Sunday, 17 February 2013

10 RESPON SESEORANG SAAT MENGETAHUI STATUS HIV POSITIF

Saya menerima beberapa email dari insan yang baru sahaja disahkan HIV positif. Setiap orang akan memberikan reaksi yang berbeza-beza pada saat mengetahui dirinya HIV positif. 

Beberapa reaksi yang dibincangkan di sini adalah reaksi yang normal terjadi pada saat seseorang mengalami tekanan mental / stress yang besar. Seseorang mungkin boleh berubah dari satu respon kepada respon seterusnya hingga akhirnya sampai pada situasi menerima keputusan tersebut, atau perasaan mereka akan tetap berubah-ubah.  

Suatu hari mereka merasa sangat menolak hasil dan kesepian, di hari lain mereka merasa penuh harapan dan kekuatan. Hari lain merasa depresi/tertekan, hari berikutnya merasa marah.



Beberapa rekasi tersebut antara lain: 

1) Terkejut (shock) 
Bagaimanapun seseorang mempersiapkan diri? Setiap orang yang baru disahkan pasti terkejut untuk menerima kenyataan bahawa dirinya sudah dijangkiti HIV. Mereka mungkin merasa bingung dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Pada saat seperti ini sangat baik bila orang tersebut didampingi seseorang yang sangat mereka percaya.


2) Penolakan hasil / penafian (denial) 
Pertama kali mereka mungkin tidak boleh percaya bahawa mereka mengidap HIV / AIDS. Kadang-kadang mereka berfikir bahawa doktor melakukan kesalahan atau menyangkal kerana merasa masih sihat.  

Tidak mempercayai hasil adalah tekanan yang kuat pada orang yang kebingungan untuk melindungi dirinya dari AIDS itu sendiri. Menghadapi mereka dengan keadaan demikian, jangan marah atau bersikap tidak sabar.  

Cubalah untuk menjelaskan kembali pengertian penghidap HIV / AIDS, ini adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah penolakan hasil.


3) Marah-marah 
Seseorang mungkin marah-marah setelah mengetahui dirinya positif HIV. Hal ini seringkali dijumpai dan boleh terjadi mereka menyalahkan diri sendiri, menyalahkan orang lain yang telah menularkan HIV pada dirinya. Kadang-kadang seseorang marah sehingga menyalahkan Tuhan.

Perasaan marah memang normal, tetapi ini tidak membantu menyelesaikan masalah, kerana fokus mereka adalah menyalahkan orang lain (marah kepada penular HIV) dan menyalahkan diri sendiri (merasa bersalah), daripada mengambil tindakan yang positif.  


Bercakap dengan seseorang (orang yang paling dipercayai, atau orang yang megerti masalah) dapat membantu mengurangkan perasaan ini dan membantu mereka untuk menerima situasi yang ada.

Kemarahan adalah reaksi yang sukar untuk diatasi, terutama apabila kemarahan tersebut ditujukan kepada diri anda. Anda perlu berusaha untuk memahami dan tidak menanggapi kemarahan orang tersebut, walaupun memang sangat sukar menerima kemarahan tanpa bertindak balas.


4) Kompromi (bargaining) 
Seseorang dengan HIV mungkin cuba berkompromi dengan dirinya dengan berfikir, misalnya: 

"Tuhan akan menyembuhkan saya jika saya berhenti menemui pekerja seks" atau 

"Saya akan sembuh, dan penyakit ini akan hilang".  

Dalam keadaan ini, orang tersebut perlu dibantu untuk mengatasi perasaan ini dengan memberikan penjelasan / maklumat yang benar tentang HIV, mengambil sisi positif mengetahui status HIV secara awal.


5) Ketakutan 
Seseorang dengan HIV/AIDS merasa takut pada beberapa keadaan seperti: rasa sakit, kehilangan pekerjaan, diketahui orang lain, ditolak masyarakat, meninggalkan keluarga / kanak-kanak, ketakutan pada kematian.

Ketakutan ini akan berkurangan apabila mereka dapat berbicara dengan orang yang tahu masalah yang ditakutkan. Pada akhirnya orang dengan HIV / AIDS tahu bahawa mereka takut pada sesuatu yang tidak perlu. Misalnya dengan menunjukkan bahawa tetap ada orang-orang dengan HIV positif, boleh menunjukkan kasih sayang dan kebaikan pada orang lain daripada merasa ketakutan akan sesuatu yang tidak perlu.


6) Kesepian 
Orang positif HIV sering merasakan ini. Perasaan ini sering datang dan pergi untuk waktu yang cukup lama dan sangat bergantung dari adanya sokongan keluarga dan rakan-rakannya. Siapapun dengan HIV harus sering diingatkan bahawa mereka tidak sendiri, mereka dikelilingi oleh keluarga, rakan dan kumpulan masyarakat yang mengambil berat tentang mereka. Juga perlu diingatkan bahawa banyak juga orang lain yang dijangkiti HIV.

Bantu keluarga dan kelompok masyarakat untuk memahami bahawa orang dengan HIV / AIDS memerlukan kebersamaan. Di antara orang-orang yang dijangkiti boleh membentuk kumpulan dan menyediakan tempat berkongsi dan sokongan antara satu sama lain.



7) Pengurangan rasa percaya diri 
Seseorang dengan HIV mungkin berfikir bahawa orang lain melihat dan membicarakan dirinya. Ini membuat mereka ingin sembunyi, kadang-kadang merasa tidak selesa untuk berteman.

Kita boleh membantu mereka untuk tidak bersembunyi atau merasa tersisih dengan cara mendorong mereka untuk tetap aktif dalam kegiatan kemasyarakatan. Ini dapat meningkatkan penerimaan masyarakat dengan menunjukkan kepada dunia bahawa orang dengan HIV/AIDS adalah anggota masyarakat yang mempunyai nilai di masyarakat, sama seperti yang lain.


Bantulah agar pesakit HIV berfikir positif terhadap dirinya dan merasa bangga pada dirinya. Tekankan, bahawa mereka masih tetap penting!


8) Rasa tertekan / tekanan 
Seseorang dengan HIV mungkin berfikir tidak ada lagi alasan untuk tetap hidup. Mereka merasa tidak berguna, ingin tetap tinggal di rumah, tidak mahu makan, dan tidak mahu bercakap dengan orang lain.

Keadaan kemurungan boleh membuat seseorang merasa lemah pada tubuh dan fikiran. Kita harus cuba membantu penghidap HIV mengatasi keadaan ini dan tidak menyerah.  


Doronglah mereka untuk memakai baju yang bagus, melawat rakan-rakan, menyibukkan diri dengan aktiviti, membantu orang lain, dan memikirkan keluarga / anak / rakan-rakan yang masih memerlukannya.


9) Penerimaan 
Setelah beberapa lama, seseorang dengan HIV biasanya mula dapat menerima keadaannya. Ini akan membantu membuat mereka merasa lebih baik. Seperti halnya seseorang yang sudah lebih tenang fikirannya, akan mula memikirkan jalan terbaik dalam menjalani kehidupan.  

Mereka mungkin akan berfikir, 

"Apa hal terbaik yang boleh saya lakukan untuk mengisi sisa hidup saya?"; 

"Apa makanan yang paling popular yang boleh membuat saya tetap sihat?",

"Apa rancangan saya untuk masa depan anak-anak saya?"  

Dan sebagainya.....


10) Harapan
Kita semua dapat membantu penghidap HIV / Aids agar tetap mempunyai harapan dalam banyak hal, misalnya:

    
Harapan agar mereka dapat panjang umur.
    
Harapan supaya bayi mereka tetap sihat.
    
Harapan bahawa setiap kesakitan akan terubat.
    
Harapan kerana mereka dicintai dan diterima apa adanya.
    
Harapan ubat yang menyembuhkan akan segera ditemui.
    
Harapan kerana kepercayaan ada kehidupan selepas kematian.


Adalah sangat penting untuk mempunyai harapan. Harapan dapat meningkatkan semangat dan memberikan kekuatan untuk menghadapi situasi yang sukar. Harapan dapat membantu seseorang untuk melawan HIV / AIDS untuk hidup dengan lebih positif dan lebih lama.


Ingat, bila seseorang mempunyai harapan hari ini, adalah mungkin untuk merasa marah ataupun tertekan keesokan harinya. Ini adalah normal. Bahkan orang tanpa HIV / AIDS mengalaminya juga. Yang penting adalah berusaha untuk selalu menghidupkan harapan.


 
Nota: Seseorang dengan HIV/AIDS, keluarga, jiran penghidap, seringkali merasa takut bahawa perasaan negatif seperti dijelaskan di atas akan menjadi sangat kuat. Perasaan-perasaan negatif tersebut tidak dapat, dan tidak seharusnya dielakkan. Hal tersebut adalah reaksi normal terhadap krisis. Keluarga, rakan, jiran, dan sesiapa yang peduli, dapat membantu mengatasi perasaan ini dengan cara mendengar dan membicarakan tentang perasaan negatif tersebut.


Sumber : smallCrab Online





17 comments:

  1. Naj..
    smoga perkongsian ini mmberi mnfaat utk semua

    ReplyDelete
  2. Selagi kita bergelar manusia, 10 perkara di atas akan ada. Mereka perlukan seseorang yg amanah bg membantu mereka.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Naj Mi,

    Good info.
    Paling penting adalah kesediaan menerima diri sendiri seadanya.
    Rasa tanggungjawab untuk tidak menyebarkan virus adalah penting.
    Jika tidak mampu berhenti dari melakukan aktiviti berisiko, sentiasa berwaspada agar tidak menyebarkan virus kepada orang lain.
    Cuba menjadi insan yang lebih baik.

    Hanya Allah yang Maha Mengetahui

    MFZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. W Salam MFZ

      Kebanyakan mereka yang baru disahkan positif HIV pasti akan menjadi resah gelisah dan macam2 yang difikirkan, insyaallah semua tu hanya sementara sahaja jika mereka kerap berkomunikasi dg rakan PLHIV lain insyaallah keyakinan dalam diri utk meneruskan hidup (berfikiran positif) pasti akan menguasai diri (redha dan menerima dugaan dg hati terbuka), insyaallah.

      Delete
    2. Betul tu Naj. Setuju.

      MFZ

      Delete
  4. salam bagi yang baru mendapat HIV boleh email saya kemudian saya bawa atau tunjukkan kepada kumpulan sokongan PLHIV yang saya tahu, saya rasa semua PLHIV ada grief reaction dan memerlukan bantuan.

    Satu lagi setiap dari kita saling memerlukan sokongan insyallah.. saling menyokong di antara PLHIV adalah yang terbaik.

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous one,

      Terima kasih memang itulah yang saya akan lakukan...minta kebenaran mereka utk dipertemukan dengan kumpulan sokongan lain, tapi ada yang masih tak bersedia, mereka hanya mahu berkongsi masaalah melalui email sahaja. Selain Luka R maybe dimasa depan saya akan hubungkan mereka kepada AO supaya AO boleh pertemukan mereka dg PLHIV lain berkongsi masaalah, walaupun hanya melalui alam maya...Lain2 tindakan selanjutnya terserah kepada mereka nanti....:)

      Delete
  5. Salam Abg Najmi,
    Reaksi yang diatas bnyk dibicarakan oleh pakar motivasi terkenal. Ia bukan sahaja utk mereka yang baru mengetahui mereka ada hadiah Allah ini, tp untuk semua masalah yang dihadapi oleh setiap orang. Masalah keluarga, kematian, konflik hubungan dll. Yang penting, kita perlu kembali kepada Allah, sebab Dia lah yang mampu memberi jalan keluar untuk masalah kita. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hismaghfirah

      Ya bagi kita yang percaya kepada Allah, pada Dia lah yang patut kita memohon bantuan berdoa dan berserah, insyaallah hati kita akan tenang...bila menghadapi apa jua dugaan dalam hidup.

      Delete
  6. salam najmi... singgah baca ari ni. Apapun yg terjadi kita harus berbalik pada yang SATU kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana

      Ya betul tu...

      Maaf kalau Kesuma Angsana terpaksa menaip nombor2 (word verification) terlebih dulu sebelum boleh send komen ini sebab banyak komen spam yang masuk dlm blog saya hari tu sampai satu ketika blog saya dah tak boleh nak dibuka, so saya terpaksa setting kembali word verification.....:)

      Delete
  7. Pertama kali sy di sahkan sbg pembawa HIV+ terasa hina sekali diri ini...bukan kerana virus ini..tetapi ada segelintir masyarakat di luar sana masih mencemuh malah memandang hinanya pembawa seperti sy ni...
    sy benar2 tak ambil dadah..sy cuba elakkan dari berhubung dgn rakan2 yg masih leka dek kerana dadah...ya Allah payahnya nak pisah dari benda tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Saya rasa semua orang (PLHIV) akan merasai seperti apa yang dirasai saudara, insyaallah lama kelamaan segalanya akan berlalu insyaallah kebanyakan kehidupan PLHIV akan kembali lancar seperti biasa......:)

      Delete
    2. Anonymous

      Jangan peduli sangat penilaian manusia. Yang lebih penting adalah penilaian oleh Allah swt. Biarlah seluruh dunia dan seisinya memandang hina kepada anda tetapi anda dipandang mulia oleh Allah swt dan penghuni langit. Di zaman Rasullulah ada seorang hamba Allah bernam Uwais. Beliau merupakan orang miskin yang hidup menjaga ibu beliau yang sudah tua dan uzur. Walaupun beliau tidak terkenal dalam kalangan manusia, tetapi nama beliau sangat terkenal dalam kalangan penghuni langit. Sama2lah kita berusaha mencari keredhaan Allah. Taatlah segala perintah Allah seperti ditunjukkan oleh Rasullulah dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, insya allah kita akan sentiasa berada dalam rahmat Allah. Saya doakan semoga anda diberi kesihatan yang baik oleh Allah swt dan dimurahkan rezeki.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST