Wednesday, 6 February 2013

CHENTA SAYA - BOS DEDAHKAN STATUS STAFF HIV POSITIF DI OFFICE

Kisah ini diceritakan oleh Chenta Saya. Hmmm.... saya ada satu cerita, tentang status seorang ODHA (PLHIV) yang dihebahkan di ofis. Tetapi bukan ofis saya, tetapi ofis kedua milik bos saya. 

2-3 minggu lepas, saya telah diminta drivekan dia (bos) balik ke opisnya (family bisnes dia, bukan tempat saya kerja). Semasa dalam perjalanan tu, dia call Hospital Serdang. Begini lah lebih kurang perbualan mereka…


Bos: Operator, sambungkan saya ke Wad 7D (klu xsilaplah)

Operator pun sambungkan….

Bos: Hello, boleh saya bercakap dengan Sister incharge?

Sister: ……. ( tak dengar, sebab perbualan itu dalam fon..mungkin mengiyakan)

Bos: Boley saya tahu apa progress pesakit Khairul XXX? Kenapa lama sangat kena tahan?

Sister:…… (tak dengar, mungkin cakap sebab masih dalam penyiasatan atau perlukan rawatan rapi)

Bos: Saya, Matron XXX. Dia ni bekerja dengan anak saya. Staff anak saya. Teruk ke keadaan dia ni Sister?

Sister: ….. ( tak dengar, sebab tu dalam fon.. )

Bos: Sister ada check HIV status dia? Mana lah tahu….

Sister: ……( tak dengar, sebab itu dalam fon..)

Bos: Hmmm saya dah agak dah. Patut lah. Saya tengok cara dia pun lain macam sikit. Kawan-kawan dia semua lelaki. Lembut-lembut je saya tengok. Tapi malas lah saya nak kata apa kan…

Sister: …..( tak dengar, sebab itu dalam fon..)

Bos: Sister tahu, penah dulu dia pergi klinik, sebab demam. MC je memanjang. Saya call doktor tu, sebab saya memang kenal. Doktor tu cakap mukosa, mulut dia ada oral thrush, ada infection. Tapi tak ada lah check darah untuk HIV masa tu. Hmmm tak tahu lah sister......patutlah dia ada cakap masa anak saya datang melawat dia hari itu.. dia ni banyak buat dosa.  Tak habis-habis cakap perkara yang sama.


Dalam hati saya… Ya Allah..kenapalah sister tu dedahkan status pesakit tu? Bukankan P&C? Adakah sebab dengar nama orang yang call tu ada pangkat Matron dan dia dari bidang medical jugak, maka mereka boleh sesuka hati dedahkan rahsia pesakit? 

Takutnya aku kerja dengan orang tua ni….


Sampai aje kat ofis dia, saya solat dulu. Masa tengah ambil wuduk tu, saya terdengar dia panggil 2-3 orang staff ofis tu masuk ke dalam bilik dia. Kebetulan bilik solat tu sebelah bilik dia. So, saya terdengar apa yang dia cerita like… Khairul XXX ni ada HIV. Tahulah..dah macam mami jarum dia bercerita. Bla bla bla…. Aku hanya gelengkan kepala je bila dengar. Seorang-seorang keluar dari bilik dia, kesat air mata.

Sejak dari hari tu, memang hidup saya di ofis tu tak tenang aje rasanya. Dapat bos..kepochi nak mampus. Dulu ingatkan satu hari nanti, mungkin pada dialah tempat untuk saya meminta bantuan seandainya ada masalah/sakit yang due to HIV, sebab dia adalah seseorang yg terkenal dalam bidang kawalan infeksi di Malaysia. Tapi tanggapan saya padanya salah. 

Sister tu pun bangang jugak. (sakit hati). Dia tak sepatutnya dedahkan maklumat pesakit. Even sesama rakan sekerja pun memang tak boleh actually (kecuali urusan kerja), inikan pulak orang yg dia tak kenali. 

Saya memang pangkah Hospital ni… 


Berita terbaru yang diberitahu oleh Chenta Saya kepada saya, Pada Selasa 22 - 1 - 2012, pukul 5:53:00 pm

Saya baru sahaja tengok kat jobstreet, company bos itu sudah iklankan jawatan kosong iaitu jawatan yang disandang oleh Khairul XXX.  Saya pun tak tahulah apa pengakhiran kisah khairul XXX dengan company tu, sama ada dia resign atau diberhentikan kerja. Saya belum pasti. 



8 comments:

  1. yang pasti Chenta kamu bukan Chenta kan ???... hhehehhe ..

    Chenta pun ada rakan kerja yang +ve HIV .. whatever it is .. dia seorang yang cool .. n company kami InsyaAllah .. bos x kepochi gitu .. sbb bos bukan org sini dia kat UK sana ...hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chenta

      Bos omputih rasanya lebih terbuka dan lebih memahami...rasa saya lah jika dibandingkan dg bos orang tempatan ni kan...

      Delete
  2. Boss macam ni teruk betullah tak ada leadership langsung...sesuai untuk jadi editor gossip kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Kepohchi...tak terlintas ker bos tu jika hari ini dia cerita aib org lain, satu hari nanti aib dia pula akan dicerita orang jugakan....

      Delete
  3. Assalamualaikum,

    Bos saya juga tahu mengenai status saya pembawa HIV.
    Beliau menerima dengan terbuka dan memberi sokongan.
    Saya tidak pasti beliau memberitahu rakan sepejabat yang lain.
    Tapi alhamdulillah semuanya berada dalam keadaan baik seperti sediakala.
    Sesetengah manusia memang suka menghebohkan keburukan orang lain.
    Saya percaya dan sentiasa percaya orang yang menzalimi orang lain akan mendapat balasan daripada Allah.

    Wallahua'lam

    MFZ

    ReplyDelete
  4. MFZ

    Betul tu senang kata kalau seseorang itu buka aib seseorang dg niat tak baik, pasti suatu hari nanti aib ia pula akan dilondehkan oleh orang lain pula, rasanya pasti berlaku tapi mungkin dengan cara berbeza...Wallahuallam.

    ReplyDelete
  5. adatler orang Melayu nie....mende buruk habis dicanangkan 1 dunia. bende baik? hmmm makin dicemeknye muka! tak malu ke kita pada bangsa bukan Melayu yang lebih Melayu' sikapnye dari orang Melayu yg kebanyakan sekrang nie PLASTIK! aku tahu sangatler sbb nature work aku memang 90% Melayu!

    ReplyDelete
  6. Anonymous

    Sikap manusia memang macaam tu tetapi tak dinafikan sikap seperti ini memang melayu yang menjuarainya...kebanyakannya....Wallahuallam

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST