Monday, 4 February 2013

BEKAS PEMAIN SELANGOR "EZMI" KEMBALI KE RAHMATULLAH

Buat pengetahuan pembaca entry ini berkaitan tentang perkongsian artikel didalam blog ini yang bertajuk, "BARAH HIDUNG – LEBIH DASYAT DARIPADA DUGAAN YANG KITA ALAMI"


Artikel ini bertarikh 2 Februari 2013

BATANG KALI - Bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 36, yang menderita akibat barah hidung meninggal dunia jam 1.43 pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sentosa setelah dilaporkan muntah darah lewat petang semalam dan menghadapi masalah untuk membuang air besar.

Bapanya, Md Jan Nipang, 67, berkata, tahap kesihatan anak sulungnya itu menurun sejak sebulan lalu dan tidak menjamah makanan dalam tempoh tersebut menyebabkan berat badannya susut.

"Semalam lebih kurang jam 5.15 petang Mohd Ezmi mengalami muntah darah yang banyak dan tidak berhenti sehingga jam 8 malam.

"Selepas dilihat reda, dia sekali lagi muntah darah sampailah habis waktu Isyak kemudian dia direhatkan selepas itu," kata beliau ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batang Kali di sini.

Katanya, melihat keadaan Mohd Ezmi yang tidak stabil ahli keluarnya bersilih ganti menjaganya.


Menurutnya, kira-kira jam 12.30 tengah malam Mohd Ezmi mengadu mahu membuang air besar dan dipapah ke bilik air, namun terjatuh di bilik air.

"Saya memapahnya kembali ke katil tapi dia tidak dapat buang air besar ketika itu.

"Lebih kurang jam 1 pagi dia sekali lagi mahu buang air besar tapi disebabkan keadaannya yang tidak bermaya, kami hanya sediakan besen untuknya membuang air di tepi katil. Tapi selang setengah jam Mohd Ezmi disahkan meninggal dunia," katanya.

Katanya, jenazah anaknya selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi.

Turut hadir ke tanah perkuburan tersebut, bekas rakan sepasukan arwah, Aiman Firdaus Tan, 36, bersama kira-kira 30 rakan lain yang bersama-sama dalam pasukan bawah 20 tahun Selangor dahulu.

Allahyarham Mohd Ezmi menghidap barah hidung sejak lima tahun lalu dan telah menjalani pembedahan serta melalui beberapa rawatan susulan di hospital termasuk kaedah tradisional.

Beliau pernah bermain dengan pasukan Selangor sebagai ketua pasukan, Perlis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan merupakan bekas kakitangan MPSJ.


Sumber Sinar Harian

AL FATIHAH 
BUAT ARWAH SAUDARA EZMI


6 comments:

  1. Moga alahyarham saudara Ezmi di tempatkan di kalangan orang-orang yg beriman dan dicucuri rahmat ke atas rohnya...Amin ya Rabbi

    sedih dengar berita ni..Najmi.
    Al fatihah buat arwah..takziah buat seluruh keluarganya..

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran jazillan

      Irfa

      Al Fatihah buat arwah...semoga arwah ditempatkan dengan orang yang beriman disana...

      Delete
  2. Alfatihah..ini kawan abang sepupu saya. saya macam lega dia kembali supaya dia x derita.. moga sepanjang dia sakit.. Allah ampunkan dosa-dosanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymou One

      Dugaan yang diterima arwah teruk sekali, kanser dibahagian hidung tak dpt bayangkan kehidupan arwah 10 tahun akan datang sekiranya kanser itu tidak dapat disembuhkan, memakan sedikit demi sedikit ruang wajah arwah...Al Fatihah

      Delete
  3. inna lillah hiwa illa hira jiun.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST