Monday, 4 February 2013

DILIWAT SEORANG TABLIGH DI RUANG LUAR MASJID

Di dalam ruang komen di dalam entry yang bertajuk USTAZ DITUDUH CIUM DAN MEMAKSA REMAJA LELAKI MEMEGANG KEMALUANNYA saya menerima perkongsian kisah seorang pembaca "Anonymous" yang menceritakan pengalaman buruk yang pernah dia alami sewaktu kecil.

Photo Hiasan - washingtonpost.com

Salam,

Saya nak kongsikan pengalaman saya. Cerita saya lebih kurang sama dengan cerita kes Ismail Ghazali ini. Time saya darjah 5, saya pernah diliwat oleh seorang tabligh yang saya tidak sangka dia akan lakukan perbuatan ini. Saya ingatkan dia seorang yang baik. Kejadian ini berlaku semasa saya beriktikaf di masjid pada waktu malam bersama rakan-rakan saya yang lain.

Pada pukul 3 pagi, saya telah dikejutkan oleh seorang tabligh ni, dia mengajak saya untuk keluar duduk di ruangan luar masjid, jadi saya pun ikut tanpa ada perasaan sangsi terhadap dia. Tiba-tiba dia meliwat saya dan saya tergamam. Member saya tidak tahu pun mengenai perkara ini berlaku. Keesokkan paginya, si tabligh itu buat bodoh sahaja macam tidak ada apa-apa yang berlaku malam tadi.

Pada keesokannya, sewaktu dia mengajak saya untuk keluar berda'wah (kononnya), dia ambil kesempatan lagi terhadap saya dengan menyuruh saya melakukan perkara yang diluar tabii. Saya tak nak, tapi tergamam dan terpaksa mengikut arahan dia. Time tu saya budak lagi, saya tidak tahu apa-apa pun pasal golongan LGBT ni. 

Saya ada try jugak untuk mengelak daripada berjumpa dia, tetapi dia sanggup datang kerumah saya, cari saya dengan perasaan tidak langsung rasa bersalah. Parents saya pun tidak tahu akan hal ini terjadi. Akhrinya, saya putuskan untuk tidak balik kerumah dalam masa 2-3 hari. So, saya dapat jauhkan diri saya dari si tabligh ni yang bertopengkan syaitan. Lastly, saya dapat putuskan hubungan dengan dia.

Agak lama jugak saya menderita pasal benda ni. Saya terpaksa memendam seorang diri sampai sekarang. Saya nak luahkan dekat kawan, tetapi kawan tu pulak tidak boleh dipercayai. Dia pulak try nak liwat saya. Jadi saya try jugak jauhkan diri saya sekali lagi dengan member saya ni, akhirnya, saya berjaya jugak. Sekarang ni saya cuma mengadu dan berserah pada Tuhan sahaja untuk mengubah diri saya. 

Disebabkan peristiwa pertama saya itulah yang buatkan nafsu saya songsang sampai sekarang. Saya tak nak jadi macam ni. Saya sudah try pelbagai cara, tapi tidak boleh nak berubah (naluri tersebut)

Saya kadang-kadang mimpi perhubungan sejenis ni. Tapi saya anggap ianya hanya mimpi sahaja dan itu semua mainan dari syaitan. Saya berharap sangat saya dapat mimpi perhubungan yang sah lagi halal (mimpi bersama wanita)

Buat masa ini saya try mem"BLOCK" semua laman web yang berunsurkan lucah, dan meletakkkan wall desktop saya dengan kata-kata hikmah/dakwah. Itu sahaja yang boleh saya lakukan setakat ni.


Even kadang-kadang nafsu saya cuba melawan untuk buang benda-benda yang saya buat sekarang ini. Saya sangat berharap agar ALLAH dapat memakbulkan DOA saya supaya saya dapat menjauhi segala perbuatan songsang ini dan menjadikan saya seorang lelaki sejati.

Anonymous



Ini yang saya bengang dikalangan mereka yang luarannya nampak alim tetapi perangai seperti syaitan. Kerap saya membaca dan menerima email bercerita kisah golongan seperti ini yang berperangai buruk. 

Ada ayah berkopiah putih merogol anak perempuan sehingga mengandung, saya juga ada kisah suami yang nampak alim tapi seorang yang pendendam, memukul membelasah isteri serta berani mengugut rakan isterinya dengan menghantar SMS berbaur ugutan dan mempergunakan kedudukan untuk kepentingan diri. 

Kalau orang yang berperwatakan biasa yang meliwat atau merogol, kita mungkin boleh faham lah kan tapi kalau yang berkopiah putih (berlagak alim) ini yang berkelakuan tidak senonoh ini yang buat saya sendiri rasa geram. Ya bukan semua tetapi ada dan golongan ini memang wujud.

Berbalik kisah Anonymous diatas, kejadian yang menimpa dirinya berlaku ketika dia masih kecil. Budak dalam darjah 5, suatu ketika dulu apa yang mereka tahu sangat, bila sudah berlaku kejadian seperti itu dia tidak berani hendak memberitahu kejadian tersebut pada ibu bapanya sendiri. Kalau diberitahu pun benda sudah berlaku, trauma akibat kejadian pasti menyelubungi diri dalam jangka yang panjang. 

Sekiranya mangsa itu kuat maka dia mungkin boleh melupakan kejadian tersebut dan meneruskan kehidupan seperti biasa, bagaimana sekiranya mangsa itu lemah? Kejadian diliwat atau dirogol (terutama ketika kecil) boleh mengubah keseluruhan kehidupan serta menghantui diri mereka sepanjang hayat.

Saya pasti kejadian seumpama (kes diliwat dengan paksa) ini kerap berlaku pada hari ini tanpa kita sedari, tetapi kebanyakan mangsa hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Boleh berlaku di sekitar masjid, sekolah, asrama malah boleh berlaku didalam rumah kita sendiri. 

Bercakap mengenai boleh berlaku didalam persekitaran masjid, saya tiba-tiba teringat kisah yang pernah saya baca mengenai sekumpulan anak muda di negara timur tengah yang menonton "prono" didalam masjid tanpa rasa bersalah seperti yang pernah dilapurkan dulu.

Dan saya baru sebentar tadi menerima membaca, kisah yang berlaku dua tiga hari lalu tentang seorang lelaki yang digoda "pak cik" disebuah masjid, insyaallah jika diberi kebenaran saya akan berkongsikan kisah beliau di dalam blog ini nanti.

Kehidupan seseorang mangsa (liwat/rogol) seterusnya bergantung kepada kekuatan dirinya menerima akibat dari kesan kejadian tersebut sama ada boleh menyebabkan mereka berasa takut atau berasa seronok. Jika takut maka kejadian boleh menghantui mereka seumur hidup, jika seronok maka kejadian tersebut boleh menyebabkan mereka tidak kisah untuk meneruskan aktiviti itu (meliwat/songsang) apabila dewasa kelak.

Saya dapat rasakan gelisahnya hidup anonymous diatas, saya tidak pasti berapa usia Anonymous pada hari ini tetapi apabila membaca di beberapa perenggan akhir kisah diatas saya dapat rasa kehidupannya pada hari ini dalam keadaan resah dan sedikit tidak keruan bila mengenangkan dirinya bernaluri songsang. 

Alhamdulilllah anonymous berusaha mengawal diri dari terus terus terpengaruh dalam masa yang sama berusaha mendekatkan diri serta berdoa kepada Allah, semuanya akibat kesan kejadian yang menimpa dirinya sewaktu darjah 5 dulu.

Buat Anonymous nasihat saya;

Abang sedih dengar cerita awak ni, nak kata apa lagi semuanya sudah berlaku, bukannya salah awak. Diliwat semasa kecil ketika darjah 5 dalam keadaan terpaksa dan tidak berupaya melawan tu dah kira rogol juga. Pastinya ada hikmah dan Allah maha mengetahui tentang segala-galanya, yang mampu abang nasihat agar awak terus kuatkan azam mengawal diri dari terus terjebak, kawal diri sedaya upaya. Ya awak perlu berdoa berterusan agar Allah melindungi iman awak dari terpengaruh dengan godaan syaitan (bergelumang dengan aktiviti songsang).
 

Allah mendengar dan saya pasti Allah akan memakbulkan doa awak dalam usaha menjauhikan diri dari terlibat dalam gejala songsang dan insyaallah tidak mustahil awak boleh berubah menjadi seorang lelaki sejati (jika itu yang awak mahukan) dengan kehendakNya.


42 comments:

  1. terinagn masa Ryan kena dulu. lebih kurang sama je. yg beza nya tabligh dan umor. Ryan kena dulu masa umor 14 thn. tgh tunggu bas utk bergerak. Ryan dtg awal sgt2.. so mamat tuh panggil Ryan soh naik kat umah dia. Ryan pergi laa.. sekali kena perkosa.. lama gak lah Ryan jadi trauma..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAPA RYAN

      Kan.....kes golongan macam ni sebenarnya banyak berlaku, macam Ryan alami juga cuma tak dihebah atau tak di buat lapuran aje....Tabligh-tabligh...

      Delete
    2. org yang semakin warak (kononnya lah) pasti beranggapan diri diaorang aje yg terbaik, dugaan syaitan akan berkali ganda mengoda diaorg...merogol meliwat boleh berlaku dikalanagn diaorg juga.

      Delete
  2. Najmi, alangkah aibnya sikap pelaku tersebut yang menjadikan masjid tempat yang mulia dan suci serta kanak2 yang bersih sebagai sasarannya. Moga Allah perkenankan setiap doa n permudahkan kehidupan pemuda ini. You too Najmi, May Allah always bless you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Tu lah pasal...Harap pemuda diatas hidupnya dilindungi Allah selalu...

      Delete
  3. jangan buat fitnah BANYAK berlaku. tuduhan kena ada bukti. kes seperti ini juga berlaku di madrasah. ini bukan ajaran tabligh atau madrasah. ini kes individu yang tak dapat hilangkan gian. macam kes penagih yang masuk tabligh hajatnya nak bertaubat, tapi masih tetap menagih. ada yang benar-benar dapat hilangkan sifat buruknya seperti merokok, playboy dan sebagainya.

    kekuatan dan kesabaran mengekang perbuatan buruk dari hidayah Allah dan usaha individu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. marwin

      Kisah diatas adalah pengakuan dari seorang pembaca, terpulang kalau anda hendak percaya atau tidak. Saya juga ada dapat kisah yang lebih teruk drp kisah diatas kisah tabligh yang mendera isteri dan meliwat dan sebagainya sehingga sukar nak di jelaskan terperinci disini, pastinya anda tidak percaya, malangnya saya tak dpt nak kongsikan kisah penderaan tersebut disini tanpa kebenaran penulis.

      Ya, bukan semua kalangan mereka yang berperangai syaitan seperti itu, tapi ada segelintir. Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Kisah seperti ini kita tak boleh menyapu terus kebawah karpet, tapi perlu ada pendedahan berterusan mengenai segala perbuatan buruk mereka.





      Delete
    2. Kawan saya (masa tu umur dia 10 tahun) juga pernah diliwat oleh tabligh yang kerjanya mengimamkan solat di surau.

      Delete
    3. Anonymous

      Hmmm...satu lagi pengakuan tu..

      acer citer acer citer kat saya melalui email najmi620@gmail,
      boleh abg share kisah tu nanti, golongan ini wujud (tak semua) 24 jam berjubah putih atau berkopiah putih tapi perangai lebih teruk drp golongan songsang mahu pun pelacur diluar sana, sekurang2nya songsang tak berselindung disebalik tingkah laku warak dan alim........

      Delete
    4. Benda tuh berlaku kat kawan saya Najmi. Saya nak tahu juga macam mana dia boleh jadi songsangkan. Dia citer semuanya bermula apabila dia diliwat oleh lelaki tabligh yang menjadi imam di surau kampung dia. Dia kata kat saya, dia benci tengok lelaki tersebut kerana sikap hipokrit yang ditunjukkan. Misalnya, lelaki tabligh tersebut akan menangis teresak2 setiap kali lepas solat seolah2nya menyesali apa yang dia lakukan. Tetapi tangisan itu bohong semata2 kerana dia akan ulangi perkara tersebut terhadap kawan saya. Kawan saya kata, lama kelamaan dia rasa ketagih untuk melakukan perkara tersebut. Bayangkan Najmi, kesan perbuatan lelaki tabligh tersebut ke atas seorang kanak2. Kesannya sampai sekarang. Kawan saya terpaksa melalui kehidupan yang sangat sukar sebagai seorang suami dan berdepan dengan tohmahan masyarakat kalau perkara tersebut terdedah.

      Delete
    5. Anonymous

      Semoga si Tabligh itu mendapat balasan setimpal dari Allah SWT

      Delete
  4. kes seperti ini tidak dinafikan berlaku dikalangan agamawan tetapi hanya sebahagian kecil sahaja. apa yang dikhuatiri, akan datang sikap meremehkan agama. rujuk hadith tentang mencintai ilmu dan orang yang berilmu dan tidak pula sebaliknya.

    "Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu" (HR Tabrani) .

    saranan saya, bukan hanya setakat bercerita dan menukilkan pengalaman, pergi laporkan kepada pihak polis dan jabatan agama. ini jauh lebih baik. dalam ruangan bebas internet, siapa-siapa sahaja boleh mengaku begini dan begitu.

    jika diri dizalimi, laporkan kepada pihak yang berwajib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marwin, saya rasa Marwin kena faham pemikiran kanak2. Kanak2 biasanya tidak tahu samada apa yang dilakukan itu betul atau salah sebabnya penilaian dan pertimbangannya tidak sama dengan orang dewasa yang bersifat lebih matang. Seperti yang diceritakan oleh kawan saya, beliau ketika itu masih kanak2 (10 tahun)dan tidak dapat membezakan benda yang dilakukan oleh lelaki tabligh tersebut yang juga merupakan jiran sebelah rumah adalah salah kerana lelaki tabligh tersebut begitu bijak 'grooming' kawan saya tersebut. Maksud 'grooming' di sini adalah apa yang beliau lakukan ke atas kawan saya adalah tanda sayang dan ia tidak menyakitkan. Proses 'grooming' ini berlaku dalam tempoh masa yang panjang. Proses ini menyebabkan kanak2 tersebut merasakan apa yang dilakukan ke atasnya adalah tanda kasih sayang lelaki tersebut. Tetapi Allah maha agung, lelaki tabligh tersebut berkahwin dua tahun lepas dan bercerai setahun kemudiannya kerana rahsia beliau seorang lelaki GAY terbongkar. Sepanjang tempoh perkahwinan beliau langsung tidak menyentuh isteri beliau malah tahun lepas juga keluar dalam surat khabar yang beliau dicari oleh pihak polis kerana meliwat remaja yang turut terlibat dalam kegiatan tabligh.

      Delete
    2. Marwin, memang betul usaha mengekang daripada melakukan dosa adalah usaha diri individu tersebut dan hidayah daripada Allah swt. Tetapi jangan kita lupa kesan perbuatan seseorang ke atas seseorang yang lain terutamanya kanak2 akan kekal dalam diri kanak2 tersebut sampai ke akhir hayatnya.

      Delete
  5. marwin

    Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, tidak semua orang cukup berani nak buat lapuran bila kejadian itu melibatkan ahli keluarga atau akan memberi kesan pada orang terdekat yang lain. Jika semua buat lapuran saya pasti berderet-deret pak lebai berkopiah putih ini turun naik tangga makahmah menutup muka.

    Bagi saya sekiranya seseorang pembaca itu mengadu dan mahu berkongsi masaalah sudah pasti saya nasihatkan mereka buat lapuran pada pihak berkuasa, seperti kes isteri yang bersuami ustaz yang kaki dera, dia masih bimbang buat lapuran tetapi alhamdulillah ada rakan2 saya (wanita) yang sedia membantu wanita ini, mereka bukan "semberono" nak terus buat lapuran, mereka teliti masaalah ini dulu kerana si ustaz oarng yang agak berkuasa, walaubagaimanapun keputusan ditangan mereka (yang kena dera/dirogol atau diliwat).

    Saya sekadar meminta kebenaran mereka berkongsi kisah didalam blog supaya pembaca tahu buruknya sekumpulan kecil golongan ini. Jika tak dikongsi orang tak tahu.

    Cukup buat saya sekadar bercerita pengalaman orang yang sudi membenarkan kisah mereka dikongsikan disini, tipu mereka maka tipu lah saya, tidak pula saya nak "kepohci" mencari mereka memujuk agar mereka buat lapuran, mereka sekadar berkongsi suka duka hidup dan ada yang tak tahu kemana nak luahkan perasaan, so mana yang mampu... saya nasihat mengikut apa yang saya tahu.

    Mudah sungguh kita kata pergi buat sahaja lapuran, hakikatnya orang yang mengalaminya itu sahaja yang lebih tahu mana baik mana buruk kesan peristiwa yang dialami pada diri sendiri dan kesan orang yang terdekat dengan mereka, ada antara mereka bimbang keluarga anak2 mak ayah mendapat malu....Tidak dinafikan membuat lapuran itu jalan terbaik, hanya mereka yang mengalami sahaja yang boleh buat keputusan melapur atau tak, kita hanya mampu menasihatkan sahaja.

    Belum kena pada batang hidung sendiri, bila dah kena baru tahu langit itu tinggi dan rendah. Sama seperti dengan pengidap HIV tidak semua yang berani nak mendedahkan diri apabila memikirkan soal anak2, suami atau isteri, mak ayah saudara mara dan kawan2.

    Wallahuallam



    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Najmi, kawan saya (lelaki lembut) bercerita ketika beliau mengaji al-quran di Majid Negeri Pulau Pinang 30 tahun yang lalu, ustaz yang mengajar mengaji meminta beliau memegang kemaluan ustaz tersebut. Cuba bayangkan, dalam masjid tuh. Yer laa..kalau dia citer pun ada ke orang nak percaya. Orang akan kata tak kanlah seorang ustaz sanggup buat macam tuh. Ramai jer orang yang berlakon alim pakai songkok putih di kepala tetapi hati seperti syaitan. Saya rasa Najmi pun mungkin terbaca, bilamana seorang lelaki yang berusian 50an dan sudah berkeluarga dan memakai kopiah putih dilihat sering keluar masuk sauna yang dipenuhi lelaki songsang di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Kalau kita cakap kat orang tak mungkin orang percaya kan.

      Delete
    2. Anonymous

      Ini antara kisah yang kita tahu, saya pasti ramai lagi diluar sana yang masih terlepas...dan masih berselindung disebalik perwatakan warak mereka.

      Delete
    3. Anonymous,

      " seorang lelaki yang berusian 50an dan sudah berkeluarga dan memakai kopiah putih dilihat sering keluar masuk sauna yang dipenuhi lelaki songsang di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan"

      Saya tak tahu kisah ini.....boleh berikan saya "link" kisah ini pada saya?

      Delete
  6. sebagaimana kita bisa memberi perhatian dengan sikap buruk segelintir orang islam, value kehormatan begitu juga sepatutnya dengan kesahihan dan sumber-sumber berita di internet. bagaimana jika kisah-kisah yang dinukilkan dan ditampilkan sengaja diwujudkan dan bersumber dari golongan syiah jahat dengan tujuan merosakkan imej orang islam?

    tentu sahaja siapa pun di sini yang bergelar sgb orang islam tiada keinginan sedikit pun di dalam hatinya untuk bangun kelak di akhirat sebagai pengkhianat agama.

    sy menyarankan tulisan-tulisan seperti ini perlu menjelaskan kesahihan cerita dan lebih mengutarakan 'apa yang perlu dibuat' cara-cara mengatasi permasalahan yang dihadapi apatah lagi perkara tersebut berkaitan dengan agama. jika tak, akan hanya jadi sembang2 cerita, gosip dan luahan perasaan dengan anggapan dapat mengurangkan bebanan.

    kes-kes jenayah ini perlu dihadapkan ke muka pengadilan. jika tidak akan membarah berpanjangan kerana akan melibatkan mangsa-mangsa lain pula. semoga Allah beri kekuatan kepada saudara/i kita yg terlibat, diberi taufik dan hidayahNya kepada seluruh orang islam untuk amalkan agama dan meninggalkan perkara-perkara yang keji.

    Makluman dari kawan saya yang bertabligh, golongan penagih dadah dan homoseks adalah termasuk daripada mereka-mereka yang dilarang untuk dibawa bersama dengan jemaah tabligh. Mereka boleh diajak ke masjid di tempat mereka berada tetapi tidak dibenarkan sama sekali membawa mereka bersama-sama ke tempat yang lain. WA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak bertanya saudara Marwin, bagaimana pihak jemaah tabligh menentukan samada seseorang itu homoseks atau tidak? Diaorang ada buat ujian ke? Kalau ada buat, apa kaedah yang digunakan? Berdasarkan pengalaman kawan saya seperti diceritakan di atas, beliau telah diliwat oleh lelaki tabligh yang menjadi imam di surau ketika kawan saya masih kanak2 (10 tahun). Satu lagi yang Marwin kena ingat golongan tabligh adalah manusia biasa dan bukannya maksum. Satu lagi yang saya perhatikan dengan golongan tabligh adalah mereka seringkali meninggalkan anak/isteri di rumah selama berbulan2 tanpa memberikan nafkah zahir/batin. Saya masih ingat, masa saya belajar di England dulu ada 2 orang tabligh dari Malaysia datang ke universiti kitaorang dengan penampilan diri yang kurang menyenangkan. Bayangkan dengan imej yang kurang bersih seperti gigi yang tidak dirawat dengan betul dan yang penampilan diri yang lain2 menyebabkan imej Islam itu tercalar. Topik2 yang didakwahkan kepada kitaorang juga sangat2 rendah tahapnya. Misalnya, lelaki tabligh yang seorang ini mengajar kitaorang tentang rukun solat sedangkan kitaorang dah belajar dan tahu rukun solat itu ketika di sekolah rendah. Saya perhatikan juga golongan tabligh ini kurang membaca dan hujah mereka biasanya hanya berdasarkan kepada analogi semata2. Analogi boleh digunakan kalau kita bercakap dengan budak2 di sekolah rendah.

      Delete
    2. Anonymous

      Terima kasih anonymous.....:)yesss....:)

      Delete
    3. Marwin. kenapa awak ni susah nak terima benda ni. ni kan hakikat. Tak kena mana la kita tau.. jangan nak.menidakkan kalau tak alami. salam.

      Delete
    4. Merah summerlisme

      Tu lah pasal kan Merah kan kenapa, ada kisah yang lebih teruk dari ini berlaku tapi saya tak dapat nak share kat sini huhuhu

      Delete
    5. la marwin ni tabligh rupanya.. patutlah pemikiran agak &*&*%^$%.... patut la melenting tak tentu pasal sbb pengadu ada sebut pasal tabligh... sabar ye marwin.. biasala klu terlalu taksub ni kekadang leh terpesong... kene hati2 gunakan kebijaksanaan dan pemikiran waras... org2 tabligh pon manusia biasa yg boleh je putarbelitkan agama utk kepentingan diri.. sy pon pernah didatangi org2 tabligh di rumah, dtg dari rumah ke rumah utk memberi ceramah dan nasihat.. aku tanye soalan itu ini pastu mcm blur.. tapi agak pandai memutarbelitkan fakta dan isu agama.. dicampur aduk kan semua.. hadis2 semua kuar.. tapi tak taulah hadis2 tu betul atau tak.. kekadang diaorg ni saje2 je buat hadis sendiri.. pastu bau badan.. ya alllah.. HANGIT... gigi mcm tak bergosok.. dok sewa 1 rumah dalam 7/8 org.. 3 bulan lepas tu tuan rumah bising2 sbb diaorg tak bayar sewa... tak tau la biler diaorg lari tengok2 dah kosong je rumah tu... tapi agak daif la umah tu ngan toilet nye tak bercuci/flush.. keadaan rumah yg kotor.. sian tuan rumah tu.. sedikit sebanyak mencalarkan imej umat islam.. rupa2 nya org tabligh ni tak duduk satu2 tempat tu lama ye.. sebb sering pindah randah utk menyebarkan agama diaorg.. apa2 pon peace.. :)

      Delete
    6. Putra Nakal

      Macam itu lah gambaran yang kerap kita dapat bila cakap tentang tabligh ni....kebersihan diri seolah2 diabaikan, ada setengah tu nampak pengotor sangat dan tak terurus...jambang yang berserabut...hmmmm entah lah...banyak jugak kisah yang agak teruk yang saya dengar tentang kelakuan tabligh2 ni, ada pembaca mengirimkan kisah tentang mereka tapi saya tak boleh siarkan sebab pengirim tak nak dikongsikan dlm blog, dia hanya bercerita pada saya sahaja......entah lah.....

      Delete
  7. Marwin,blog najmi ini adalah ruang sembang ringan, perkongsian masalah dan bertukar-tukar pendapat dan fikiran, Kami semua termasuk Najmi tiada sekelumitpun niat nak memburukkan Agama sendiri apatah lagi orang2 tabligh yang giat menyebarkan agama. Najmi menyiarkan cerita2 sebegini adalah untuk dijadikan pengajaran dan peringatan pada kita hambanya yang lemah. Ada juga kes2 sebegini di bawa ke mahkamah tetapi ada juga yang disimpan sendiri oleh mangsa kerana menjaga faktor2 seperti aib keluarga, faktor persekitaran dan keselamatan diri. Mengenai kesahihan cerita, penulis blog tidak ada kuasa untuk mengarahkan pencerita mendedahkan diri mereka atas dasar hormat dan kemanusiaan. Ianya lebih sekadar perkongsian perasaan dan terpulang kepada pembaca untuk membuat penilaian memilih buruk dan baik. Penulis blog juga turut memberi nasihat mengikut keupayaannya apa yang perlu mangsa lakukan bagi tindakan lanjut. Pendapat saya yang kahil dan bodoh ini, alangkah baiknya jika mereka2 (penagih dadah, gay & etc) dipelawa masuk ke dalam tabligh dan bersama2 giat dalam aktiviti keagamaan kumpulan ini. Maaf Marwin, ini hanya pendapat hamba Allah yang bodoh dan jahil seperti saya. Salam ukhwah.

    ReplyDelete
  8. tidak kisah, pak imam..ke tabligh ke apa ke. Ujian Allah ada dimana2. Tak perlu pertahankan sesiapa, tak perlu cemuh sesiapa....semua golongan diuji. Selagi bernama manusia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MGDA, kami tidak mencemuh atau mempertahankan sesiapa tetapi hanya mengemukakan pengalaman dan berkongsi cerita. Semua golongan diuji tak kira sesiapa tetapi sebagai muslim kita masih ada rasa ketuhanan dan sekali dua kita buat silap mungkin boleh diterima tetapi seandainya mereka yang melakukan itu adalah mereka yg dianggap masyarakat tinggi ilmunya dan melakukan kesilapan itu berulang kali kepada mangsa yang lemah dan tidak tahu apa2, saya rasa perlu cari punca dan penyelesaiannya. Saya yakin setiap manusia ada akal dan fikiran, sama2lah kita saling mengingati dan rasanya blog ini adalah arena kami berbincang dan berkongsi. Maaf, ini pendapat dari orang jahil dan bodaoh seperti saya.

      Delete
  9. Ya benar tu MGDA kita sebenarnya sentiasa diuji sepanjang hayat..tidak dengan ujian nafsu diuji pula dengan sakit atau kesempitan ekonomi...

    Sebenarnya hanya Allah saja yang tahu sekuat mana iman kita...
    Kekasih Allah juga diuji..para nabi dan rasul juga menghadapinya juga..apatah lagi kita yg hanya sekadar secubit saja iman nya..
    semuanya didatangkan dengan tidak sia-sia kan..

    Moga kita selamat didunia dan selamat kan juga diakhirat sana nanti...
    Amin ya Rabbi

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  10. Kisah saya pun seakan sama.. tetapi saya pernah kena denga seorang guru lelaki semasa saya di tahun 4, masa itu perkhemahan unit beruniform...

    ReplyDelete
  11. Muzammil Adrian

    Acer citer, acer citer lebih lanjut so abg boleh jadikan entry kisah pengalaman Muzammil tu, bayangkan tahun 4 apa sangatlah kita tahu, kalau ada yang meliwat kita pun kita tak tahu benda tu betul atau salah sebab kita masih kecil, mudaratnya bilah dah kita dewasa...naluri naluri dah suka pada kaum sejeniskan....

    ReplyDelete
  12. kisah sedih ini diceritakan oleh seorang kawan saya semasa kami masih bersekolah. kwn saya ni budak perempuan yg cukup taat kpd ibubapanya. dia selalu disuruh utk menyediakan makanan kpd abangnya yg kuat belajar agama & sgt alim, kununnya, bila ibubapanya keluar berniaga...setiapkali ibubapanya tinggalkan dia, tiapkali itu juga abangnya yg berjubah serban mencabul kehormatannya. mula2 dia berjaya menepis & lari turun ke bawah rumah. tetapi lama-kelamaan abangnya semakin ganas & mengugut akan mencederakan dia jika dia melawan. saban malam dia di datangi abangnya yg masuk ke dlm kelambunya utk memperkosa dia. apa daya, dia hanya berseorangan ketika itu...bila dia menceritakan apa yg telah berlaku kpd kami(4 kawan rpt), saya tidak sanggup lagi utk memandang dia krn bimbang dia lebih malu...kami ingin membantu tp dia tidak mahu kami beritahu sesiapa ataupun laporkan pd pihak berkuasa krn takut ibubapanya tak percaya krn abangnya cukup pandai berlakon alim. hingga kini dah lepas 30tahun, terngiang2 soalan yg dia tanya kpd saya: ada lagi ka lelaki yg ingin berkahwin dgnnya kelak? bila saya dengar soalan dia, saya jadi takut krn membayangkan apa yg dia fikirkan!! tak lama selepas kami semua tamat belajar, saya dengar dia membawa diri ke luar negeri ntah ke mana...sedih krn sebagai rakan, saya tidak mampu menolong dia yg sgt kesedihan...

    mat tumpul

    ReplyDelete
  13. yup betul tu abg Najmi... nansaya akn cerita pasal diri saya.. sekarang tengah sibuk study sikit....

    ReplyDelete
  14. Mat Tumpul

    Terima kasih bercerita.....maknanya puak ini memang wujud sepanjang zaman...bertopengkan tingkah laku alim tapi perangai lebih teruk drp pelacur


    Muzammil Adrian

    Tak pa nanti citer pelan2, detail2 sikit heeee...:)

    ReplyDelete
  15. Salam
    tergerak ati sy nk calitkan sdikit komen dr diri sy yg amat naif ini
    xnk berpihak pd mane2 pihak , cume menarik dgn perbalahan isu TABLIGH
    terserah pendapat masing2 berkenaan ape itu TABLIGH
    cume ape yg buat sy tergerak nk komen ni
    apebile Saudara Marwin mengatakan bahawa kawan TABLIGHnye
    bgtau bahawa Pnagih Dadah & Gay , x bleh ikut kump Tabligh
    Pgalaman sy sendri , itu adalah tdk benar same skali
    kalu tanye org xde akal pun , mungkin mereka pun akan menafikan nye
    Kenape ?
    sbab sy adalah Bisex , sudah berkawin
    skrg dlm usaha ,engawal sehabis mungkin utk tdk berbuat maksiat songsang lg
    Alhamdulillah family sy amat paham keadaan sy & beri sokongan yg penuh kasih syg
    Family mertua sy pun Alhamdulillah , kenal sape sy walaupun x 100% , Ayah mertua & abg ipar sy , Mereka ahli TABLIGH , merate dunia dah pergi berdakwah . Mereka jugak x lupekan duniawi , ade perniagaan yg boleh dibanggakan atas usaha sendri
    Saye sendri skrg mmg rapat dgn sowang abg angkat yg merupekan TABLIGH . same gak mcm family mertue , duniawi tetap ade , die Pegawai Kerajaan
    Die mmg sepenuhnye tahu segale masalah yg sy hadapi skrg
    Dah beberape kali sy ikut die TABLIGH , xde masalah pun penerimaannye
    Die xde pakse sy pun , niat kite je yg menentukan segalenye

    kite manusia , lemah dr segale sudut , TABLIGH ke , IMAM ke , MENTERI ke , PELACUR ke , GAY ke same je , manusia ade nafsu ade kemahuan ade perasaan
    Kalu kite dah salah wat pilihan , ianya tetap salah x kire siape pun kite

    sorry kalu komen ni agak merapu rapu

    cheers :-)

    suami damansara

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami damansara

      Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...mungkin ada sesuatu yang boleh kita semua fikirkan dari komen yang saudara tinggalkan itu....:)

      Delete
  16. tp ini kisah benar dari sahabat saya, mmg pernah hendak diperkosa oleh sorang tabligh semasa balik mengaji. jd sebaik sahabat saya sempat melarikan diri dan mulai dari situ dia mmg anti dengan tabligh. Selalu pengalaman buruk menjadi sesorang itu trauma.

    ReplyDelete
  17. kepada para komentar tabligh/karkun, sila jangan cepat melenting kalau perkara buruk ni dilakukan oleh sesetengah ahli karkun itu sendiri. saya pun pernah join tabligh juga dan saya telah melihat berbagai ragam karkun2. bagi saya mereka ada yang betul2 mujahadah dan ada yang buruk perangai. terima lah kenyataan bahawa orang yang ikut tabligh ni bukan semuanya boleh tekan nafsu. mereka pun manusia juga. kepada semua ahli2 mana2 kumpulan jemaah (apa2 jemaah islam pun) bila mendengar perkara sebegini terima dengan hati yang terbuka, dan jangan terlalu extreme atau obses dengan persatuan atau jemaah anda. terima kelemahan seperti mana anda menerima kejayaan. sentiasa ingat sahaja benda2 seperti ini adalah bergantung kepada individu tu sendiri dan kita harus lihat kepada individu bukan sesuatu jemaah. saya nasihatkan kepada diri saya juga agar tidak men 'judge' orang melalui luarannya. sentiasa berhati2 dalam memilih kawan. jangan pilih kuantiti kawan, pilihlah kualiti. kata2 berkawan biar seribu tu dah INVALID. kualiti melebihi kuantiti. kepada yang terlanjur atau dilanjurkan itu segera memohon ampun dan keselamatan daripada Allah. 'syaitan memang suka menjahanamkan orang2 agamawan ni lebih teruk daripada budak2 lepak, syaitan tak target sgt budak2 yg suka enjoy sebab diorang dah ikut cara syaitan' ni kata2 yg saya pernah dgr dari orang tua dlu.

    josh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Josh

      Terima kasih dengan pandangan saudara...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST