Friday, 15 February 2013

"NAR EKSISI" JUS BUAH DELIMA (POMEGRANATE)

Beberapa hari lalu seorang rakan telah menghadiahkan kepada saya 5 botol jus pekat pati buah delima "Gulsan - NAR EKSISI" untuk dicuba. Terima kasih banyak-banyak.

Tidak terlintas difikiran saya hendak mencuba jus delima atau mahu mencuba apa sahaja makanan atau minuman kesihatan lain buat masa ini kerana bimbang ianya boleh menganggu keberkesanan ubatan HAART yang saya telan buat masa ini. 



Tetapi sebaik jus delima ini sampai ditangan saya dan setelah saya belek-belek botol jus ini serta "google" mencari sedikit maklumat tentang keluaran product ini dan teringat pula kisah seorang rakan PLHIV yang masih tinggi kiraan CD4nya dan beliau masih belum lagi memulakan HAART hingga kini kerana dikatakan dia mengamalkan minum jus delima (keluaran mana saya tidak pasti) dan menjadi pengedar, akhirnya saya mengambil keputusan untuk mencuba minum dan insyaallah akan menghabiskan 5 botol jus yang diberi ini sedikit demi sedikit. 

Seperti yang diarahkan perlu diminum sesudu diwaktu pagi sebelum makan dan sesudu diwaktu malam sebelum tidur. Boleh diminum terus atau dibancuh dengan segelas air.

For 1 Yuan (about $0.14), you could get a glass of freshly pressed pomegranate juice at the night market in Kashgar, China. Delicious and refreshing. 

Saya pernah minum beberapa kali jus delima disini (seperti photo diatas) tapi seingat saya segelas jus perahan ini saya dikenakan dengan bayaran 5 yuan atau RM2.48 (maaf kalau silap) maybe kerana saya orang luar sebab itu saya dikenakan bayaran yang lebih tinggi. 

Tetapi sekadar perbandingan harga segelas perahan jus delima masih rendah harganya di Kashgar, jumlah yang hampir menyamai separuh lebih isi kandung didalam botol jus "NAR EKSISI" (yang dijual disini antara RM18 - RM25)

Perbezaan pati delima dalam "NAR EKSISI" keluaran Turki ini adalah ianya pekat dan tidak kelihatan merah jika dibandingkan dengan fresh jus delima yang banyak dijual dipinggir jalan di Kashgar yang sedikit cair, terasa masam-masam manis serta warna kemerah-merahan seperti darah. 

Di Malaysia harga 3 biji buah delima import yang dibeli mak saudara saya (mengikut harga timbangan) lebih kurang RM10.


Jika digoogle memang banyak dipaparkan tentang khasiat buah delima yang diuar-uarkan untuk menarik orang ramai membeli, antara yang saya kira menarik buat non-PLHIV diluar sana ialah ianya dikatakan boleh MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE - Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0 (wallahuallam)

Buah delima juga dikatakan mampu menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit.


TAHUKAH ANDA ?


Mengikut sejarah, buah delima secara tradisionalnya melambangkan kesuburan. Buah delima telah ditanam di Mesir sebelum zaman Nabi Musa. Ia telah ditemui di Lembah Indus pada zaman awal dan terdapat perkataan Sanskrit untuk delima.
  
Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)
 

Maksudnya : "Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.

Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. 


Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah ke California.

Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.

  

Antara Khasiat Buah Delima ialah:

Melawan penyakit gout
Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
Merawat ‘sinus’
Meningkatkan tenaga
Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
Menormalkan fungsi hati
Menstabilkan peredaran darah
Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
Mencuci darah kotor
Antioksida yang tinggi
Menstabilkan paras kolesterol
Mencegah penyakit jantung
Mencegah penyakit barah
Merangsang tenaga batin


Lagi kisah buah delima klik disini "BUAH DELIMA ATAU POMEGRANATE"

 

16 comments:

  1. alahh...takda sape nak derma saya jus buah delima..hehe..Abg Najmi, nanti cerita taw kesan minum jus ni..nak juga tahu harganya hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walnut

      Insyaallah nanti tengok macam mana, nak kesan kesannya tu buka mudah (pada pendapat saya lah), nanti saya cuba kesan kut2 ada perubahan baik....insyaallah...:)

      Delete
  2. Alhamdulillah...Walnut nak juga cuba yer..minta abg Najmi bagi kan email saya..nanti saya cuba tolong dapatkan bekalan dgn harga yg kurang dari harga asal...jika Walnut sudi lah..
    sy memang nak tolong sahabat2 yg lain..tak amik untung tau..niat utk kebaikan bersama jer...
    Insyaallah...:)

    ReplyDelete
  3. mak saya tanam buah delima asyik tak buleh hasil asal berbuah ada yang mengambil hihi kat Malaysia tanam delima isinya tidak merah tapi sekadar pink

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous One

      Ha ah saya pun ada nampak delima warna pink cam tu...tak merah..

      Delete
  4. Ao teringat baca komen Zed yang mengatakan dia tidak tahu bagaimana nak berubah ermm AO tak boleh bantu tapi AO rasa ustaz Hanafiah yang di tv9 tu banyak bantu golongan gay kembali ke pangkal jalan. Ustaz tersebut ada modul untuk pekara-pekara begini kalau pernah tengok tv9 usrah ustaz tersebut ada dengan bekas mak nyah erin kot.... mungkin boleh bantu zed bagaimana nak berubah ...wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AO

      Zed dalam entry "BAKAL SUAMI BIMBANG PUNYA NALURI SONGSANG" maybe boleh berubah jika dia ada kesungguhan dan benar2 mahu berubah seperti Erin. Ubah maksudnya dapat mengawal diri, untuk hilangkan naluri tu saya rasa memang tak boleh. Insyaallah saya percaya Zed mampu mengawal diri sebab dia ada kesungguhan dan kemahuan mencuba untuk mengawal diri dari terus terlajak dengan naluri ini.

      Delete
    2. naj mi salah baca ni hihi saya kata kalau Zed tidak tahu bagaimana nak berubah Zed boleh berhubung dengan ustaz Hanafiah. ustaz tersebut ada modul bagaimana nak berubah, saya yakin setiap orang boleh berubah dan mengawal cuma mungkin ada orang yang perlu di tunjukkan jalan oleh orang berpengalaman terlebih dahulu..wallahualam.

      bukan usrah tapi semanis kurma sebenarnya program dgn erin tu

      Delete
    3. Anonymous One

      Ok saya faham, tapi tak tahu lah sama ada Zed mahu berhubung dengan Ustaz Hanfiah tu, insyaallah nanti saya email beritahu Zed, tindakan seterusnya terpulang kepada Zed....:)

      Delete
  5. Tadi ada org cerita pasal juice MONAVIE dan G3.. Ada sesiapa pernah dengar juice ni? Is it ok with HAART?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZeroFive

      Ya....kena google lah cari info, kalau ada sesiapa yang mengamal jus itu dan dirasakan baik, bolehlah share pengalaman disini kan....Saya tak pernah dengar jus tu...

      Delete
  6. http://www.monavie.com/products/health-juices

    hi najmi & sume...
    link atas tu pasal jus monavie...
    mcm2 la khasiat nye...ada y utk lutut la, dll...
    produk nye agak mahal la...
    mbr opis ni ada try makan hari tu utk lutut...memula makan ok...berkesan sungguh, mbr tu lgsg tak sakit la lutut nye...
    xlama pas tu dia cirit birit, smpi demam...
    mungkin kesan nye berbeza la ikut org...
    kne check kandungan nye dlu...
    risau ada efek dgn ubat2 y kena mkn kan...
    ^_^ have a nice day

    ReplyDelete
    Replies
    1. TamanRaudhah

      Terima kasih, ya saya pun rasa lain orang akan mengalami kesan berbeza, tapi risau jugak bila terdapat banyak product2 kat luar sana yang kata sangat berkesan sembuhkan sesuatu penyakit tu, takut ada bahan sampingan lain yang berbahaya dicampur.

      Nurse di hospital saya nasihat jangan ambil product "****GA" sebab ada PLHIV yang bila dah amalkan product tu CD4 dia menurun. Dan saya juga dapat tahu tentang kesan samping yang tak beberapa bagus dr product itu berlaku pada satu keluarga kenalan kakak saya, semua dpt sakit lain sejak amalkan product tu.

      Ya saya setuju tak semua org sesuai dg sesuatu product yang dijual banyak diluar sana kan, lagi satu kalau kita amalkan sesuatu product tu makan ikut peraturan yang telah diberi, jangan disebabkan kita nak cepat baik atau cepat sihat maka kita makan "overdose", makan berlebihan sesuatu product tu pun boleh beri kesan samping tak baik jugak kan.

      Sebaiknya tanya doc kalau kita nak amalkan sesuatu product tu, itu yang lebih baik

      Wallahuallam

      Delete
  7. Boleh beli melalui saya. Promosi RM10/sebotol hingga hujung April 2014. Email saya : wak_yeh@hotmail.com

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Walau entry ni dh lama, tp nak gak share pengalaman. Untuk makluman sy wanita PLHIV yang sedang dalam rawatan HAART (Combivir+Stocrin).
    Sekarang mengandung 37minggu.

    Sy start consume pati delima jenama Burcu sejak kandungan masuk 7bulan.

    Alhamdulillah, memang ada perubahan bila minum pati delima ni..

    Badan rasa segar, kulit bertambah elok, kencing manis dan tekanan darah di tahap normal, malah cd4 juga semakin meningkat. Apa yang paling saya suka bila mengamalkan pati delima ini adalah setakat hari ini Alhamdulillah sy tidak mengalami kaki bengkak dan tidak mengalami kekejangan otot di bahagian betis sepertimana yang biasa di alami oleh wanita mengandung.

    Saya akan bersalin secara pembedahan pada 21/11/2014 ni nanti, semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.

    Ikhlas,

    Aisyah (bukan nama sebenar)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aisyah

      Alhamdulillah pati buah delima itu serasi dengan aisyah...Saya doakan aisyah terus diberi kekuatan kesihatan yang baik dan selamat melahirkan baby yang sihat nanti. AMIN3

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST