Wednesday, 16 January 2013

SAKINATUL AHYA - PELAJAR WANITA LUAR NEGARA RESAH TUNANG SEORANG GAY

Luahan saudari Sakinatul Ahya ini telah dikirim kedalam ruang komen didalam entry "PUAN WANNA B WISE - DERITA ISTERI YANG BERSUAMIKAN GAY". Sakinatul Ahya ketika ini berada di Amerika Utara melanjutkan pelajaran dan telah pun bertunang. Masalahnya tunang Sakinatul Ahya adalah seorang gay. 

photo hiasan

Assalamualaikum Abang NajMi,

Sebenarnya dah lama jugak saya follow blog ni. Terima kasih banyak-banyak atas perkongsian ilmu dan pengalam yg abg Najmi perolehi sepanjang perjalanan hidup, banyak memberi peringatan kepada yg di luar sana termasuk saya sendiri. Sangat informative dan terkini, blog ni adalah sumber tazkirah saya jugak. 

Minta maaf saya katakan, sebelum ini, saya jugak antara orang yg skeptikal terhadap golongan LGBT. Sehingga suatu hari, saya juga diuji Allah hampir sama seperti yg dialami oleh Puan wannaBwise setahun yang lalu, namun masih jauh diperingkat awal..bukan suami tetapi tunang. 

Entry ini memang sangat bererti bagi saya dan saya sangat kagum dengan Puan wannaBwise, Alhamdulillah dengan ketabahan dan kekuatan yg Allah kurniakan kepada Puan wanna Bwise. Puan sangat positive. 

Namun saya percaya, bukan sesuatu yang senang untuk dilalui, sebab saya faham betapa gementarnya seluruh tubuh saat mula-mula mengetahui rahsia itu. Sedar tak sedar, sudah setahun saya simpan rapi rahsia ini daripada sesiapa sahaja, termasuk tunang saya sendiri. 

Selama itu jugak, saya masih lagi mencari-cari hikmahnya setelah beberapa kali Allah telah membuka hijab rahsia itu kepada saya. Dan saya YAKIN ALLAH SANGAT SAYANGKAN SAYA DAN JUGA TUNANG SAYA. 

Saya ingin benar mendapatkn nasihat drpd Puan wannaBwise personally. Harap abg NajMi dapatt share contact Puan wannaBwise sekiranya ada atau Puan sendiri sekiranya membaca komen saya.  

Thanks a lot. Semoga Allah merahmati kita semua :) 


Wassalam. 
Sakinatul Ahya


photo hiasan
Salam Abg Najmi dan Anonymous..

Terima kasih atas response yang diberi oleh abang NajMi dan Anonymous (dan mohon maaf lambat saya reply).

Kepada Anonymous yang mengalami masalah sama dengan saya, boleh saya tahu, apa tindakan awak bila dapat tahu tentang hal sebenar? (klik dan baca komen saya dan anonymous diruang komen didalam entry ini disini).  


Sebelum ini, saya memang agak celaru untuk buat keputusan, tapi Alhamdulillah, lately Allah telah bagi kekuatan untuk saya memilih. 

Tetapi walaupun saya sudah buat keputusan untuk batalkan pertunangan saya, saya masih belum berterus terang dengan dia sebab banyak perkara yang saya fikir untuk kebaikan masing-masing dan keluarga kedua belah pihak. Tambah pula saya dan dia masing study di North America untuk PhD, dan masing-masing masih ada 3 tahun lagi, insyaAllah.

Saya rasa dia pun tidak berkeinginan untuk berkahwin sehingga kami tamat study. Jadi, buat masa ini, yang terbaik adalah simpan dulu. Tapi saya dah maklumkan kepada keluarga saya tentang hal untuk batal pertunangan tapi saya tidak cakap kenapa. Alasan yg saya bagi adalah atas sebab perasaan yang saya ada terhadapnya, saya rasa masih belum cukup untuk kami hidup sebagai suami isteri. 

Keluarga respect keputusan saya, cuma kami semua masih pendamkan untuk kebaikan semua pihak. 

Walaupun saya buat keputusan macam ni (yang sebenarnya memang bukan mudah), jika diizin Allah, saya tetap nak terus menjadi sahabat baik dia, dan saya berniat untuk tarik dia semula walaupun sukar. 

Saya tertarik dengan satu komen abang Najmi..yang sentuh bab peranan kita sebagai orang terdekat untuk bawa semula dia ke jalan Allah, memang dah jadi tanggungjawab kita sebagai orang yang tahu. Tetapi sekarang ini, perkara ini yang membuatkan saya kembali berfikir, ianya bukan mudah. 

Dan saya juga pasti, kalau saya sendiri berterus terang dengan dia yang saya tahu keadaan dia, pasti dia memberontak dan menjauhkan diri daripada saya. Dan lagi saya takut sekiranya dia terus hanyut.

Dan apa yg saya risau sekarang, situasi bila kami berada di sini, di luar negara (North America), golongan seperti itu sangat berleluasa, dan saya dapat rasa yang dia sememangnya ada contact/kawan-kawan seperti itu, semakin hari semakin ramai. 

Dalam universiti pun memang ada club untuk LGBT. Itu cabaran yang kuat sehingga saya menjadi serba salah, takut dia semakin menyimpang lebih jauh.

Bayangkan kami masih ada 3 tahun disini (North America) macam-macam boleh jadi. Saya yakin tiada seorang pun keluarga dia tahu, dan saya berdoa agar saya sendiri diberi kekuatan untuk terus menyimpan aib dia ini sampai ke akhirat, dan semoga dia diberi hidayah daripada Allah untuk kembali..InsyaAllah.

Saya cuma nak tanya pendapat daripada Abg Najmi dan sesiapa saja,
agaknya mcm mana cara terbaik untuk saya mendekati dia? 


Apa yang perlu saya buat sekarang selain doa. Saya cuba selitkan apa-apa sahaja cerita yang berkaitan tetapi jika saya hendak selit pun agak susah, takut tak kena pada topik perbualan, tiba-tiba sebut pasti jadi pelik. 

Dulu sebelum saya tahu keadaan sebenar, saya pernah tanya dia macam mana kalau kita nak kenal golongan gay pada dia. Dia memang tersentak dan marah bila saya tanya mcm tu padahal saya sememangnya tiada niat langsung, dan tidak ada syak langsung pada dia. Saya tahu dia pasti sensitif dengan isu-isu ini kalau itu yang keluar dari mulut saya sendiri.

Dan atas sebab ini, walaupun bagi diri saya sudah ada keputusan untuk putuskan pertunangan, saya masih fikir jalan terbaik untuk sampaikan hasrat saya tu kepada dia. 
 


Thanks,
Wassalam
Sakinatul Ahya 




Saya juga berharap semoga pembaca entry ini sudi memberi kata-kata semangat dan bantuan nasihat kepada Sakinatul Ahya atau Sakinah ini. Klik ruang komen dibawah untuk membaca komen yang ditinggalkan oleh saudari Sakinah/Sakinatul Ahya dan komen pembaca lain yang saya kira menarik untuk dibaca. - Naj Mi
 

26 comments:

  1. Dr Maya Angelou said "when people show you who they are for the first time, believe them". Saya rasa apa yang disebutkan oleh Dr Maya merupakan tip yang sangat berguna dalam hidup. Sebabnya, kita seringkali membuat kesilapan dalam hidup terutamanya apabila ia berkaitan dengan manusia. Misalnya, kita seringkali membaca dalam akhbar yang ada isteri yang dipukul dengan teruk sampai patah riuk dan ada pula yang dipukul sampai mati oleh suami. Dalam kes isteri yang dipukul, jawapan yang paling lazim kita dengar daripada mangsa adalah "suami saya seorang yang panas baran dan kuat cemburu". Sikap panas baran dan cemburu suami ini dah ditunjukkan sejak sebelum kahwin lagi. Saya yakin si suami dah tunjukkan awal2 lagi. Yang saya tak faham, kenapa perempuan tuh sanggup meneruskan perhubungan sampai peringkat bertunang dan seterusnya sampai ke alam perkahwinan dan kemudian bila dah berkahwin dia menjadi bahan sepak terajang suami. Kenapa nak tunggu sampai kena macam tuh baru nak percaya yang suami memang seorang yang panas baran dan kaki pukul. Dr Maya kata "why can't you just get the first message?" Tapi ada juga perempuan yang percaya yang dia perlu teruskan perkahwinan walaupun tahu yang bakal suami dia panas baran, kuat cemburu dan kaki pukul sebab dia nak lakukan tugas murni untuk mengubah sikap suami dia. Nasihat saya, JANGAN. Jangan ambil risiko kerana peratus kejayaan adalah sangat rendah. Sama juga dengan kes Sakinah, kalau dah tahu tunang saudari GAY dan saudari nak teruskan perkahwinan jangan nanti bila suami tak mampu bagi nafkah batin jangan 'sentap' yer sebab agak sukar untuk suami yang mempunyai naluri menyukai lelaki untuk berbuat demikian. Biasanya kebayakan isteri nak di belai oleh suami macam dalam filem Ombak Rindu. Semua nak jadi macam Izzah yang dibelai oleh suami dia lakonan Aaron Aziz. Semua dok khayal suami dia akan dukung dia masuk bilik dan boleh tidur atas dada bagai. Minta maaf yer kalau suami awak gay, benda tuh tak akan berlaku. Harap maaf. Tambahan pulak kalau suami tuh 'BOTTOM'. Sekian. Harap maklum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Terima kasih kerana meninggalkan komen, harap Sakinah membaca dan renungkan kembali komen Anonymous diatas.

      Cinta sukar hendak kita putuskan, terutama bila dah sayang seseorang dan sudah menjadi tunangan kita, itu saya faham (kerana saya sendiri satu ketika dulu pernah alami apa yang dikatakan putus cinta "kononnya lah" sehingga tak lalu makan minum berhenti kerja dan membawa diri merantau bekerja dinegari lain, frustnya berbulan-bulan juga lah).

      Ya, masyarakat orang terdekat perlu membantu golongan ini berubah menjalani kehidupan yang diredhai Allah (membantu mereka mengawal diri dari terus bergelumang dengan aktiviti songsang ini), tetapi dalam situasi Sakinah sekarang, buat permulaan sekiranya selepas pertunangan sudah sah diputuskan Sakinah perlu menjauhkan diri daripada (ex) tunang itu dulu.

      Bagi saya apabila tali pertunangan sudah diputuskan, Sakinah usah memikirkan tentang bekas tunang itu lagi (cuba walaupun sukar), insyaallah lama kelamaan Sakinah pasti boleh melupakannya.

      Kembali berkawan dengannya itu boleh, tetapi pada ketika hati Sakinah sudah cukup kuat dan dapat menerima kenyataan yang dia bukan tunangan Sakinah lagi dan cara terbaik ketika ini buat Sakinah hanya terus berdoa yang terbaik buat dirinya.

      Pandangan saya, sekiranya saya berada ditempat tunang Sakinah, selagi saya sihat tubuh badan, selagi saya disenangi rakan-rakan dan kaum sejenis, selagi saya punya wang ringgit dan hidup gembira tiada masaalah, pelajaran bagus dan tak kacau orang, pasti saya akan terus enjoy dengan kehidupan songsang ini.

      Kebanyakan gay, tidak akan senang-senang (sukar) mengubah hidup mereka walau macam mana orang lain berusaha menyuruh dia berubah kecuali setelah dia ditimpa bala dugaan atau menerima hidayah dari Allah, ketika itu baru mereka sedar. Pun ada yang masih tak sedar.

      Walaupun ada segelintir gay yang mampu mengawal nafsu mereka dari terjebak melakukan aktiviti songsang dan ada yang berkahwin tetapi bilangan mereka pada pandangan saya amat sedikit.

      Wallahuallam, itu pandangan saya.

      Delete
    2. Najmi, Love doesn't hurt. Love suppose to be good. Cinta apa namanya kalau muka dan badan lebam2 berbagai. Beberapa minggu lepas dalam rancangan bicara agama semanis kurma, Ustazah Bahiyah ada membincangkan tentang lelaki songsang. Tetamu yang dijemput adalah Cikgu Erin yang dahulunya seorang mak nyah dan kini Alhamdullilah dia dah berubah. Ustazah Bahiyah tanya dia apa yang menjadi 'turning point' membuatkan beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia mak nyah? Jawapan beliau adalah, beliau ada seorang kekasih yang beliau harap dapat menjadi tempat beliau bergantung dan menumpang kasih. Tetapi malangnya beliau menjadi bahan sepak terajang kekasih beliau dan paling teruk hidung beliau patah kerana disiggung dengan siku oleh kekasih beliau. Bermula saat tuh cikgu Erin nekad untuk tidak menjadi mak nyah lagi kerana menampakkan yang diri beliau seorang yang lemah dan menjadi bahan sepak terajang orang lelaki. Of course, beliau berubah kerana berkat doa yang tidak putus2 daripada ibu beliau juga. Tapi point saya adalah, cikgu Erin kata dia sedar yang kekasih beliau seorang yang panas baran dan kaki pukul. Tetapi demi cinta kepada seorang lelaki beliau meneruskan juga perhubungan tersebut sampai akhirnya teruk kena belasah. Macam point saya kat atas, kenapa nak tunggu sampai teruk kena belasah baru nak sedar? Kalau dah cinta sangat2 dan tak boleh buat apa2 lagi jangan laa komplen kalau kena pukul dan siksa dengan suami.

      Delete
    3. Anonymous,

      Ohhh saya tahu akan kisah Erin dan pernah membaca tentangnya. Alhamdulillah Allah membuka pintu hatinya.

      Pengajarannya disebalik kisah Erin;

      Sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau perempuan perlu berani tarik diri dari terus bersama seseorang sekiranya kita telah nampak lebih awal "true colour" dalam diri dia...... kan.

      Delete
    4. Anonymous,

      Maksud saya tarik diri jika pasangan atau teman yang kita suka itu berperangai tidak baik, sekiranya perangai baik alhamdulillah lah kan...teruskan....:)

      Delete
    5. yer..betul tu Najmi...:)

      Delete
  2. Kita memang diciptakan lemah..tetapi sebagai org Islam..kita ada Allah..ceritakan segala-galanya pada Allah..yakin..bahawa Allah sentiasa sayangkan hambanya...

    Allah sedang menguji setakat mana kemampuan Sakinah mengharap bantuanNya..
    Allah juga sedang menguji setakat mana iman tunang Sakinah mengawal nafsunya...
    Benar..apabila Allah telah timpakan sesuatu musibah seperti penyakit atau derita..kita layak bawa hati dan diri kita kembali semula pada Allah..itulah hidayah Allah yang sangat lembut membimbing hidup hambanya.

    GAY...naluri ini mmg dicipta Allah..sama juga dgn naluri LGBT yg lain..sebenarnya yg bukan dari golongan LGBT pun diuji Allah juga..dgn nafsu serakah samada naluri cintakan wanita atau lelaki.kekayaan.pangkat dll...itu sebabnya tercipta undang2 untuk yang berzina.makan rasuah.membunuh dan sebagainya...
    Inilah manusia hamba ciptaan Allah..seluruh dunia ada manusia begini..
    Bagi yang normal juga mengalami berbagai-bagai ujian iman dan nafsu...

    Bagi pendapat saya..Sakinah perlu bangun semula..usah dicipta nasib yang kita telah pasti risikonya kelak..walaupun memang kita tak pasti lagi samada kita boleh bahagia jika kita pilih yang bukan gay..tapi Allah dah beri pertolongan..tunang Sakinah itu gay..risiko sebagai seorang gay dan hidupnya yang bukan pada wanita sebenarnya..usah mengharap yg isteri akan dilayan sebenarnya..usah berpura-pura mengatakan hidup bahagia..

    Tindakan Sakinah itu baik..berahsia dari pengetahuan keluarga juga terbaik..ada memikirkan untuk putus pertunangan juga baik..dan masih menyimpan perasaan sayang dan ingin menolongnya utk berubah juga baik...Itulah
    seperti apa yg saya syorkan dari awal2 lagi berdoalah..berdoa supaya Allah bantu..kerana Allah tahu niat baik Sakinah itu..

    Berdoa juga utk tunang Sakinah..mudah2an hatinya lembut dan dibuka Allah untuk berubah..atau paling tidak sekurang2nya hatinya lembut dapat menerima kenyataan bahawa pertunangan kalian hanya setakat ini saja..

    Bukankah hati-hati kita ini dalam gengamam Allah...yakin lah pada jalan yg akan Allah hadirkan nanti...Insyaallah

    syukran jazillan



    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran jazillan,

      terima kasih dengan pandangan dan nasihat yang di beri, keputusan segalanya ditangan Sakinah, kita semua hanya mampu memberi pandangan dan nasihat sahaja.

      Delete
  3. Sakinah lebih baik memutuskan pertunangan kerana pada pandangan saya berat tugas yang perlu dipikul untuk menarik tunang kembali kepada normal seperti yang najmi terangkan...bukan mudah dan jarang ada gay yang boleh hilangkan nalurinya seratus peratus. Berdoa pada ALlah supaya ssi pemutusan tunang ini berjalan dengan baik, seboleh2 jangan bergaduh tetapi putuskan secara damai, moga2 dia dapat kembali menjadi lelaki normal seandainya dia ada kemahuan yang kuat. Memang sedih tapi demi masa depan, tabah dan teruskan pengajian dengan jayanya. Jangan bimbang, mungkin hari ini sedih tetapi lama kelamaan sakinah akan berjaya mengatasinya semoga hati terbuka untuk menerima cinta baru. Bila rasa dah kuat boleh rapat tapi hanya sebagai kawan...yang lepas jadikan kenangan, tutup buku buka buku baru. Allah akan permudahkan untuk anda dek...In Shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Jazakumullahu khairan kathira...

      Saya sangat2 berterima kasih atas pandangan semua tentang pengalaman saya dan Ujian Allah terhadap saya. Terima kasih jugak utk Abg Najmi kerana jadikan pengalaman saya ini sbg entry, dan dgn itu mudah utk saya dapat banyak nasihat drpd pelbagai pihak. Mungkin message yg sy cuba sy smpaikan sebelum ini kurang jelas, dan susah utk dinilai secara zahirnya. Sebenarnya sekarang saya mmg sudah nekad utk putus tunang dan tidak lagi mengharap apa2 lagi dr dia dalam perancangan perkahwinan ini. Saya telah ambil masa setahun utk berfikir,dan mohon pertolongan dr Allah...Mungkin dengar mcm mudah tapi hanya Allah yg tahu beban saya tanggung bila saya fikirkan keluarga, ibu bapa saya dan ibu bapa dia juga serta keluarga yg mengharapkan ini semua berakhir dgn baik.. dan dalam masa yg sama saya juga fikirkan tentang hikmah yg Allah tunjukkan kpd saya setahun yg lalu, sedikit demi sedikit sehingga saya benar2 yakin, YES, saya patut pilih jalan ini. Dulu ya, saya sngt sedih, boleh kata menangis hampir setiap hari bila terkenangkan ujian Allah ini. Selama setahun saya fikir segala causes and effects tentang hal ini, dan saya setuju sepertimana yg dibangkitkan oleh Anonymous, sangat2 setuju..jangan tunggu smpai jd mangsa baru nak undur diri, jangan smpai merana, atau smpai mmg ada benci yg meluap2 pd dia baru saya nak escape..InsyaAllah, itu juga yg saya fikirkan..dan sebab itu, Alhmdulillah, Allah dah bagi kekuatan pd saya utk buat keputusan muktamad..saya dapat bayangkan apa yg saya sendiri akan alami sekiranya saya teruskan jugak hasrat dlm perkahwinan ini. Dan saya juga sedar INI ADALAH PETUNJUK YANG KUAT BAGI SAYA utk tidak meneruskan hasrat saya utk bkahwin dgn dia lagi.

      Betul kata Anonymous, Allah memang nak uji tahap kemampuan saya dlm hal ini. Seperti dalam entry Abg Najmi yg lepas2, sememangnya Allah mmg sayangkan org yg bernafsu gay ni..mcm sy katakan, sebelum ini saya mmg skeptikal sgt terhadap golongan ini, tapi bila mula mendekati, membaca, juga mengikuti blog ini, baru saya sedar, itu semua kehendak Allah juga. Dan pastinya Allah sayangkan golongan2 ini. Alangkah besarnya ganjaran utk golongan ini sekiranya mereka dpt kawal nafsu songsang ini! Subhanallah..Skrg, insyaAllah saya tak lagi salahkan jika ada antara diluar sana yg ada perasaan begini, tak salah, cuma yg slh sekiranya mereka melanggar syariat Allah..itu sahaja. Sama juga kalau hubungan lelaki dan perempuan kalau tiada ikatan sah. Tapi bg saya tak dinafikan juga, skrg golongan2 muda, mungkin kerana iman atau agama yg kurang, mereka jd terikut2 dgn aktiviti ini. Once dh approach, agak susah utk berpatah balik.

      Saya juga sedar yg golongan ini sukar nak berubah, termasuk tunang saya. Saya pasti dalam hati kecil dia, dia tetap berdoa utk berubah. InsyaAllah, saya tidak sedih sekarang, sbb saya yakin dgn jawapan yg Allah berikan pd saya. Saya tidak lagi mengharapkan kasih, cinta, sayang drpd dia lagi. Dan sememangnya sblm ini, kami bukan bercinta mcm kebanyakan yg di luar sana, jadi insyaAllah, lebih mudah utk saya lalui semua ini dgn pertolongan Allah.

      Delete
    2. Niat saya utk berbaik dgn dia bukan sbb sy mengharap kasih dia lg utk berkahwin, cuma saya sangat takut bila saya fikirkan azab Allah kelak. Alhamdulillah apa yg saya lalui skrg jadikan saya lebih kuat, dan saya terima taqdir sy yg dia (pndek kata) bukan tunang saya lagi.Saya juga berdoa agar niat saya ini lillahi Taala,utk tarik dia shj..sbb bg sy, golongan ini selalu fikir org sekeliling akan menjauhkn diri dr mereka sekiranya org tahu kelemahan mereka ini..dan membuatkan mereka lebih jauh menyimpang. Saya tak nak bnda ni jadi lebih buruk...terutama pd org yg dekat dgn saya..Mungkin cita2 saya ni terlalu tinggi kan Abg Najmi, Mak Wardah? Wallahu a'lam... Jadi saya dah dpt input dr semua org disini, yg jalan terbaik utk sy bantu adalah melalui KUASA BERDOA kepada Allah, dan PENGAHARAPAN yg TIADA LIMIT PADANYA..saya berdoa semoga Allah bukakan hati dia sehingga dia sedar dan berusaha bersungguh2 utk berubah walaupun sukar mcm Abg Najmi katakan. Allah yg Maha Kuasa, sekiranya Dia mengizinkan, maka semua boleh berlaku..saya sangat berdoa Allah kurniakan hidayah pd semua golongan yg berperasaan mcm ni, agar mereka sedar ini jihad utk mereka..dunia hanya smentara sj...


      Akhir sekali, saya sebenarnya SANGAT2 BERSYUKUR ATAS UJIAN ALLAH INI UTK SAYA...nikmat keimanan, pendekatan diri dgn Allah yg saya xpernah rasa sebelum ini, saya dah rasa..secara automatik, fokus hidup saya bukan lagi semata2 mengejar kenikmatan dunia, saya mula sedar, dunia hanya pentas ujian ke atas manusia utk hidup di akhirat selama2nya..apa2 pun yg berlaku skrg, Alhmdulillah saya lebih bsandar kpd Allah dan fokus kpd akhirat..jika diizinkan Allah, saya mmg nak bantu org2 yg ada masalah..Semoga Allah tak bolak-balikkan iman saya dan iman kita semua…

      Terima kasih semua;
      Wassalam
      Sakinatul Ahya :)

      Delete
    3. Sakinah/Sakinatul Ahya,

      Alhamdulillah saya dapat rasa kekuatan didalam diri saudari apabila membaca komen ini, apa yang mampu saya lakukan hanya berdoa agar Sakinatul berterusan diberi kekuatan dalam meneruskan kehidupan .....:)

      Harapan, doa dan keyakinan saya moga kebahagian yang lebih berganda pastinya menunggu saudari Sakinatul dimasa hadapan.....:)

      Delete
    4. Sakinah, saya ada beberapa kawan baik yang mempunyai naluri terhadap lelaki tetapi kemudiannya akibat tekanan daripada ibubapa dan rakan-rakan sekerja membuat keputusan untuk berkahwin. Apabila berkahwin mereka menghadapi masalah untuk memberikan nafkah batin terhadap isteri masing2. Dua tahun pertama okay. Tetapi selepas itu keadaan berubah apabila naluri terhadap lelaki sangat kuat menyebabkan mereka tak mampu untuk bersama isteri lagi (tidak dapat berikan nafkah batin). Usia perkahwinan mereka kebanyakan dalam 6 hingga lapan tahun. Bayangkan, 4 hingga 6 tahun isteri masing2 tidak memperoleh nafkah batin. Pada peringkat awal isteri merasakan apakah kekurangan yang ada pada diri mereka sehingga suami tidak mahu untuk menyetuh mereka. Keyakinan mereka rendah dan mula menyalahkan diri sendiri. Tetapi kemudiannya dengan izin Allah, Isteri mereka mendapat tahu yang suami masing2 mempunyai naluri terhadap lelaki. Dalam kes seorang ni, isteri beliau terjumpa gambar bogel lelaki dalam laptop suami beliau. Dalam kes seorang lagi ni pula, isteri beliau terbaca message lucah dalam mobile phone yang di hantar oleh boyfriend suami beliau. Untuk pengetahuan Sakinah, mereka ini juga agak aktif dengan mencari pasangan di luar. Saya kata kat diaorang, korang tak kesian ke kat isteri di rumah yang tak dapat nafkah batin tapi korang okay jer boleh dapat kat luar. Berdosa terhadap isteri tak payah cakap lah kan. Memang kesian kat isteri masing2. Mereka berkahwin kerana nak menutup mulut masyarakat supaya tidak bertanya lagi dan bukannya kerana betul2 mencintai wanita tersebut. Saya bimbang takut2 saudari mengalami nasib yang sama kalau berkahwin dengan suami yang mempunyai naluri songsang ni. Dalam kes kawan2 saya ni, isteri diaorang tak tahu sebelum mereka berkahwin cumanya apabila suami mula berubah dan tak bagi nafkah batin baru mereka mula sedar yang ada sesuatu yang tidak kena. Bukan setakat nafkah batin yer, sampaikan isteri nak bermanja diaorang rasa geli geleman.

      Delete
    5. Sakinah, membaca tulisan anda yang bernas dan bijak dalam berfikir dan mengambil keputusan dapat saya rasakan ketegasan seorang wanita matang. Benar apa yang Sakinah katakan, tidak mahu dia terus terlibat jauh dan In Shaa Allah wanita sebijak Sakinah mampu untuk menarik dirinya ke arah lebih baik walaupun sebagai kawan. Bersahabat dengan dia lebih baik dek...Allah pasti permudahkan segalanya untuk Sakinah dan bekas tunang, semoga pulang dengan PhD yang cemerlang, sntiasa doakan Sakinah berjumpa jodoh yang membawa Sakinah ke Jannah Alllah. Tahniah dek..Take care

      Delete
    6. Anonymous (Friday, January 18, 2013 7:24:00 am )

      Saya komen dulu kisah yang awak cerita itu, kes seperti yang awak ceritakan itu sememangnya banyak berlaku diluar sana, ramai suami yang punya isteri dirumah masih mencari pasangan sejenis. Itu antara sebab kes HIV dikalangan suri rumah semakin meningkat.

      Baru beberapa hari lalu saya berbual dengan rakan lelaki saya, dia menunjukkan photo seorang suami yang baru dia "project bersama". Laaaaa saya terbayangkan isteri lelaki itu.

      Syukur sebab Allah memperlihatkan sikap sebenar tunangnya itu dari awal, bayangkan kalau Sakinatul tak mengetahui dan berkahwin, kemungkinan besar Sakinatul boleh mengalami nasib seperti isteri rakan-rakan sekerja awak tu.

      Alhamdulillah, Sakinatul saya rasa tindakan yang awak ambil sangat tepat....

      Delete
  4. Trima kasih Abg Najmi, saya banyak belajar dr blog Abang Najmi dan nasihat drpd semua org disini. Semoga Abg Najmi dirahmati Allah dunia akhirat, Ameen..:)

    ReplyDelete
  5. Sakinah,

    Sy pun dapat rasakan kekuatan dalam diri awak..teruskan memohon kepada Nya..
    InsyaAllah...Dia takkan hampakan umatnya yg memohon kepadaNya...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah....Doakan moga sakinah bertemu jodoh yang terbsik.....dan menjadi isteri solehah..Amin..

    jangan sampai jadi seperti saya....:(
    Namun tetap syukur pada Allah dengan segalanya.....

    nurunn

    ReplyDelete
  7. Tak tahu nak gmbar bagaimana perasaan saya skrg, bertambah yakin dan semangat bila saya dpt input dr pelbagai pihak, dan terima kasih atas DOA SEMUA...

    Kpd Anonymous yg menceritakan kisah rakan2 tsebut, sbnrnya sy juga mengalami bnda yg lebih kurang sama. Allah bukakan satu persatu utk saya xjauh beza drpd apa yg dialami oleh isteri2 mereka, dr perkara yg ringan hingga yg 'berat', berulang2 kali dlm setahun smpaila saya yakin utk buat keputusan..tapi semuanya ditutup dr pengetahuan dia..betapa cantiknya aturan Allah..Dan bagi isteri2 yg mengalami masalah tsebut, sebenarnya mereka insan2 terpilih utk lalui ujian itu semua, dan pasti Allah memberi pertolongan dan kekuatan pd mereka..Mungkin juga tahap saya hanya mampu setakat ini shj, itupun tak tergambar betapa bersyukur saya, Allah dan tunjuk pd sy sebelum berkahwin.

    Tak dinafikan pengalaman yg saya lalui ini sedikit sebanyak telah mengubah persepsi saya thadap perkahwinan, mungkin saya akan jadi takut dan cerewet dlm memilih psgn kelak, atau memilih hidup single ;)wallahu'alam..tapi klu ada jodoh terbaik utk saya,dan Allah bukakan hati saya lagi, saya tak menolak..

    Sakinatul Ahya:)

    ReplyDelete
  8. awek Muzammil pun nama Sakinah jugak, dia study medic kt oversea.. tapi x tahula sama ada dia suka lagi sama Muzammil atau tidak....

    Muzammil harap dpt teman hidup yg dapat bimbing Muzammil ke jalan yg benar.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muzammil Adrian

      Mudah-mudahan...pasti ada jodoh terbaik buat saudara nanti abg doakan...:)

      Delete
  9. Asslamu'alaikum warohmatullah...

    Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada sakinah diatas ketabahan menghadapi ujian dari Allah dan tiap dugaan dan ujian itu pasti ada hikmah kebaikan yang Allah berikan (ke atas orang-orang yg beriman, iaitu org yang sentiasa bermuhasabah diri di atas segala sesuatu yg berlaku). Tidaklah sia-sia Allah jadikan sesuatu itu melainkan untuk kebaikan dan kesedaran hamba-hambanya.

    Berkaitan musibah yang Sakinah tempuhi, saya akui mmg sukar dan perit untuk Sakinah lalui dan nak tak nak, mmg perlu untuk Sakinah tempuhi realiti. TAPI Sakinah usah bimbang dan saya yakin, wujudnya perasaan suka/kasih/cinta terhadap sesama manusia itu (lelaki dan perempuan) adalah mungkin setelah proses perkenalan, perbualan, suka terhadap perwatakan, paras rupa, pendidikan dan sebagainya. Di sini harus untuk Sakinah rujuk dan muhasabah kembali, di atas faktor pemilihan calon suami itu adalah berdasarkan di antara paras rupa/harta/pendidikan/agama atau lain2.

    Saya akur bahawasanya bak kata pepatah "bila hati dah suka, pandangan pon mula kabur". Di sini suka untuk saya berkongsi dan memperingati khususnya diri saya sendiri berkenaan dengan kehidupan cara Islam serta mendapat redha dan rahmat Allah di dalam kehidupan kita seharian adalah berkait terus dengan apa jua keputusan yang bakal kita rancang/buat. Saya nasihat dan memberi dorongan dan sokongan kepada Sakinah untuk terus mencuba dan terus wujudkan integriti/secara konsisten dalam bermunajat kepada Allah (bukan sahaja ibadah, tetapi tiap apa yang kita lakukan itu adalah harus perlandaskan syara' dan redha Allah). InshaAllah, sesungguhnya Allah tidak akan pernah berlaku zalim pada hamba-hambanya melainkan diri mereka sendiri yg berlaku zalim.

    Apa yang penting sekarang, Sakinah usahlah bimbang dan risau kerana Allah berkuasa merubah segalanya untuk kebaikan hamba-hambanya. Saya ingin sarankan Sakinah dan khususnya diri saya sendiri untuk teruskan berdoa mendapatkan kekuatan dan supaya Allah beri petunjuk disebalik musibah yg kita tempuhi.

    Sakinah perlu yakin, sesungguhnya boleh berubah takdir seseorang itu dengan doa-doa yang diperkenankan Allah.

    Disini saya war-warkan sakinah untuk mengikuti slot motivasi yang sering dianjurkan oleh pihak IKIMFM (radio IKIM) - Professor Dr. Muhaya Hj. Mohamad.
    Sakinah juga boleh ikuti rancangan-rancangan motivasi lain yang berkaitan cara hidup islam. InsyaAllah, rahmat Allah akan sentiasa bersama Sakinah :)

    Amin ya-rabbal 'alamin.

    Ahmad Annuar.

    ReplyDelete
  10. suka untuk saya kongsikan zikir taubat ni http://www.youtube.com/watch?v=1B7rPeXtB8U untuk renungan bersama, khususnya diri saya sendiri.

    ReplyDelete
  11. Salam Ahmad Annuar

    Saya bagi pihak Sakinah menguncapkan terima kasih pandangan nasihat dari saudara, insyaallah semoga Sakinah ada (akan) membaca komen dari saudara ini nanti...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST