Wednesday, 27 February 2013

GELISAH REMAJA BISEKSUAL UNTUK JALANI UJIAN DARAH HIV

Luahan seorang remaja lelaki kepada saya melalui email berkaitan kebimbangan beliau untuk untuk menjalani ujian HIV. Risau kerana beranggap bahawa dirinya sangat berisiko akibat tanda-tanda (simptom) yang beliau telah alami dan beranggapan dirinya telah pun dijangkiti HIV walaupun masih belum jalani sebarang ujian. 

Saya percaya ramai dikalangan mereka yang tahu diri mereka berisiko tetapi lebih selesa mengambil jalan untuk tidak mahu tahu tentang status sebenar diri daripada tahu hakikat yang diri itu pembawa HIV. 


Salam abang,

Abg apa khabar? Saya harap abang masih sihat sentiasa.. (= lame xdgr citer pasal abang. Saya email kat abg ni sebenarnya nak tanya "sumting". Kalau abang masih ingat, saya ada message abang sebelum ni pasal kisah saya. Yang blood test tu..huhu.

Saya dah habis exam saya ingat ank buat blood test, tapi cuak arr. Takut sangat..saya tengok., tangan saya ada tumbuh bintik-bintik merah, tapi saya tak tahu benda apa tu. Kadang-kadang saya terfikir tentang hiv, saya sangat risau lah abang. Saya trauma nak amik darah (check darah). Pada 11-2-2013 ni saya balik kampung, ingat nak buat blood test kat sana..huhu..saya risau..saya rasa macam better saya tak tahu dari saya tahu, seabb saya takut sangat. 

Apa pendapat abg?



Salam abang,

Huhu,saya bukan tak nak buat ujian tu, tapi saya takut dan saya tak boleh terima kenyataan yang saya ada hiv nanti, saya takut sangat bang. Lagi-lagi saya ni pemegang biasiswa salah sebuah syarikat ********* kat Malaysia ni, saya wajib kerja dengan company tu at least 5 years, saya cuak.

Saya tak dapat bayangkan nanti bila saya dah ada hiv, saya kena buat medical check up, sebab saya dengar nanti bila nak start kerja, kena buat medical check up kan? Amik darah semua tu..saya sangat, risau bila masa itu sampai, rahsia saya ada hiv akan terbongkar kat semua orang, saya takut bang, sangat risau. 

Saya ni dah lah the only hope in the family, anak tunggal saya ada tanggungjawab kat parent saya dan adik-adik tiri saya yang masih baby lagi tu. Saya kadang-kadang tension bila fikir pasal hiv ni, saya rasa saya ada probability untuk ada hiv ni since bulan 11 tahun lepas. Saya takut nak buat test..huhu..

Mak ayah saya sumua mengharapkan saya kahwin, soal kawin saya tak kisah, saya biseksual. Saya sayangkan wanita jugak, tapi masaalahnya kalau ada HIV? Apa saya nak jawab nanti....huhu berat kepala saya ni nak memikirkannya, saya takut, takut sangat.

Lately saya ada terlanjur dengan abg angkat saya, saya risau dia kena hiv. Dia dahlah baik and sangat professional. Hari tu entah macam mana dia kata dia lupa bawak kondom sebab rush nak jumpa saya, jadi kami pun terlanjur tanpa alat perlindungan tu. Saya takut lah bang, takut sangat, saya harap sangat HIV tak ada dalam darah saya, saya risau. What should I do abg?



Salam abang,

Huhu, saya ingat nak buat ujian tu hari ni, tapi hujan ar bang kat kampung ni, saya ingat nak buat esok, saya harap saya ada kekuatan nak pergi buat ujian tu. Kadang-kadang saya rasa serba salah kat abg angkat saya tu, saya menyesal saya tak guna kondom malam tu, sangat menyesal. 

Saya tak kisah kalau saya kena, sebab dari tahun lepas lagi saya dah ready untuk terima kenyataan ni bila dapat tahu ex boyfriend saya positif HIV. Saya memang rasa saya dah infected, dengan tanda-tanda awal, semua saya ada, saya cuma risau abang angkat saya je ni.

Semalam dia mengadu demam, batuk-batuk, selsema, saya main dengan dia sudah  2,3 hari lepas. Saya nak tanya abang, simptom dia secepat 2,3 hari ke? Saya risau pulak tengok abang angkat saya tu, salah saya hari tu tak tolak ajakan dia buat sex, yaa.....saya ada jugak marah dia malam tu sebab tak bawa kondom. Tapi saya kesian kat dia, so saya on aje lah.

Saya memang salah dalam hal ni, saya tak boleh kawal nafsu saya, sebab abang angkat saya hot sangat hehehe, apa-apa je ah. Tapi yang penting saya takut saya dan abang angkat saya infected by HIV, saya kesian kat dia, dia memang tak bersalah, kesian sangat bang, saya pun tak pasti betapa kuatnya saya nak terima keputusan yang bakal saya terima esok bila buat test tu, saya ingat nak buat rapid test hiv dulu.....huhu sangat cuak.

Saya macam takut sangat la, huhu, tapi esok saya cuba gagahkan diri untuk buat test tu. Dengan abang angkat saya sahaja saya jadi bottom tapi dengan orang lain saya jadi top. Tapi memang saya dah tak main dah dengan orang lain, kalau main pun dulu ar, tu pun pakai kondom. Cuma abang angkat saya ni je saya dok risau, saya sayang kat dia, tapi dia dah ada boy friend dah, dah 9 tahun kapel, tapi at the same time saya ada girl friend, kejam tak saya bang?

Saya rasa hina and unstable bila fikir naluri saya ni, saya rasa pelik sangat-sangat, saya ada feeling kat "man and woman". Tapi semakin hari saya rapat dengan abang angkat saya, semakin saya sayang dia, tapi bila girl friend saya messge saya, saya tambah sayang kat girl friend saya pulak, saya serba salah, saya bingung. 

Kadang-kadang, bila terpikir pasal benda ni, saya tak boleh imagine masa depan saya macam mana. Tapi yang penting sekarag ni, is my HIV test, saya harap sangat esok saya ada keberanian nak buat test, harap sangat-sangat, saya akan bagi alasan untuk buat HIV test ni kat parent, harap-harap dia orang allow saya keluar macam biasa huhu. Tapi kalau saya infected, saya redha.



Salam abang,

Alhamdulilah..saya negative huhu cuak betol tadi, sampai nurse kat situ cakap tangan saya sejuk sangat. Dia cakap relax, nanti darah keluar sikit. Apa pun saya bersyukur sangat saya bebas dari HIV.

Saya pun puas hati sebenarnya dengan servis dia orang..nurse kat situ ada dua orang, dia cuma senyum aje tengok saya, saya faham senyuman mereka tu..huhu cuma yang saya kurang puas hati time jumpa doktor tu..hmm dia macam "saiko" saya aje. Dia siap kata, kenapa nak buat test? Saya cakap saya berisiko, dia tanya lagi, dah berapa kali main? Saya cakap ada lah, lepas tu siap dia tanya lagi sekali, berapa kali saya main?? Saya jawab aje banyak kali, Ngan gewe (awek) awk ke? Berapa lama kenal? Tu lah, lain kali jangan buat sebelum nikah. Saya diam je..

Hmmmm saya ingat doktor lagi professional daripada nurse tapi nurse lagi understanding. Sejak saya mula masuk kedalam bilik ambil darah tu sampailah saya keluar, nurse tu okey aje, adalah  tanya satu soalan, masih belajar? Tu je. Lepas tu dah tak ada apa-apa dah. 

Btw saya kurang puas hati dengan result tu, sebab dia tengok result tu lepas tu dalam 2 minit pas tu dia kata negative. Lepas tu dia cakap nanti dulu, pas tu dia bagi saya kit tu, untuk dibawa pergi jumpa doktor tadi, sebab dia kata doktor nak jumpa, saya pun pergi lah. Lepas tu sampai aje dalam bilik doktor, dia (doktor)  tengok, kata negative jugak pastu dia terus buang. 

Saya tanya, tu (result itu) kompom ke? Dia cakap ya. Saya pun diam pas tu dia kata suruh datang lagi 6 bulan, saya pun cakap ok, thank you and good bye. Yang saya pelik kenapa 5  minit aje doktor tu tengok "kit" tu..huhu...Tak pa maybe dia orang lebih berpengalaman btw, saya bersyukur sangat-sangat. 

Alhamdulillah..

 

27 comments:

  1. salam abg najmi. sebenarnya abg byk mmbantu di luar sana. dan abg najmi bantu adik sebangsa dan seagama kita.syg adik ni sbb dia berpotensi dan pandai.

    takpe.la pd sy kalu dpt adik angkat nakal mcm ni pon seronok. mksud sy bole mrh sbb degilnya.

    tp yg sy risau adelah benarkah abg angkat ye mmpunyai tggjwb yg sama spt sayngye budak ni pd abg angkat tu.

    sy risau abg angkat dia yg menjangkitkan hiv pd adik ni. adik ni tak bersalah...tolong jgn bg dia nikmat hidup yg tidak terjamin ni...nikmatnya jika saya ada adik..sy mcm terharu pula kisah adik ni

    ReplyDelete
  2. walnut

    Nampak gayanya adik ni ada niat nak berubah, kita yang tak mengenali dirinya tu berdoa lah minta agar adik ni tidak terus terlajak dengan abang angkatnya itu dan harap dia akan kembali ke jalan lurus berkahwin punya anak dan switch off terus nalurinya pada kaum sejenis...

    ReplyDelete
  3. Sekadar berkongsi aib diri harus di lindungi.

    dekatkan diri dengan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous One

      Kita tidak mengenali rupa wajah siapa individu yang mengirimkan email diatas, dia bercerita detail sebab dan kenapa dia sangat bimbang melakukan ujian HIV supaya saya (kita semua) faham masaalah yang dihadapinya. Lain lah kalau kita semua sememangnya mengenali nama, siapa, serta wajah individu diatas dan pada masa itu memang salah dan mungkin tepat kata-kata "aib diri harus dilindungi"

      Semoga dia dekatkan diri pada Allah...amin...:)

      Delete
    2. Dia bkongsi aib utk bubah ke arah kebaikan tanpa tonjokkan diri sebenar, pd masanya dikongsi sbg contoh n tauladan, betul najmi sama2 kita doakan adek ini kembali ke jln Allah, itu yg tbaek n tmampu kita lakukan.

      Delete
  4. hai najmi lama tidak dengar khabar? Sihat ker? minta maaf kerana dan lama menyepikan diri. Salam juga buat Anonymous one. Sifat manusia kan. Saya akui kelemahan diri. Saya bangga sebab awak masih terus berjuang membantu sahabat-sahabat diluar sana tanpa jemu dan tanpa terabaikan. Sifat dalam diri awak cukup istimewa sukar untuk berada dalam situasi ini. terus berkarya yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waqar Syamil

      Saya baik alhamdulillah, harap Syamil dan keluarga juga sihat dan dirahmati Allah selalu, ya benar Syamil lama menyepi diri harap semuanya baik2......:)

      Delete
    2. Maaf najmi... mungkin tuntutan tugas dan urusan rumahtangga buat saya menyepi sekejap. apa pun bila ada kelapangan masa saya akan membaca entry awak.... alhamdulillah saya dan keluarga sihat. berat badan pun dah bertambah dari 68kg kepada 80kg sekarang nie..... dalam masa setahun. apa pun kawan2 macam najmi, ahp, anonymous one... takkan pernah dilupakan.. semoga satu hari kita dapat berkenal dan bertemu. Apa yg buat saya kembali buat masa ini adalah kerana perkhabaran dari abg yang selama ini saya cari baru ditemui. Berita yang saya terima yang dia PLHIV. dia dalam proses mencari kerja dan menghadapi masalah bila setiap pekerjaan yang dia temuduga memerlukan ujian darah. Saya sangat simpati dgn situasi beliau. Hanya sokongan yang mampu saya berikan. Saya kembali membaca entry dari blog najmi nie untuk membantu beliau dan memberi semangat kepada beliau.

      Delete
    3. Waqar Syamil

      Tak mengapa saya faham tidak semua orang yang senang nak belek2 blogkan sebab faktor pekerjaan dan urusan keluarga...wahhh dah gemuk ni heeee 80kg? seumur hidup saya, saya tak pernah naik berat badan sampai 80kg hehehe...Alhamdulillah yang penting syamil sihatkan.

      Abang Syahmil positif HIV?, dugaan lah tu sama lah dengan saya bimbang nak cari kerja sebab semuanya memerlukan ujian kesihatan, tetapi saya tak pasti ujian kesihatan ditempat kerja baru membabitkan ujian HIV atau tak, sebab untuk melakukan ujian HIV doktor perlu kebenaran dari diri kita dulu.

      Saya tak pasti cuba Syamil bertanya pada mana2 company, pura2 bertanya apa2 company sama ada bertanya melalui kawan atau bertanya sendiri adakah ujian HIV dimestikan di Msia buat warga negara Msia?

      Apa pun alhamdulillah abg Syamil mempunyai seorang adik yang sedia maklum dan faham tentang HIV, sokongan dari Syamil akan mempermudahkan kehidupan mendatang abg Syamil tu, elakkan abg dari stress beritahu PLHIV masih boleh jalani kehidupan seperti orang lain juga....Kena gembira selalu....:)

      Delete
    4. Hanya sokongan dapat saya berikan.... abang saya seibu dan sebapa tapi dijaga keluarga angkat. Kami baru bertemu dalam dua bulan lepas. Saya boleh menerima keadaan dia. Saya dimaklumkan yang keluarga dia juga turut tahu dia dijangkiti HIV. Tapi dia minta saya rahsiakan dari ibu dan keluarga betul dia. Mungkin dia belum bersedia. Tak mengapa saya akan tetap sokong dia. Saya tahu apa perasaan dia sebab saya juga pernah melalui fasa itu walaupun saya bukan PLHIV. Saya juga dah maklumkan pada dia yang saya ada Hepatitis B. Tapi keberanian dia memberitahu saya buat saya hormat dekat dia. Apa pun kami sedarah ada hubungan yang kuat. Cubit peha kiri peha kanan turut terasa. Doakan terbaik untuk semua PLHIV. Diluar sana masih ramai yang boleh menerima apa pun keadaan mereka. Percaya ler.

      Delete
    5. Waqar Syamil

      Macam yang saya kata abg kandung Syamil bertuah mempunyai adik yang kebetulan lebih dulu berhubung rapat dengan PLHIV lain dan tahu terlebih dulu sedikit sebanyak tentang HIV ini, memberi sokongan kepada abg syamil itu amat baik. Apa yang difikirkan perlu dirahsia, rahsiakan lah, kerana syaamil pun tahu tak semua orang boleh menerima PLHIV ini dengan tangan terbuka

      Insyaallah dengan sokongan satu sama lain diantara anda berdua pasti kehidupan dimasa depan akan menjadi lebih mudah.

      Delete
  5. Najmi, dengan pendekatan najmi rasanya adik ni boleh diselamatkan....cara najmi yang memahami dan tidak menekan mampu menarik adil ni kejalan yg positif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maak Wardah

      Insyaallah mana yang termampu saya nasihatkan lah sebaik mungkin...

      Delete
  6. Alhamdulillah masa buat ujian darah susulan pertama hari selasa lepas takde diskriminasi. Seram juga sbb dlm borang sy ada di tulis utk ujian CD4/CD8, HIV kuantitatif, dll. Masa nak byr dekat kaunter, kerani nak tanya nurse pasal pembayaran secara berbisik. Masa dekat kaunter ujian darah pula, tidak ada masalah. Masa nurse nak ambik darah, takde persoalan dan diskriminasi. Lega rasa nya.

    Ini adalah ujian cd4 dan viral load pertama sy selepas menelan haart sejak november 2012.

    Sekarang tgh tunggu result dari doktor 12/3 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan semoga CD4 saudara naik dengan signifikan sekali. Amin. Banyak2 berdoa kepada Allah supaya diberi kesihatan yang baik yer. Percayalah setiap penyakit pasti ada penawarnya.

      Delete
    2. ZeroFive

      Alhamdulillah yang penting kita rasa selesa ketika proses mengambil darah dijalankan, harap-harap keselesaan ketika mengambil darah dan ketika berjumpa doktor berterusan. Pastinya ZeroFive sudah ada nama sebagai PLHIV yang berdaftar di tempat ujian darah tersebut, so diskriminasi maybe tak ada sebab kakitangan yang bertugas sudah sedia maklum, tetapi berlainan yang berkemungkinan berlaku kepada mereka yang baru hendak menjalani ujian HIV (bagi mengetahui status diri) pada masa ini macam-macam boleh berlaku, termasuk dilayan ditanya sehingga boleh memalukan diri.

      Alhamdulillah semoga result saudara nanti dalam keadaan yang baik....:)

      Delete
  7. Lepas ni tak payah nak buat sex bebas lagi dah..risiko tak padan sangat dengan nikmat yang sekejap tuh. Itu belum dicampur dengan dosa melakukan seks luar nikah/luar tabiie. Memang betul HIV ada rawatan dan ubat dah sekarang tak macam tahun 80an and 90an. Tapi adik mampu ke nak makan ubat tiap2 hari? Mampu ke? Nak kahwin takder masalah boleh tapi takut takder perempuan yang nak kahwin jer..

    Satu lagi nasihat abang, perkara mungkar yang kita lakukan jangan ceritakan kepada sesama manusia. Antara doa yang Allah tidak makbulkan adalah doa orang yang suka menceritakan perkara dosa/mungkar yang kita lakukan kepada orang. Walaupun sekadar untuk tujuan bertanya soalan, cukup sekadar bertanya secara umum. Mohon hormat pembaca blog Najmi juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Terima kasih dengan nasihat yang diberi pada adik diatas, harap adik diatas boleh ambil perhatian.

      Bagi saya kalau ada pembaca yang berkongsi cerita masaalah walau seburuk mana sekali pun (pada pandangan kita) yang dilakukan oleh mereka, saya akan cuba berkongsi kisah mereka didalam blog ini jika saya rasa ianya boleh memberi pengajaran pengetahuan baru kepada kita semua tetapi dengan kebenaran dari mereka terlebih dulu.

      Banyak kisah buruk realiti kehidupan yang adakalanya tak terfikir terlintas dalam kepala kita ada berlaku diluar sana yang kita tak tahu, jadi bila dipaparkan kisah tersebut maka kita akan tahu ianya ada berlaku, yang pasti melalui entry ini kita tidak tahu dan tidak mengenali siapa dia adik diatas ini.



      Delete
    2. Najmi, you are absolutely right and again this you blog. You certainly have the right to publish anything you feel that may benefits your readers. In the case of this one, he is just too candid perhaps.

      Delete
    3. Anonymous

      Terima kasih.....:) Kisah sebegini pada saya boleh menarik golongan sasar saya untuk klik dan singgah serta terus membaca isi kandung lain dalam blog ini, bila mereka datang membaca insyaallah mereka akan secara tidak sengaja melihat isi-isi kandungan lain yang menjadi tunggak utama saya iaitu permasaalahan maklumat tentang HIV/AIDS terutama dikalangan remaja dan golongan pengamal seks bebas diluar sana.....Terima kasih kerana memahami..

      Delete
  8. Semua org takkan lari drpd dosa dan juga masalah.Sbnrnya jln yg lebih baik,mengadu pd Allah,sibukkan diri mencari ilmu agama,dan tinggalkan persekitaran dan org yang boleh mendedahkan kite kpd maksiat ini.Bnyk ceramah dr ustaz,ustzah dan pakar motivasi utk kite ambil isinya dlm m'hadapi ujian di dunia.

    Boleh cite pd manusia,tapi wajar kpd org yg kite percaya dan tidak perlu mendedahkan kpd khalayak ramai.Act, Allah melarang kite menceritakan segala dosa yg kite tlah lakukan stelah kite bertaubat.Itulah rahsia ikhlas sbnarnya dlm bertaubat.Sbb ditakuti dosa yg kite war war kan itu menyebabkan org lain ingin mencube dan scara tak langsung saham dosanya terkena pd kite.Wallahualam.

    Mohon maaf andai tersalah.

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Alhamdulillah adik negetif HIV.. Tp adik mesti buat ujian selanjutnya.. Sbb knp kk cakap begitu.. Biasanya.. Simptom2 HIV sama dgn simptom2 penyakit STD.. so adik kene buat ujian selanjutnya untuk memastikan adik bebas daripada penyakit..Apa2 pon adik kene ingat SAFE SEX itu penting...

    by KK

    ReplyDelete
  10. Jd Adik ambil peluang yang Allah berikan untuk berubah. Jalankan kehidupan yang lebih sihat. Sbb kerana hawa nafsu manusia itu akan sengsara. Jalani kehidupan dengan Kehendak, MahuNya dan Perintah Allah.

    29:45. Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

    Jangan salahkan naluri kerana naluri adalah dtg dari kehendak manusia.

    Sekadar berkongsi.

    ReplyDelete
  11. yes life must go on,hidup mesti diteruskan

    ReplyDelete
  12. Salam.berapakah peratus ketepatan dan hasil ujian setelah kita mengetahui bahawa kita negative hiv selepas mbuat ujian dgn menggunakan rapid test selepas kemungkinan terdedah kepada virus tersebut selepas 3 bulan 5 hari??.. please reply k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,

      Ketepatan ujian HIV setahu abg ialah 99.9% tepat.....ujian perlu dilakukan selepas 3-4 minggu dari tarikh berisiko yang kita lakukan, kalau kurang dari pada itu bimbang ujian tak dapat kesan virus dlm darah, wallauallam

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST