Sunday, 20 January 2013

SHIELA - PERTAMA KALI MENDERMA DARAH SAYA DISAHKAN HIV POSITIF

Saya menerima kiriman email ini pada 15 Disember 2012 yang lalu. Kiriman dari seorang isteri yang baru sahaja disahkan sebagai pembawa virus HIV. Shiela (bukan nama sebenar) pasrah menerima dugaan yang dikurniakan oleh Allah SWT.


Salam pembuka mukaddimah..

Encik Najmi, saya nak berkongsi satu dugaan yang terlalu besar untuk saya tempuhi. Saya pengidap HIV+. Semalam baru saya mendapat tahu keputusannya (14 Disember, 2012). Tak tahu macam mana nak cakap masa terima berita tu, so far saya tidak menangis depan doktor, di mana saya mendapat kekuatan ini?

Dugaan hidup saya terlalu besar, sebelum ini. Alhamdulillah kerana saya dipertemukan jodoh walaupun saya berbadan agak besar :) Dan saya bahagia dengan kehidupan saya hari ini. Memiliki suami yang bertanggungjawab, ada rumah, kereta dan kerjaya. Tetapi dugaan hidup saya betul-betul hebat, kami sudah berkahwin 5 tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat.
     
Sebenarnya Tuhan tu masih menyayangi saya, kerana itu dia tidak mengurniakan zuriat kepada saya. Saya akan mula berhijrah untuk diri saya, saya sudah pun membetulkan solat saya dan berzikir. Betul kata orang, seseorang manusia itu akan berubah bila mendapat hidayah, terpulang macam mana dia hendak berubah. Emosi saya masih lagi terganggu, tidur pun terganggu..makan apa tah lagi..

Bagaimana bermulanya episod duka ini,

Ketika bila saya rela hati menderma darah kerana itu pertama kali dalam hidup saya menderma. Betul-betul rasa teruja. Pada tanggal 12/12/2012 saya terima satu surat URUSAN SERI PADUKA BAGINDA hati saya betul-betul tak sedap ketika itu, dan seperti sudah dapat menggagak kenapa doktor hendak berjumpa dengan saya, sebab dekat sampul surat tu tertulis "ANDA TIDAK DIBENARKAN MENDERMA DARAH DIMANA-MANA SELAGI TIDAK MENGHADIRI TEMUJANJI INI".

Saya membaca blog anda, dari sini saya mendapat kekuatan. Saya yakin ''TIADA PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DIUBATI KECUALI MATI'' dan apabila saya mendengar lagu dari kumpulan Opic tajuknyer "Rapuh" betapa sayu hati saya dan serapuh itu jugak lah hati saya ketika itu. 

''Tuhan itu tidak akan menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya''

Setakat ni saje coretan saya..lain masa kita bersua lagi..

-faith-
Shiela 



Salam abang,

Alhamdulillah Shiela sudah terangkan pada suami, sebenarnya sebelum kami berkahwin 5 tahun yang lepas kami ada menjalani ujian hiv iaitu prosedur yang wajib dilakukan sebelum berumahtangga. Masa itu alhamdulillah tak tersangkut pula. Mungkin Tuhan itu mahu pertemukan jodoh kami dan pastinya ada hikmah dan rahsia yang ditentukan oleh-Nya.

Semalam 16/12/2012, Shiela sudah berterus terang dengan suami tentang permasalahan ini, Shiela terkejut coz dia redha dan menerimanya. Time itu Shiela  menangis semahu-mahunya, kami saling berpelukan dan kami cuba tidak mahu menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku.

Tapi Shiela pun suruh dia buat ujian darah. Actually Shiela kena jumpa doktor di Hospital Sg Buloh.

Abang, nanti Shiela bagi zikir-zikir yang elok diamalkan..sharing is caring kan? :) Zikir dari 99 nama Allah, harap abang boleh sharekan di blog abg nanti.

Insyallah kita bersua lagi di lain waktu..

-faith-
Shiela 



Salam..

Abang, nak tanya something lah, kalau kita memang HIV+ betul ke dalam jangka hayat 10 tahun akan datang boleh menular kepada AIDS walaupun kita telah makan ubat dan mengikut saranan doktor??

Maaf lah andai pertanyaan Shiela ini boleh membuatkan hati abang sedih..

-faith-
Shiela 



Salam.. 

Thanks abang, Shiela buzy sikit laaa..so far sihat  jer, a bit busy aje. Shiela belum lagi berjumpa doktor pakar tu, bila Shiela ajak husband dia macam mengelak, tertanya-tanya jugak dalam hati, kenapa? Rupanya dia takut sangkut dekat insurance company, dia kata malu kalau satu office tahu, tapi kan penyakit kita rahsia kan? 

Kalau benda ni sampai ke pengetahuan insurance dan dihebahkan, kita boleh naik ke mahkamah untuk fight tak? benda ni pun mengganggu Shiela jugak coz Shiela pun ada insurance company.

 Abang boleh bagi pandangan? 

-faith-
Shiela 



Kami sempat berbalas-balas email tetapi sehingga kini saya tidak pernah bertanya punca dan bagaimana kemungkinan jangkitan HIV itu boleh berlaku. Mudah-mudahan Shiela dan suami dipermudahkan kehidupan dihari mendatang.

Alhamdulillah saya sudah menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh Shiela melalui kiriman balas email saya kepadanya. Mana yang saya tahu saya jawab lah... 

Ada sesiapa yang boleh tolong berikan pandangan terangkan serta perjelaskan kepada Shiela tentang kaitan antara HIV dan insurance
 

40 comments:

  1. cam ane dia buleh kena HIV?

    ReplyDelete
  2. Salam,
    kalu pemegang status HIV , apa2 terkena penyakit( memandangkan PLHIV senang kena penyakit sebb imun lemah ), insurans tak nak tanggung.........
    Ini apa yang saya tahu dan saya tanya lah....
    ada rakan PLHIV yang nak claim insurans sebb masa tue sakit2 cd4 turun bnyk ( masa tak tau die ada HIV ), then tak lepas , medical report ada tulis "due HIV", so insurans decline....yang saya maksudkan nie insurans hayat..yg cover kita dari penyakit2 kritikal yg menyebbkan kita masuk hospital......Tapi kalu selain HIV, insurans boleh cover, contoh, kemalangan di tempat kerja, kemalangan jalan raya..Kesimpulannya apa2 yang berkaitan kesihatan sebagai PLHIV, Insurans tak cover dan decline...sebb dalam medical report tulis "dot..dot..dot due HIV..".."TIBI due HIV", misalnya..jadi pihak insurans decline...lainlah boleh berkomproni dengan doktor jgn tulis disebbkan HIV, tuliskan penyakitnya sahaja...contoh..." TIBI..."...jgn ditulis.."TIBI due of HIV .."..ini yang saya tahu, jika ada kesilapan, mohon maaf...tanyalah pendapat2 lain pula..Saya, sejak disahkan HIV sejak NOV 2012, cepat2 saya off saya punya insurans, emm..rugi lah jugak sikit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Terima kasih dengan penerangan yang diberi...

      Sama lah dengan saya sebaik disahkan HIV, saya pun off insurance saya, masa tu tak tahu tentang masaalah yang berkaitan dg HIV ni tapi sebab utama kerana tak mampu nak bayar heheheee......

      Delete
  3. Sebenarnya tidak sopan bertanyakan jangkitan HIV kepada PLHIV. Ini lebih kepada common sense.

    Suami puan harus segera menjalani ujian HIV secepat mungkin bagi mengelakkan benda yang tidak baik terjadi. Saya tak pasti kaitan dengan syarikat insurans mungkin boleh talifon dan bertanyakan dahulu kemudian barulah di ketahui bagaimana caranya.

    Jangan risau tentang virus ini kerana HIV tidak ada masalah, yang masalah ada stigma, judmental, negetif thingkin dan sebagainya.. dengan rawatan PLHIV mampu hidup seperti biasa.
    wallahualam

    ReplyDelete
  4. blog "Hidup Mesti Diteruskan" memang byk memberi kekuatan kepada mereka yg kecewa dlm hidup... blog ni byk memberi kekuatan kepada pembaca disamping ilmu yg berguna... sekali lagi berbanyak-banyak terima kasih kepada admin blog Naj Mi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul najmi blog ini byk membantu plhiv meneruskan hidup. Ia jadi medan perbincangan antara non plhiv, plhiv, plu n org normal. Berkongsi masalah, mencari jalan penyelesaian dan membina persahabatan. Ingat arwah adek ms, membaca blog najmi utk cari ketenangan. Alfatihah. Selamat menyambut maulidur rasul najmi.

      Delete
    2. Mak Wardah

      ...:) Al Fatihah buat Adik MS dan selamat menyambut Maulidur Rasul juga pada MW

      Delete
  5. Dear Anonymous one :
    Memang tak perlu risau selagi kita berfikiran positif, terima dan redha ketentuanNYa...bukan terima aje yea...bersedia juga menghadapi cabaran-cabaran sebagai PLHIV dengan hati terbuka, positif dan anggap ia cabaran Allah SWT.....cabarannya :
    1. stigma, judmen, diskriminasi org2 sekeliling.
    2 mematuhi rawatan di hospital ( korban dan komitmen masa )
    3. komitmen di tempat kerja ( Bila g hospital dgn secara berkala, majikan tertanya2 kita nie buat rawatan apa sebenaunye..?)
    4. Mendispilinkan diri makan HAART ( jika dah mula), sepanjang hayat kita.
    5. Kesan sampingan HAART.( mual2, muntah, pening, mimpi basah..hehe..takdelah mimpi ngeri...)..yg memerlukan pengorbanan tenaga dan masa...mintak MC lagik...hehe..majikan tanya lgik....MC sampai seminggu...
    6. Insurans decline..tak cover ( kalu dh lama carum tue, menanggung kerugian sedikit sebanyak ).
    7. Mungkin akan dibuang kerja ( bagi mana2 institusi yang kena buat Medical report yg memerlukan ujian HIV )
    8. Mungkin ada masalah dikemudian hari jika membuat ada pembiayaan peribadi..( sebb org biasa mati, insurans tanggung, baki pinjaman tak perlu bayar.., jika PLHIV mati...insurans tak tanggung dan baki pinjaman kena terus bayar oleh waris..meyusahkan waris..
    no 8 nie..saya tak mendalam lagi...perlu lebih penyelidikan....
    dan lain2 lagi ..ikut orang, lain masalahnya...tpi nie yg basic2..
    sekian.....hehe

    ReplyDelete
  6. hmm dilema Kak Shiela pasal insurans tu sama jugak seperti sy. Masa didiagnoskankan, sy belum amik insurans lg. tp 2 tahun lepas tu, sy amik insurans tanpa rase ragu2( tempoh lupa diri..hehe). siap buat part time jual insurans lg.lepas tu, sy lapse dlm 1 tahun n terus stopkan insurans. reason: opcoz insurans xkan cover if Dr tulis due to HIV. But bila pikir balik, sy xsepatutnya stop jd agen insurans, sbb boley cautim ngan Dr n diskus bila nk wat medical report tu. Nasi dah jadi bubur...
    But pada sy, if PLHIV yg masih ade insurans hayat..setakat nk admit hospital sbb dengue,patah kaki ke, accident ke.... xder masalah. Cuma bila sakit tu melarat sampai menyebabkan infection cthnya respiratory...opcoz xboley claim.

    experienced: sy admit spital bulan 10 ari tu, sbb high fever. kene transfuse darah dlm 2 pint jugak la n on antibiotic. masa tu baru makan HAART 3 bulan je. Dr ( yg prescribe ubat Haart ) ckp anaemia mungkin reaction dr ubat HAART tu. Tp diagnosis pd medical report just state :Secondry Anaemia . syukur xder tulis due tu....HIV or HAART meds.

    dlm hati ckp: kalaulah masih ade insurans lg, boley claim, sbb rm 3ribu lebih jugak costnya.

    Tp mulut ckp: Alhamdulillah..... masih diberikan peluang utk terus hidup dan kuar hospital. xkisahlah kene bayar pun. ;-)
    ___________________________________________________________________________________

    setelah kembali ke opis, try my luck utk submit medical report kt HR ( nk claim ). sbb masa masuk keje dulu, xder buat pun checkup for HIV status & mmg ade peruntukan utk admit hospital. HR manager tu boley lak pegi kol hospital tu, nak tanya sakit ape budak ni sampai ribuan ringgit claim. nasib baik diorg (operator kot, ntah) ckp, P&C. kwn sy yg ade masa HR Manager tu kol, trus informed sy by fon. berlari lah ke HR dan withdraw semula borang claim tu sblm dia g kol Dr ke ape.

    Moral of d story: Kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai..hehe kalau takut org tahu, jgn gatai2 p claim. Ubat HAART jgn missed! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chenta Saya

      Alhamdulilah pengalaman Chenta Saya ini begitu berharga, kami pembaca pasti boleh mempelajari sesuatu dari pengalaman Chenta Saya ini, terima kasih kerana bercerita...:)

      Delete
  7. rasenye, fakta no 8 tu betul. dr segi buat pembiayaan peribadi la.

    ReplyDelete
  8. Salam
    chenta saya...
    saya pun tgh dapatkan maklumat tentang fakta no 8 tue..sebb terkena plak kat muka sendiri...hoho..baru2 nie..saya ada buat personal loan, tempohnya 10 tahun..baru bayar balik 4 bulan je...huhu...harap2 ada berita yang menggembirakan tentang ini....kalu tak, lepas nie, tak mahu buat loan dah lah lepas nie......huh.....

    ReplyDelete
  9. Nampak sangat syarikat insurans memang nak cari untung jer.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    Saya sudah baca polisi insurans saya.

    1. Jika sakit disebabkan HIV/AIDS:

    Manfaat rawatan akan dikecualikan.
    Manfaat hospitalisasi akan dikecualikan.
    Manfaat kematian akan dibayar.
    Manfaat kemalangan akan dibayar.

    2. Jika anda HIV Positive dan masih sihat:

    Mulakan rawatan HAART secepat mungkin.
    Anda akan dapat mengelakkan AIDS
    Anda akan dapat mengelakkan penyakit disebabkan AIDS
    Selalu berdoa anda tidak menghidapi penyakit berpunca daripada AIDS
    Cuba berbincang dengan doktor yang merawat anda supaya tidak mendedahkan status HIV anda dalam medical report.
    Kita bukan menipu insurans. Kita sudah lakukan yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Sakit itu pemberian Tuhan. Kita ada hak. Kita bayar pakai duit kita.

    3. Jika insurans anda hampir tempoh matang:

    Tunggu tempoh matang dan tamatkan pelaburan.
    Labur wang insurans ke dalam ASB.
    Berdoa supaya tidak sakit disebabkan AIDS

    4. Apa yang penting, cuba tidak berfikir terlalu negatif. Jaga kesihatan.

    ***

    Chenta Saya,

    Selama anda mendapat HIV, berapa kali anda admit?
    Berapa lama anda hidup sebagai ODHA?
    Kalau anda baru sekali admit itu perkara biasa.
    Orang yang bukan HIV pun admit juga sekali sekala.

    Kita cuba yang terbaik untuk diri sendiri.
    Last resort, see your insurance agent. Maybe she/he could do something if she/he is really good insurance agent.

    Orang yang berjuang dan ingin memperbaiki hidup patut dibantu.
    Tapi kalau ODHA yang very negative dan taknak makan ubat, tak mahu berubah jadi lebih baik dan mendiskriminasi diri sendiri tu, saya no comment la...

    To all insurance agents who read this, please leave your message to reply the discussion we talking about What is the best practice for HIV positive like us? Stop our insurance immediately or continue?

    MFZ

    ReplyDelete
  11. Anonymous,

    1. 3 kali admit. 1st: Dengue (19tahun). 2nd: Gastric Ulcer (23 tahun). 3rd: Secondary Anaemia (28 tahun,). fyi, sy start makan ubat masa umur 28 tahun.

    2. Jap nk kira.. hehe 29 - 19= 10 tahun.

    3. Insurans tu, sy da stop sbb agen sy tu adalah kawan sekolej yg agak kepochi. He is in medical line.

    Tp tentang fakta anonymous tentang manfaat tu..rasenye rawatan dikecualikan, hanya hospitalasi atau kematian dibayar. ( xpasti, tak cek pulak dgn buku polisi sy ).

    Hopefully ada yg lebih arif tentang insurans ni..tinggalkan komen. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chenta Saya, MFZ dan Anonymous yang tinggalkan komen paling awal diatas tu,

      Komen anda semua sangat menarik, bercakap melalui pengalaman berkaitan tentang insurans ni. Kita tak dapat jawapan yang pasti tentang masaalah ini, tetapi melalui komen yang ditinggalkan oleh anda semua, kami pembaca yang lain sedikit sebanyak faham tentang apa yang berlaku kepada PLHIV kaitan dengan insurans dan pinjaman peribadi ini.

      Nanti saya copy dan paste komen2 anda semua dan jadikan sebuah entry, dari situ (entry itu nanti) insyaallah sesiapa yang arif berkenaan insurans dan PLHIV ni dan yang perihatin harap-harap sudi menerangkan lebih lanjut berkenaan masaalah ini.

      Saya mati kutu bila orang bertanya masaalah ini, tak tahu nak menerangkan dengan baik. Alhamdulillah komen2 diatas sangat membantu..Terima kasih semua......:)



      Delete
    2. Thanks Chenta Saya.

      Kan 3 kali aje admit.
      Sekali aje yg related to HIV.
      Not HIV in fact, but ubat.

      Saya sebelum jadi kembar HIV pun admit.
      Guna insurans anda betul2.
      Tujuan insurans adalah untuk mendapatkan khidmat perubatan yang lebih selesa di masa memerlukan.

      Semoga persidangan AIDS sedunia yang berlangsung baru-baru ini dapat membantu kita ODHA mendapat hak sebagai pemilik insurans.

      Naj Mi,

      Jika anda mati kutu nak share about insurance, it is ok.
      Actually memang anda telah berkongsi tentang insurans once you post your entry in your blog.
      Thank you.

      Harap ada pakar insurans/ODHA ada pengalaman tampil memberi pandangan.

      MFZ

      Delete
    3. hehe Alhamdulillah....

      ish...manala agen insurans ni? xder ke yg free nak tgk blog2 or post2 sebegini? hehehe sibuk jual insurans je.

      Delete
  12. Tenks too semua…

    Hmm sy ade satu cerita. Bukan tentang insurans..tp tentang status seorang ODHA yg dihebahkan di opis.Bukan opis sy, tp opis kedua bos sy.
    2-3 minggu lepas, sy diminta drivekan dia ( bos) balik ke opisnya ( family bisnes dia, bukan tempat sy kerja). Semasa dlm perjalanan tu, die kol Hospital Serdang. Begini lah lebih kurang perbualan mereka…

    Bos: operator, sambungkan sy ke Wad 7D (klu xsilaplah)
    Operator pun sambungkan….
    Bos: Hello, boleh sy bercakap dgn Sister incharge?
    Sister: ……. ( xdgr, sbb tu dlm fon..mungkin mengiyakan)
    Bos: Boley sy tahu apa progress pesakit Khairul XXX? Kenapa lama sgt kene tahan?
    Sister:…… (xdgr, mungkin ckp sbb masih dlm penyiasatan atau perlukan rawatan rapi)
    Bos: Sy, Matron XXX. Dia ni bekerja dgn anak sy. Staff anak sy. Teruk ke keadaan dia ni Sister?
    Sister: ….. ( xdgr, sbb tu dlm fon.. )
    Bos: Sister ade cek HIV status dia? Mana lah tahu….
    Sister: ……( xdgr, sbb tu dlm fon..)
    Bos: Hmmm sy dah agak da. Patutla. Sy tgk cara dia pun lain mcm sikit. Kwn2 die semua lelaki. Lembut2 je sy tgk. Tp malas la sy nk kata apa kan…
    Sister: …..
    Bos: Sister tahu, penah dulu die pegi klinik, sbb demam. MC je memanjang. Sy kol Dr tu , sbb sy mmg kenal. Dr tu ckp mukosa mulut die ade oral thrush, ade infection. Tp xder la cek darah utk HIV masa tu. Hmmm xtahu lah sister.. patutla die ade ckp masa anak sy dtg melawat hari tu.. dia ni byk buat dosa. Xhabis2 ckp perkara yg sama.

    Dlm hati sy… Ya Allah..kenapalah sister tu dedahkan status pesakit tu? Bukankan P&C? adakah sbb dgr nama org yg kol tu ada pangkat Matron..dan die dr bidang medical jugak, mereka boleh dedahkan rahsia pesakit? Takutnya aku kerja dgn org tua ni….
    Sampai je kat opis dia,sy solat dulu. Masa tgh amik wuduk tu, trdgr dia panggil 2-3 org staf ofis tu masuk bilik dia. Kebetulan bilik solat tu sebelah bilik dia. So, sy trdgr yg die bercerita like… Khairul XXX ni ada HIV. Tahulah.. mcm mami jarum bercerita. Bla bla bla…. Aku hanya gelengkan kepala je bila dgr. Sorang2 keluar dr bilik die..kesat air mata.

    Sejak dr hari tu, mmg hidup sy di opis di xtenang je rasa. Dpt bos..kepochi nak mampus. Dulu ingatkan satu hari nanti, mungkin pada dialah tempat utk sy meminta bantuan seandainya ada masalah/sakit yg due to HIV . sbb dia adalah seseorang yg terkenal dlm bidang kawalan infeksi di Malaysia. Tp salah. Sister tu pun bangang jugak. ( sakit hati ). Xsepatutnya dia dedahkan maklumat pesakit. Even sesama rakan sekerja pun xboleh actually( kecuali urusan kerja), inikan pulak orang yg dia xkenali. Sy memang pangkah Hospital ni…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chenta Saya

      Laaaa senak perut saya baca cerita ni, pertama memang rasa geram kat sister tu, kalau tahu pun khirul tu HIV tolong jangan hebahkan lah, dia boleh bagi alasan tak pasti dan sebagainya lah, tipu sunat sikit.

      Si boss tu pun satu, seronoknya cerita pasal orang ni.

      Sambil saya baca kisah ni, kepala saya berfikir sama maybe saya mendoakan kut, kiranya sister dan bos tu menyebarkan keaiban orang lain, saya pasti suatu hari nanti Allah akan buka aib mereka pula, maybe dalam kes yang berbeza.

      Percaya lah hidup ni sentiasa berputar. Hari ini mereka buka aib orang satu hari Allah akan buka aib mereka pula.

      Sepatutnya si boss tu bertimbang rasa lah sikit, nak aje saya cabaikan mulut boss dan sister tu.

      Walau bagaimana pun saya pasti masih ada boss dan kakitangan perubatan yang masih bertimbang rasa, tidak suka-suka membuka aib orang lain dan cuba menyembunyikan atau sekurang-kurangnya hanya mendiamkan sahaja.

      Kesian khairul...dan awak Chenta Saya kena lah hati-hati dengan boss ni, hmmm kalau dah dapat boss cam ni sikit sebanyak pasti Chenta Saya berkerja dalam keadaan yang tak beberapa selesa, resah terutaama kalau ditakdirkan Chenta Saya sakit, nanti boss kipohci tu direct call kat klinik atau hospital yang Chenta Saya pi buat rawatan huhuhu.

      Boleh lah saya jadik kan entry kisah ni nanti ya Chenta Saya.....

      Delete
    2. Najmi, boss chenta saya adalah boss yang tidak ada leadership dan tidak perlu dihormati, sister itu pulak kakitangan yang tidak amanah. Mereka kakitangan yang tidak tahu bekerja, tidak ada kerja dan tidak amanah bekerja. STUPID!!!

      Delete
    3. sy pun penah ckp perkara yg sama trhadap bos sy bila mengadu pd kawan sy pasal ni. yang dia tahu make bisnes semata-mata... she is a manager but not a leader!

      Delete
  13. Sedih bila sy mengetahui begini jadinya pd kita yg PLHIV ni..sememangnya bnyk judgemental dn diskriminasi pd kita kan...itu terjadi pd penjawat swasta..samalah keadaannya juga pada penjawat awam kerajaan...
    walaupun mmg tak semua individu itu terbuka mindanya..tapi sikap dari pihak pentadbir juga bukan boleh kita dapat letakkan kepercayaan 100% dapat menyimpan rahsia ini..apatah lagi seperti sy yang terlibat secara langsung dgn ibu bapa pelajar...
    seolah-olah pembawa HIV+ ni memang comform tempatnya di neraka kelak...
    tension tau bila dengar hal2 yg macam ni...dimana keadailan pada kita kan..????
    jadi pada siapa utk kita perlu letakkan kepercayaan andailah suatu masa nanti ditakdirkan saya admit dihospital.....???
    sedih.....;(

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran jazillan

      Bagaimana sekiranya ada pelajar mengadu pada awak yang dia HIV positif? Agak-agak apa tindakan awak sebagai guru? Hehehehe saje nak test jer...heeee....:)

      Delete
    2. Apa tindakan saya yer..?
      pertama sekali sy nak dia baca entry2 Najmi tentang bagaumana nak hidup dgn HIV+ ni..rawatan yg perlu dia ambil..nasihat2 dari komuti dlm blog Najmi ni..moga dia bersemangat kembali...
      saya sentiasa dekat dgn nya dlm segala masalah...sentiasa buat dia dihargai bukan di buang jauh2...ajar jadi manusia yg dekat dgn Allah...
      ok...ni yang terfikir ni...andai lah saya mampu kan Najmi..nak buka sekolah bagi anak2 HIV+ ni lah Najmi...bantu mereka berjaya...mmm..kita joint le..Najmi boleh jadi pakar penasihat dan penyelia pada murid2 saya ni...MW boleh buat urusan pentadbir...komuti yg lain yg saya rasa bijak2 dan berfikiran positif tu..sebagai guru2 yg mendidik....kita bangunkan sekolah tu..dengan niat kerana Allah dan sesama saudara seislam...amacam idea ni Najmi...setuju yer???...hehehe

      syukran jazillan

      Delete
    3. Nak join, of course. Kalau saya apabila ada kakitangan saya atau sahabat saya HIV +VE, pertama saya yakinkan dia, saya tetap sahabat dia. Kedua, saya bawa dia periksa tahap kesihatan. Ketiga pujuk dia ikuti rawatan dan bantu menjaga identiti dirinya dengan baik. Keempat, berikan dia galakan supaya jalani hidup dengan positif. Kelima, selalu YWNWA, saya pastikan saya ada masa untuk mendengar keluhan mereka. Last dan selama-lamanya, saya akan pastikan mereka hidup dengan selesa samada dalam kehidupan kerjaya dan peribadi. No discrimination n stigma!!!

      Delete
    4. syukran jazillan

      Owhhhhhh ...hehehe entah....:)


      Mak Wardah

      .......:)

      Delete
  14. alah.. da reply panjang2, internet connection lak problem kat opis. If xtau sempat publish ke tak.

    type balik ( tgh ada masa, mood dsbgnya)

    Baru je tgk kt jobstreet..company bos tu dah iklankan jawatan kosong iaitu jawatan yg disandang oleh khairul XXX. sy pun xtahulah pengakhiran kisah khairul ngan company tu. die resign atau diberhentikan kerja..xpasti. Btw, kalau abg najmi senak perut...sy kt sini semak kepala. Penah jugak satu hari tu, dia query kenapa sy xpegi hosp gov. (bila sy g appointment atau kt time slip tu tulis dr pvt hosp). sy juz ckp sbb sy dah biase dgn hosp tu dan sy nk rawatan yg terbaik utk diri sy. (Walaupun jauh di dlm hati ni..nak sgt rawatan yg tidak menggunakan kos yg tinggi & sy mmg yakin dgn gov hosp especially sg buloh).Tp sebenarnya sy takut. takut berjumpa dgn rakan yg kenal sy di sana, staff yg munkin mengenali, dan DIA yg sgt kepochi dan sah2 akan menggunakan nama & pangkatnya utk korek kes/maklumat sy.
    Doa sy..semoga dia sedar satu hari nanti.... betapa dia telah menutup periuk nasi org lain/mengaibkan org lain. tidak mustahil perkara yg sama akan terjadi kepada dia atau ahli keluarganya sendiri.

    p/s: lega..sebab dia unpaid leave sebulan.hehehe. tu yg rajin on9,mereply, komen bagai ni. btw, sy nantikan kemunculan entri yg abg najmi kumpul nanti. Salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chenta Saya

      Rasanya, saya rasalah pasti Khairul dihentikan didesak dan sebagainya...takkan Khairul dlm keadaan dah ada HIV ni nak senang2 berhenti kerja, kat mana2 pun pasti dia boleh alami pekara yang sama. Kerja pun bukan senang nak cari kan. Jika boss ia perihatin pasti bos tu akan berterus terang bersimpati dan menjaga kebajikan Khairul, jika boss baik pasti Khairul tak berhenti kerja...Wallahuallam......:(

      Delete
    2. Astaghfirullah...

      Alhamdulillah. Saya memberitahu majikan saya tentang status HIV saya dan dia menerimanya dengan baik. Saya juga ada berkongsi dengan seorang kawan sekerja (perempuan) tentang diri saya. Alhamdulillah saya mendapat sokongan moral daripada mereka semua.

      Berbalik kepada kisah Khairul, memang tidak sepatutnya majikan beliau menjaja masalah yang menimpa beliau. Semoga majikan beliau diberi pengajaran dan petunjuk atas sikap mazmumah tersebut.

      Walaubagaimana pun, elakkan baik berburuk sangka.
      Kitakan POSITIF. Be always positive. :) Try...
      Mungkin saudara Khairul keadaannya tidak mengizinkan untuk terus bekerja.

      Merahsiakan status mungkin terbaik untuk Chenta Saya (CS) memandangkan sikap majikannya. Tapi terdetik juga di hati saya... CS, try perform and be the best employee in your organisation... Then, reveal yourself to your boss. What will she say? Tapi ala-ala kamikaze pulakkan? Hmm... Cari kerja dulu siap-siap dan rahsiakan kompeni yang CS bakal bekerja. Sometimes action is louder than words.... Hehe... Rancangan jahat... Tapi positif kan? Hehe...

      Delete
  15. Salam anonymous..
    rancangan jahat yg positif tu...sedang dilaksanakan. Roger n out! hehehehe

    ReplyDelete
  16. salam..

    Puan Sheila ni dah lame baru tau dia positif..
    dia xpernah buat check darah sebelum ni ye..
    ke seroconversion dia lewat ek? takkan dia xpernah mengalami sebarang tanda2 awal HIV...atau dia asymptomatic..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Kalau tanya saya, saya tak pasti...itu Puan Shiela yang boleh jawab...harap Puan Shiela ada baca komen pertanyaan dari saudara ini...:)

      Delete
  17. suke la baca post2 korg2 pasal HIV ni... wpun sy bekerja bidang perubatan tp byk lg yg sy xtau pasal pengurusan2 pasal HIV ni cthnya insurans2 ni..ehehee

    ReplyDelete
  18. Nabil Baifern

    Terima kasih sebab membaca blog abg...:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST