Wednesday, 6 February 2013

DIJANGKITI HIV BUKAN LAGI BERERTI HUKUMAN MATI

ADELAIDE, KOMPAS.com - Ketika David Polson didiagnosis menghidap virus HIV-AIDS pada 1984, dia telah dinasihatkan agar menyediakan surat wasiat dan hal-hal lain bagi menempuh kematiannya tidak lama lagi.  

Polson adalah salah seorang di antara beberapa pesakit awal di Australia yang telah didiagnosis mengidap HIV. Ketika itu, mereka yang dijangkiti virus ini hanya dijangka boleh hidup paling lama dalam 10 tahun.

David Polson termasuk salah satu pengidap HIV pertama di Australia.- The Sun-Herald

Namun, sekarang diusia 57 tahun, Polson masih lagi bernyawa. Ia menghabiskan waktunya untuk memberikan kaunseling mengenai bahaya HIV kepada masyarakat umum. "Saya bertekad untuk tidak mahu mati. Padahal waktu itu, pembawa HIV bermakna menunggu hukuman mati ," kata Polson kepada mingguan Australia, The Sun Herald. 

Menurut Pengarah Unit HIV Penyakit Berjangkit dan immunologi Hospital St Vincent di Sydney, Profesor Andrew Carr, pada bulan Oktober 2012 ini menandakan telah 30 tahun HIV telah berada di Australia sejak kes pertama HIV yang dikesan di Sydney. Kes kematian akibat AIDS berlaku beberapa bulan kemudian pada Julai 1983 di Melbourne.

"Saya mula bekerja di sini sejak tahun 1989, dan perbezaannya jelas sekali," katanya.  


"Sehingga tahun 1996, kami hanya mempunyai 24 buah katil yang selalunya penuh dengan pesakit yang sedang sakit atau tenat. Kemudian dengan adanya rawatan yang berkesan (HAART), katil yang ada sekarang jarang sekali digunakan," ujar Carr yang sudah 23 tahun terakhir bekerja di hospital tersebut.

Selain adanya kemajuan dibidang perubatan, sikap masyarakat juga mulai berubah, walaupun stigma bagi pesakit HIV-AIDS masih ada. Menurut Carr, kemajuan teknologi juga menyebabkan para pesakit tidak perlu risau seolah-olah mereka "sedang mati perlahan-lahan".


"Ada banyak penyakit yang mempunyai tingkat prognosis yang lebih buruk daripada HIV-AIDS. Pada awalnya, tingkat kebertahanan hidup seorang pesakit HIV rata-rata hanya 10 tahun. Namun sekarang, apabila anda terkena HIV dan mendapatkan rawatan, tingkat harapan untuk terus hidup hampir sama dengan orang sihat yang lain.


Perkembangan lain dalam pengurusan HIV adalah berkurangnya risiko penyebaran antara manusia. "Sekarang dalam 18 bulan terakhir, kita boleh menggunakan ubat-ubat HIV untuk mencegah orang yang belum terkena mendapat jangkiti virus yang sama. 

Kajian terbaru juga menunjukkan bahawa angka penyebaran antara pasangan seksual juga menurun apabila pasangan yang terjangkiti menjalani rawatan, "kata Carr.

Di Australia, tahap jangkitan HIV-AIDS juga semakin menurun. Diantara tahun 2006-2010, hanya tercatat 1.297 kes baru, dan itu pun berlaku kerana mereka yang terkena mempunyai hubungan seksual dengan pasangan dari negara-negara yang berisiko tinggi.  


Menurut laporan PBB, negara-negara di Sub-Sahara Afrika yang paling banyak terkena HIV-AIDS dengan jumlah 23 juta orang. Di kawasan Asia Tenggara dan Asia Selatan terdapat 4 juta pesakit, sementara di Amerika Latin 1.5 juta pesakit, dan di Eropah Timur dan Asia Tengah 1.5 juta pesakit.  

Ketika kali pertama disahkan telah dijangkiti HIV di tahun 1984, Polson bertekad untuk tetap hidup sihat walaupun ketika itu belum ada rawatan yang berkesan.

"Saya membuat rencana sendiri. Saya mengikuti pola hidup sihat, latihan teratur, makan ratusan vitamin, dan meditasi." kata Polson.


Setelah mendapatkan rawatan, Polson menganggarkan bahawa ia sudah menjalani 29 percubaan ubat-ubatan, dan ada beberapa diantaranya menghasilkan kesan sampingan kekal. Sekarang, menurut Polson, rawatan yang dilakukannya juga masih kompleks. Namun, dia puas kerana hal tersebut juga yang menyebabkan beliau masih hidup sehingga hari ini.


"Kerana begitu banyak ubat yang saya makan di masa lalu, beberapa di antaranya (ubatan) menjadikan saya kebal. Saya sekarang mengambil 6 ubat HIV dan puluhan pil lain untuk mengurangkan kesan sampingan. Setiap hari, saya makan 48 pil. Tiap hari tanpa henti," ujarnya.


Nampaknya cara beginilah (rawatan) yang paling maksimum (berkesan) untuk semua pada hari ini kerana, menurut Carr, penemuan vaksin HIV masih jauh. Dalam pada itu pada hari ini, terutama di negara-negara maju, apabila seseorang itu mendapat jangkitan HIV-AIDS bukan lagi dianggap secara automatik kita menerima hukuman mati.


"Ketika saya mula bekerja di bidang ini 25 tahun lalu, terkena HIV bermakna hukuman mati. Tetapi hari ini tidak lagi," kata Carr.


Sumber Disini


 

5 comments:

  1. Terbukti hidup mati ajal maut semuanya di tangan Allah, terbukti kekuasaanNya. Setiap penyakit pasti ada ubatnya, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya, In shaa allah.

    ReplyDelete
  2. Saya berharap semoga ada penemuan utk vaksin hiv..mcm dlu digembar gemburkan cicak tokek yg asli dpt dijadikan ubat utk hiv..skrg ni lenyap bgitu saja..namun katanya dijual dgn hrga yg sgt tggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aNna sui deLima Qaseh Chin Ta

      Insyaallah maybe satu hari nanti vaksin akan ditemui...tentang cicak tokek tu wallahuallam....tak kut...jangan percaya...:)

      Delete
  3. aNna sui deLima Qaseh Chin Ta

    Insyaallah maybe satu hari nanti vaksin akan ditemui...tentang cicak tokek tu wallahuallam...rasanya tak kut, jangan percaya...:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST