Thursday, 21 February 2013

3 KISAH PENGALAMAN DI "TUTTTTT" OLEH TABLIGH SONGSANG

Ada 3 pembaca telah meninggalkan komen didalam ruang komen didalam entry "DILIWAT SEORANG TABLIGH DILUAR RUANG MASJID" mengenai kisah "gelap" rakan mereka yang telah dicabul, diliwat dan diperkosa oleh golongan yang luarannya sahaja nampak alim (harapkan kopiah sahaja putih) tetapi perangai buruk seperti syaitan.


Kawan saya (masa tu umur dia 10 tahun) juga pernah diliwat oleh tabligh yang kerjanya mengimamkan solat di surau. Benda tuh berlaku kat kawan saya Najmi. Saya nak tahu juga macam mana dia boleh jadi songsangkan. Dia citer semuanya bermula apabila dia diliwat oleh lelaki tabligh yang menjadi imam di surau kampung dia. Dia kata kat saya, dia benci tengok lelaki tersebut kerana sikap hipokrit yang ditunjukkan. 

Misalnya, lelaki tabligh tersebut akan menangis teresak-esak setiap kali lepas solat seolah-olahnya menyesali apa yang dia lakukan. Tetapi tangisan itu bohong semata-semata kerana dia akan ulangi perkara tersebut terhadap kawan saya. Kawan saya kata, lama-kelamaan dia rasa ketagih untuk melakukan perkara tersebut. 

Bayangkan Najmi, kesan perbuatan lelaki tabligh tersebut ke atas seorang kanak-kanak. Kesannya sampai sekarang. Kawan saya terpaksa melalui kehidupan yang sangat sukar sebagai seorang suami dan berdepan dengan tohmahan masyarakat kalau perkara tersebut terdedah.  

Anonymous



Photo hiasan abdwafi90.blogspot.com
Betul Najmi, kawan saya (lelaki lembut) bercerita ketika beliau mengaji al-quran di Majid Negeri Pulau Pinang 30 tahun yang lalu, ustaz yang mengajar mengaji meminta beliau memegang kemaluan ustaz tersebut. 

Cuba bayangkan, dalam masjid tuh. Yer laa..kalau dia citer pun ada ke orang nak percaya. Orang akan kata tak kanlah seorang ustaz sanggup buat macam tuh. Ramai jer orang yang berlakon alim pakai songkok putih di kepala tetapi hati seperti syaitan. 

Saya rasa Najmi pun mungkin terbaca, bilamana seorang lelaki yang berusian 50an dan sudah berkeluarga dan memakai kopiah putih dilihat sering keluar masuk sauna yang dipenuhi lelaki songsang di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Kalau kita cakap kat orang tak mungkin orang percaya kan. 

Anonymous




Kisah sedih ini diceritakan oleh seorang kawan saya semasa kami masih bersekolah. Kawan saya ni seorang budak perempuan yang cukup taat kepada ibubapanya. 


Dia selalu disuruh untuk menyediakan makanan keapda abangnya yang kuat belajar agama dan sangat alim, kononnya lah. Apabila ibubapanya keluar berniaga, setiap kali ibubapanya tinggalkan dia, tiapkali itu juga abangnya yang berjubah serban mencabul kehormatannya. Mula-mula dia berjaya menepis dan lari turun ke bawah rumah tetapi lama-kelamaan abangnya semakin ganas dan mengugut akan mencederakan dia jika dia melawan. 

Saban malam dia didatangi abangnya yang masuk ke dalam kelambunya untuk memperkosanya. Dia apa daya (tak berdaya melawan), dia hanya berseorangan ketika itu, apabila dia menceritakan apa yang telah berlaku kepada kami (4 kawan rapat), saya tidak sanggup lagi untuk memandang dia kerana bimbang dia lebih malu.

Kami ingin membantu tapi dia tidak mahu kami memberitahu sesiapa ataupun laporkan kepada pihak berkuasa kerana takut ibubapanya tidak akan percayanya kerana abangnya cukup pandai berlakon alim. Sehingga kini dah lepas 30 tahun, terngiang-ngiang soalan yang dia tanya kepada saya, ada lagi kah lelaki yang ingin berkahwin dengannya kelak? 

Bila saya mendengar soalan dia, saya menjadi takut kerana membayangkan apa yang dia fikirkan!! Tidak lama selepas kami semua tamat belajar, saya dengar dia membawa diri ke luar negeri entah ke mana...sedih kerana sebagai rakan, saya tidak mampu menolong dia yang sangat kesedihan.

mat tumpul 


Komen saya tentang pekara ini ada didalam entry "DILIWAT SEORANG TABLIGH DILUAR RUANG MASJID"

28 comments:

  1. Salam Najmi.. membaca kisah2 sebegini membuat KA cukup risau memikirkan anak2 !.... Moga dijauhkan lah dari semua ini n moga semua anak2 kecil juga di bawah lindungan ALlah swt sentiasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. W Salam Kesuma Angsana

      Sebaik sahaja saya publish entry ini, saya menerima lagi pengakuan seorang rakan melalui facebook memberitahu pengalaman beliau semasa kecil hampir sama seperti mana kejadian diatas, saya percaya ramai diluar sana yang pernah mengalami peristiwa dicabul ketika kecil cuma mereka tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian tersebut, menyimpan sehingga dewasa, dikalangan mereka ada yang berubah menjadi sonsaang atau bisexual. Jika tiada pengakuan maka kita tak akan tahu tentang pekara ini.

      Delete
  2. hehe.... saya sampai sekarang masih dingorat oleh seorang Guru Besar......

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... tp mak Muzammil ckp.. eh, asal ko ngan GB tu selalu baik.. GB tu suke ko ke> sebab GB tu x kahwin smpai skrang.. BTW, mak Muzammil x tahu yg Muzammil ni gay. huhu....

      Delete
  3. Ermmmm ada banyak pekara berbeza sebenarnya.. pertama definasi alim dan soleh itu sudah di salah tafsir oleh masyarakat akibatnya kita semua sekarang telah menyebabkan terjadinya dua golongan. Terpisahnya golongan ulama dan masyrakat biasa akibat perbezaan yang mula di salah fahamkan.

    Alim dan soleh tidak bergantung kepada pemakaian semata-mata, selain itu bagaimana agama itu di terapakan juga harus di pandang.

    Dewasa kini kita banyak mentafsir alim itu melalui pakaian dan ibu bapa banyak nak senang dalam mendidik anak-anak dengan hanya menghantar ke sekolah agama, akibatnya al-quran dapat di hafal tapi tidak di serap ke dalam jiwa.

    tambah lagi kata penceramah agama yang sering saya dengar, dia kata alim dan soleh ini bukan milik orang yang belajar agama, tok iman mahupun tok bilal. Penceramah tersebut menyatakan orang soleh ini hanya Allah tahu bagaimana solehnya seseorang dengan Allah dan bagaimana dekatnya jiwa orang soleh dengan Allah tidak bergantung pada title ustaz ataupun ustazah. Penceramah tersebut menambah dia mungkin orang yang terkenal dan mengajar agama tapi lebih banyak orang soleh di luar sana tanpa memakai gelaran ustaz ataupun ustazah.

    Seorang Tabligh biasanya akan keluar berdakwah selama banyak hari ada dengar sampai 44 hari, ini kemungkinan menyebabkan mereka inginkan sentuhan seorang isteri tapi tak dapat.. beginilah islam dalam menyantuni fitrah seorang manusia..Allah tahu manusia biasa fitrahnya berkahwin dan bersama isterinya.

    Saya rasa kalau tabligh tu bawa isteri bersama mungkin hal ini tidak terjadi.. tapi susah untuk keluar berdakwah sambil bawa isteri dan anak-anak. wallahualam.

    Sepekara lagi.. manusia itu mulia.. sebaik-baik ciptaan tetapi manusia akan hina di sebabkan 3 pekara. Antaranya ialah terlampau mengikut sifat mazmumah di dalam diri. Sifat mazmumah ialah kelemahan di dalam diri kita contohnya ada orang mazmumah dia makan.. asyik nak makan pantang jumpa makanan. Ada orang shoping, menabur fitnah dan sebagainya.

    Orang yang beragama ini juga manusia biasa dan punya kelemahan.. jadi kadang kala mereka ni tak mampu nak kawal kelemahan mereka dan jadilah pekara-pekara begini.

    Kedua tentang hipokrit bila solat menangis, saya rasa itu lebih baik kita serahkan saja pada Allah boleh jadi dia betul-betul menangis dengan hati yang penuh kehambaan tapi dia juga bersifat lemah dan mudah kembali ke tabiat buruk asalnya.

    Jika di uji sebegini eloklah buat laporan polis dan pedulikan pandangan masyarakat, kenapa nak perlu takut orang tidak pecaya hanya kerana mereka berpakaian yang mencermin kan diri mereka sebegitu? keadilan itu harus di tegakkan dengan adil, sekiranya di tentang cukuplah mengetahui Allah ada bersama kita dan suatu hari nanti kebenaran akan muncul jua..

    wallahualam..

    moga sabar dan tabah selalu buat semua.. moga kita dapat mengikis judmental di dalam diri kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous One

      Terima kasih dengan pandangan dan nasihat yang diberi.....

      Ya, betul jalan terbaik ialah buat laporan kepada polis saya setuju tetapi semua keputusan terletak dibahu mangsa (orang yang memikul beban akibat kejadian yang mereka hadapi), kita tak pasti apa yang mereka fikirkan setelah dicabul mahupun diliwat, sepekara lagi kiranya kejadian diliwat berlaku keatas kanak2 kecil, jika mereka berani dan tidak takut dg ugutan dr pencabul sudah tentu mereka akan mengadu kepada mak ayah, tapi sekiranya kanak2 ni takut pasti kejadian yang menimpa terus menjadi rahsia selamanya.

      Sukar kita hendak menelah perasaan mangsa selepas kejadian, pada pandangan saya kes seperti ini banyak yang terus menjadi rahsia, wallahuallam......:)

      Delete
    2. Entahla naj mi tapi saya betul2 berharap mereka melaporkan kpd polis untuk kita menghindarkan pekara ini dr terus berlaku lebih teruk kelak..

      Kat sini pentingnya hak mereka di lindungi, keiaban kesemua pihak di lindungi, tanpa saya menafikan yang mana Malaysia masih lemah dengan etika-etika ini berbanding di negara barat.

      moga dengan satu tindakan yang kita ambil boleh merubah ke arah lebih baik Insyallah.

      tanpa saya menafikan mereka ada trauma dan perasaan sendiri..

      Delete
  4. Anonymous one,

    Orang yang mengatakan tabligh tersebut hipokrit apabila lepas solat menangis2 adalah kanak2 (kini telah dewasa) yang telah diliwat dan dicabul berkali2 oleh tabgligh tersebut. Saya rasa kita tidak ada hak untuk menafikan penilaian yang dibuat oleh kanak2 tersebut kerana apa yang beliau lalui selama ini hanya beliau dan Allah sahaja yang tahu. Bagi saya pula, memang ada orang memakai pakaian agama semata2 untuk menutup kelemahan dan nafsu jahat yang ada dalam diri mereka yang akhirnya mencemarkan imej kumpulan yang mereka ikut. Oleh itu, bagi saya mereka ini adalah golongan yang hipokrit dan tabligh yang pernah meliwat kawan saya termasuk dalam definisi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahualam bro, saya tidak mahu menilai orang yang mana akhirnya sia-sia ..penilaian Allah jualah kelak yang di ambil kira. Saya tidak katakan penilaian dia tidak betul tapi saya katakan kita serahkan kepada Allah sahaja.

      Bagi kawan awak yang membesar dengan trauma saya nasihatkan maafkan orang tersebut kemudian berusaha untuk diri sendiri, mungkin ujian ini ada hikmahnya buat orang-orang sebegini di sisi Allah taala.

      Saya pernah kata setiap amalan yang kita buat mungkin sama tapi berbeza pahala yang Allah sediakan.

      Seorang lelaki gay yang berusaha untuk hidup normal dengan sepenuh hati walaupun berperang mungkin ganjaranya lebih lagi dari lelaki normal yang mengikut fitrah.

      Saya suka melihat sesuatu isu dengan lebih luas yang mana tidak kita menilai satu isu dengan pandangan mata kita sendiri.

      Saya mungkin tidak memahami trauma2 yang di lalui oleh kawan-kawan sewaktu kecil sehingga membentuk peribadi yang lain dari manusia normal tapi apa yang saya boleh katakan marilah kita sama-sama berusaha ke arah kebaikkan dan jalan di redhai Allah. Untuk terus menyalahkan masa silam boleh tapi pastikan terus bangkit.

      Saya tidak menafikan ada golongan munafik di dalam agama tapi siapa kita nak tentukan itu bukanlah kerja kita. Mungkin tabligh tersebut termasuk tapi bukan kita penentunya wallahualam.

      Delete
  5. AO, saya hormati pandangan saudara. Saya ingin bertanya, mengapakah Allah swt melalui lidah Nabi Muhammad saw menjelaskan kepada kita semua bagaimana untuk mengenal ciri-ciri orang yang munafik? Apakah pentingnya kita tahu ciri-ciri orang munafik seperti disebutkan oleh rasullulah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saudara/i saya rasa tujuan Allah bagitahu ciri-ciri munafik adalah untuk kita menilai diri kita sendiri.. mungkin betul kata saudara/i saya mengundurkan diri dari perbalahan ini. lagipun saya tidak berada di situasi kawan saudara..


      tq wallahualam...

      Delete
    2. Masalahnya lelaki tabligh tersebut mengimamkan orang di surau. Dia tahu halal haram apatah lagi hukum orang yang meliwat. Jangan lah berselindung di sebalik jubah dan serban untuk melakukan perkara mungkar.

      Delete
    3. Satu lagi Anonymous one, saudara/i kena tahu bezakan antara 'judging' dengan bercakap berdasarkan bukti. Misalnya, kalau kita pergi ke shopping mall dan kita lihat perempuan yang tidak menutup aurat dan berpakaian menjolok mata, dan kita kata oh..perempuan ni mesti perempuan jahat. Itu namanya 'judging' dan kita tiada hak menilai hanya sekadar meilat cara orang itu berpakaian. Kita tak kenal pun perempuan tersebut. Dalam kes lelaki tabligh yang diceritakan di atas, ada bukti sahih dan mangsanya (kanak2 10 tahun) buat pengakuan yang beliau pernah diliwat oleh lelaki tersebut. Ini namanya jenayah dan beliau perlu dihukum. Tiada makna Allah turunkan hukumnya kalau kita manusia tidak ikut akan hukum tersebut. Walaupun beliau telah melakukan jenayah liwat tetapi tak kan kita nak kata, oh jangan kata apa2 kepada lelaki tersebut tak baik. Itu namanya subahat.

      Delete
    4. saya tak kata tabligh tu betul.. cuma saya kata kita serahkan urusan dia menangis tu kpd Allah. Allah faham kenapa manusia berbuat dosa dan sering bagi peluang kpd manusia selagi mana dia bertaubat walaupun dia berkali-kali terjerumus ke dalam dosa apabila dia tergelincir kembali melakukan dosa Allah terima ..jika dia sentiasa bertaubat.

      Allah faham sifat manusia yang sering tergelincir.. inilah yang saya maksudkan dari awal..boleh jadi ketika dia bertaubat dia betul2 bertaubat tapi dia lemah dan kalah kpd godaan kembali balik melakukan dosa.

      tentang judmental itu lain saudara/i.. kalau awak perasan saya siap suruh laporkan kepada polis ..walaupun saya tahu benda tu susah, banyak dugaan yang mahu dia lalui selepas melaporkan kepada polis seperti perasaan anak kecil, perasaan ibu bapanya, nak kena siasat, naik turun mahkamah dan sebagainya..

      budak itu pun sebenarnya apabila di perlakukan begini harus di beri kaunseling sebab bukan mudah... banyak dan susah perjuangan dia ..

      dan dosa tabligh tersebut dengan kawan awak tidak terampun selagi mana dia tidak meminta ampun kepada kawan awak..

      kat sini awak ada nampak beza tak point saya berbanding point awak yang menggunakan kenaifan budak sepuluh tahun? saya tak kata budak tu bohong tapi ada beza bila kita menilai orang ... dengan menjalankan hukum... hukum di beri pada pesalah tapi dosa antara manusia dengan tuhan bukan kerja kita.



      wallahualam..

      Delete
    5. AO, awak sepatutnya simpati dengan mangsa dan bukannya dengan pemangsa. Ini tidak, awak bersungguh2 membela lelaki tabligh yang telah meliwat seorang kanak2 yang lemah. Berapa ramai kanak2/wanita yang lemah telah menjadi mangsa golongan yang mempergunakan agama untuk menutup kelemahan/kebuasan nafsu mereka? Bagi kaunseling? hrmmm..saya rasa awak kena lebih banyak membaca lagi la. Cuba lihat banyak kajian yang dibuat di US bagaimana para pengkaji menemui cara 'sexual predator' grooming kanak2 supaya merasakan apa yang dilakukan ke atas mereka bukan sesuatu yang salah malah 'sexual predator' ini memanipulasi minda kanak2 yang naive supaya rasa apa yang dilakukan ke atas mereka adalah tanda kasih/sayang beliau terhadap kanak2 tersebut.

      Delete
    6. saya tak tahu yang saya tidak simpati terhadap mangsa. Saya juga tak tahu yang saya membela tabligh tersebut. Jika saya membela tabligh tersebut maafkan saya kerana saya, jika di lihat point saya sebetulnya saya cuma cakap jangan cakap orang hipokrit jika dia menangis di depan tuhan sebab kita tidak tahu hal yang sebenar ( yang berlaku di hatinya ketika dia menangis)

      Saya juga tidak menafikan budak tersebut di liwat bahkan saya juga mengatakan saya mahu yang terlibat ini melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut walaupun saya tahu hal ini susah.

      Saya dari awal sebolehnya komen secara keseluruhan tapi awak hanya nampak point ttg hipokrit dan menyerang saya walaupun berkali-kali saya katakan yang saya katakan saya tidak mahu menilai hal dia menangis, berbeza dengan hal dia meliwat. hal dia meliwat telah nyata lagi salah. meliwat itu harus di hukum.

      Saya harap awak faham point saya dan berhenti menuduh saya tidak kasihankan mangsa.

      buat mangsa saya tak reti nak bantu melainkan saya boleh cakap maafkan dan terus berusaha menjalani hidup yang sukar ini.

      Saya tidak sebijak awak untuk menggunakan perkataan yang saya langsung tidak tahu tapi saya tahu di dunia ni kita melakukan pelbagai kesalahan dan Allah itu maha pengampun.

      itu saja .. saya tak kata yang tabligh tu betul.. kerana dia seorang imam..

      fahami point saya betul2 sebelum menuduh saya.

      maafkan saya najmi.. tak seharusnya saya komen dari awal... sebab menimbulkan salah faham.. yang mana akhirnya mungkin boleh memberi kesan kepada orang yang terlibat.

      Delete
    7. Anonymous One,

      Tak mengapa dan tak perlu AO nak minta maaf pulak, saya sememangnya tak nak mencelah komen antara AO dan Anonymous diatas kerana saya anggap itu antara AO berdua sahaja.

      AO jangan fikir bukan-bukan pulak disebabkan hal ini, masing-masing punya cara tersendiri ketika memberi komen berkaitan entry diatas.

      Anonymous diatas hanya menjelaskan sesuatu yang difikirkannya betul dan AO juga sudah pun menjawab serta menjelaskan sebaik mungkin, so biarkan lah hal ini berlalu sahaja ya.....:)....:).....:)

      Delete
    8. Hipokrit yang digunakan di atas adalah kata2 yang diungkapkan oleh oleh kanak2 yang diliwat oleh lelaki tabligh tersebut dan saya nyatakan apa yang diungkapkan oleh kanak2 (sekarang ni dah dewasa) tersebut. Tuduhan hipokrit yang digunakan oleh kanak2 tersebut saya rasa ada munasabahnya dan saya rasa beliau berhak untuk berpandangan begitu kerana apa yang dilakukan oleh tabligh tersebut ke atas beliau tidak terungkap dengan kata2. Kesannya sampai sekarang (beliau pun dah berusian 46 tahun). Saya nak bertanya kepada AO, kalaulah AO berada di tempat kanak2 tersebut, melihat sandiwara yang dilakukan oleh lelaki tabligh tersebut..agaknyalah kan..apa pandangan AO terhadap lelaki tersebut?

      Delete
  6. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

    Selagi kita bernama manusia yang bukan Rasul yang maksum, kita tidak lari dari melakukan kesilapan.

    Siapa pun kita, cara pemakaian kita, cara percakapan kita, ilmu pengetahuan kita, harta benda dan pangkat kita, kerja kita dan sebagainya... Perkara-perkara ini tetap tidak mampu menjadi pelindung kita dari melakukan kesilapan untuk selama-lamanya.

    Orang yang dilihat alim dan beragama selalunya baik akhlaknya tetapi tidak semua.

    Orang dilihat jahil dan tidak berilmu selalunya kurang baik akhlaknya tetapi tidak semua.

    Apapun bersangka baik adalah yang terbaik.

    Jika ada perkara yang seperti Naj Mi kongsikan ambillah sebagai satu perkongsian. Yakinlah bahawa kebanyakan tabligh itu baik tetapi ada di antara mereka sama seperti manusia lain yang diberi ujian bernafsu songsang dan tidak boleh mengawalnya.

    Jangan letakkan sebarang stigma dan judmental kepada orang lain (sesuatu golongan atas khilaf segelintir daripada mereka) kerana kita sendiri sebagai PLHIV amat tidak selesa jika perkara ini diletakkan di bahu kita.

    Wallahua'lam.

    MFZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan gunakan agama untuk menutup kelemahan diri sendiri. Itu saja. Isu di sini bukannya isu judgemental..tapi isu yang diketengahkan adalah isu berkaitan orang yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi. Itu tidak betul dan perlu ditentang. Hal ini tiada kaitan dengan PLHIV. PLHIV bukannya penjenayah dan HIV bukannya jenayah tetapi orang yang merogol dan meliwat golongan yang lemah seperti kanak2 adalah penjenayah yang perlu dihukum. Allah dah bagi garis panduan yang jelas tentang hal ini. Beberapa minggu lepas, saya bersembang dengan kawan saya seorang perempuan dan kami ada berbincang tentang hal berkaitan golongan yang tahu tentang agama tetapi melakukan perkara terkutuk kepada mereka yang lemah seperti kanak2. Kawan saya kata, masa dia di sekolah rendah dahulu masa darjah enam seorang ustaz ni telah memanggil seorang budak lelaki ke hadapan kelas dan ustaz tersebut telah bertindak meraba budak lelaki tersebut. Peristiwa tersebut kekal dalam minda kawan saya sampai sekarang. Bayangkan, itu kesan kepada kanak2 yang melihat, bagaimana dengan budak lelaki yang diraba itu? Sudah tentu lagi teruk kesannya.

      Delete
    2. Perpatah melayu ada menyebut: a drop of indigo contaminates the whole cauldron of milk.

      Delete
    3. Saya nak bertanya saudara kan, kalau saudara memandu di jalan yang sunyi pada pukul 3 pagi, dan ada orang menahan kereta saudara. Adakah saudara akan memberhentikan kereta saudara? Boleh tak gunakan pendekatan bersangka baik yang saudara nytakan?

      Delete
    4. Assalamualaikum semua,

      Saya hanya memberi pandangan dan tidak mahu berhujah... Jika setuju, alhamdulillah. Jika tak setuju pun alhamdulillah. Kita diberi akal fikiran untuk menilai. Jika dirasakan elok, ikut. Jika tidak dirasakan elok, abaikan. :)

      Wallahua'lam.
      MFZ

      Delete
    5. Betul..saya setuju. Memang Allah bekalkan manusia dengan akal dan kita gunakan kapasiti akal yang kita ada untuk berfikir dan menilai sesuatu perkara. Dalam memilih kawan pun kita kena pandai menilai dan memilih jenis kawan yang kita hendak berdamping. Kalau berkawan dengan orang jahat sedikit sebanyak kita akan terikut dengan kejahatannya dan kalau kalau kita berkawan dengan orang yang selalu pergi masjid, kalau tak 5 kali sehari kita pergi ke masjid sekurang-kurangnya waktu zuhur kita dapat luangkan masa bersolat di masjid dengan kawan kita yang rajin ke masjid tuh. Jadi janganlah dok keluarkan ajaran yang mengatakan kita tidak boleh menilai manusia. Nabi Muhammad SAW mengajar kita untuk memilih kawan. Macam mana hendak memilih kawan kalau kita tidak menilai peribadi dan akhlak seseorang itu. Yang tidak boleh adalah, kita menjatuhkan hukuman kepada seseorang itu tanpa usul periksa. Misalnya, oh kau ni tak tutup aurat..sudah tentu kau akan dihumban dalam neraka di akhirat nanti. Tak boleh cakap mcm tu sebab dosa/pahala dan syurga/neraka adalah hak Allah. Dia akan berikan kepada sesiapa yang dia kehendaki. Tetapi seorang ayah/ibu/abang/kakak boleh nasihatkan anak/adik yang tidak menutup aurat dengan menggunakan kata2 yang keras (kalau cara diplomasi tak jalan) agar dia terbuka hati untuk menutup aurat. Dalam soal mendidik anak2 untuk solat pun sama. Nabi kata ajarlah anak kamu bersolat ketika berumur 7 tahun dan jika masih tidak bersolat ketika berumur 10 tahun maka rotanlah. Begitu juga dengan soal bersangka baik. Kena tengok keadaan dan situasinya. Agak2lah nak bersangka baik, kalau dah ada bukti jelas/sahih yang seseorang itu melakukan jenayah tak kan kita nak kata..oh jangan kata/ambil tidakan kepada orang itu kerana mungkin dia terpaksa lakukan/iman beliau tidak kuat. Kalau macam tuh tutuplah mahkamah kat dunia ni. Hukum yang Allah turunkan adalah untuk mendidik manusia dan menjaga kepentingan masyarakat yang lebih besar.

      Delete
    6. Saya suka kaitkan di sini dengan soal iman...jika nipis iman mereka akan terserlah dengan perbuatan yg melanggar hukum syarak...jika tebal iman yg ada di dlm diri...maka terserlah juga dengan segala tindakan dan niat yg kenal bahawa Allah itu mengetahui segalanya..mudah saja kan perbandingan dan penilaian yg telah di gariskan oleh Allah...
      terpulang kepada kita mengambil yg mana...

      sy tidak mahu memihak kepada mana-mana..golongan tabligh ke..golongan profesional ke..orang awam ke..jika iman di pupuk dan dijaga kerana mengharapkan rahmat dan bantuan Allah..maka pasti Allah juga akan membantu melindunginya dari terjerumus ke dlm noda...

      nak kata yg bagaimana...mangsa tetap menjadi mangsa selamanya..selagi tiada pembelaan yg adil..tetapi harus di ingat..pemangsa juga tidak akan lepas dari hukuman disana..walaupun tiada pengadilan yg di buat keatasnya...
      mudah kan..!! jangan disebabkan ini antara kita berselisih faham...
      wallahualam

      Delete
  7. Amat besar beza di antara tahu dan kenal. Tahu itu di akal, kenal itu di hati. Ramai orang tahu Allah itu Maha Melihat...tetapi sedikit sekali yang benar-benar kenal dengan sifat kesempurnaan Allah itu..
    begitu juga antara iman dan amalan...buat lah segala amalan tetapi jika tidak disertakan dengan iman..amalan itu boleh bertukar kepada sifat riak dan takabbur...
    kisah syaidina Khubaib sahabat Nabi yg menjadi tawanan perang kaum kafir Quraisy..walaupun pisau ada ditangan beliau dan seorang kanak2 Quraisy dtg mendekatinya...beliau tidak sekali2 menggunakan kanak2 itu utk menjadi tebusannya bagi menyelamatkan dan melepaskan diri..jika ikut pada fikiran logik kita..beliau boleh menggunakan kanak2 itu sebagai tebusan dan kemungkinan beliau di bebaskan kerana pasti golongan Quraisy tidak mahu kanak2 itu dibunuh...tetapi 'iman' yg subur di dlm hatinya..tidak membenarkan menzalimi sesama manusia...akhirnya beliau mati sbg tawanan golongan kafir itu...

    renungan dari kisah ini..hanya dengan iman lah segala kebathilan dapat di jauhi...nafsu dapat di tumbangkan...setiap diantara kita bukankah Allah datangkan ujian sebagai menguj setakat manakah letaknya tahap 'iman' di hati kita...?

    wallualam...sekadar perkongsian fikiran sesama kita...

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum , imam tu buat macam tu ? Please Stop Pekara Gay Ni Masuk Akal Ke Lelaki Kahwin Lelaki Memang x Masuk Akal So Jauhi dari lelaki gay this simple and jgn Layan This
    Is Nasihat Assalammualaikum

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST