Tuesday, 8 January 2013

THAILAND CIPTA SUPLEMEN BERASASKAN BERAS BANTU PESAKIT HIV/AIDS

Oleh D.Arul Rajoo

LOPBURI, Thailand, 5 Dis (Bernama) - Selepas sedekad menjalankan penyelidikan dan ujian klinikal di hospis terbesar dunia untuk pesakit HIV/ AIDS, ahli sains Thai telah menemui kaedah baru bagi meningkatkan tahap kesihatan dan memanjangkan hayat pesakit itu menerusi pemakanan tambahan yang berasaskan beras.
 
Para penyelidik dan sami di Wat Phrabaatnamphu di sini berkata makanan tambahan berasaskan beras itu telah terbukti dapat memperbaiki tahap kesihatan pesakit HIV di semua peringkat.

"Percubaan menunjukkan bahawa ia mampu memanjangkan hayat, malah bagi pesakit HIV tahap akhir, dan mencegah penyakit itu daripada menjadi lebih teruk dengan cepat bagi pesakit tahap awal," kata Somchai Boonchuen, Pengarah R&D Macro Food Tech, sebuah syarikat yang mengkhusus dalam produk antipenuaan dan memanjangkan hayat.

Somchai berkata beliau mencetuskan idea untuk mencuba produk bijirin yang dibuat daripada beras jenis terpilih ke atas pesakit HIV selepas berjaya digunakan ke atas haiwan yang sakit, dengan menambah bahawa ia juga boleh membantu pesakit yang menghidap penyakit lain seperti diabetes dan asma.

"Selepas melihat penderitaan para pesakit HIV dan AIDS di Wat di sini, kami fikir kenapa tidak dicuba produk ini bagi membantu mereka. Tapi kami tidak pernah memaksa sesiapa, dan para sami membiarkan para pesakit mencubanya dengan kerelaan mereka sendiri," kata Somchai dalam satu wawancara di hospis berkenaan.

Terdapat kira-kira 500,000 orang yang dijangkiti HIV di Thailand sekarang, berbanding kira-kira sejuta orang sedekad yang lalu manakala di seluruh dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata terdapat hampir 40 juta penduduk yang hidup dengan HIV/AIDS. Pengasas wat itu, Alongkot Phonlamuk berkata makanan tambahan itu membantu pesakit HIV dan AIDS pulih dengan cepat.

"Saya melihat ada pesakit yang tidak boleh berjalan ketika dimasukkan ke sini, tetapi mampu berjalan selepas mengambil makanan tambahan itu. Selain mengambil ubat yang biasa, ia membantu mereka menambah berat badan dan menjadikan mereka lebih sihat," kata Alongkot.

Sejak dibuka pada 1992, wat itu, yang terletak kira-kira 160km dari Bangkok, semakin membesar daripada sebuah hospis dengan lapan katil pada awalnya kepada kompleks dengan 400 katil seperti yang ada kini dan telah menempatkan kira-kira 30,000 pesakit HIV dan AIDS, yang biasanya datang sendiri atau ditinggalkan di situ oleh saudara-mara mereka. Kira-kira 10,000 orang telah meninggal dunia di wat itu setakat ini, kata Alongkot.

"Di peringkat awal dulu, kami melihat berbelas-belas pesakit mati setiap hari di sini.

"Tetapi jumlahnya telah menurun dengan banyak kerana kaedah perubatan yang bertambah baik, pemakanan yang lebih baik dan juga orang ramai mempunyai kesedaran yang lebih tinggi mengenai penyakit HIV dan AIDS," kata Alongkot yang mempunyai ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan tetapi meninggalkan pekerjaan itu untuk menjadi sami.


Berdasarkan pengalamannya, Alongkot mendapati bahawa banyak daripada kematian itu berpunca daripada kekeringan air dalam badan, kekurangan zat makanan, tidak boleh minum atau makan dan daripada jangkitan kedua, selain gangguan psikologi yang disebabkan oleh virus HIV.

Berdasarkan pemerhatian Alongkot itu, Somchai berkata mereka kemudiannya membangun dan memperbaiki produk itu, termasuk mencampurkan kunyit untuk meningkatkan kualitinya dan makanan bijirin itu boleh disediakan dengan mudah dan diminum seperti teh.


"Para pesakit yang diberi makan tiga kali sehari menunjukkan peningkatan yang baik pada sistem saraf mereka, kurang menghidap cirit-birit dan malah mereka yang menghidap penyakit penuh dan pesakit tahap akhir juga mampu turun dari katil dan berjalan," katanya.

Tetapi Somchai berkata produk itu tidak boleh dibuat daripada beras semata-mata kerana ia mestilah daripada sebatian terpilih dan dihidrolisis secara mekanikal melalui satu proses proprietari secara semula jadi bagi mendapatkan "polysaccharidepeptides" (PSP) yang khusus yang dapat mengubati simptom-simptom di kalangan pesakit yang dijangkiti HIV.

Somchai berkata walaupun banyak ubat-ubatan yang berasaskan dadah dan ubat-ubatan herba Cina yang telah dicipta bagi membantu pesakit HIV/AIDS, beliau percaya inovasi yang dilakukannya itu adalah yang pertama menggunakan produk berasaskan beras.

"Di peringkat awal dulu, Macrofood sering menghantar bertrak-trak produk itu yang bernilai berjuta-juta baht ke Wat dan kami akan meneruskan amalan itu," katanya.

Untuk membuktikan lebih lanjut kebaikan produk itu, syarikat itu telah bekerjasama dengan University of Natural Medicine di Amerika Syarikat untuk menjalankan ujian klinikal lanjutan. Canselor dan pengerusi lembaga pengarah universiti berkenaan, Dr Mark Dargan Smith berkata produk itu boleh dianggap sebagai satu kejayaan besar dalam bidang sains kesihatan di alaf baru ini.

"Terdapat banyak ubat-ubatan di pasaran tetapi kebanyakan, kalaupun tidak semua, ubat-ubatan berasaskan kimia ini boleh mendatangkan mudarat dalam jangka panjang akibat kesan sampingan dadah yang digunakan dalam ubat itu. Tapi makanan tambahan daripada bahan semula jadi seperti beras boleh memberi tindak balas positif kepada pesakit tanpa kesan sampingan yang buruk," katanya ketika melawat kemudahan itu.

Selepas membelanjakan berjuta-juta baht untuk mengadakan penyelidikan dan pembangunan produk, syarikat itu kini merancang untuk mempermudahkan mereka yang memerlukannya mendapatkannya.

"Kami tidak pernah berniat untuk mengaut keuntungan dengan memasarkan produk ini kepada pesakit HIV kerana kebanyakan mereka adalah miskin. Kami hanya mahu mendermakannya kepada wat ini untuk kebaikan mereka," kata Presiden MacroFood, Thavisith Pongprapansiri.

Malah, Alongkot telah meminta syarikat itu memberikan produk itu kepada pesakit kanak-kanak yang tinggal di hospis itu.

Thavisith berkata produk itu juga terbukti berjaya digunakan ke atas pesakit dengan pelbagai penyakit lain dan beberapa pelanggan antarabangsanya juga menawarkan untuk mendermakan sebahagian daripada keuntungan mereka kepada wat itu.

Dengan dua pusat untuk menjaga kira-kira 500 pesakit pada satu-satu masa, termasuk 200 kanak-kanak, wat itu memerlukan kira-kira Bt3 juta hingga Bt4 juta sebulan untuk membeli ubat-ubatan, makanan dan keperluan lain, kata Alongkot.

Beliau berkata dengan rawatan anti-retroviral dan pemakanan tambahan berkhasiat, kebanyakan pesakit boleh hidup lebih lama, berbanding masa lalu di mana 85 peratus daripada pesakit dihantar ke situ untuk mati.

Walaupun telah beransur pulih, ramai pesakit tidak dapat pulang ke pangkuan masyarakat disebabkan stigma yang timbul dan mereka biasanya terus tinggal di wat itu dan menyebabkan kos yang perlu ditanggungnya meningkat, katanya.- BERNAMA

Sumber : Disini


5 comments:

  1. Kesuma Angsana

    Alhamdulillah...sama-sama....:)

    ReplyDelete
  2. Tidak terjangjau difikiran kan..sumber makanan ruji di Asia ini boleh menjadi akternatif kepada penawar HIV...sungguh benarlah apa yg Allah ciptakan itu..tidak sedikit pun dalam keadaan sia-sia...
    Dalam Al Quran juga telah jelas Allah memberitahu pd kita..banyak sumber alam semula jadi yang Allah beritahu kita boleh menjadi penawar sprt madu lebah...delima.zaitun.kurma dn sebagainya..
    Mengambilnyanya saja telah dikatakan mengikut sunnah Nabi...mengikut cara Nabi..apatah lagi menyakini penawar yg diturunkan Allah
    Itulah tanda kasih sayang Allah...Subhanallah..
    Info yg baik dan sungguh berinovatif perkongsian dari Najmi ni...tq

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran jazillan

      alhamdulillah syukur kepada Allah...:)

      Delete
    2. Semuanya tercatat dlm AlQuran tapi kita manusia alpa dari memahami.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST