Friday, 1 February 2013

KEINSAFAN PESAKIT (HIV/AIDS), KEPUASAN PEKERJA

TUGAS untuk mengurus dan menjaga pesakit HIV (Human Immunodeficiency Virus) mungkin membawa konotasi negatif bagi sesetengah pihak, namun tidak buat Mohamad Hafiz Aizad Mohd. Khairom, yang sanggup menghulur bakti kepada mereka.
HAFIZ turut membantu memandikan penghuni yang sudah uzur dan berkerusi roda.

Pada mulanya, Hafiz sekadar mengikut rakan yang bekerja di Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhwah dengan niat untuk membantu. Lama-kelamaan dia seronok melakukan tugas tersebut kerana dapat menolong insan yang memerlukan. Akhirnya, dia terus melahirkan hasrat untuk berkhidmat secara tetap di rumah perlindungan tersebut dan kini sudah setahun Hafiz bergelar kakitangan di sana.

Menurut pemuda berusia 25 tahun itu, ketika minggu pertama bekerja, hatinya asyik memikirkan tentang risiko jangkitan virus HIV yang dihidapi pesakit. Justeru, dia mengakui kebimbangan terhadap perkara itu menjejaskan sedikit tumpuan ketika bekerja.

“Untuk menyedapkan hati, saya mengambil inisiatif membuat penyelidikan di internet. Selain itu, saya juga rajin bertanya pada doktor dan jururawat serta mereka yang pernah terlibat dalam penjagaan pesakit HIV. Hasilnya, stigma buruk saya terhadap jangkitan virus HIV terus hilang. 

Cuma, pada awalnya keluarga tidak memberi galakan untuk bekerja di sini kerana risau dengan keselamatan diri. Selepas diterangkan secara terperinci, mereka dapat menerimanya namun meminta saya lebih berhati-hati dengan tugas yang dilakukan,” ujar Hafiz yang sebelum ini pernah bekerja dalam bidang katering dan pertanian fertigasi.

Antara tanggungjawab Hafiz termasuklah memandikan pesakit yang uzur, membersihkan luka-luka dan membawa pesakit ke hospital untuk mendapatkan rawatan mengikut tarikh temujanji.


Hilang semangat

Tambahnya, berdepan dengan pesakit yang sudah hilang semangat untuk hidup merupakan antara cabaran besar yang dihadapi. Ini kerana, mereka seolah-olah enggan meneruskan kehidupan dan berputus asa dengan nasib diri.

“Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan pesakit akan bersikap sambil lewa terhadap kesihatan diri seperti tidak mahu makan ubat, enggan mengikuti program motivasi yang diadakan dan bertindak mengasingkan diri. Jadi, kami perlu mencari jalan supaya mereka berfikiran positif meskipun sudah dijangkiti virus berbahaya itu termasuk menggunakan pendekatan psikologi,” terang Hafiz yang berasal dari Raub, Pahang.

Perkara itu diakui oleh Rohaya Mad Dan, 53, yang sudah tiga tahun bekerja di Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhwah. Katanya, pelbagai kerenah pesakit boleh dilihat terutama mereka yang sudah hilang arah hidup.

“Lantaran itu, mereka perlu dilayan baik dan dipujuk seperti anak atau saudara sendiri. Memang adakalanya perangai pesakit HIV ini boleh membuatkan kita geram, tetapi hakikatnya apabila berpeluang menjaga mereka ia mendatangkan keinsafan dalam diri. Ia juga membentuk kita agar sentiasa bermuhasabah untuk menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara,” tutur Rohaya yang sering menyertai badan bukan kerajaan (NGO) dalam kerja-kerja kebajikan seperti Rumah Perlindungan Wanita, Baitul Fiqh.

Bersara awal pada usia 30-an ketika bertugas di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Rohaya boleh dijadikan contoh buat ramai wanita. Kesanggupan menguruskan kehidupan pesakit HIV di rumah tersebut tidak harus dipandang remeh. Sebaliknya, wanita itu sudah dianggap seperti ibu oleh kebanyakan pesakit muda yang ditempatkan di rumah berkenaan. Jelas Rohaya, setiap hari dia akan membuat air, menyediakan sarapan, mengemas katil dan peralatan serta menyiapkan dos pengambilan ubat untuk pesakit HIV.

“Sebelum ini, saya memang tiada ilmu langsung tentang HIV, malah saya juga menganggap pesakit HIV sebagai berbahaya untuk didekati kerana takut berjangkit. Namun, apabila mengikuti kursus di hospital tentang kaedah penjagaan pesakit secara khusus, barulah saya celik mengenainya,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

SETIAP hari Rohaya perlu memastikan pesakit HIV mengambil ubat mengikut waktu yang ditetapkan.

Menyelusuri sejarah penubuhannya, Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhwah mula beroperasi pada bulan Mac 2009 di Puchong. Ia diasaskan oleh pendakwah muda, Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin dalam usaha menyelamatkan pesakit HIV Muslim yang ditempatkan di sebuah gereja di Batu Arang, Rawang, Selangor.

Pada awalnya, rumah ini hanya menjaga lapan hingga 10 pesakit namun jumlahnya semakin bertambah dari semasa ke semasa. Hingga kini sepanjang tiga tahun beroperasi, lebih 150 pesakit HIV telah mendapat perlindungan di Darul Ukhwah. Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhwah bernaung di bawah Yayasan Al-Ijabah, sebuah badan yang memberi tumpuan terhadap aktiviti kebajikan dalam masyarakat terutama anak-anak yatim.

Bagi Hafiz Farhan Mohd. Nor Izam, 18, yang baru menyertai keluarga Darul Ukhwah awal Januari lalu, niatnya adalah untuk mencari pengalaman di samping berbakti kepada mereka.
HAFIZ FARHAN menyuapkan makanan kepada seorang penghuni yang sudah hilang upaya.


“Sebelum ini saya sering mengikuti kuliah Ustaz Amin, jadi saya mahu menyelami kehidupan pesakit HIV dari dekat. Diharap dengan cara ini, ia mampu memberi kegembiraan kepada penghuni kerana masih ada insan yang sanggup membantu di saat mereka disisihkan masyarakat,” ungkap Hafiz Farhan penuh makna.

Dalam pada itu, sebaik selesai membentangkan sejadah, Ruslizam Md. Harun terus mengumandangkan azan menandakan masuknya waktu solat fardu Asar. Gemersik suara lelaki berusia 41 tahun itu pantas mengusik tangkai hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Alunan suara yang mendayu-dayu itu ternyata membangkitkan rasa insaf dalam diri sekali gus hampir terlupa bahawa dia merupakan salah seorang pesakit HIV. 

Di satu sudut lain, kelihatan beberapa pesakit yang mendiami Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhwah telah bersedia untuk menunaikan solat Asar secara berjemaah. Masing-masing lengkap memakai baju Melayu, berkain sarung dan kopiah di kepala. Namun, ada juga yang sekadar menyarung baju pagoda.


Ujian Allah

Usai mengerjakan solat, segelintir daripada mereka meneruskan aktiviti membaca al-Quran atau buku-buku bercorak keagamaan yang memenuhi rak di dalam rumah tersebut.

Situasi tenang dan mendamaikan itu ternyata memberi satu kepuasan yang sukar diungkap dengan kata-kata bagi Azman Khalid, 24, salah seorang kakitangan merangkap imam di rumah perlindungan tersebut.


Menurut Azman yang mula bekerja di Darul Ukhwah sejak Mac 2012, sewaktu kali pertama melihat penghuni rumah tersebut, perkara yang difikirkan ialah takut kenikmatan yang dimilikinya akan ditarik oleh Allah.

“Perasaan itulah yang memberi kekuatan kepada saya untuk membantu mereka yang diuji Allah dengan dugaan sedemikian. Bagi saya, pesakit HIV juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Sehubungan itu, dengan menjaga kebajikan mereka di rumah ini mungkin dapat membawa mereka kembali bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah,” luah Azman yang sanggup berhenti kerja sebagai juruteknik semata-mata untuk menguruskan pesakit HIV di Darul Ukhwah.

Tambah Azman, selain menjadi imam, dia turut mengajar pesakit mengaji mengikut kepandaian masing-masing. Apa yang membuatkan dia terharu adalah kesungguhan pesakit yang buta al-Quran. Ada yang sanggup belajar membaca Iqra’ seperti anak-anak kecil.

“Apabila melihat mereka benar-benar mahu mendalami agama yang selama ini ditinggalkan, hati terasa sebak. Mudah-mudahan Allah mengampuni segala dosa dan taubat mereka diterima,” tutur Azman.

Sumber : Kosmo Online


11 comments:

  1. terima kasih bro najmi berkongsi artikel ini, memang benar menjaga orang yang sakit besar ujiannya, namun nikmatnya juga tidak terkira. Pahala apatah lagi. Syukur ada insan2 mulia seperti mereka.Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MGDA

      Tidak ramai insan2 sihat diluar sana yang dibuka pintu hati mereka ingin membantu pesakit2 seperti inikan..mereka2 ini pun antara insan yang dipilih olehNya juga kan. Pasti ganjaran pahala yang besar buat insan2 seperti ini, semoga mereka2 ini dirahmati Allah sentiasa.

      Delete
  2. Najmi, jujur dari hati, saya akan hormat insan2 mulia ini dan sentiasa berdoa segala yang terbaik buat mereka.

    ReplyDelete
  3. bukan senang org biasa nak buat keje mcm ni
    ramai org pandang negatif
    semoga Allah membalas jasa baik mereka

    ReplyDelete
  4. Mak Wardah dan Irfa

    Mereka orang-orang yang terpilih oleh Allahkan, semoga Allah membalas jasa orang seperti mereka2 ini....:)

    ReplyDelete
  5. Salam...Najmi boleh berikan cara bagaimana jika saya ingin menjadi sukarelawan di tempat itu...?
    Terima kasih kerana telah lama saya berfikir untuk menjadi sukarelawan disini...
    Insyaallah

    ReplyDelete
  6. Anonymous

    Alhamdulillah kerana semangat anda yang ingin bekerja sukarela di Rumah Perlindungan HIV tersebut, saya tidak pasti bagaimana cara mudah nak jadi sukatrelawan di tempat tersebut.

    Nasihat saya saudara google nama Rumah Perlindungan Darul Ukhuwah tersebut, dapatkan no talipon kemudian hubungi Rumah Perlindungan tersebut. Insyaallah niat murni saudara diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT

    ReplyDelete
  7. Menitis airmata mmbacanya..khidupan sy pn blum tntu d masa akn dtg..

    ReplyDelete
  8. aNna sui deLima Qaseh Chin Ta

    Kehidupan kita semua belum tentu bagaimana...tapi kalau kita terlanjur kita masih boleh kembali kepangkal jalan...insyaallah Allah tetap menerima kita...

    ReplyDelete
  9. Saya baru saja d katakan menghidapi hiv+ve...saya tidak tahu apa yg hendak dilakukan..disebabkan perkara ini saya hilang semua ...3 kali terlanjur..ini yg terjadi kpd saya...mcm mana sya nak meneruskan kehidupan apabila bngun dr tidur fikiran trs memikirkan hal ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Jangan risau pekara sudah berlaku, adalah normal semua PLHIV yang baru disahkan ada HIV akan mengalami kerisauan, tertekan dan sama seperti saya dulu apabila bangun pagi terus fikir tentang HIV yang saya hadapi. Insyaallah masa akan menentukan yang saudara akan kembali bersemangat dan akan dapat menerima hakikat apa yang telah berlaku.

      Penting dapatkan rawatan susualan di hospital kerajaan yang terdekat, ikut nasihat doktor..nanti semuanya akan berjalan lancar..usah stress sebab kalau stress akan buat kesihatan awak terganggu..

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST