Wednesday, 27 February 2013

GELISAH REMAJA BISEKSUAL UNTUK JALANI UJIAN DARAH HIV

Luahan seorang remaja lelaki kepada saya melalui email berkaitan kebimbangan beliau untuk untuk menjalani ujian HIV. Risau kerana beranggap bahawa dirinya sangat berisiko akibat tanda-tanda (simptom) yang beliau telah alami dan beranggapan dirinya telah pun dijangkiti HIV walaupun masih belum jalani sebarang ujian. 

Saya percaya ramai dikalangan mereka yang tahu diri mereka berisiko tetapi lebih selesa mengambil jalan untuk tidak mahu tahu tentang status sebenar diri daripada tahu hakikat yang diri itu pembawa HIV. 


Salam abang,

Abg apa khabar? Saya harap abang masih sihat sentiasa.. (= lame xdgr citer pasal abang. Saya email kat abg ni sebenarnya nak tanya "sumting". Kalau abang masih ingat, saya ada message abang sebelum ni pasal kisah saya. Yang blood test tu..huhu.

Saya dah habis exam saya ingat ank buat blood test, tapi cuak arr. Takut sangat..saya tengok., tangan saya ada tumbuh bintik-bintik merah, tapi saya tak tahu benda apa tu. Kadang-kadang saya terfikir tentang hiv, saya sangat risau lah abang. Saya trauma nak amik darah (check darah). Pada 11-2-2013 ni saya balik kampung, ingat nak buat blood test kat sana..huhu..saya risau..saya rasa macam better saya tak tahu dari saya tahu, seabb saya takut sangat. 

Apa pendapat abg?



Salam abang,

Huhu,saya bukan tak nak buat ujian tu, tapi saya takut dan saya tak boleh terima kenyataan yang saya ada hiv nanti, saya takut sangat bang. Lagi-lagi saya ni pemegang biasiswa salah sebuah syarikat ********* kat Malaysia ni, saya wajib kerja dengan company tu at least 5 years, saya cuak.

Saya tak dapat bayangkan nanti bila saya dah ada hiv, saya kena buat medical check up, sebab saya dengar nanti bila nak start kerja, kena buat medical check up kan? Amik darah semua tu..saya sangat, risau bila masa itu sampai, rahsia saya ada hiv akan terbongkar kat semua orang, saya takut bang, sangat risau. 

Saya ni dah lah the only hope in the family, anak tunggal saya ada tanggungjawab kat parent saya dan adik-adik tiri saya yang masih baby lagi tu. Saya kadang-kadang tension bila fikir pasal hiv ni, saya rasa saya ada probability untuk ada hiv ni since bulan 11 tahun lepas. Saya takut nak buat test..huhu..

Mak ayah saya sumua mengharapkan saya kahwin, soal kawin saya tak kisah, saya biseksual. Saya sayangkan wanita jugak, tapi masaalahnya kalau ada HIV? Apa saya nak jawab nanti....huhu berat kepala saya ni nak memikirkannya, saya takut, takut sangat.

Lately saya ada terlanjur dengan abg angkat saya, saya risau dia kena hiv. Dia dahlah baik and sangat professional. Hari tu entah macam mana dia kata dia lupa bawak kondom sebab rush nak jumpa saya, jadi kami pun terlanjur tanpa alat perlindungan tu. Saya takut lah bang, takut sangat, saya harap sangat HIV tak ada dalam darah saya, saya risau. What should I do abg?



Salam abang,

Huhu, saya ingat nak buat ujian tu hari ni, tapi hujan ar bang kat kampung ni, saya ingat nak buat esok, saya harap saya ada kekuatan nak pergi buat ujian tu. Kadang-kadang saya rasa serba salah kat abg angkat saya tu, saya menyesal saya tak guna kondom malam tu, sangat menyesal. 

Saya tak kisah kalau saya kena, sebab dari tahun lepas lagi saya dah ready untuk terima kenyataan ni bila dapat tahu ex boyfriend saya positif HIV. Saya memang rasa saya dah infected, dengan tanda-tanda awal, semua saya ada, saya cuma risau abang angkat saya je ni.

Semalam dia mengadu demam, batuk-batuk, selsema, saya main dengan dia sudah  2,3 hari lepas. Saya nak tanya abang, simptom dia secepat 2,3 hari ke? Saya risau pulak tengok abang angkat saya tu, salah saya hari tu tak tolak ajakan dia buat sex, yaa.....saya ada jugak marah dia malam tu sebab tak bawa kondom. Tapi saya kesian kat dia, so saya on aje lah.

Saya memang salah dalam hal ni, saya tak boleh kawal nafsu saya, sebab abang angkat saya hot sangat hehehe, apa-apa je ah. Tapi yang penting saya takut saya dan abang angkat saya infected by HIV, saya kesian kat dia, dia memang tak bersalah, kesian sangat bang, saya pun tak pasti betapa kuatnya saya nak terima keputusan yang bakal saya terima esok bila buat test tu, saya ingat nak buat rapid test hiv dulu.....huhu sangat cuak.

Saya macam takut sangat la, huhu, tapi esok saya cuba gagahkan diri untuk buat test tu. Dengan abang angkat saya sahaja saya jadi bottom tapi dengan orang lain saya jadi top. Tapi memang saya dah tak main dah dengan orang lain, kalau main pun dulu ar, tu pun pakai kondom. Cuma abang angkat saya ni je saya dok risau, saya sayang kat dia, tapi dia dah ada boy friend dah, dah 9 tahun kapel, tapi at the same time saya ada girl friend, kejam tak saya bang?

Saya rasa hina and unstable bila fikir naluri saya ni, saya rasa pelik sangat-sangat, saya ada feeling kat "man and woman". Tapi semakin hari saya rapat dengan abang angkat saya, semakin saya sayang dia, tapi bila girl friend saya messge saya, saya tambah sayang kat girl friend saya pulak, saya serba salah, saya bingung. 

Kadang-kadang, bila terpikir pasal benda ni, saya tak boleh imagine masa depan saya macam mana. Tapi yang penting sekarag ni, is my HIV test, saya harap sangat esok saya ada keberanian nak buat test, harap sangat-sangat, saya akan bagi alasan untuk buat HIV test ni kat parent, harap-harap dia orang allow saya keluar macam biasa huhu. Tapi kalau saya infected, saya redha.



Salam abang,

Alhamdulilah..saya negative huhu cuak betol tadi, sampai nurse kat situ cakap tangan saya sejuk sangat. Dia cakap relax, nanti darah keluar sikit. Apa pun saya bersyukur sangat saya bebas dari HIV.

Saya pun puas hati sebenarnya dengan servis dia orang..nurse kat situ ada dua orang, dia cuma senyum aje tengok saya, saya faham senyuman mereka tu..huhu cuma yang saya kurang puas hati time jumpa doktor tu..hmm dia macam "saiko" saya aje. Dia siap kata, kenapa nak buat test? Saya cakap saya berisiko, dia tanya lagi, dah berapa kali main? Saya cakap ada lah, lepas tu siap dia tanya lagi sekali, berapa kali saya main?? Saya jawab aje banyak kali, Ngan gewe (awek) awk ke? Berapa lama kenal? Tu lah, lain kali jangan buat sebelum nikah. Saya diam je..

Hmmmm saya ingat doktor lagi professional daripada nurse tapi nurse lagi understanding. Sejak saya mula masuk kedalam bilik ambil darah tu sampailah saya keluar, nurse tu okey aje, adalah  tanya satu soalan, masih belajar? Tu je. Lepas tu dah tak ada apa-apa dah. 

Btw saya kurang puas hati dengan result tu, sebab dia tengok result tu lepas tu dalam 2 minit pas tu dia kata negative. Lepas tu dia cakap nanti dulu, pas tu dia bagi saya kit tu, untuk dibawa pergi jumpa doktor tadi, sebab dia kata doktor nak jumpa, saya pun pergi lah. Lepas tu sampai aje dalam bilik doktor, dia (doktor)  tengok, kata negative jugak pastu dia terus buang. 

Saya tanya, tu (result itu) kompom ke? Dia cakap ya. Saya pun diam pas tu dia kata suruh datang lagi 6 bulan, saya pun cakap ok, thank you and good bye. Yang saya pelik kenapa 5  minit aje doktor tu tengok "kit" tu..huhu...Tak pa maybe dia orang lebih berpengalaman btw, saya bersyukur sangat-sangat. 

Alhamdulillah..

 

Monday, 25 February 2013

LAGI PENGALAMAN MEMALUKAN "ANONYMOUS" KETIKA HENDAK BUAT UJIAN HIV

Kisah ini saya hanya copy dan paste dari komen seorang pembaca di dalam entry "14 FAKTA PENTING HIV/AIDS"


Thanks bro

Pagi nanti saya pergi buat rapid test lagi, nanti saya update keputusan kat sini. Saya risau sangat ni, rasa pening-pening dan tidak boleh tidur. Dulu  semasa saya umur 20 tahun, vagina saya ada keluar lelehan hijau berbau busuk dan gatal, apabila digaru saya rasa terbakar terutama bila basuh dengan air. 

Saya tidak ada makan antibiotik atau apa-apa pun, cuma lepas tu dia hilang dengan sendirinya. Saya ada penyakit kelamin ke? Malu nak check kat hospital, sebab dia orang tanya macam-macam. Saya pernah pergi buat pap smear dulu, tapi doktor tu tanya macam-macam dan nurse tu pandang saya macam nak ditelannya saya. Terus tak jadi, sebabnya saya belum kahwin dan saya mengaku pernah main.

Bro,

Pagi tadi saya pergi klinik kerajaan untuk test rapid tu, pergi kaunter ada 2 orang staff, seorang lelaki, seorang nurse perempuan, saya cakap kat lelaki tu, "Saya nak buat ujian HIV tanpa nama", tiba-tiba macam "harooom" nurse perempuan tu jawab, "Ada ke test hiv tanpa nama?" 

Dengan kuat sekali suara dia sampai satu klinik boleh dengar, maka terdiam sekejap makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang tengah tunggu giliran atas kerusi tu. 

Malu gila bro! mana nak letak muka ni, masa tu rasa nak tampar+maki+sepak ajer nurse mulut cabul tu, tak profesional langsung.  

Lepas tu yang lelaki jaga kaunter tu kata "eh ade la, kenapa tak ada test tanpa nama pulak". Saya rasa terhina sungguh, bila paling aje dari kaunter makcik-makcik dan pakcik-pakcik tu tengok semacam aje. Stigma pertama dah dapat. 

Pas tu terus dia panggil masuk bilik MA tu dan beri penerangan sikit, masa tu malas nak mengadu lagi tapi hati ni membuak-buak (marah). 

Selepas test, ok alhamdulillah keputusan negatif, syukur kehadrat ilahi, lepas tu saya terus mengadu la pasal nurse yang sangat tidak profesional tu, tak kan dia tak tahu kot ada ujian tanpa nama, hangin tul la.  

Lain kali saya akan pergi buat test kat klinik swasta untuk tidak memalukan diri saya dengan hebat kali kedua, cukuplah kali pertama dah kena, baik pergi swasta aje, habis ratus pun tak mengapa lah asalkan tak  malu, nanti saya update keputusan ye..mungkin saya pergi test minggu depan.


Anonymous
Sun, Feb 17, 2013 at 1:06 PM 


Kisah ini hampir sama seperti kisah didalam entry "KO ADA HIV YA? KO MAIN DENGAN SIAPA KATA-KATA CELUPAR SEORANG NURSE" tapi macam selalu saya kata tidak semua nurse berperangai seperti itu yang gelagat mereka bodoh sombong. Tak susah dan tak luak kalau mereka layan aje dengan hormat baik dan bertimbang rasa, kenapa nak bersikap agak kurang ajar bila menyentuh tentang hal berkaitan pesakit yang hendak menjalani ujian HIV.

Berlainan pula dengan kisah pengalaman didalam entry "GELISAH REMAJA BISEKSUAL UNTUK JALANI UJIAN DARAH HIV" klik disini. Kisah email yang saya terima dari seorang remaja lelaki yang meluahkan rasa bimbang, takut untuk (sebelum) menjalani ujian HIV kerana menyangka dirinya sangat berisiko dijangkiti HIV. 


Saturday, 23 February 2013

CINTA TERLARANG

Maklumat didalam buku ini amat berguna untuk memberi panduan dan tips kepada remaja bagi mengelakkan diri dari terjebak kealam Cinta “Terlarang”

Cinta “TERLARANG”
Cinta terlarang adalah keinginan untuk menjalin hubungan intim bersama pasangan yang tidak boleh diterima secara sosial, agama dan budaya masyarakat Malaysia.
Dua Cinta Terlarang 
1) Menjalinkan hubungan cinta atau pun hubungan intim dengan kaum sejenis 
2) Menjalinkan hubungan cinta atau pun hubungan intim dengan individu yang mempunyai pertalian darah yang rapat seperti ayah, ibu, abang, kakak, adik, datuk dan nenek.


MENJALINKAN HUBUNGAN CINTA ATAUPUN SEKS DENGAN KAUM SEJENIS 
1) LESBIAN – Label yang diberi kepada perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap perempuan lain. Berkeinginan untuk menjalinkan perhubungan cinta dan hubungan intim sesama perempuan. Contoh, golongan “tombay” dan “pengkid”
2) HOMOSEKSUAL – Label yang diberikan kepada lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap lelaki lain. Perwatakan seperti lelaki sejati dan sentiasa kemas. Kurang atau tiada tarikan terhadap perempuan terutamanya dari aspek hubungan cinta mahupun hubungan intim. Cenderung memilih pasangan dikalangan kaum lelaki yang berperwatakan lelaki sejati seperti mereka juga.
3) TRANSEKSUAL – Lelaki atau perempuan yang mempunyai naluri, berperasaan, berpenampilan dan berkelakuan tidak selaras dengan jantinanya. Kadang-kadang bertindak menukar jantina melalui pembedahan. Cenderung menjalinkan hubungan cinta dan hubungan intim dengan kaumnya seperti sehingga ada yang berkahwin. Golongan ini digelar “pondan” ataupun “mak nyah”
MENGAPA DITEGAH
Perspektif agama dan negara. 
Homoseksual dianggap bertentangan dengan lumrah (fitrah) kejadian manusia. Pasangan lelaki adalah perempuan dan begitulah sebaliknya. 
- Ianya bercanggah dengan fungsi reproduktif yang semula jadi 
- Di Malaysia, semua agama utama melarang perlakuan gay dan lesbian 
- Mendatangkan pelbagai permasaalahan dari aspek fizikal, sosial dan mental 
- Homoseksual adalah salah disisi undang-undang sivil dan syariah. 

Perspektif Kesihatan 
Kesihatan mental terjejas 
- Menderita dalam diam kerana kecenderungan seksual yang tidak normal 
- Terpaksa berpura-pura sebagai heteroseksual, berkahwin dan mempunyai keluarga hanya untuk memenuhi kehendak masyarakat. 

Berisiko tinggi mendapat 
- Penyakit mental (kemurungan/membunuh diri) 
- Penyalahgunaan dadah 
- Masalah tingkah laku 

Kesihatan fizikal terjejas 
Berisiko tinggi untuk mendapat Jangkitan Seksual (STI’s) jika mereka melakukan hubungan seks tanpa perlindungan seperti; 
- Human ImmunodificiencyVirus/Acquired Immune Deficiency Syndrome (HIV/AIDS) 
- Chlamydia 
- Gonorea 
- Herpes Genital 
- Sifilis 
- Ketaut Genital 
- Pediculosis pubic (lice atau “kutu” dikawasan seksual) 
- Hepatitis 
- Human Papillomavirus (HPV)


MENJALIN HUBUNGAN CINTA ATAUPUN SEKS DENGAN INDIVIDU YANG MEMPUNYAI PERTALIAN DARAH YANG RAPAT "SUMBANG MAHRAM"
- Hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan 
- Berkait dengan perbuatan zina atau rogol yang berlaku antara dua orang yang mempunyai pertalian darah yang rapat dalam sesebuah keluarga (ada kisah klik disini) 
- Perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi agama, undang-undang dan adat resam kebanyakan kaum di Malaysia 
- Kini, dikenal pasti sebagai sejenis pangainayaan seksual yang merosakan kesihatan fizikal, mental dan sosial 


MEREKA YANG BERISIKO TINGGI 
- Peningkatan kadar perceraian, lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi bagi mengalami sumbang mahram 
- Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan beliau yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk pengainayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri 

Tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kepada diri anda 
- Maklumkan kepada orang dewasa yang anda boleh percayai 
- Berkongsi masalah dengan orang dewasa yang bertanggung jawab dan boleh dipercayai 
- Jika tidak mendapat sokongan, dapatkan bantuan segera daripada badan-badan atau organisasi seperti:
Polis
Kesihatan
Kebajikan Masyarakat
Kaunselor
Rumah Perlindungan
NGOs 

Kesan sumbang mahram terhadap mangsa 
Sebilangan mangsa mengalami kesan negative yang serius sehingga memerlukan bantuan terapi apabila meningkat dewasa. Kesan-kesan negative kepada mangsa,

- Hilang kepercayaan kepada orang lain 
- Takut akan hubungan intim 
- Murung 
- Rasa ingin membunuh diri 
- Tingkah laku yang merosakan diri sendiri (merokok, mencederakan diri sendiri dan lain-lain) 
- Keyakinan diri yang rendah 
- Rasa terasing dari masyarakat /keluarga 
- Penyalahgunaan dadah 
- Masaalah pemakanan 
- Masaalah personaliti 
- Pengalaman yang buruk atau traumatic tanpa rawatan sewajarnya boleh menyebabkan Post Stress Traumatic Disorder (PSTD) dan menjejaskan kesihatan mental keluarga 
- Mangsa selalunya tidak melaporkan perbuatan ini kepada ibu atau penjaganya kerana khuatir pelaku (ayah/saudara) mereka mendapat kesusahan 
- Ibu atau penjaga mangsa juga tidak menyokong mangsa jika pelaku adalah adalah orang yang menyara keluarga 


DAPATKAN BANTUAN DAN SOKONGAN DENGAN SEGERA SEKIRANYA ANDA TERLIBAT DALAM CINTA TERLARANG
 Anda boleh dapatkan bantuan daripada: 
- Kawan yang boleh dipercayai dan boleh membantu 
- Pegawai Kebajikan Masyarakat atau Kaunselor/Pegawai Psikologi di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat 
- Talian Nur (15999) 
- NGO’s seperti Befrienders (03 7956 8144 atau 03 7956 7736 – 24 jam) 
- Rumah Perlindungan seperti KEWAJA (03 6185 7736), Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah (03 4107 3379) dan Sekolah Harapan, Jasin Melaka (06 288 1534) 
- Ibubapa sekiranya boleh berbincang dengan mereka 
- Orang dewasa yang anda percayai dan boleh membantu 
- Perkhidmatan Kesihatan Remaja di Klinik Kesihatan Kerajaan 
- Institusi-institusi Agama
INGAT 
Diri Anda Adalah Tanggung jawab Anda. Sayangilah Diri Anda, Jangan Hancurkan Masa Depan Anda 

Sumber : Buku yang saya perolehi di Hospital Besar
Kementerian Kesihatan Malaysia


Thursday, 21 February 2013

3 KISAH PENGALAMAN DI "TUTTTTT" OLEH TABLIGH SONGSANG

Ada 3 pembaca telah meninggalkan komen didalam ruang komen didalam entry "DILIWAT SEORANG TABLIGH DILUAR RUANG MASJID" mengenai kisah "gelap" rakan mereka yang telah dicabul, diliwat dan diperkosa oleh golongan yang luarannya sahaja nampak alim (harapkan kopiah sahaja putih) tetapi perangai buruk seperti syaitan.


Kawan saya (masa tu umur dia 10 tahun) juga pernah diliwat oleh tabligh yang kerjanya mengimamkan solat di surau. Benda tuh berlaku kat kawan saya Najmi. Saya nak tahu juga macam mana dia boleh jadi songsangkan. Dia citer semuanya bermula apabila dia diliwat oleh lelaki tabligh yang menjadi imam di surau kampung dia. Dia kata kat saya, dia benci tengok lelaki tersebut kerana sikap hipokrit yang ditunjukkan. 

Misalnya, lelaki tabligh tersebut akan menangis teresak-esak setiap kali lepas solat seolah-olahnya menyesali apa yang dia lakukan. Tetapi tangisan itu bohong semata-semata kerana dia akan ulangi perkara tersebut terhadap kawan saya. Kawan saya kata, lama-kelamaan dia rasa ketagih untuk melakukan perkara tersebut. 

Bayangkan Najmi, kesan perbuatan lelaki tabligh tersebut ke atas seorang kanak-kanak. Kesannya sampai sekarang. Kawan saya terpaksa melalui kehidupan yang sangat sukar sebagai seorang suami dan berdepan dengan tohmahan masyarakat kalau perkara tersebut terdedah.  

Anonymous



Photo hiasan abdwafi90.blogspot.com
Betul Najmi, kawan saya (lelaki lembut) bercerita ketika beliau mengaji al-quran di Majid Negeri Pulau Pinang 30 tahun yang lalu, ustaz yang mengajar mengaji meminta beliau memegang kemaluan ustaz tersebut. 

Cuba bayangkan, dalam masjid tuh. Yer laa..kalau dia citer pun ada ke orang nak percaya. Orang akan kata tak kanlah seorang ustaz sanggup buat macam tuh. Ramai jer orang yang berlakon alim pakai songkok putih di kepala tetapi hati seperti syaitan. 

Saya rasa Najmi pun mungkin terbaca, bilamana seorang lelaki yang berusian 50an dan sudah berkeluarga dan memakai kopiah putih dilihat sering keluar masuk sauna yang dipenuhi lelaki songsang di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Kalau kita cakap kat orang tak mungkin orang percaya kan. 

Anonymous




Kisah sedih ini diceritakan oleh seorang kawan saya semasa kami masih bersekolah. Kawan saya ni seorang budak perempuan yang cukup taat kepada ibubapanya. 


Dia selalu disuruh untuk menyediakan makanan keapda abangnya yang kuat belajar agama dan sangat alim, kononnya lah. Apabila ibubapanya keluar berniaga, setiap kali ibubapanya tinggalkan dia, tiapkali itu juga abangnya yang berjubah serban mencabul kehormatannya. Mula-mula dia berjaya menepis dan lari turun ke bawah rumah tetapi lama-kelamaan abangnya semakin ganas dan mengugut akan mencederakan dia jika dia melawan. 

Saban malam dia didatangi abangnya yang masuk ke dalam kelambunya untuk memperkosanya. Dia apa daya (tak berdaya melawan), dia hanya berseorangan ketika itu, apabila dia menceritakan apa yang telah berlaku kepada kami (4 kawan rapat), saya tidak sanggup lagi untuk memandang dia kerana bimbang dia lebih malu.

Kami ingin membantu tapi dia tidak mahu kami memberitahu sesiapa ataupun laporkan kepada pihak berkuasa kerana takut ibubapanya tidak akan percayanya kerana abangnya cukup pandai berlakon alim. Sehingga kini dah lepas 30 tahun, terngiang-ngiang soalan yang dia tanya kepada saya, ada lagi kah lelaki yang ingin berkahwin dengannya kelak? 

Bila saya mendengar soalan dia, saya menjadi takut kerana membayangkan apa yang dia fikirkan!! Tidak lama selepas kami semua tamat belajar, saya dengar dia membawa diri ke luar negeri entah ke mana...sedih kerana sebagai rakan, saya tidak mampu menolong dia yang sangat kesedihan.

mat tumpul 


Komen saya tentang pekara ini ada didalam entry "DILIWAT SEORANG TABLIGH DILUAR RUANG MASJID"

STRAIGHT DIGODA PAKCIK SEMASA DI MASJID

Saya dapat kisah pengalaman seorang lelaki "normal" yang digoda pakcik yang mengaku sebagai tukang urut di sebuah masjid ini, melalui facebook beliau dan telah mendapat kebenarannya untuk share didalam blog ini.


Salam, 

Saya rasa macam saya kena raba lah hahaha. Entahlah atau saya ni sahaja yang bersangka buruk:( Saya pergi masjid nak jumpa kawan, tapi dia takda pula di situ ketika itu, adalah pulak pakcik tua ni, tak la tua sangat. Dia beri salam kat saya, selepas tu dia hulurkan tangan bersalam dengan saya kemudian dia gengam dan tak lepas-lepaskan tangan saya. 

Dia kata saya tak sihat la, apa la macam-macam lagi. Lepas tu dia tanya saya sudah nikah ke belum? dan duk mana? Saya jawab macam biasa. Biasa la budak baik kan hehe  

Photo Hiasan

Selepas solat isyak terserempak lagi dengan pakcik tu. Sewaktu lampu dah malap sikit, jemaah lain ada la juga tapi jauh kat belakang ruang masjid. Dia sembang lagi dengan saya, dia kata saya tak sihat lah, kena urut badan lah, apa la, kemudian dia pegang perut saya tapi "semacam" aje, macam lebih-lebih pulak, tangan dia nak turun kat bawah pulak.  

Cepat-cepatlah saya blah..saya nak jumpa kawan, waktu tu ada jemaah lelaki lalu masa dia sentuh perut saya, saya tak pernahlah alami situasi macam ni, bengang pun ada juga masa tu. Mesti jemaah tadi (lain) dah bersangka buruk kat saya dah lah baru aje kenal dia dalam 10 minit bersembang sebelum solat isyak tadi.  

Dia siap tanya saya free atau tak malam ni, dia boleh urutkan badan saya malam ni. Tapi saya masa tu tak suka la dan asyik syak dia bukan-bukan. Malaslah bersangka buruk sebab kat masjidkan.  

Apa pendapat korang? esok saya nak tanya kawan saya kat masjid tu dia kenal atau tidak orang tua ni..betul ke dia tukang urut, mesti ingat ni rekaan kan? 

Demi Allah betul, saya selalu juga lah urut badan tapi kat Zone Therapy orang OKU buta, tak ada lah pulak dia nak turun sampai kat bawah tu ..


Kesimpulannya, peristiwa (digoda kemungkinan dicabul) seumpama ini tidak mustahil boleh berlaku dimana-mana sahaja sekalipun malah ketika berada didalam sebuah masjid. 

Renung-renunglah semua, seolah-olah tiada tempat yang selamat dah buat lelaki mahupun anak-anak remaja, mungkin kita sangka anak kita selamat apabila berada dimasjid tapi bagaimana sekiranya anak kita diperlakukan seperti didalam kisah di entry "DILIWAT SEORANG TABLIGH DIRUANG LUAR MASJID" .  

Sudah tentu bukan masjid itu yang salah tetapi orang yang seperti ini yang tidak mengira tempat dan masa kalau ada peluang mengoda mereka akan mengoda kalau boleh dicabul mereka pasti mencabul tidak mengira tempat. (LAGI DISINI)

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST