Friday, 25 January 2013

ZAM - REMAJA 18 TAHUN HIV POSITIF SEJAK DITINGKATAN TIGA

Pada 28 Disember 2012 yang lalu saya menerima email dari seorang remaja yang hanya dikenali sebagai Ayu, (bukan nama sebenar), remaja yang sangat perihatin tentang masaalah kesihatan teman lelakinya Zam, (bukan nama sebenar). Zam telah dijangkiti virus HIV sejak tahun 2007 ketika dia ditingkatan tiga. 

Dalam usia remaja, mereka berdua terpaksa merahsiakan status HIV Zam daripada pengetahuan sesiapa pun termasuk ibu bapa Zam sendiri. Hanya mereka berdua yang terpaksa memikul tanggungjawab masaalah tersebut hingga kini. Ayu meluahkan rasa hati dan bertanya berbagai soalan yang perlu saya jawab dan sudah pun saya jawab melalui balasan email saya kepadanya.

Disini saya ingin berkongsi luahan keresahan Ayu melalui beberapa kiriman email yang telah dikirimkannya kepada saya.




Assalamualaikum.. 

Boleh saya tanya, adakah awak HIV positif? Maaf andainya pertanyaan ini agak sensitive

Saya ingin berkongsi sesuatu dengan awak, sahabat saya (yang sekarang ni sudah menjadi teman lelaki) pun menghidapi HIV positif sejak 2007 lagi, Setiap bulan disember, dia mengalami ketakutan luar biasa sehingga badannya menggigil ketakutan kerana teringat dosa lampau. Saya bersimpati terhadap dia dan berharap sangat agar saya dapat menjaga dia sampai dia sudah tiada tetapi dia berkeras mahu berpisah dengan saya kerana khuatir saya akan dijangkiti dengan virus ini.

Saya sayang dia sangat-sangat, dia jadi tak keruan sejak ramai kawan dia dari bandar J membocorkan rahsia penyakitnya itu. Dia berpindah ke bandar MJ kerana insiden memalukan itu. Apa yang buat saya kagum dengan dia, yang penyakit dia langsung tidak diketahui oleh ahli keluarga dia, jadi maknanya hanya saya seorang sahaja yang tahu dia ada HIV+ 

Dia seorang perahsia, terutama sekali dengan ahli keluarganya. dia sering mengadu kesihatannya kepada saya dan kerap juga saya menemani dia ke mana-mana sahaja (persis seorang queen control). 

Saban hari, kesihatannya semakin teruk, dia kerap batuk berdarah adakalanya dia cepat demam bila terkena air hujan. walaupun sudah makan ubat, dia masih lagi demam, saya terlalu bimbang sehingga sanggup menjaga dia betul-betul seandainya dia mahu keluar rumah. 

Sedih saya tengok penderitaan dia kalau boleh, saya mahu beritahu rahsia dia ni kepada ahli keluarga dia. Bagi awak, perlukah saya berbuat demikian? Saya keliru sangat-sangat kalau saya beritahu pada keluarga dia, takut diorang pulaukan dia kalau saya tak beritahu, terasa seperti tak adil, apa perlu saya buat?  



Abang, 

Dia sebaya dengan saya, iaitu 18 tahun. 

Dia pernah menerima rawatan tetapi ketika dia ditingkatan 3. Waktu itu dia ditahan wad akibat asma dan pada waktu itulah dia disahkan HIV+. Dia pernah cerita pada saya yang doktor itu menganggarkan bahawa dia hanya dapat hidup 20 tahun lagi untuk hidup dan jika dihitung, dia masih ada 14 tahun lagi.

Saya selalu marah dia bila dia sering menyebut tentang kematian, benci sungguh. Soal ubat, dia sendiri tak tahu dia ambil ubat apa kerana abang dia buang semua ubat dia kecuali satu ubat yang dianggap amat penting. Tetapi sudah 2 tahun dia tidak makan jadi dia buang aje ubat tu (sengal betul dia tu, kan?). Dia ambil ubat itu melalui hospital biasa.

Dia marah saya bila saya pasang hasrat untuk beritahu keluarga dia, seboleh-boleh dia tak bagi dan mahu rahsia ini simpan sampai bila-bila. Agak payah nak pujuk dia ke hospital, dia keras kepala. Pernah sekali ketika dia mengalami kesakitan di masjid, saya berkeras mahu bawa dia ke hospital tetapi dia masih juga tidak mahu ke sana, katanya, dia fobia. Geram tengok sikap degil dia.. (><)

Saya dan dia sekarang berada di bandar MJ. Pada 5 Januari 2013 nanti dia akan ke bandar M, untuk melanjutkan pelajarannya, minggu ini, dia cakap dia tak batuk berdarah lagi (tak tahulah sama ada dia menipu ke tak). Saya paksa dia macam-macam. Saya paksa dia makan banyak-banyak dan alhamdulillah dia semakin sihat cuma adakalanya mengalami sakit dada melampau.

Pandai betul dia, ketika buat x-ray dada selasa lalu, dia sorokkan x-ray dia daripada saya, nak aje belasah dia kat pusat perubatan itu juga haha.. Tak apa ke jika saya luahkan semuanya pada awak? Sebenarnya saya buntu dan tak tahu macam mana lagi nak suruh dia ke hospital, dia degil sangat-sangat. Nak aje ketuk kepala dia sampai pengsan dan terus telefon ambulans, sekelip mata aje masuk hospital (cara paling senang) haha!!  -maaf kalau ayat saya ni merapu..hehe- 



Abang, 

Urmm...saya bimbang kalau-kalau saya suruh dia berhubung dengan abang, dia tuduh saya membuka rahsia dia pula, saya dah janji dengan dia jangan beritahu sesiapa. Kalau saya beri abang email dia tapi abang jangan beritahu saya yang beri, boleh tak? Saya takut sikit kalau dia marah-marah ni, memang ambil masa yang lama untuk pujuk dia..



Abang,

Saya sudah beri link blog abang pada dia, dia membaca hampir keseluruhan blog abang. dia menggigil, ketakutannya terhadap virus tu memang susah nak hilang. Dia hampir menitiskan air mata bila terbaca entri perkahwinan. Sekarang, dia masih ragu-ragu sama ada nak teruskan perhubungan dengan saya ataupun bersendirian.

Setelah membaca blog abang, alhamdulillah dia mulai sedar, dia sudah bersedia untuk pergi membuat pemeriksaan, syukur alhamdulillah, memang selama ini impian saya nak dia buat pemeriksaan dia mahu saya bertanya kepada abang tentang ubat HAART, dia tanya di manakah abang mendapat ubat itu dan ke hospital mana untuk membuat pemeriksaan.

Satu perkara yang buat saya geram dengan dia, bila dia terlalu risau tentang pandangan masyarakat. Dia seboleh-bolehnya mahu saya tinggalkan dia kerana bimbang masyarakat akan pandang sinis terhadap saya kerana menjaga PHIV seperti dia. Dia memang takutkan pandangan masyarakat terhadap virus ni. Apa-apapun, boleh abang beritahu saya di hospital mana abang buat pemeriksaan? ubat HAART tu mahal tak? 


Abang, 

Saya dah berbincang dengan dia, dia cakap dia akan pilih hospital di bandar M Urmmmm..saya tak berapa reti nak keluar negeri ni, abang ada kenalan di sana tak? takut nanti kami termasuk hospital swasta pulak..haha!! Dia ucapkan berbanyak terima kasih kepada abang, agak happy bila tengok dia bersemangat nak teruskan hidup..^^ 


Abang, 

Okey-okey, saya cuba check kat google maps (lokasi hosiptal di bandar M) nanti. Dulu pernah pergi ke hospital disana tetapi terlupa jalan-jalannya. Saya takut sekarang dia memang bersemangat nak buat pemeriksaan tapi bila dah sampai ke hospital, dia tukar fikiran pula.

Urmm...dia akan sambung belajar pada 5 Januari 2013 nanti...setelah berbincang semalam, dia cadang nak ke hospital M pada akhir bulan Mac nanti sebab waktu tu dia cuti semester dan saya pula cuti sekolah. Urmmmm...agak-agak lama tak pemeriksaan tu? kalau lama, kitorang kena cari tempat untuk tidur semalaman, 


Abang, 

Tak tahulah saya kenapa dia minta akhir bulan Mac untuk ke hospital buat rawatan tu tapi sejak dua menjak ni dia alami sakit dada yang teruk. Dia mengadu yang jantung dia berdegup tak terkawal sampaikan saya boleh rasa denyutan jantung dia ketika saya sentuh dada dia, adakah itu satu petanda yang buruk? Saya berharap sangat agar ada masa yang cepat untuk dia menjalani rawatan...T^T Dia akan balas email abang nanti..saya dah pesan dengan dia supaya sentiasa buka email tu..jangan risau ^^ 


Email terbaru yang saya terima dari Ayu 
pada Khamis, 24 – 1 -  2013 pukul 9:57 PM


Abang, 

Maaf abang, saya baru buka email, saya dah lama tak buka email pula haha!! broadband lupa nak bayar, ehehehehe..urm...Okey-okey saya benarkan (email Ayu saya jadikan entry) terima kasih atas nasihat abang selama ni. Kalau boleh biarlah semua orang lain ambil iktibar dengan kisah-kisah kami. Abang guna nama Ayu whoaa….comel-comel nama tu..ahahx! 

Pakwe saya terlibat dalam kemalangan minggu lalu. Saya jaga dia, dia sendiri cakap dia nak deactivate email pulak, gedik betul mamat tu..haha. Kita orang tekad nak ke hospital dibandar M pada bulan Mac juga, sebab bulan Febuari kita orang sama-sama ada periksa. 

Abang, saya nak mengadu.. :'( teman lelaki saya sudah sambung belajar sekarang (dibandar M), Sejak dia di sana, dia semakin sensitive, dia kerap marah-marah walaupun saya hanya terlewat balas SMS dia 10 minit.

Dalam bulan ini, dia kerap sakit-sakit dan pernah sekali ketika dia pulang kembali ke bandar MJ, saya ajak dia main kejar-kejar (macam budak2 aje..haha!!) dia layan kejar-kejar saya tapi tak sampai 100 meter, dia tiba-tiba membisu dan tekan-tekan dada dan mengadu bahawa jantung dia berdegup tak sekata. Bila saya sentuh dada dia, saya boleh rasa degupan jantung dia, amat kuat, tak macam biasa!

Perkara yang sama juga berlaku ketika dia di bandar M sampai dia sampai melutut-lutut menahan sakit dada tu. Masa kami buat explorer bandar setiap malam juga dia makin cepat sesak nafas. Saya marah dia kerana awal-awal tahun lagi saya berpesan supaya dia cepat-cepat ambil inhaler dari hospital kerajaan, tapi dia hanya jawab, "ada inhaler atau tak, sakit Zam bukannya boleh sembuh, kan?"

Mula dari itu, dia start sakit kepala pula, katanya sakit kepala sampai mata berpinar-pinar dan badannya menggigil, risau saya. Entahlah dia jaga diri kat sana entah tidak dibandar M tu. Lagi menambah tak keruan saya bila dia terlibat dalam kemalangan tempoh hari, saya risau, abang...dia makin kurang jaga kesihatan sejak berjauhan dengan saya, saya bimbang kalau-kalau dia terus begini 3 tahun akan datang.

Saya sebenarnya menangis dalam diam, tanpa pengetahuan dia. Saya kuat kerana dia dan tak dapat bayangkan kalau-kalau dia tiba-tiba hilang di mata saya. Entah mengapa saya tak sanggup tengok dia menderita kesakitan, saya tak sanggup melihat dia menderita dengan HIV ni. Kenapa ya? Kenapa Allah turunkan virus tu kat dia? Adakah itu tandanya Allah beri peringatan tentang dosa dia dulu?

Sekarang ni, saya tak lekang dengan dia, setiap 1 saat saya tak boleh nak jauhkan diri dari dia. Hampir kerap juga saya telefon dia, saya bimbang, bimbang dia down bila fikirkan sakit dia kat sana nanti (bandar M). Dia pun dah semakin kerap demam, saya harap agar dia kekal kuat, saya tak dapat bayangkan kalau saya kehilangan dia, setengah mati rasanya bila dengar dia kemalangan tempoh hari. Serius, saya sayangkan dia walaupun dia PLHIV........



Saya bimbang bila membaca email terbaru dari Ayu yang bercerita tentang keadaan kesihatan kawannya itu yang semakin merosot, degupan jantung yang bergerak pantas ketika berkejaran, adakah itu tanda seperti yang pernah saya sendiri alami suatu ketika dulu sehingga akhirnya sukar melangkah walau setapak kerana degupan jantung yang bergerak sangat pantas. Adakah itu permulaan tanda awal gejala AIDS "PNEUMONIA" 

Ya Allah saya bimbang memikirkan keadaan kemungkinan sesuatu yang boleh berlaku keatas diri Zam, teringat saya tentang kisah Adik MS dulu.

Semua pertanyaan Ayu telah pun saya jawab melalui email kepadanya, saya juga ada meminta Ayu agar memujuk Zam menghubungi saya melalui email, sebagaimana yang Ayu ceritakan, Zam adalah seorang yang degil, dia sampai sekarang tidak mengirim satu pun email kepada saya. Sekurang-kurangnya saya boleh cuba memujuk Zam agar segera berjumpa doktor.

Apakah nasihat dan bantuan terbaik yang boleh saya berikan kepada kepada Zam dan Ayu? - NAJMI

28 comments:

  1. Najmi, perlu berikan gesaan pd pasangan remaja tersebut agar berjumpa doktor. Email kpd ayu ckp zam ada tanda2 pneumonia dan sgt bahaya. Kalau benar2 sygkan zam, usahakan segera bawa ke hospital kalau tak ugut beritau family. Hiv tak self cured n stress satu gejala tak baik. 18 tu muda sgt nak berfikir matang najmi perlukan kita orang tua campur tangan tapi jangan guna tekanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Saya ada minta agar Ayu membaca komen nasihat pembaca didalam entry ini, dalam masa yang sama saya memang menunggu email dari Zam sendiri, jika Zam mahu berhubung dengan seseorang melalui talipon insyaallah saya akan hubungakan beliau dengan orang yang lebih faham dan berpengalaman dlm mengendalikan masaalah PLHIV ini.

      Jika Zam mahu bertemu dengan mana2 PLHIV insyaallah saya akan cari PLHIV dibandar tempat dia belajar bagi memberi bantuan semangat pada nya. Alhamdulillah ada seorang kawan saya (non PLHIV) yang tinggal dibandar tersebut sudah beri persetujuan dan sudi membantu bawakan Zam ke hospital sekiranya Zam setuju. Tetapi kalau seorang PLHIV yang tinggal di bandar M sendiri yang membantu kan lebih baik

      Tapi Zam agak degil dia bersekolah di bandar M (saya tak pasti diasrama atau tinggal diluar). Seingat saya, saya pun ada mengirim email kepada Zam tapi tak dibalasnya.

      Delete
    2. najmi, kita sama2 berdoa terbuka hati zam hubungi Najmi, kita tak boleh paksa tapi kita doakan yang terbaik. Terima kasih Najmi atas perkhidmatan percuma ini, moga Allah bless najmi. Bangga sgt jumpa sahabat macam najmi. Kalau perlukan bantuan apa2 jangan segan2 hubungi saya ya najmi.

      Delete
    3. Mak Wardah

      Terasa nak ke bandar M jumpa Zam, tapi saya susah nak melakukannya, so saya harap mungkin ada individu lain yang boleh membantu...nanti saya war2 kan siapa yang sudi membantu Zam sekiranya Zam terbuka hati nak jumpa doktor dlm waktu terdekat. Saya pun tak bijak bab-bab prosedur nak jumpa doktor atau bab-bah bila kita berdepan dengan remaja macam ni huhu...so lebih baik saya serahkan kepada mereka yang lebih berpengalaman nanti insyaallah

      Delete
  2. smoga yang terbaik utk Zam dan Ayu
    cuba lah mencari penawar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa

      .....:) penawarnya ialah berjumpa doktor secepat mungkin...:)

      Delete
  3. Salam, Selamat Pagi...

    Berdasarkan email di atas menunjukan Ayu seorang budak perempuan yang sangat menyintai Zam, walaupon Ayu tahu bahawa Zam menghidap HIV+.. Abg KK ucapkan tahniah kerna anda memahami zam dah tidak beputus asa membantu Zam dalam permasalahnya.. Daripada pandangan abg kk.. Zam perlu ada org yg senasib dengannya untuk memberi semangat dalam meneruskan kehidupannya.. Sesunggunhnya org yg senasib lebih memahami dan sangat2 membantunya.. Hope abg Najmi bantu dan kita turut membantu... Susah senang kita yg tahu..

    by KK

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK

      Ya begitulah yang terbaik, saya memang setuju agar Zam dapat berbual dan mendapat suntikan semangat dari PLHIV sendiri. Tapi sehingga kini dia lebih suka buat hal sendiri seorang perahsia,

      Perlukah kita paksa ia pergi ke hospital secepat mungkin? atau terjah dia kesekolah tempat dia belajar (saya tak tahu dimana dia belajar) dan bawa terus ia ke hospital? Sudah pasti cara itu tak betul, kena ada persetujuan dari dirinya terlebih dulu baru senangkan.

      Saya tunggu email dari Ayu atau email dari Zam sendiri, saya sudah nasihatkan Ayu agar terus pujuk Zam ke hospital secepat mungkin kalau boleh jangan tunggu bulan Mac. Doa kan...

      Delete
    2. try dapat maklumat dari ayu...InsyaAllah kita sama2 mbantu.

      kk

      Delete
  4. Salam

    Bg pandangan sy... Zam ni perlukan seseorg yg senasib (PLHIV) yg positif , motivated dan xjemu2 menasihatinya. ibarat seorg abang mungkin. face to face lebih baik utk permulaan. Kesihatan Zam dah teruk skrg ni... mungkin pneumonia..mungkin TB...wallahulam( minta dijauhkan). Ayu juga perlu tahu precaution yg perlu diambil untuk elak dijangkiti drpd penyakit yg menular melalui udara ni (TB cthnya). sebagai langkah pencegahan.... bukannya kita minta.
    Nasihat sy:
    -sblm bawa zam ke hospital, pastikan dia benar2 mahu pergi, bukan terpaksa kerana dipaksa.
    -sblm start rawatan HAART, pastikan dia betul2 bersedia. jgn berhenti separuh jalan. bahaya.
    -klu betul Ayu ade niat nk berkahwin dgnnya..begitu juga Zam... kahwinlah (walaupun usia muda). sekurang-kurangnya Ayu akan sentiasa berada disampingnya. untuk pastikan Zam xberhenti mkn ubat dan kesihatannya dipantau.sama2 boleh cari rezeki nanti, insyallah lepas mkn ubat HAART, ada improvement.
    -Buat masa sekarang, rahsiakan drpd keluarga Zam. sbb Zam tgh percayakan Ayu. Jgn hilangkan kepercayaan Zam pd Ayu.

    utk Ayu... besarnya pahala awak. Kebaikan awak. teruskan menyokong Zam.. happykan Zam. Insyallah... Allah dah aturkan yg terbaik utk kamu ber2. ;-) ameen




    ReplyDelete
    Replies
    1. Random Me

      Terima kasih dengan komen nasihat dari awak, saya harap Ayu/Zam akan baca nasihat ini.

      Jika Zam bersetuju untuk dihubungi, sekiranya dia memberi no talipan dia pada saya, insyaalah saya akan hubungkan dia dengan seseorang yang lebih berpengalaman dalam hal berkaitan HIV ni, saya pasti individu itu sudi membantu menasihati Zam kelak.

      Delete
    2. Salam.
      Yang kite boley buat kat sini..hanyalah berdoa agar Zam diberikan hidayah/petunjuk utk mulakan rawatan secepat mungkin. Insyallah.

      -Random Me- ( salah log in pakai account lain td.hehe )

      Delete
    3. Chenta Saya

      Random Me dan Chenta Saya orang yang sama lah ya..hehehe Ya betul juga tapi saya memang harap Zam terbuka hatinya untuk hubungi saya, nanti saya fikir apa yang nak dibuat.

      Macam saya kata kita tak boleh terjah tak tentu pasal walaupun niat kita baik nak membantu, lebih cantik kalau Zam segera terbuka hati utk berjumpa doktor dengan segera atau sudi berhubung dengan saya dulu.

      Doakan..

      Delete
  5. Assalamualaikum semua...

    Semoga adik Zam cepat-cepat mendapatkan rawatan. Adik Zam hargailah Ayu dan famili ye. Sesungguhnya orang-orang yang menyayangi kita akan gembira melihat kita sihat dan ceria. Jangan buat mereka sedih melihat kita sakit dan derita.

    Kalau kita ada masalah apa pun kita mesti berhadapan dan cuba selesaikannya. Lari dari masalah bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah tetapi berkemungkinan menambahkan lebih banyak masalah.

    Fikir-fikirkan ye adik Zam. Cepat-cepat buat rawatan. Minggu hadapan pergi ye.

    MFZ

    ReplyDelete
  6. Zam, doa kami semua agar zam membaca blog ini. Jgn takut bukan anda seorang plhiv ramai yg senasib. Jumpa doctor ye? Secepat mungkin sebab kami semua nak sangat tenguk zam sihat. Pergi cepat2 ye

    ReplyDelete
  7. Saya hanya baca sepintas lalu dan ada skip-skip maaf ya.

    Nasihat saya dapatkan rawatan..
    ikut rawatan sebaiknya
    tambahkan ilmu melalui blog2 PLHIV
    tambah kenalan sosial di kalangan PLHIV untuk kuatkan semangat untuk hidup.

    itu saja, awak masih muda dan mempunyai orang yang sayang awak..jangan sia-siakan peluang ini.. jalani hidup dengan baik..

    Bertaubat dan dekatkan diri dengan Allah sebab tu sumber kekuatan utama kita.. kita xkan mampu kuat jika tak meminta dari Allah. Tambah ilmu agama, belajar solat dan ngaji ( kalau xmahir lagi).

    Barang yang lepas jangan di kenang.. Allah maha pengampun dan rahmat Allah melebihi murkanya.. ingat ya... Allah mengampunkan segala dosa dan memberikan kita kehidupan yang baik.

    selalulah istighfar untuk menambah kekuatan diri.

    peringatan untuk saya juga .

    wallahualam.. semoga berjaya.. untuk pasangan ini.

    La tahzan.. Allah bersama kita.

    ReplyDelete
  8. Tak boleh nak buat apa sebab adik Zam tak nak tolong diri dia. Apa yang boleh kita buat adalah dengan berdoa selepas solat dan membaca yassin semoga beliau diberikan dorongan oleh Allah untuk pergi berjumpa doktor dan seterusnya memulakan rawatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Betul tu, kalau Zam masih degil kita tidak boleh buat apa-apa, terbaru Ayu memberitahu saya Zam kerap mengalami migrain yang kuat, Ayu beritahu dia akan cuba nasihat Zam lagi

      Delete
  9. HARAP ZAM BACA ENTRY ARWAH ADIK MS...!!!!
    BESAR HARAPAN ABG NAJMI DAN YG LAIN2 NAK ZAM MULA KAN RAWATAN....!!!

    Zam...jangan besarkan ego d dan kerisauan dlm diri tu..sebenarnya Zam masih punya harapan...masih ada rawatan yg terbaik...kalau Zam dah terlantar sakit dihospital...apa yg Zam rahsiakan selama ini akan terbongkar ...daripada parents Zam tidak tahu rahsia yg Zam HIV..akan jadi tahu akhirnya...

    Allah juga murka apabila hambanya sengaja membiarkan dirinya dalam kemelaratan...itu bisikan2 syaitan Zam...yg memang nak kita jadi manusia yg putus harapan...jauh dari rahmat Allah..syaitan memang bijak nak jadikan hidup kita jauh dgn Allah...ingat tu..

    RENUNGKANLAH....ramai lagi yang di luar sana lebih menderita dari Zam...tapi sedikit pun mereka tak berputus asa...berusaha mencari ubat..berusaha meneruskan hidup mereka....kerana apa...???

    KERANA BERASA YAKIN...ALLAH AKAN MENURUNKAN BANTUAN DAN JALAN PADA YG SUNGGUH2 MEMINTA PADANYA...
    PERCAYALAH PADA JANJI DAN RAHMAT NYA...

    Insan yang diuji Allah adalah insan yang di sayang Allah...Zam antara insan yang disayang Allah...kerana Allah tahu Zam kuat hadapi semua ni..tapi Zam tak boleh sorang2 hadapi sakit dan HIV tu..Zam berhubung dgn abg Najmi ye...jangan buat abg Najmi dan kami semua bimbang dgn keadaan Zam ni...kami semua sama dgn Zam..sama2 positif HIV...kami semua sedia membantu Zam...

    Jangan kecewakan abg Najmi ye...dan yg lain
    Zam...!!

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  10. Call aje die cakap kaunselor dri spital...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Nak call macam mana? no tel pun tak ada....hanya email...
      email saya pun hanya melalui teman wanita dia sahaja....

      Delete
  11. historia-vitae

    ...Terima kasih kerana mendoakan buat Zam..

    ReplyDelete
  12. Mcm mane die skarang ye abang najmi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rita Comot

      Alhamdulillah baru dalam minggu ini abg terima berita dari rakan wanitanya yang memberitahu yang Zam sekarang semakin baik walaupun Zam masih enggan pergi berjumpa doktor buat rawatan. Kata rakan wanitanya, dia beri Zam makan satu makanan tambahan yang menyebabkan kesihatan Zam menjadi lebih baik drp sebelum ini.

      Alhamdulillah...kita doakan Zam akan merujuk kepada doktor dan supaya dia sentiasa sihat ya....:)

      Delete
  13. Doakan zam sehat sejahtera. Harap pergi berjumpa doktor n makan ubat supaya kesihatan bertambah baik

    ReplyDelete
  14. mari mengenal Allah, syarahan makrifatuulah arifbillah ustaz hj hussein bin abdul latiff, http://www.youtube.com/watch?v=SoQrJu8VbZ8

    ReplyDelete
  15. http://naturalsociety.com/hiv-patient-finds-cure-black-seed-treatment/

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST