Tuesday, 12 February 2013

14 FAKTA PENTING HIV/AIDS


1. AIDS disebabkan HIV
HIV ialah virus human imunodeficiency; yang merosakkan sistem pertahanan badan. Orang yang menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) menjadi lemah kerana badan mereka hilang keupayaan melawan semua penyakit. Mereka akhirnya mati dan sehingga kini belum ada ubat yang boleh menyembuhkan jangkitan HIV. 


2. Kemunculan pertama AIDS boleh mengambil masa 10 tahun selepas jangkitan
Virus HIV mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk membiak dan membentuk koloni dalam badan manusia. Inilah sebabnya seseorang yang dijangkiti virus HIV kelihatan dan berasa sihat selama bertahun-tahun dan dalam tempoh inilah dia boleh memindahkan virus berkenaan kepada orang lain tanpa disedari. Ubat yang ada membolehkan individu dijangkiti HIV hidup sihat lebih lama tetapi dia tetap boleh memindahkan virus itu kepada orang lain. 


3. HIV dipindahkan melalui cecair badan
Pemindahan virus HIV boleh berlaku pada semua peringkat, sama ada pesakit sudah mengalami gejala AIDS atau kelihatan sihat. Pada individu yang dijangkiti virus HIV, virus ini boleh ditemui pada darah, air mani (termasuklah cecair yang keluar sebelum ejakulasi), lelehan vagina, dari ibu HIV kepada anak dalam kandungan, kelahiran dan susu badan.


4. Jangkitan virus HIV paling kerap berlaku melalui hubungan seks
Percampuran cecair badan berlaku ketika hubungan seks dan ketika itulah virus HIV boleh berpindah masuk ke dalam badan pasangan; terutama jika tisu vagina atau dubur luka; atau menghidap penyakit kelamin. Remaja perempuan lebih terdedah dan berisiko dijangkiti HIV kerana lapisan membran pada vagina mereka lebih nipis berbanding wanita dewasa dan mudah terkena jangkitan.


5. Individu yang menghidap penyakit kelamin lebih berisiko dijangkiti HIV
Menghidap penyakit kelamin akan meningkatkan risiko seseorang dijangkiti HIV dan kemudian, memindahkan jangkitan kepada orang lain jika mereka kerap bertukar pasangan. Individu yang menghidap penyakit kelamin perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin dan dalam tempoh ini mengelak daripada melakukan hubungan seks atau mengamalkan seks selamat (memakai pelindung umpamanya kondom). Malah mereka juga perlu memaklumkan perkara itu kepada pasangan. 


6. Risiko jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan
Ia boleh dicapai dengan tidak melakukan hubungan seks; jika mereka yang tidak dijangkiti hanya mengadakan hubungan seks dengan pasangan sama saja atau mengamalkan seks selamat. Seks selamat bermakna seks yang tiada penetrasi (kemasukan zakar ke dalam vagina) atau menggunakan kondom. Bagaimanapun, kaedah ini masih ada risiko kerana pasangan mungkin luka, kondom bocor atau tertanggal jika tidak dipakai dengan baik. Paling selamat ialah langsung tidak mengadakan hubungan seks.


7. Individu yang menyuntik dadah juga berisiko tinggi mendapat jangkitan HIV 
Virus HIV juga boleh dipindahkan melalui jarum suntikan dan ini adalah cara yang paling biasa di kalangan penagih dadah. Selain itu virus HIV juga boleh berpindah jika menggunakan pisau cukur, pisau dan lain-lain alat yang tercemar (digunakan terlebih dulu oleh individu yang ada HIV). 


8. Pegawai kesihatan atau pusat HIV/Aids yang boleh dihubungi untuk ujian dan kaunseling 
Sesiapa yang mengesyaki dijangkiti HIV perlu menghubungi pegawai kesihatan dihospital berdekatan atau pusat HIV/AIDS seperti Majlis AIDS Malaysia di talian 03-4045 1033 untuk ujian, nasihat dan kaunseling. Anda tidak perlu bimbang kerana semua maklumat adalah rahsia.


9. Virus HIV tidak berjangkit melalui sentuhan harian 
Ini termasuklah bersalaman; berpelukan; menggunakan kolam renang atau tandas yang sama; berkongsi cadar dan sarung bantal, telefon, perabot, peralatan makan dan makanan. Malah, virus ini tidak tersebar menerusi batuk, bersin atau gigitan serangga termasuk nyamuk.


10. Setiap orang berhak menerima belas kasihan dan sokongan 
Tidak kira siapa pun yang mendapat jangkitan HIV atau menghidap AIDS, mereka berhak mendapat sokongan dan belas kasihan. Mendiskriminasi atau menyisihkan penghidap AIDS atau individu yang dijangkiti HIV sebenarnya melanggar hak asasi manusia.


11. Bolehkah kita mengetahui sama ada seseorang itu dijangkiti HIV? 
Tidak. Tiada cara untuk kita mengetahui sama ada seseorang itu dijangkiti HIV dengan melihat pada fizikalnya saja. Jangkitan HIV hanya boleh dikesan melalui ujian darah. Malah individu yang dijangkiti itu juga mungkin tidak menyedari virus itu ada dalam badan mereka kerana berasa sihat.


12. Jika dijangkiti HIV 
Anda perlu memberitahu perkara itu kepada orang yang pernah menjadi pasangan seks anda atau individu yang berkongsi jarum suntikan dengan anda; supaya mereka boleh memikirkan untuk menjalani ujian pemeriksaan HIV. Bagaimanapun, ia bukanlah perkara yang mudah, mintalah nasihat daripada doktor, jururawat atau kakitangan Majlis AIDS Malaysia.


13. Pesakit perlu tahu mereka berhak mendapat rawatan 
Memang tidak dapat dinafikan ada petugas perubatan yang kurang senang merawat pesakit kerana mereka kurang pengetahuan. Pesakit yang melalui sebarang bentuk diskriminasi atau dinafikan hak mendapat rawatan kerana menghidap HIV, perlu mencatat butir lengkap mengenai perkara itu, terutama masa, tarikh, tempat dan jika memperoleh nama individu yang terbabit sebagai dokumentasi untuk diambil tindakan undang-undang.
 
Tindakan undang-undang tidak dapat dilakukan jika tiada dokumentasi atau hanya berdasarkan rungutan. Ini penting untuk menghentikan diskriminasi terhadap pesakit HIV/AIDS kerana setiap orang ada hak sama seperti orang lain.


14. Jika anda pembawa HIV dan hamil 
Jangan cuai mengambil ubat sepanjang kehamilan. Ubat itu boleh mengelakkan anak anda mendapat jangkitan HIV. Mereka juga perlu menyedari bahawa tidak boleh melahirkan anak secara normal, sebaliknya melalui pembedahan. Ini kerana ketika proses bersalin secara normal itulah virus akan ‘diwariskan’ kepada anak. 




Rasanya, ramai antara kita sudah tahu fakta tersenarai tadi tetapi tahu saja tidak mencukupi kerana perkara lebih penting ialah kesediaan kita untuk menerima kehadiran pesakit dalam kehidupan kita. Jika kita benar-benar tahu dan faham mengenai HIV dan AIDS, kita tidak seharusnya resah apabila mengetahui orang yang duduk di sebelah kita adalah individu HIV, bukan?

61 comments:

  1. Najmi, tempoh hari ada pembaca dalam blog Najmi ada bertanya di mana beliau boleh membeli madu lebah tualang yang asli kan? Dua hari lepas saya ada beli madu tualang pak haji kat wangsa walk, Wangsa Maju, KL. Memang asli madu tualang tersebut..madu tualang ulu tembeling, jerantut, pahang. Harga dia pun tak mahal..lebih kurang RM148.00. Dapat kupon RM10. Nak beli lepas ni boleh dapat dengan harga RM138.00. Maklumat lanjut boleh lihat kat dalam blog ni: http://www.madupakhaji.blogspot.com/

    Najmi, cousin saya amalkan minum madu tualang dan bukan tualang (tapi pastikan yang asli yer). CD4 beliau sebelum ni adalah 178. Minggu lepas dapat result terbaru..CD4 dah naik kepada hampir 450 dalam masa 2 bulan. Alhamdullilah. Dia amalkan minum jus buah-buahan segar yang dibuat sendiri tanpa gula, minum madu + pati delima.

    ReplyDelete
  2. Anonymous,

    Terima kasih banyak-banyak dengan maklumat yang anda beri ini, saya harap oarng yang bertanya tentang madu tu akan membaca maklumat dari anda ini.

    Terus terang saya suka bila mendengar kisah PLHIV yang naik CD4 mereka dalam jumlah yang tinggi. Cousin anda CD4 dari 178 naik sehingga 450 alhamdulillah seronok mendengarnya, tapi lain orang berbeza peningkatan CD4 walaupun mereka amalkan sesuatu itu (seperti madu) dalam jumlah yang sama.

    Walaubagaimana pun saya sendiri yakin dengan khasiat madu dan amalan sunnah yang lain seperti delima, kurma dan sebagainya.

    Terima kasih kerana sudi meninggalkan maklumat diruang komen ini...:)

    ReplyDelete
  3. Najmi, sekarang ramai yang tak resah duduk sebelah PLHIV, berkawan, keluar makan dan bergaul dengan mereka sebagai sahabat. Sokongan kami kepada sahabat2 kami tidak pernah berbelah bagi, kami berkongsi bumi milik Allah yang sama, kami manusia PLHIV manusia, kami makan PLHIV makan, kita semua berkongsi segalanya milik Allah termasuk nyawa. Kami non PLHIV ni sebenarnya menyokong anda semua dan tidak takut untuk bergaul dalam urusan harian kerana kita semua SAHABAT. Anda semua penting untuk kehidupan kami dan terima kasih di atas keterbukaan dan perkongsian ini. WNLYWA - We Never Let You Walk Alone

    ReplyDelete
  4. Najmi, buku kanlah kisah hidup najmi..plsssssssssssssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Haha....bahaya.....tak sedia...tak boleh...

      Delete
  5. Maf,sy bru j bukak blog awk..leh sy thu cmne awk dpt tu??sbb sy pon kategori berisiko,tukar pasangan sexs..da 32org lelaki yg sy da main sejak umur 17thun...last sy cek rapid test thun lps,masih xd pape..skrg sy da insaf..tp sy tkut dpt hiv..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Boleh email saya ke najmi620@gmail.com.

      Awak boleh baca entry pertama abg 'PENGENALAN TENTANG DIRI SAYA" kat bawah sekali dlm blog ni tu, baca disitu ya...Lain2 maybe kita bercerita dlm email ok tak...:)

      Delete
    2. Anonymous,
      Bila last awak lakukan aktiviti berisiko? jika pernah lakukan aktiviti berisiko selepas rapid test tahun lepas tu maka awak kena buat ujian sekali lagi, kemudian buat sekali lagi 3 bulan kemudian (ingat dlm masa 3 bulan tersebut awak tak boleh buat aktiviti berisiko lagi utk mendpt result yang tepat) Kalau dlm masa 3 bulan tu awak masih melakukan aktiviti berisiko maka proses ujian kena dilakukan dari mula balik.

      Delete
    3. Lps sy buat rapid test tu,sy ada main ngn sorg mamat ni la,dia pun suka tukar2 pasangan sex gak..lps seminggu main dgn dia,sy main ngn bf sy..lps tu ,sy hny main ngn bf jelah..xd main dgn org lain da..bf sy tu hilang teruna dgn sy la,dan sy sorg j pasangan sex dia..sy risau sy ni ada hiv,dia pon dpt jgk..sgt2 risau..mmg sy da xnk tukar2 psgn..sy da insaf..kalau sy nk main pon,sy onani smbil tgk porn..sama jgk bf sy,dia tiap2 hari onani..last sy melakukan hbgn sex ialah 4bulan lepas..rapid test tu mmg leh kesan ke kalau sy ada hiv ke x?ke kena test screening utk lebih pasti lg,tq naj mi

      Delete
  6. Sy da ingt,seminggu sblm raya puasa sy main ngn mamat tu kat cameron..pastu pada bulan ogos lps raya sy wat rapid test,kptsn -ve..lps tu hny bf sy sj yg jd pasangan sex sy..dan kami stop main sejak bulan 11..sejak hritu xpnh main kecuali kiss saje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Dah lama tu, kalau bulan Ogos 2012 awak buat test dan resultnya -ve, awak kena buat ulangan test samaada 3 bulan kemudian atau 6 bulan kemudian dr tarikh test bulan Ogos tu utk pastikan yang awak benar2 bebas. Awak kata hanya dg BF aje awak buat sex...kena ingat BF awak tak semestinya bebas, kita tak leh percaya kalau BF kata ia hanya buat sex dg awak aje, bagaimana kalau BF awak ada HIV? dan awak main pulak tanpa perlindungan.

      Nak tanya awak ada alami tanda2 seperti diatas.

      Jalan paling mudah utk menghilangkan rasa gelisah awak, saya nasihatkan buat sekali ujian HIV..kalau keputusannya masih -ve maka awak kena ulang buat ujian pada 3 bulan kemudian dan 6 bulan berikut dr tarikh ujian pertama tu.

      Ingat dlm masa 3 bulan dan 6 bulan dr tarikh ujian HIV pertama awak jangan buat sex dg sesiapa pun walaupun dg BF, jangan terlibat langsung...supaya result pada 6 bulan dr tarikh ujian pertama tu benar2 bersih (betul)

      Itu aje cara yang terbaik, kita tak boleh main agak2.

      Kalau main dg BF guna condom maybe risiko dpt HIV atau berlaku jangkitan agak rendah, tapi kalau tanpa condom dan pancut dalam risiko amat tinggi jika pasangan (TOP) tu ada HIV.

      Nasihat saya buat ujian sekali lagi ...ok tak.....jangan risau insyaallah awak bebas

      Delete
  7. Thanks bro..pagi nanti sy pegi buat rapid test lg..nti sy update kptsn kat sini..sy risau sgt ni..rasa pening2 ,xleh tido..dlu masa umur 20thun,vagina sy keluar lelehan hijau berbau busuk dan gatal..garu2 rasa terbakar bila basuh ngn air..sy xd mkn antibiotik ape2 pun,cuma lps tu dia hilang ngn sendirinya..ke sy ade pykit kelamin?malu nk cek kat hospital,sbb dorg tny mcm2..pnh nk g wat pap smear,tp doktor tu tny mcm2 dan nurse tu pndg sy mcm nk telan j..trus xjadi..sbb nya sy blum kawen dan mengaku pnh main..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Itu yang terbaik buat test sekali lagi. Kalau boleh check juga mana tahu jika ada STD, memang malu kalau berkaitan hal "alat sulit" yang nak didedahkan dan diberi doktor check, kalau saya pun malu, tapi malu kejap aje cuba buat bodoh aje bila jumpa doktor nanti. Saya pun dulu pernah keluar bisul dlm dubur, dlm malu2 tu jumpa jugak doktor habis doktor "liwat" dubur tu sebab nak rasa beso mana bisul tu...hehehe

      Kalau ada STD insyaallah ada ubatnya.....

      Delete
    2. Sakit ke bila buang air besar bro?ade dlm dubur?kalau ade std tu mmg ttp akn ade ke walaupun da xd tanda2 simptom gatal2 tu?

      Delete
    3. Bro,pagi td sy g klinik kerajaan utk test rapid tu..pegi kaunter ada 2 org,sorg laki,sorg nurse pompuan,sy ckp kat laki tu"sy nk wat ujian hiv tanpa nama"..tiba2 mcm harooom nurse pompuan tu jwp"ada ke test hiv tanpa nama?" Dgn kuat skali suara BELIAU smpai satu klinik leh dgr..maka terdiam sekejap makcik2 pakcik2 yg tgh tggu giliran ats kerusi tu..malu gila bro!mana nk letak muka ni..masa tu rasa nk tampar+maki+sepak j nurse mulut cabul tu..xprofesional lgsg..pastuh yg laki jaga kaunter tu kata"eh ade la,knp xde test tanpa nama lak"..rase terhina sungguh bila paling j dari kaunter makcik2 pakcik2 tu tgk semacam..stigma pertama da dpt..pastuh trus dia pggil masuk bilik,MA tu kasik penerangan skit,masa tu mls nk ngadu lg tp hati ni membuak buak..da test,ok keputusan negatif,,syukur kehadrat ilahi..lps tu trus mengadu la nurse yg sgt xprofesional tu..xkn dia xthu kot ada ujian tnpa nama..hangin tul la..

      Delete
    4. Anonymous

      Kalau sistem imun semakin kuat kemungkian tanda2 tu akan hilang, tetapi kuman masih ada dlm badan. Seperti sifils, kebanyakan manusia terutama yang melakukan sex bebas akan ada kuman ni dlm badan, cuma kuman tu tidur hanya akan keluar kalau sistem imun badan kita lemah atau mayakan muncul kalau kita stress maka gatal2 akan muncul, wallauallam.

      Anonymous cuba bagi tahu abg, awak buat ujian dimana, ceritakan lebih detail supaya abg boleh buat entry tentang keceluparan nurse tu. Abang dengar pun naik geram. Bagitahu nama klinik tu dan kalau ingat nama nure tu sekali supaya abg boleh bagi tahu semua orang tentang sikap biadap nurse tu. Abg dengar rasa geram sangat ni hehehe....lain kali ambil nama dan kalau boleh curi ambil photo nurse tu. Abg pasti ramai kakitangan klinik berperangai macam tu tapi ada juga yang perihatin...bagi tahu klinik mana boleh...

      Delete
    5. Alamak,nama nurse tu xd la nk amek lak,tp klinik tu dkt daerah sy ..jauh skit dari umh padahal 500meter dari umh ade klinik kerajaan baik punya,cuma malu nk pegi sbb rmai org kenal,,yeke tempoh pendam?cmne nk yakinkan lg?sy kena wat ujian ELISA ke bro?ayooo..tiba2 pening smlm dtg balik

      Delete
    6. Anonymous,

      DAerah tu dimana hehehe acer citer detail sikit tentang klinik tu nama tempat dan daerah kalau boleh lah,biar kita war2 kan tentang keceluparan nurse tu pada umum, abg tengah geram ni heheheh

      Awak kata keputusan -ve kan, soa awak ulang sekali lagi ujian pada 3 bulan berikutnya (ingat jangan terlibat dg aktiviti berisiko dlm masa 3 bulan tu) utk dpt keputusan yang betul, kalau masih melakukan aktiviti berisiko tu, maknanya awak kena ulangi prosedur ujian dari mula.

      Delete
    7. Baik,sy xkn buat bende2 xberpekdah tu lagi,,sy akn tahan ,tgk porn je..nama klinik tu?xpe lah..takut la pulak nk bgtahu kat sini,kang kwn2 sy bace kenal sy lak..(Mcm la femes sgt sy ye dakk) haha..cmni la kot bro,sy cube g derma darah la kunun2,pastuh msti dorg saring darah sy kn..ujian penyaringan yg lengkap tu kn kn..kalo sangkut,msti dorg bgtaw sy kn..betul x bro?

      Delete
    8. Anonymous

      Tak nak bagi tahu tak pa....abg nak keluar gak entry kisah awak kena marah dek nurse tu hehehehe buat pengajaran nurse2 lain kat luar sana...ok kan....:)

      Ada beberapa orang yang tahu diri ada HIV bila mereka nak derma darah, dan kantoiiiii...setahu abg..maklumat tentang tu adalah rahsia, hanya orang yang terlibat sahaja yang tahu...tapi kalau oarng yang terlibat kenal awak dan sebarkan..itu diluar kawalan kita lah...tapi setahu abg ianya rahsia...wallahuallam....:)

      Ya...dah smestinya darah yang kita derma akan disaring dulu dan kalau ada HIV memang kita akan dipanggil buat pemeriksaan dan akan diberi nasihat macam dlm entry abg "PERTAMA KALI MENDERMA DARAH SHIELA DISAHKAN HIV POSITIF"

      .........:)

      Delete
    9. Sy bru j baca entri sheila tu..perggh..knp la dorg letak nurse yg cmtu kat kaunter..xberhemah langsung..sy kol blood bank hospital besar negeri sebelah td,dorg ckp,ptma kali derma darah,darah tu akn disaring utk hiv,pykit kelamin etc,malaria,rhesus,antibodi..tp nurse tu ckp kalau kita tu jenis berisiko,jgn la g derma darah,takut lak darah tu terlepas terderma kat org ..ade jgk kes cmtu kn..nurse yg jwp pggilan sy tu mmg mesra alam..siap bergurau senda ngn sy lg..ok la tu..bro nk siarkan entri bro ok je..xd hal..sy akn g wat test kat klinik swasta utk tidak memalukan diri sy dgn hebat kali kedua..cukup lah kali pertama da kena..baik g swasta jek..habis ratus pon xpe lah..asalkn xmalu..nti sy update kptsn yer..mgkin sy g test mggu depan..

      Delete
  8. Anonymous,

    Itu baru baca entry tentang sheila, cuba baca entry "KO ADA HIV? KO MAIN DENGAN SIAPA, KATA-KATA CELUPAR SEORANG NURSE" hehehe...

    Kalau di Spore kalau kita memang golongan yang berisiko tapi masih derma darah dan isi form salah (menipu) kita boleh dipenjara, seorang staff yang kerja di Spore yang derma darah tipu semasa isi borang kata ia tak pernah main dg pelacur (tapi sebenarnya dia Biseksual yang ada isteri dan anak)darah ia didapati ada HIV, dan dia dipenjara 1 tahun tau, nasib kat Msia ni tak macam tu, Msia siap layan baik dan bagi rawatan percuma lagi PLHIV yang tak tahu diri ada HIV semasa derma darah.

    ReplyDelete
  9. Selamat sejahtera ke atas kamu semua,

    Sebagai info:

    Setahu saya kat Singapore kalau kita tak declare HIV+ dengan bakal pasangan dan pasangan kita pasti kita yang menyebabkan dia dijangkiti, maka pasangan boleh saman. Tapi itu negara bukan Islam. Negara Islam macam kita takkanlah nak buat undang-undang sebegitu. Sebab sah-sahlah salah perbuatan itu. Selain itu juga kalau negara kita buat undang-undang macam tu kita seperti menggalakkan sex bebas.

    Wallahua'lam

    MFZ

    ReplyDelete
  10. Bro,lupa nk ckp terima kasih ..huhu..sy ade tbaca lah ade sorg pesakit hiv sembuh lps wat pembedahan sumsum tulang..kat amerika nun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Ha ah ada dengar...ada kisah ia dlm blog entry saya yang bertajuk "BROWN PULIH DARI JANGKITAN HIV" cuba awak check kat senarai tajuk2 kat bawah ni dan klik......:)

      Delete
  11. Salam Naj Mi..saya ada terbaca satu artikel ni mengenai cara HIV boleh berjangkit. Saya letakkan artikel tu kat bawah ni. Saya musykil la, betul ke HIV boleh berjangkit melalui cara yang dinyatakan dalam artikel kat bawah ni?


    Cara terbaru menyebar Virus HIV

    Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau
    telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

    1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

    2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.

    3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi 'Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat
    virus HIV. Ianya berlaku di Hawaii jadi berhati-hati... ...

    4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di
    dalamnya.

    5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya
    meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda.

    Sila SEBARKAN maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam farah,

      Saya ada baca maklumat seperti diatas, ianya semuanya satu penipuan bagi menakut2kan orang ramai.

      Farah kena faham kuman HIV tak boleh hidup lama di ruang udara, kuman akan mati cepat sebaik terdedah pada ruang udara. Logiknya bila tercucuk jarum yang ada darah HIV yang dah lama terdedah malah darah yang kering 100% tak akan berlaku jangkitan.

      Mudah cakap kuman HIV akan mati cepat bila terdedah pada udara....

      Yang no 5 itu lagi lah menipu, darah dah terdedah diletakkan kat burger...kuman dah lama "kojol"

      Semua diatas menipu, lain lah kalau jarum yang baru dikeluarkan dr tangan seseorang pembawa HIV seperti penagih dadah, dicabut dan dicucuk pula ke tangan kita makan peluang jangkitan berlaku tinggi, tetapi kalau jarum tu dah terbiar lama kemudian dicucuk ketangan kita jangkitan tak berlaku sebab kuman yang ada di jarum tu dah mati...

      Delete
    2. terima kasih atas penjelasan Naj Mi ya..

      Delete
  12. Salam Naj Mi. Saya baru masuk blog awak. Dah saya ingin baca lagi banyak maklumat tentang HIV positif.

    ReplyDelete
  13. Anonymous

    Terima kasih banyak2 sebab sudi membaca blog saya ni.....:)

    ReplyDelete
  14. Salam En Najmi, saya nak tanya adakah derma darah kali pertama aje akan disaring? Means derma darah seterusnya tak disaringlah? Kalau nak buat test STD atau HIV nie macam mana? boleh bagi nama klinik atau hospital yang rasanya baik untuk buat pemeriksaan area selangor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Salam, setahu saya secara lojiknya setiap kali darah yang kita derma akan disaring kebersihannya tidak kiralah berapa kali darah kita diambil pasti darah tersebut akan diuji terlebih dahulu.

      Ujian STD dan HIV boleh buat di mana2 semua hospital kerajaan yang terdekat bayaran sangat murah, boleh juga lakukan ujian di klinik swasta seperti BP Health atau Gribbles (dikenakan bayaran yang agak mahal, ujian HIV di BP Health RM35) atau kalau nak buat ujian HIV percuma lakukan di PT Foundition (terletak di Jln Ipoh, KL) saudara boleh google utk dptkan alamat yang tepat...:)

      Delete
  15. orang kata kalau kena hiv nyamuk xhinggap n isap darah kite.. betul ker?? nyamuk isap x darah abang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Siapa cakap, abg selalu kena gigit nyamuk yang abg perasan kesan gigitan selalu bengkak pedih dan gatal. Klaua abg berbual dg rakan abg, kami berbual dikawasan yang ada banyak nyamuk..sama2 digigit nyamuk..yang abg perasan abg tak selesa sebab pedih bengkak dan sangat gatal setelah digigit TETAPI kawan abg tang bukan PLHIV tu macam biasa aje walau digigit mereka tak rasa pedih atau tak selesa..mereka kurang rasa gatal sebab kena gigit.

      Maybe sebab CD4 abg rendah makan kesan pedih gatal tu kuat walau digigit oleh seekor nyamuk sekali pun..wallahuallam

      Delete
  16. Salam..boleh bantu saya beri cadangan..macam mana, di mana dan bagai mana nak dapatkan atau buat ujian hiv? Saya dalam keadaan tertekan..please..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syam,

      Pergi ke hospital kerajaan yang terdekat pergi ke klinik luar dan beritahu nak buat ujian HIV TANPA NAMA, ianya FREE.

      Boleh juga pergi keklinik swasta (kena tanya lah sama ada mereka boleh buat atau tak) Atau boleh pergi ke BP HEALTH LAB (google cari alamat yang terdekat dg tempat saudara) bayaran dikenakan lebih kurang RM35. Atau ke GRIBBLE.

      Delete
  17. Salam abang.tanda awal hiv. Rasa sesemut kaki tangan x masuk dalam ni? Sakit sendi pangkal ketiak..pon tade. ada saya baca blog lain..mende ni termasuk gejala awal jugak.. mmg da lama. Tapi abg dulu ada kena jugak ke symptom ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Seingat abang, abang tak pulak alami sesemut tangan, sakit sendi pangkal ketiak (tak ingat). Kena ingat Setiap orang berbeza kesan yang mereka alami, malah ada PLHIV yang beritahu abang dia dapat HIV tetapi dia tidak mengalami sebarang simptom HIV, bermakna dia sihat aje sehinggalah ujian darah dibuat.

      Pengalaman abg dulu hanya alami demam yang tak kebah2, loya muntah...kemudian ada bisul dalam dubur lepas tu naik ruam (gelegata) satu badan llepas tu sembuh sihat seperti biasa. Gejala yang kecil2 tu abang tak perasan...tapi rasanya tak ada kut...:)

      Wallahuallam

      Delete
    2. Kebingungan.... dlm dilema samada nk buat test atau tidak..

      Delete
    3. Buat kalau dirasakan diri itu berisiko..usah takut ...mudah aje ujian tu...:)

      Delete
  18. En najmi.. ada seorg hamba Allah ni baru tau dijangkiti hiv.. skrg ni dia mcm hilang arah.. sy nk bantu tp mmg xde ilmu mengenai penyakit ini... boleh en najmi cdgkan apa yg perlu sy syorkan pada dia bg mendapatkan rawatan seterusnya..

    ReplyDelete
  19. Kalo buat ujian hiv melalui hospital swasta,agak2 abg privacy kita terjaga x abg.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum..sy harap abg dpt Bantu sy.sy pernah melakukan aktiviti berisiko 3 minggu lepas seawal bulan 4.semasa melakukan aktiviti berisiko tu kondom sy pecah.sy terus jadi tertekan selepas ITU hingga sekarang.sy btul2 menyesal.sy Ada wat ujian HIV seminggu Dan selepas 2 minggu Dari tarikh tersebut.hasilnye negatif (-ve).sy jadi tekanan sampai skrg.seminggu selepas aktiviti berisiko badan sy jadi seram sejuk,badan jadi miang Dan gatal2..tapi sy buat ujian darah keputusannya negatif.bantulah sy..sy menyesal sgt dan x mau mengulanginya lg..

    ReplyDelete
  21. Salam tuan ... 3 hari lepas... saya ada kunjungi spa ... kemudian ... dia ada service ... seks. Tujuan saya ke situ adalah urut belakang. Kemudian dah jadi lain . Dia pakaikan saya kondom kemudian main .. ini adalah 1st time saya buat seks bukan pasangan . Hari nie saya demam dan sakit tekak , tonsil dan sakit sendi sendi . Permintaan saya utk buat hiv kat klinik kerajaan terkemuka putrajaya tidak dilayan . Hampir 4 jam saya di buat bola sana sini. Pada pandangan tuan adakah sy dijangkiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengunaan kondom boleh mengelak dr terkena jangkitan HIV

      Delete
    2. Pengunaan kondom boleh mengelak dr terkena jangkitan HIV

      Delete
  22. assalamualaikum ,
    Saya baru mengetahui ada anggota keluarga saya telah meninggal kerana hiv

    Soalan saya adakah jangkitan hiv boleh berlaku dengan mengunakan barang barang peninggalan bekas pesakit hiv seperti periuk,pakaian,peti ais dan sebagainya?


    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      TAK BERJANGKIT, saudara boleh guna pakai barangan peninggalan arwah...Kalau saudara peluk cium pesakit HIV masa hidup sekali pun tidak berjangkit, kalau saudara guna sudu garfu gelas minum, pakaian yang sama yang digunakan pesakit HIV pun tidak berjangkit.

      Saya nak tanya semasa hidup arwah jika saudara adik beradik, adakah saudara pernah memegang seperti bersalaman dengan arwah? Adakah saudara takut dan tidak pernah menyentuh atau sentiasa berjauhan atau hindarkan diri untuk berdekatan dengan arwah? Jika saudara ada melakukannya, saya sebagai pembawa HIV rasa sangat sedih sebab bertapa ceteknya pengetahuan saudara mengenai HIV AIDS. Saudara dan ramai lagi diluar sana yang tidak langsung mengambil tahu mengenai HIV, bagaimana ianya berjangkit dan sebagainya. Saudara sepatutnya kena tahu sekurang-kurangnya pengetahuan asas mengenai HIV AIDS.

      Kuman HIV akan cepat mati bila berada diruang udara, kuman tidak boleh hidup diluar badan manusia, ini antara pengetahuan asas yang perlu saudara faham.

      Bukan saudara sahaja yang masih tidak faham, tetapi ramai lagi diluar sana yang tidak faham mengenai cara jangkitan HIV ni, ramai dikalangan mereka yang sihat diluar sana, yang tidak ada ahli keluarga saudara mara yang kena HIV mereka kebanyakannya langsung tidak ambil peduli mengenai HIV.

      Tahukah saudara terdapat ramai pembawa kuman HIV berada disekeliling kita, disekeliling saudara. Mereka kelihatan sihat sama seperti saudara, mereka berkahwin, mereka ada anak, mereka penjual kuih, mereka pernah bersalaman atau berpelukanan dengan saudara, mungkin kawan baik saudara juga pembawa HIV, cuma saudara sahaja tidak menyedarinya. Cuma apabila kita dah tahu seseorang itu pembawa HIV, ketika itu apabila pengetahuan kita masih kosong mengenai HIV AIDS, pasti kita akan menjauhi mereka, pasti akan ada rasa takut hendak mengunakan peralatan, seperti pakaian, pinggan mangkuk malah takut untuk bersalaman dengan mereka.

      Sepekara lagi jika seseorang yang kita tahu telah dijangkiti HIV, cuba kita jangan banyak tanya pada mereka seperti bagaimana dia telah dijangkiti? Melainkan jika mereka yang hendak beritahu. Diamkan sahaja walaupun kita syak mereka dapat HIV sebab seks bebas, sebab seks songsang atau sebab cucuk jarum dadah. Dan jangan adili atau memberi pandangan mual atau benci pada mereka, sebab iman dan takwa mereka yang telah dijangkiti HIV ini mungkin akan berubah menjadi lebih baik daripada diri kita yang sihat ini.

      Sebab itu nasihat saya kepada saudara dan para pembaca semua, walaupun diri kita tidak ada kena mengena dengan HIV AIDS, tidak ada saudara kawan adik beradik yang kena HIV, itu tidak bermakna kita tidak perlu ambil tahu mengenai HIV AIDS. Kita kena tahu walaupun hanya pengetahuan asas mjengenai HIV AIDS.

      Walau bagaimana pun terima kasih kerana bertanya, lebih baik bertanya daripada tidak kan, sekurang-kurangnya saudara akan faham dan perbaiki diri cuba faham tentang HIV AIDS ni.

      Al Fatihah buat arwah semoga arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman disana.

      Delete
    2. Terima kasih abang najmi di atas penerangan

      Alhamdulillah dapat ilmu yang berguna

      Menjadi tanggungjawab saya untuk menerangkan kepada ahli keluarga supaya tidak merasa was was untuk mengunakan barang barang peninggalan arwah Oleh kerana kekurangan ilmu terhadap virus ini.

      Dan saya ingin bertanya lagi soalan untuk menjawab soalan soalan dari pihak pihak keluarga yang masih tidak faham dan juga ilmu kepada saya

      Jika jari pesakit hiv terluka terkena pisau ,dan darahnya terkena makanan seperti buah
      Dan darah pada buah tersebut dibasuh ,adakah effect kepada yang makan buah itu ?
      Bagi pendapat saya tidak , sbb darah sudah di basuh dan virus x boleh hidup lama di luar tubuh manusia .. Adakah betul pendapat saya ?

      Dan arwah tidak pernah memberitahu penyakit beliau .itulah hikmahnya , Allah telah menutup hati beliau untuk memberitahu mungkin kerana perangai kami ini.

      InsyaAllah syurga untuk arwah,kerana arwah orang yang sangat baik.

      Delete
    3. Salam anonymous

      Jawapan kepada soalan itu juga TIDAK, TIDAK BOLEH BERJANGKIT. Jika ikut logik ada satu balang darah pesakit hiv kemudian saudara celupkan jari saudara (jari yang dalam keadaan baik, tidak ada sebarang luka berdarah) juga tidak akan berjangkit.

      Jika pesakit hiv potong nenas dan jari luka dan darah jatuh kat nenas tu, tidak lama kemudian nenas tu di jual atau dihidang, orang sihat makan, juga tidak berjangkit hiv.

      Darah pesakit hiv pada buah atau pakaian bila dah dicuci memang dah tidak ada hiv..ya kuman akan cepat mati bila berada diluar badan manusia, apatah lagi kalau darah tu dah kering, mati semua kuman2 tu...

      Begitu lah keadaan pesakit hiv ramai yang ambil keputusan untuk tidak beritahu pada keluarga, sebab bimbang mereka akan dipinggirkan, mungkin dihina, mungkin akan orang lain atau adik beradik akan rasa jijik takut nak dekat. Sebab itu lah saya sendiri masih merahsiakan status hiv saya dr pengetahuan ahli keluarga lain sejak tahun 2005 lagi, walaupun saya tinggal serumah dengan kakak, adik lelaki dan rapat dengan adik beradik lain, saya tetap masih bimbang hendak beritahu pada mereka semua. Hanya berserah pada Allah.

      Ya semoga syurga pada arwah...Al Fatihah

      Delete
  23. Nak tanye, kalau ade tande putih kat lidah adakah kene jangkitan hiv?

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Saya pernah kena apendix...sblum pembedahan tu akan di ambil darah...adakah darah tu doktor akan kesan HIV jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam abang tidak pasti mengenai pekara itu, setahu abg jika mereka nak buat ujian hiv keatas darah seseorang mrk perlu minta kebenaran dr pesakit terlebih dulu, tetapi dalam soal pembedahan abg tidak pasti sama ada mereka ada buat ujian hiv juga atau tidak..

      Delete
  26. Salam sy last buat aktiviti berisiko tahun 2014, awal tahun 2016 buat test result "not detected" adakah sy betul2 tak kena hiv? Atau kena buat test lagi?

    ReplyDelete
  27. Salam sy last buat aktiviti berisiko tahun 2014, awal tahun 2016 buat test result "not detected" adakah sy bebas dr hiv atau kena buat test lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bebas tu, sebab window period ujian hiv ialah selama 3 bulan, maknanya selepas 3 bulan jika kita buat ujian hiv dan apa jua keputusan itu dah tepat

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST