Monday, 25 February 2013

LAGI PENGALAMAN MEMALUKAN "ANONYMOUS" KETIKA HENDAK BUAT UJIAN HIV

Kisah ini saya hanya copy dan paste dari komen seorang pembaca di dalam entry "14 FAKTA PENTING HIV/AIDS"


Thanks bro

Pagi nanti saya pergi buat rapid test lagi, nanti saya update keputusan kat sini. Saya risau sangat ni, rasa pening-pening dan tidak boleh tidur. Dulu  semasa saya umur 20 tahun, vagina saya ada keluar lelehan hijau berbau busuk dan gatal, apabila digaru saya rasa terbakar terutama bila basuh dengan air. 

Saya tidak ada makan antibiotik atau apa-apa pun, cuma lepas tu dia hilang dengan sendirinya. Saya ada penyakit kelamin ke? Malu nak check kat hospital, sebab dia orang tanya macam-macam. Saya pernah pergi buat pap smear dulu, tapi doktor tu tanya macam-macam dan nurse tu pandang saya macam nak ditelannya saya. Terus tak jadi, sebabnya saya belum kahwin dan saya mengaku pernah main.

Bro,

Pagi tadi saya pergi klinik kerajaan untuk test rapid tu, pergi kaunter ada 2 orang staff, seorang lelaki, seorang nurse perempuan, saya cakap kat lelaki tu, "Saya nak buat ujian HIV tanpa nama", tiba-tiba macam "harooom" nurse perempuan tu jawab, "Ada ke test hiv tanpa nama?" 

Dengan kuat sekali suara dia sampai satu klinik boleh dengar, maka terdiam sekejap makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang tengah tunggu giliran atas kerusi tu. 

Malu gila bro! mana nak letak muka ni, masa tu rasa nak tampar+maki+sepak ajer nurse mulut cabul tu, tak profesional langsung.  

Lepas tu yang lelaki jaga kaunter tu kata "eh ade la, kenapa tak ada test tanpa nama pulak". Saya rasa terhina sungguh, bila paling aje dari kaunter makcik-makcik dan pakcik-pakcik tu tengok semacam aje. Stigma pertama dah dapat. 

Pas tu terus dia panggil masuk bilik MA tu dan beri penerangan sikit, masa tu malas nak mengadu lagi tapi hati ni membuak-buak (marah). 

Selepas test, ok alhamdulillah keputusan negatif, syukur kehadrat ilahi, lepas tu saya terus mengadu la pasal nurse yang sangat tidak profesional tu, tak kan dia tak tahu kot ada ujian tanpa nama, hangin tul la.  

Lain kali saya akan pergi buat test kat klinik swasta untuk tidak memalukan diri saya dengan hebat kali kedua, cukuplah kali pertama dah kena, baik pergi swasta aje, habis ratus pun tak mengapa lah asalkan tak  malu, nanti saya update keputusan ye..mungkin saya pergi test minggu depan.


Anonymous
Sun, Feb 17, 2013 at 1:06 PM 


Kisah ini hampir sama seperti kisah didalam entry "KO ADA HIV YA? KO MAIN DENGAN SIAPA KATA-KATA CELUPAR SEORANG NURSE" tapi macam selalu saya kata tidak semua nurse berperangai seperti itu yang gelagat mereka bodoh sombong. Tak susah dan tak luak kalau mereka layan aje dengan hormat baik dan bertimbang rasa, kenapa nak bersikap agak kurang ajar bila menyentuh tentang hal berkaitan pesakit yang hendak menjalani ujian HIV.

Berlainan pula dengan kisah pengalaman didalam entry "GELISAH REMAJA BISEKSUAL UNTUK JALANI UJIAN DARAH HIV" klik disini. Kisah email yang saya terima dari seorang remaja lelaki yang meluahkan rasa bimbang, takut untuk (sebelum) menjalani ujian HIV kerana menyangka dirinya sangat berisiko dijangkiti HIV. 


16 comments:

  1. Ya tanpa menafikan golongan ini banyak di Malaysia dan dunia. Sabarlah.

    ermm lelehan hijau di vagina mungkin di sebabkan tidak menjaga kebersihan yang menyebabkan jangkitan biasanya candidiasis. Candidiasis bukan di sebabkan hubungan kelamin sahaja... selalunya di sebabkan masalah kebersihan, kencing manis , tua , kekeringan dan sebagainya. wallahualam.

    Boleh buat ujian STDs kat makmal bp lab rasanya.

    ReplyDelete
  2. apa kata sesiapa yg nak buat ujian macam ni datang dgn memakai 'mask' muka yg orang pakai masa virus H1N1 dulu.. sbb tak la obvious sangat sbb kat hospital kan..so kalu jadi apa2 xla malu sangat sbb orang xkenal..kalu nak extreme lagi cuba try pakai purdah (bagi wanita) ..kita berusaha , tuhan tentukan - AytPLU

    ReplyDelete
  3. Ermm rasanya perkataan stigma itu dah salah guna, cuba cari maksud perkataan stigma. tq wallahualam.

    yang kedua saya rasa bila pergi buat ujian sebegini cuba sehabis mungkin menghikis apa yang akan berlaku.. jangan fikir bagaimana reaksi mereka.. mungkin kadang kala kita boleh salah tafsir reaksi mereka.. tanpa saya menafikan judmental itu masih tinggi di kalangan masyarakat kita.seterusnya ketahui hak-hak anda..pap smear biasanya memang kalau elum kahwin tu jarang orang buat tapi buatlah untuk tengok bagaimana tahap kesihatan anda..

    Saya tidak tahu bagaimana prosedur melakukan pap smear sebab saya pun tak pernah buat.

    wallahualam sekadar berkongsi.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous One

      Saya pun ada nasihat Anonymous diatas supaya buat ujian STD, harap dia berani buat ujian tu dimana yang dia rasa sesuai...kalau tak di Klinik Kerajaan buat aje di Klinik swasta, yang penting kalau ada penyakit insyaallah boleh dirawat secepat mungkin kan...:) Bagus untuk diri dia juga.

      Delete
  4. Assalam saudara Najmi kos buat ujian STD brape eh?
    #student bajet low

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Saya tak pasti budget ujian STD ni, tapi rasanya kalau di Hospital Kerajaan murah sangat-sangat2, berapa ringgit ajer, rasanya lah...

      Delete
  5. pap smear ujian utk test desease pda servik,vagina,ovary dn kawasan2 nyerr......spekulum akan dimasukkan dalam vagina dan sample pda pangkal servik akan diambil (bila spekulum open,satu alat mcm putik kapas akan dicalitkn pda pangkal servik dan sampel tuu akan dproses d lab)........pap smear khusus utk wanita yg berkahwin shj dan tidak dgalakkan utk remaja dan gadis kerana dibimbangi akan merosakkan selaput dara(hymen)........nak tau lebih lnjut,bleh refer ke pakar sakit puan..... tq......

    ReplyDelete
  6. Slm, Pada yg rasa nak buat ujian tu,buat je,malu tu jangan layan perasaan sangat,klu neg blh senyum,klu positif blh buat rawatan sebelum cd4 dah menjunam,blm terlambat dan msh blm senyum juga.sakit dah menjelma waktu tu bkn diri ja malu malah blh melibatkan insan disekeliling kita.ini tggjwb terutama yg berkeluarga.klu nak cerita tentang malu mmg majoriti insan odha bnyk yg pemalu.ini pandangan peribadi je.klu nak cerita tntg perasaan odha lbh sentimental.adakala senyum,ktw,tiba2 sedih,itu normal sebagai hamba yg redha.contohilah warriors kita terutama ahp dll.wlu dah sakit,bdn dah lesu,tanpa malu berani berjuang untuk komuniti.jadi yg nak bt ujian teruskan.kita ada komuniti dan ada insan yg menyayangi disekeliling kita.Tq

    ReplyDelete
  7. haha.. mmg lah..aku pon kalau pegi klinik tumpang makmal nak amik cd4.. dorang mmg cakap kuat2..tanya aku ,ko sakit apa????? aku rasa nak tumbok mak cik tuh..bila aku bagi letter referance ntok represent diagnosis aku ntok tumpang makmal,dia kata tak paham BI..apa ker bangang sangat nih.. =_='' .. tapi tuh lah..kadang2 aku malas nak pegi amik cd4 pon ada.bukannya.. orang kesihatan sndri yang tak ada adab..haha.. btw,visit my blog k... a lot of heplful information to make people release in there.. blogger just walking around..hehhe..take ur time to read my page..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semarak positiv

      Melalui seorang kawan saya sudah pun ke blog awak tapi betul kena ambil masa untuk dibaca dan difahami, saya pernah dengar bila ada orang memperkatakan seperti apa yang awak kata diblog awak, tapi saya tak ambil kisah tentang pekara itu, insyaallah saya akan baca, akan ambil masa untuk membacanya nanti, keyakinan saya tentang pekara itu belum pasti apa tindakan yang akan saya ambil juga belum pasti tetapi alhamdulillah ianya sesuatu info yang menarik untuk kita semua fikirkan.

      Delete
  8. Terima kasih semarak positif dgn info yg dikongsi kan bersama tu...saya juga perlu ambil masa utk membaca dan memahaminya...saya dapat melalui Najmi...
    Alhamdulillah...saya yakin bahawa sesuatu penyakit yang di turunkan Allah itu..pasti ia datang sekali bersama penawarnya..dan sudah pasti segala penawar itu mesti terdapat di dalam Quran...
    moga Allah memberi petunjuk dan bantuanNya..Amin

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  9. assalam..saya nk brkongsi di sni..maaf, saya trpaksa brterus terang, saya ibu tunggal dan telah pun brtunang..tapi kami telah pun terlanjur selama 3 bulan ini..kami akan berkahwin pada bulan depan, baru2 ni kami buat ujian hiv..tunang saya disahkan negatif ujian tersebut..tapi saya punya result positif utk kali pertama dan kali kedua rapid test..saya rasa macam nk pengsan, luluh bila trjadi keadaan begini..saya dinasihatkn utk buat ujian ELISA..saya tak tau ape kisah silam bekas suami saya dulu..tapi yang menghairankan saya, saya telah terlanjur bersama tunang selama 3 bulan, tapi keputusan ujian hiv dia negatif..ape yang merungsingkan saya adalah kenapa saya positif, sedangkan dia negatif...saya tak pernah berhubungan seks mana2 lelaki selain tunang saya..saya jadi bingung ...pada diri saya tiada sebarang simptom2 hiv spt yg tertera...

    ReplyDelete
  10. Salam Anonymous,

    Ada kala ujian HIV boleh berlaku kesilapan, saya saran kan agar tunang jalani lagi ujian HIV. Puan menyatakan yang puan seorang ibu tunggal, tidak mustahil jangkitan pada puan telah berlaku melalui suami terdahulu, cuma simptom yang HIV tidak berlaku pada diri puan dulu atau maybe puan tidak perasan simptom2 tersebut dulu.

    HIV hanya boleh berjangkit melalui beberapa cara utama, seks tanpa pelindungan dg seorang positif HIV, pemindahan darah (cucuk jarum) dan melalui susu ibu kepada bayi.

    Tiada cara lain, sekiranya puan sah positif HIV pasti telah dijangkiti melalui cara2 tersebut. Jika masih was2 tanya pandangan doktor tentang pekara ini...

    Atau jalani lagi ujian HIV 3bulan selepas ujian pertama..sekiranya masih positif puan kena menerima hakikat yang puan telah dijangkiti melalui cara yang puan tidak sedari dulu...

    Wallahuallam.

    ReplyDelete
  11. Bro2 sekalian,
    nih semarak positive nih,, malas nak log in. the thing is if u can understand all the facts in the blog, it does help u to carry on this life as usual.. sbb benda nih generate minda kita untuk pikir positive and the fact is very usefull. nih berdasarkan fakta dan bukti2. saya dapat banyak maklumat nih dari luar, dari pakar2 luar yang email saya secara personal sbb saya go on research on this. it takes time to make this blog tapi akhirnya this blog ada semua jawapan yang semua orang cari. It just sama ada nak percaya atau tak. kalau rasa kurang keyakinan, boleh bukak bukti2 yang saya sertakan. This is not based on my logical judgement, it is medical fact yang mesti difahami. Try to take time to see it. u will be suprised.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST