Friday, 8 February 2013

INSURANS DAN PINJAMAN PERIBADI ANTARA CABARAN YANG PERLU PLHIV HADAPI

Bila seseorang didapati positif HIV berbagai masaalah baru yang terpaksa mereka hadapi.

Saya tertarik untuk berkongsi beberapa komen pembaca yang ditinggalkan didalam entry “PERTAMA KALI MENDERMA DARAH, SHIELA DISAHKAN HIV POSITIF” mengenai beberapa cabaran yang perlu PLHIV terima dan hadapi dengan hati terbuka bersama minda yang positif serta menganggap ianya adalah dugaan cabaran yang Allah SWT turunkan pada diri mereka (PLHIV).

“Memang PLHIV tidak perlu risau selagi mereka berfikiran positif, terima dan redha dengan ketentuanNya, bukan menerima sahaja tetapi terpaksa bersedia menghadapi cabaran-cabaran baru”


Antara cabarannya adalah;

1. Stigma, judgmental dan diskriminasi orang-orang disekeliling (kemungkinan dari kalangan ahli keluarga, rakan sekerja malah dugaan ketika bertemu kakitangan perubatan ketika menerima rawatan)

2. Terpaksa mematuhi rawatan di hospital (korban masa dan komitmen bekerja)

3. Menghadapi masaalah komitmen di tempat kerja (Bila terpaksa pergi ke hospital dengan secara berkala, majikan pasti akan tertanya-tanya, kita ni sedang buat rawatan penyakit apa sebenarnya..?)

4. Mendispilinkan diri waktu menelan ubatan HAART (jika dah mula), disepanjang hayat kita.

5. Menghadapi kesan sampingan ubatan HAART (mual-mual, muntah, pening, mimpi basah hehehe… oppsss…takdelah mengalami mimpi ngeri dan sebagainya). Semua kesan ini memerlukan pengorbanan tenaga dan masa adakala terpaksa minta MC lagi, pastinya majikan akan bertanya kenapa MC perlu diambil berulang kali malah ada yang terpaksa mengambil MC berterusan sampai seminggu.

6. Mungkin akan dibuang kerja (bagi mana-mana institusi yang kena buat Medical report yang memerlukan ujian HIV )

7. Insurans decline, tidak cover (kalau kita sudah lama mencarum, kita terpaksa menanggung sedikit sebanyak kerugian).

8. Mungkin ada masaalah dikemudian hari jika kita ada membuat pembiayaan peribadi, kerana bagi orang  biasa (non-PLHIV) sekiranya mereka mati maka pihak insurans akan menanggung segala baki pinjaman dan pinjaman tidak perlu dibayar. Manakala sekiranya seorang PLHIV itu mati, pihak insurans tidak akan menanggung dan baki pinjaman kena terus bayar oleh waris, ini akan meyusahkan waris PLHIV tersebut.


Cabaran no 8 ini saya tidak mendalam lagi ianya perlukan lebih penyelidikan dan lain-lain lagi. Lain orang maka lain masalahnya, tepi ini antara pekara-pekara basic yang perlu PLHIV hadapi.


Sekian


Manakala komen lain, pembaca ini (saya rasa maybe saudara MFZ) telah menerangkan sedikit sebanyak apa yang beliau tahu berkaitan masaalah yang perlu PLHIV hadapi berkaitan insurans


Salam,

Kalau seseorang itu memegang status HIV+ve, dan sekiranya menghidap atau mendapat apa-apa penyakit maka pihak insurans tidak mahu menanggungnya (memandangkan PLHIV mudah terkena penyakit sebab system imun atau kekebalan tubuh badan mereka lemah). Ini apa yang saya tahu dan saya tanya lah....

Ada seorang rakan PLHIV yang hendak claim insurans kerana ketika itu dia jatuh sakit-sakit, CD4nya turun banyak (ketika itu dia tidak tahu dirinya ada HIV), then tidak lepas, medical report ada tulis "due HIV", so insurans decline.

Yang saya maksudkan ini adalah insurans hayat, yang cover kita dari penyakit-penyakit kritikal yang menyebabkan kita berkemungkinan masuk hospital.

Tetapi kalau selain HIV, insurans boleh cover, seperti contoh, kemalangan di tempat kerja, kemalangan jalan raya dan sebagainya.

Kesimpulannya apa-apa yang berkaitan kesihatan sebagai PLHIV, insurans tidak cover dan decline, sebab dalam medical report tulis "dot..dot..dot due HIV" atau "TIBI due HIV", misalnya, jadi pihak insurans decline.

Lainlah jika PLHIV itu boleh berkomproni dengan doktor minta supaya jangann tulis disebabkan HIV, tuliskan penyakitnya sahaja seperti contoh, "TIBI..." dan jangan ditulis "TIBI due of HIV .." 

Ini yang saya tahu, jika ada kesilapan, mohon maaf, tanyalah pendapat-pendapatlain pula.

Saya, sejak disahkan HIV sejak NOV 2012, cepat-cepat saya off saya punya insurans, emm..rugi lah jugak sikit.


Sekian




Dan baca pula pengalaman Chenta Saya 

Hmmmm… dilema Kak Shiela pasal insurans itu sama jugak seperti yang saya alami. Ketika saya didiagnoskankan HIV, saya belum lagi ambil insurans. Tetapi selepas 2 tahun, saya ambil insurans tanpa sedikit pun rasa ragu-ragu (tempoh lupa diri hehe). Saya siap buat part time menjual insurans lagi.

Selepas dalam 1 tahun saya terus stopkan insurans, reason: sudah tentu kerana insurans tidak akan cover sekiranya doktor menulis “Due to HIV”. But bila pikir balik, saya tidak sepatutnya stop menjadi agen insurans, kerana saya boleh cautim(selesaikan masaalah) dengan doktor dan berbincang bila hendak buat medical report tu. Nasi dah jadi bubur...

But bagi saya, if PLHIV yang masih ada insurans hayat, setakat nak admit hospital sbab dengue, patah kaki ke, accident ke itu tidak menjadi masalah. Cuma sekiranya sakit itu melarat sampai menyebabkan infection contohnya respiratory sudah tentu tidak boleh claim. 

Experienced: Saya admit hospital bulan 10 yang lalu, sebab high fever dan kena transfuse darah dalam 2 pint jugaklah dan on antibiotic. Ketika itu saya baru makan HAART dalam 3 bulan je. Doktor (yang prescribe ubat Haart ) cakap anaemia mungkin reaction dari ubatan HAART. Tapi diagnosis pada medical report just state : Secondry Anaemia . Syukur sebab tidak ada tulis due tu....”Due to HIV or HAART meds.

Dalam hati cakap, kalaulah masih ada insurans lagi, pasti saya boleh claim, sebab costnya lebih RM 3ribu jugak. Tapi mulut saya berkata: Alhamdulillah..... sebab masih diberikan peluang untuk terus hidup dan keluar hospital.  Tidak kisahlah kene bayar pun. ;-) 

Setelah kembali ke office, try my luck untuk submit medical report kat HR (nak claim). Sebab masa saya masuk keje dulu, tidak ada buat pun check-up for HIV status & memang ada peruntukan untuk admit hospital. HR manager tu boleh pulak pegi call hospital tu, dia nak tanya sakit apa budak ni sampai ribuan ringgit hendak di claim. Nasib baik diorang (operator kot, entah) cakap, P&C.

Kawan saya yang ada masa HR Manager tu call, terus informed saya by fon. Berlari lah saya ke HR dan withdraw semula borang claim tu sebelum dia pergi call doktor ke apa. 

Moral of the story: Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, hehe kalau takut orang tahu, jangan gatai-gatai pergi claim. Ubat HAART jangan missed! hehehe



Dan sedikit pandangan dan nasihat dari pembaca yang hanya mengenali diri sebagai MFZ 

Assalamualaikum, saya sudah baca polisi insurans saya.

1. Jika sakit disebabkan HIV/AIDS:
Manfaat rawatan akan dikecualikan.
Manfaat hospitalisasi akan dikecualikan.
Manfaat kematian akan dibayar.
Manfaat kemalangan akan dibayar.

2. Jika anda HIV Positive dan masih sihat:
Mulakan rawatan HAART secepat mungkin.
Anda akan dapat mengelakkan AIDS
Anda akan dapat mengelakkan penyakit disebabkan AIDS
Selalu berdoa anda tidak menghidapi penyakit berpunca daripada AIDS
Cuba berbincang dengan doktor yang merawat anda supaya tidak mendedahkan status HIV anda dalam medical report.
Kita bukan menipu insurans. Kita sudah lakukan yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Sakit itu pemberian Tuhan. Kita ada hak. Kita bayar pakai duit kita.

3. Jika insurans anda hampir tempoh matang:
Tunggu tempoh matang dan tamatkan pelaburan.  
Labur wang insurans ke dalam ASB.  
Berdoa supaya tidak sakit disebabkan AIDS

4. Apa yang penting, cuba tidak berfikir terlalu negatif. Jaga kesihatan.
Kita cuba yang terbaik untuk diri sendiri.
Last resort, see your insurance agent. Maybe she/he could do something if she/he is really good insurance agent.

Orang yang berjuang dan ingin memperbaiki hidup patut dibantu. Tapi kalau ODHA yang very negative dan taknak makan ubat, tak mahu berubah jadi lebih baik dan mendiskriminasi diri sendiri tu, saya no comment la... 

To all insurance agents who read this, please leave your message to reply the discussion we talking about What is the best practice for HIV positive like us? Stop our insurance immediately or continue?

MFZ klik sini



Apa kata Mak Wardah

Saya ingin memohon jasa baik pembaca blog ini yang terdiri dari insurance agents, bankers, MOH, MOE, KDN and related bodies, timbang semula standard of procedures & criterias bagi kemudahan pembelajaran, pinjaman, peningkatan kerjaya, kemudahan kehidupan dan kebajikan PLHIV setara dengan orang normal. 

Terbukti HIV bukan penyakit maut serta merta dan ianya sama dengan penyakit kronik lain malahan lebih baik keadaan pesakit dengan rawatan yang teratur. Human's right mereka mesti di fikirkan semula. 

Najmi, mengenai perkara seperti Insurance, kenaikan pangkat, kerahsiaan identiti minta buatkan entry dan saya akan bantu dapatkan maklumat sahih mengenai keadaan sebenar.


9 comments:

  1. setiap kesukaran itulah cabaran buat kita dan akan jadi kelebihan serta kekuatan buat kita.

    Insyallah akan ada jalan keluar..stay positive ya kawan-kawan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..moga Allah membalas segala kebaikan dan keperihatinan MW serta pandangan nasihat dari MFZ dapat membuat kita membuat perancangan dan langkah yg bijak berurusan dgn pihak yg berkenaan..Amin

    terima kasih semua sahabat...:)

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Naj Mi,

    Kita berkongsi dalam medium yang disediakan oleh Naj Mi. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat dari blog Naj Mi ini. Ribuan terima kasih buat Naj Mi. Blog ini sedikit sebanyak membantu kita semua menambahkan pengetahuan tentang HIV/AIDS.

    MFZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. MFZ

      Alhamdulillah..berkenaan insurans dan pinjaman peribadi, sekiranya ada insan yang terlibat secara langsung berkaitan insurans yang boleh menerangkan dengan lebih detail tentang apa yang sepatutnya PLHIV buat dan meninggalkaan komen dlm ruang ini satu hari nanti, insyaallah saya akan kembali war-warkan semula permasaalahan ini kepada semua nanti......:)

      Delete
    2. MFZ, tengah mencuba mencari satu jawapan solid dari pihak2 terbabit bagi memudahkan perjalanan hidup PLHIV, Doakan usaha najmi ini dipermudahkan Allah. Don't worry, In Shaa Allah, saya dan kawan2 saya akan cuba membantu anda semua. WNLYWA - We Never Let You Walk Alone is our slogan. Ya Allah permudahkan dan percepatkanlah usaha kami untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan membantu.

      Delete
    3. Assalamualaikum Mak Wardah,

      Saya sangat terharu dengan usaha Mak Wardah dan kawan-kawan. Semoga Allah memberikan ganjaran manfaat yang tidak terhingga untuk Mak Wardah dan rakan-rakan. InsyaAllah dipermudahkan. Semoga Allah memberkati kita semua. Amin

      MFZ

      Delete
  4. halo juga
    Aku Mrs Louis Joan Direktur Managing ( MD ) dari Louis Joan Pinjaman Rumah Limited , kami adalah perusahaan yang terdaftar , meminjamkan uang kepada orang-orang yang membutuhkan bantuan keuangan mendesak, dan mereka yang telah ditolak kredit dari bank karena nilai kredit yang rendah , pinjaman usaha , pinjaman pendidikan , kredit mobil , kredit rumah , kredit perusahaan dan banyak lagi, atau Anda ingin membayar utang atau biaya , atau Anda telah scammed sebelumnya oleh pemberi pinjaman uang palsu ? Selamat Anda sekarang berada di tempat yang tepat , yang khusus Pinjaman Rumah Limited , sebuah perusahaan pinjaman yang handal , yang menyediakan pinjaman dengan tingkat bunga yang sangat rendah dari 2 % , kami datang untuk mengakhiri semua masalah . kita menggunakan media ini untuk memberitahu Anda bahwa kami memberikan bantuan rahasia dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman . Jadi hubungi kami hari ini melalui email di : louisjoan18@gmail.com
    banyak cinta

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST