada ketulan dibelakang puting tu. Hmm saya pun harap-harap ianya berlaku akibat kesan ubat tu jugak. Sebab kak Ton ada bagi tahu macam tu hari tu. Hmm tapi tak tau la kalau dia hanya nak menyedapkan saya sahaja. 

Huhu.. Saya cuma risau sebab arwah mak saya dulu kanser payudara. Hmm kanser ini kan kadang-kadang sebab keturunan. Risau saya kalau pun terkena. Hmm harap dijauhkanlah.


Salam abang, 

Saya dah jumpa doktor tadi, doktor lain pulak yang handle,  huhu.. hmm saya still tak bagi tahu status HIV saya. And than saya kena appoitment untuk "ultrasound" pulak pada 00 Feb nanti. hmm.... harap dari situ dapat tahu segala-galanya,  doakn saya k.

Doktor stopkan dulu antibiotik. Lepas dapat result ultrasound tu baru doktor buat tindakan lanjut. Tadi lepas dapat appoitment untuk ultrasound tu, terus saya pergi jumpa kak Ton, tanya pendapat patut ke saya bagi tahu status HIV saya pada doktor. Kak Ton cakap tak perlu la lagi, tengok dulu apa result ultrasound tu dulu. Hmm lega jkeap rasanya.. Huhu..

Tadi siap boleh gurau-gurau dengan kak Ton, kak Naza dan kak Wati. Dia orang usik saya tanya dah beso mana tetek tu. Kita orang gelak bukan main kuat lagi.. Haha....


Percaya atau tidak selepas PLHIV PERTAMA mengadu masalah bengkak puting teteknya kepada saya beberapa hari kemudian saya juga mula perasan yang saya juga mengalami bengkak dibahagian puting tetek, ada dua bengkak kecil bahagian dalam tepi tetek tersebut, saya mula perasan bila menyentuhnya ketika mandi menyabun dibahagian tersebut. Saya anggap ianya mungkin berpunca kesan dari Stocrin yang saya telan.

Dua area bengkak kecil, sakit bila ditekan yang sudah saya alami lebih daripada 2 minggu sehingga hari ini

Beberapa hari kemudian saya menerima pertanyaan dari seorang lagi PLHIV KEDUA yang bertanyakan masalah yang hampir sama iaitu bengkak yang dialaminya dibahagian puting tetek beliau;


PLHIV KEDUA

Abang,

Tetek belah kiri saya macam membengkak nak dekat sebulan lebih dah, sekarang saya makan Stocrin, Stavudin dan Lambivudin. Kalau ditekan or tersentuh kadang-kadang sakit, kena tukar ubat ker?

Saya balas kepada PLHIV KEDUA bercerita tentang masaalah yang dialami PLHIV PERTAMA dan bengkak apabila ditekan sakit itu juga saya sendiri alami hari ini, saya nasihatkan PLHIV KEDUA agar jumpa bertanya kepada doktor yang merawat beliau, dan dijawabnya "malas"...Tapi dia berjanji akan bertanya kepada doktor pakar yang merawat apabila berjumpa dengan doktor beliau dalam bulan ini (tidak lama lagi)



Hari ini 7 January 2013, saya ke hospital membawa mak saudara menjalani rawatan dan saya mengambil peluang berjumpa, mencelah mengikut pintu belakang bilik rawatan dan bertanya sendiri dengan doktor pakar Ker Hong Bee yang ketika itu sibuk dengan perjumpaannya (temujanji) dengan PLHIV lain (rawatan PLHIV disini setiap Rabu dan Khamis).  

Alhamdulillah dia ada di bilik rawatan sedang bercakap melalui talipon dengan seseorang, saya berdiri menunggu dan apabila dia selesai meletakkan genggaman talipon, saya segera bertanya tentang masaalah saya;


Saya : Saya Naj Mi, nak tanya sekejap sahaja, kat bahagian ini (saya tunjuk kearah puting tetek kiri saya) ada bengkak, dua bengkak kecil didalam macam jerawat besar didalam, kalau ditekan rasa sakit.
 
Doktor Ker : Kena tahu makan ubat apa.

Saya : Stocrin dan Tenvir EM

Saya diarah duduk dan menyelak t-shirt ke atas dan doktor Ker duduk mengadap saya dan memeriksa. Sambil jarinya menekan bahagian bengkak didada saya itu.

Doktor Ker : Sebelah sahaja ke? 

Saya : (saya mengangguk) sebelah sahaja.

Doktor Ker : Dah berapa lama?

Saya : Lebih kurang dua minggu.

Doktor Ker : Ini mungkin sebab Stocrin, kadang-kadang kesan boleh berlaku bengkak macam ni, biasanya bengkak kalau ditekan tak sakit.

Saya : Tapi saya takut kanser (saya teringat kisah PLHIV PERTAMA), saya ada baca kalau kanser tekan tak sakit.

Doktor Ker kemudian ada sebut tentang kelenjar urat puting susu yang boleh menyebabkan kanser dikalangan wanita. Saya tak faham nak ulas tentang itu disini.

Doktor Ker : Kita kena check lah dulu, dalam dua minggu ini makan panadol ada makan panadol? tengok ada bengkak lagi atau tak, kalau masih bengkak nanti kita buat surat pergi ke pakar bedah, ambil sikit tisu dalam buat ujian.

Saya : Panadol? kalau Uphamol (650) boleh?

Doktor Ker : (Mengangguk tanda boleh)

Saya : Kalau tunggu bulan 4 masa temujanji saya nanti baru check sekali lagi ok?

Doktor Ker : Makan panadol dulu dalam dua minggu ni kalau ada sakit dan bengkak lagi talipon kak Ton, nanti Kak Ton akan tulis surat check kat pakar bedah, Kita kena check dulu, kalau ok (bengkak hilang) tak payah lah.

Saya : (terbayang sakit kena toreh nak diambil tisu nanti heeee) Kalau buat ultra sound?

Doktor Ker : Ultrasound tak tepat.

Saya : Hmmm...

Doktor Ker : Nanti dua minggu kalau sakit lagi call Kak Ton, kita buat surat.


Saya tahu Doktor Ker sibuk dengan temujanji dengan PLHIV yang lain, kemudian saya terus mengucapkan terima kasih dan beredar dari bilik rawatan tersebut. Apa yang akan berlaku dua minggu akan datang, wallahuallam. Mudah-mudahan bengkak yang hampir sama yang dialami oleh PLHIV PERTAMA dan PLHIV KEDUA dan saya ini adalah disebabkan Stocrin.


KANSER PAYU DARA LELAKI (Klik disini)

 

18 comments:

  1. Najmi, mudah-mudahan segalanya dipermudahkan, fikirkan yang positive, makan dulu ubat dan tenhok kesannya, mungkin side effect stocrin. Ambil rehat yang cukup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      Sekiranya saya seorang yang mengalami maybe takut lah jugak, tapi ada dua PLHIV lain yang mengalami kesan yang sama (hampir sama), walau pun keadaan mereka saya tak pasti bagaimana bengkak tersebut, harap2 bengkak yang kami alami memang kesan daripada Stocrin......:)

      Delete
  2. Moga itu hanyalah kesan dr makan Stocrin ye..apa yg saya tahu...ubatan yg kita makan dlm jangkamasa yg lama berkemungkinan ada kesan sampingan...
    Harap Najmi kuatkan semangat..jangan sampai stress yer...Insyaalah moga di jauhkan dan moga dalam masa menunggu berjumpa doktor..harap Najmi banyakkan minum air zam-zam..doa semasa minum.minta Allah sembuhkan...ada hadis yg membenarkan kita berdoa semasa minum air zam-zam.minta lah segala hajat kita semasa minum air tu Najmi....Insyaallah
    Kasih sayang Allah Maha Luas kan....

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran jazillan

      Insyaallah tak da apa2, sebab sakit bengkak sudah lebih dua minggu, so risau jugakkan....insyaallah harap kesan akibat Stocrin....:) Alhamdulillh saya tak stress fikirkan tentang itu, saya hanya nak share pengalaman ketika bertanya kepada doktor dan share masaalah PLHIV lain....:)

      Delete
  3. Sempena mlm jumaat yang berkat ini.. saya doakan semua plhiv dipanjangkan umur.. sihat sentiasa dan tabah hadapi ujian Allah.. doakan result saya esok.. saya akan ke klinik.. sebelum pulang ke kampung untuk siapkan perkahwinan saya.. insyaallah.. kalau keputusannya.. mengecewakan.. insyaallah.. saya sudah sedia berhadapan dengan tunang saya.. mohon doa ya kawan2.. azman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azman,

      Terima kasih. Insyaallah mudah-mudahan segalanya berjalan lancar, segalanya dipermudahkan, harap Azman dapat menempuh dugaan mendatang ini dengan tabah. Saya doakan yang baik-baik, dan harap berlaku keajaiban kepada final result tersebut, harap saudara sentiasa tenang ketika menerima apa jua keputusan, tenang dan yakin ketika memberitahu tunang sekiranya result tidak menyebelahi saudara.

      Azman......
      (Kisah Azman didalam entry "DISAHKAN HIV POSITIF MENJELANG 2 BULAN LAGI TARIKH PERKAHWINAN"

      Delete
    2. Salam Azman,

      All the best. Amin. No matter what, Allah knows the best for you.

      MFZ

      Delete
    3. Azman, we pray for the best, whatever the result will be, we will pray for the best. Allah bless you and take care.

      Delete
  4. Insyaallah..kami semua mendoakan Azman...
    apa pun keputusan yg bakal awak hadapi..semuanya datang bersama hikmah Allah..

    Allah menguji kepada yang memang mampu dan kuat menghadapi segalanya...andainya positif...redha kan saja...dan andainya negetif..sujud syukur pada pemberian Nya..

    Akan ada yg terbaik disebalik ujian ini...

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

    Saya harap bengkakan pada bahagian puting buah dada kawan-kawan kita hanyalah bersifat sementara, kesan daripada pengambilan HAART. InsyaAllah dengan pantauan doktor dan cara hidup yang sihat, masalah ini dapat diatasi. Amin Ya Allah.

    Tidak dapat dinafikan pengambilan HAART sedikit sebanyak akan mengganggu aktiviti harian dan emosi pembawa HIV yang baru memulakan rawatan. Semangat yang kuat dan sokongan daripada orang terdekat amat diperlukan ketika waktu tersebut.

    Kesan jangka pendek HAART akan hilang sedikit demi sedikit mengikut masa. Mungkin seminggu, dua minggu atau lebih. Ia banyak bergantung kepada sejauh mana semangat positif yang diterapkan sendiri oleh individu tersebut.

    Kesan jangka panjang pula akan timbul selepas beberapa tempoh. Untuk memastikan kesan jangka panjang tidak mengganggu sistem tubuh, cara hidup yang sihat dan pemantauan daripada doktor amat diperlukan. Pengambilan ubat secara berterusan memang mendedahkan risiko hati dan buah pinggang. Bukan sahaja ubatan HAART tapi ubatan yang lain juga.

    Jagalah kesihatan masing-masing. Positifkan minda kerana minda positif dapat membantu mengelakkan pelbagai penyakit. Dekati orang yang positif dan cuba jauhkan diri daripada mereka yang bersikap negatif.

    Setakat ini HAART adalah rawatan terbaik untuk pembawa HIV. Jika anda mempunyai CD4 yang tinggi walaupun anda HIV positive, itu mungkin boleh melewatkan pengambilan HAART. Tetapi kita juga masih perlu beringat CD4 yang tinggi tidak menggambarkan jumlah viral load yang ada dalam tubuh. Sebab itulah ada sesetengah HIV positive, yang mendapat tanda-tanda AIDS walaupun CD4nya masih tinggi. Apa pun, sama ada anda mengambil HAART atau tidak sentiasa tanamkan dalam minda anda "SAYA TIDAK SAKIT". Psikologi amat membantu seseorang. Minda mesti terbuka dan masukkan input positif sebanyak mungkin.

    P/S: Kesan jangka masa pendek HAART sudah hampir tiada pada diri saya. Alhmdulillah. Semoga saya kuat untuk menjaga tubuh dan minda saya dari mendapat kesan jangkamasa panjang. :)

    Jangan takut ambil HAART. Yes it has some effects BUT it obviously could save you from AIDS.

    Usaha. Doa. Tawakkal.

    Wallahua'lam.

    MFZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. MFZ

      Terima kasih dengan nasihat dan ingatan yang ditinggalkan disini......:)Semoga saudara dan kita semua kuat dan bijak menjaga tubuh badan serta minda masing2, insyaallah kita semua akan sihat dan dapat menikmati hidup yang panjang....:)

      Delete
    2. Naj Mi,

      Amin... Ya Rabbal A'lamin...

      MFZ

      Delete
  6. kalau macam Ryan nih cam ane abg? Ryan tak amek pon ubat HAART tuh. tetek Ryan bengkak sebelah. Sekarang dah ok dah.. tetibe kakak Ryan plak kena cancer. Ryan takot lah abg.. [sambil kedip2 kan mata]

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAPA RYAN

      Bengkak tetek Ryan maybe lah disebabkan ketidakstabilan hormon dalam badan atau yang lebih dikenali sebagai “GYNECOMASTIA”, check di entry “KESAN UBAT HIV AIDS LELAKI MILIKI PAYU DARA” ada sebut tentang “GYNECOMASTIA” ini. Kawan semasa sekolah abg pun pernah alami bengkak kedua belah tapi tak besar macam dlm entry tu, tapi memang perasan bengkaknya.

      Kesian kakak Ryan tu, buat segera rawatan ikut nasihat doktor insyaallah kalau cepat kanser kakak Ryan tu dpt dikawal. Abang doakan....

      Delete
  7. askum saudara Naj Mi,

    Saya ada mengalami bengkak seperti saudara alami. Saya mula gelisah sbb skrg dah masuk 3 mggu..apa keputusan selepas saudara mengamalkan pengambilan ubat panadol selama 2 mggu tu?

    Terima kasih,
    Khai

    ReplyDelete
  8. Khai

    WSaalam...Diatas entry ni ada dua orang rakan abg yang mengalami bengkak ki puting tetek mereka...abg dah dapat berita dari mereka berdua yang bengkak yang mereka alami sudah pun hilang. Kedua2 mereka menganggarkan mengalami bengkak tersebut selama 3 bulan.

    Abang juga ada alami bengkak yang sama, sudah berlarutan hampir 4 bulan tapi alhamdulillah pada ketika ini bengkak yang abg alami dah semakin kurang, bila ditekan masih ada rasa sedikit sakit tapi yang paasti bengkak yang abg alami dah kurang..insyaallah dg izin Nya akan sembuh lah nanti. Mungkin abag alami bengkak melebihi 4 bulan maybe sebab CD4 abg pada masa ini agak rendah sistem imun abg maybe tak kuat jika dibandingkan dua remaja PLHIV diatas. Mungkin sebab faktor umur abg yang dah tua jugak kut sebab tu lambat sembuh.

    Selain dari kami bertiga ada seorang lagi rakan PLHIV yang email abg beritahu dia juga alami bengkak di puting tetek, dia baru sahaja alami dan abg yakin insyaallah selepas 3 bulan insyaallah bengkak dia akan sembuh.

    Begitu juga dengan Khai...insyaallah maybe Khai akan alami bengkak tu selama lebih kurang 3 bulan kemudian akan sembuh. So Khai jangan risau, jalani hidup macam biasa jangan stress, makan ubat tepat pada waktu ya...

    Gejala bengkak ini maybe disebabkan pengambilan ubatan HAART tu....JANGAN RISAU....Bila dah sembuh bagi tahu abg ok....:)

    Untuk pengetahuna Khai abg tak amalkan makan panadol seperti yang disuruh doktor sebab makan banyak2 panadol nanti jadi lain puilak kan...Khai kena relex...tak yah makan panadol...kalau boleh tanya doktor insyaallah mereka akan bagi vitamen atau anti biotik...Kena rujuk pada doktor kalau Khai masih ragu2 ya

    ReplyDelete
  9. Naj Mi

    Saya pon risau jugak mkn panadol tu..saya dah jumpe doc, cme die bg ubat tahan sakit dan ubat bengkak je..klau mcm saudara ckp td, saya akan stop mkn panadol tu..risau gk mkn panadol setiap hari..saya rase sbb kolesterol saya tinggi kot, tu yang dpt penyakit cmni..lgpon kurg bersenam,asyik keje je...anyway tq yee saudara Naj Mi..ok saya akan bgtau jika dah sembuh nnt

    Khai

    ReplyDelete
  10. Khai

    Sama-sama Khai...usah risau sangat ya...insyaallah bengkak tu akan surut nanti......:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST