Friday, 1 February 2013

APA ITU HIV? APA ITU AIDS?

HIV adalah nama singkatan virus "Human Immunodeficiency Virus" sejenis virus yang menjangkiti sel-sel dalam badan manusia dan mereplikasi dalam sel-sel itu. Virus boleh merosakkan sel-sel manusia, dan adalah sebab ia boleh menyebabkan seseorang jatuh sakit.

HIV boleh disebarkan dari satu sama lain. Seseorang boleh dijangkiti HIV apabila didedahkan kepada bendalir orang yang telah dijangkiti HIV. Seseorang yang dijangkit HIV dipanggil 'HIV+' atau HIV positif.
 


Pusingan Hidup HIV

Untuk virus membiak, ia mesti menjangkiti sejenis sel. Virus secara teknikal bukan organisme yang hidup: mereka adalah seperti otak tanpa badan. Untuk membolehkan virus membuat virus baru, mereka mesti menculik satu sel dan menggunakan sel itu untuk membuat virus (juga dipanggil salinan). Badan kita selalu membuat sel baru untuk kulit, atau darah. Setiap sel juga membuat protein baru untuk terus hidup dan membiak. Virus menyembunyikan RNAnya dalam sel DNA, dan kemudian apabila sel membuat protein baru, ia secara tidak sengaja membuat virus baru juga. HIV biasanya menjangkiti sel-sel dalam sistem imun.


Jangkitan


Beberapa jenis sel-sel mempunyai protein di permukaan mereka yang dipanggil saraf penerima CD4. HIV mencari sel-sel yang mempunyai saraf penerima CD4 di permukaan mereka, kerana protein ini membolehkan virus ini melekat pada sel. Walaupun HIV menjangkiti berbagai sel-sel, sasaran utamanya ialah T4-limfosit (atau di panggil sel pembantu-T), sejenis darah putih yang mempunyai banyak saraf penerima CD4. Sel T4 bertanggungjawab memberi amaran kepada sistem imun apabila terdapat serangan dalam sistem.


Salinan
 

Apabila HIV melekat kepada sel, ia menyembunyikan DNA HIV ke dalam sel DNA dan ini menjadi kilang HIV.


Istilah
 

Untuk memahami HIV beberapa istilah mesti diketahui:

DNA - seperti cetak biru bangunan
 

Enzim - Enzim adalah seperti perkerja sel. Ia membentuk protein baru, mengangkut bahan sekeliling sel dan melalukan fungsi penting selular.
 

RNA - Ini adalah seperti pengurus pembinaan. Sel-sel menggunakan RNA untuk memberitahu enzim bagaimana membina sebahagian sel secara spesifik. Untuk membuat protein baru, enzim akan membuat salinan sebahagian DNA ke dalam RNA. RNA ini kemudiannya digunakan oleh enzim lain untuk membuat salinan protein baru atau enzim spesifik untuk HIV.
 

Protein - Seakan batu bata bangunan yang diperlukan oleh benda-benda hidup
 

Nukleus - Satu bungkusan kecil di dalam sel di mana bahan genetik disimpan.


Langkah Pertama : Melekat
 

Virus terdiri dari selaput luar protein, lemak dan gula yang membalut satu set gene (dalam kes HIV, maklumat genetik terkandung dalam RNA, bukan DNA) dan enzim khas.

HIV mempunyai protein dalam selaputnya yang sangat tertarik kepada permukaan saraf penerima CD4+ pada permukaan sel T4. Apabila HIV melekat pada permukaan saraf CD4+, ia mengaktifkan protein lain pada permukaan sel dan membolehkan selaput HIV bercantum dengan permukaan sel.


Pintu masuk boleh dihalang oleh penyekat pintu (ubatan-ubatan baru atau Fusion Inhibitors)


 

Langkah Kedua: Memutarbalikkan Salinan
 

Gene HIV dibawa oleh dua lembar RNA manakala bahan genetik sel manusia terkandung di dalam DNA. Untuk membolehkan virus menjangkiti sel, satu proses "memutarbalikkan salinan" berlaku untuk membuat salinan DNA kepada virus RNA.

Selepas proses melekat, kandungan virus (yang mengandungi RNA dan enzim yang penting) dilepaskan ke dalam sel hos. Enzim virus memutarbalikkan salinan DNA kepada RNA. DNA baru ini dipanggil "pra-virus DNA".


Proses memutarbalikkan salinan ini boleh di sekat oleh ubat-ubatan NRTI (Nucleotide Reverse Transcriptase Inhibitors) - seperti Combivir (Zidovudine+Lamivudine), Stavudine, Didanosine, Abacavir, Tenofovir dan NNRTI (Non-Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors) - seperti, Efavirenz (Stocrin) dan Nevirapine.


 

Langkah Ketiga: Mengintegrasi
 

DNA HIV kemudiannya dibawa oleh sel-sel nukleus (ditengah), di mana DNA sel-sel disimpan. Satu lagi enzim virus yang dipanggil "integrase" menyembunyikan DNA pra-virus ke dalam sel-sel DNA. Apabila sel cuba membuat protein baru, ia dengan tidak sengaja membuat HIV baru.

Proses integrasi ini boleh disekat oleh ubat-ubatan kelas baru yang digelar Integrase Inhibitors. Integrase Inhibitors memberi harapan kepada ramai pesakit HIV+, khususnya mereka yang telah membentuk penentangan terhadap ubat-ubatan yang melawan dua enzim HIV lain seperti memutarbalikkan salinan and protease.


 

Langkah Keempat: Salinan
 

Sebaik sahaja bahan genetik HIV masuk ke dalam sel nukleus, ia akan mengarahkan sel mengeluarkan HIV baru.

Lembaran DNA virus dalam nukleus berpisah dan enzim khas membuat satu lembaran pelengkap bahan genetik yang dipanggil pengutus RNA atau mRNA (arahan bagi membuat HIV baru).


Adalah diharap proses salinan ini boleh disekat oleh ubatan-ubatan kelas baru yang dipanggil Transcription Inhibitors (TIs) yang masih dalam kajian awal.


 

Langkah Kelima: Penterjemahan
 

Pengutus RNA (mRNA) membawa arahan bagi membuat protein virus baru dari nukleus ke sejenis makmal dalam sel. Setiap bahagian mRNA berhubung dengan satu protein seperti batu bata yang membina HIV.

Apabila satu lembaran mRNA diproses, satu lembaran protein pelengkap juga dibuat. Proses ini berterusan hingga lembaran mRNA telah diubah atau "diterjemahkan" ke dalam satu proterin virus baru yang diperlukan untuk membuat virus baru.


 

Langkah Keenam: Pemasangan dan Kematangan
 

Langkah terakhir bermula dengan pemasangan virus baru. Lembaran protein yang panjang dipotong oleh enzim virus yang dipanggil protease kepada protein yang lebih kecil. Protein-protein ini mempunyai fungsi yang berbagai; setengah membentuk struktur elemen baru HIV, manakala yang lain menjadi enzim, yang digunakkan untuk memutarbalikkan salinan.
 

Sebaik sahaja bahagian-bahagian virus baru dipasang, mereka melekat ke sel hos dan membentuk virus baru. Virus ini kemudiannya memasuki tahap kematangan yang melibatkan pemerosesan protein virus. Kematangan adalah langkah terakhir dalam proses ini dan adalah perlu untuk virus ini berjangkit.
 

Dengan selesainya proses pemasangan dan kematangan virus, virus itu boleh menjangkiti sel-sel baru. Setiap sel yang dijangkiti boleh menghasilkan banyak virus baru.

Proses pemasangan virus ini boleh disekat oleh Protease Inhibitor (PIs)- Kaletra, Indinavir, Ritonavir, Saquinavir. Proses Kematangan kini dikaji oleh syarikat-syarikat yang membuat ubat HIV, dan diharap dapat disekat oleh Maturation Inhibitors

Sumber : Disini


 
AIDS (acquired immune deficiency syndrome) adalah satu keadaan yang disebabkan oleh virus HIV. Virus ini menyerang sistem imun, "angkatan tentera" dalam badan kita yang menentang jangkitan. 

Apabila sistem imun ini menjadi lemah, kita hilang kawalan dan mula membentuk banyak jangkitan yang merbahaya dan kanser. Ini adalah dipanggil "jangkitan oportunistik" atau OIs kerana mereka mengambil kesempatan ke atas kelemahan sistem daya tahanan badan. 


Anda mungkin telah mendengar bahawa seseorang telah "meninggal akibat AIDS". Ayat ini kurang tepat kerana sebenarnya jangkitan oportunistik yang mengakibatkan kematian bukan AIDS. AIDS adalah satu keadaan yang membolehkan OIs terjadi.

Di Amerika Syarikat, Centers for Disease Control (CDC) bertanggungjawab mengutip data atas nombor orang hidup dengan AIDS. Ini tidak sama dengan nombor orang yang hidup dengan HIV. 


Harus diingat bahawa AIDS mengandungi perkataan "immune deficiency (kekurangan imun). Oleh kerana seseorang boleh hidup dengan HIV dalam purata 10 tahun sebelum sistem imunnya menjadi lemah, AIDS adalah tahap lanjutan jangkitan HIV.

CDC menggunakan satu kriteria spesifik dalam mengenalpasti seseorang HIV yang telah melanjut ke AIDS. Salah satu perkara yang dilihat ialah kiraan sel-T: sekiranya sel T4 seseorang jatuh ke kurang dari 200, mereka dikatakan mengidap AIDS. 


Mereka juga melihat OIs yang dihadapi oleh pesakit HIV. Sekiranya seseorang HIV positif didiagnoskan dengan dengan satu jangkitan oportunistik yang terkandung dalam senarai CDC (lebih kurang 12 OIs berkait dengan HIV) maka mereka juga dianggap mengidap AIDS.

Banyak OIs boleh dihalang atau dirawat. Sebenarnya, banyak kajian AIDS yang anda dengar adalah mengenai kajian mencari rawatan bagi menyembuh OIs yang spesifik, dan bukan semata-mata untuk mencari ubat-ubatan yang boleh menyekat HIV. 

Sumber : Disini

 

1 comment:

  1. Huhu..baca mende ni mcm esk nk msuk exam biologi je..means..klu ade 1virus hiv..die bole mnjdi 10..dari 10 die jdi 100..dri 100 jd 1000..erkk..tabahkan lah hati ini..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST