Sunday, 13 January 2013

MODEL POTONG KEMALUAN KEKASIH GAY

DENGAN berbekalkan wajah tampan, Renato Seabra menyertai satu program pencarian model lelaki anjuran sebuah rangkaian televisyen di negara kelahirannya, Portugal. Walaupun tidak memenangi tempat pertama program itu, dia berjaya meraih beberapa kontrak peragaan.


Dia kemudian berkenalan dengan seorang personaliti televisyen dan wartawan terkenal Portugal, Carlos Castro melalui laman sosial Facebook. Tidak lama kemudian, kedua-dua lelaki itu menjalin hubungan songsang sekali pun jarak usia berpuluh-puluh tahun antara kedua-duanya.


Namun hubungan mereka tidak kekal lama apabila Castro, 65, yang juga aktivis gay terkenal, ditemui mati berlumuran darah dengan kemaluannya dipotong di dalam sebuah bilik di tingkat 34, Hotel Inter Continental di Manhattan pada 7 Januari 2011.

Semestinya orang yang paling disyaki melakukan perbuatan itu ialah kekasihnya, Seabra, 23, yang berkongsi bilik hotel itu dengan Castro sewaktu kunjungan mereka ke bandar raya New York untuk menyambut tahun baharu.

RENATO Seabra bersama pasangannya, Carlos Castro dalam foto yang tidak diketahui tarikhnya yang diterima oleh Pejabat Peguam Daerah Manhattan. - Daily News

Selepas hampir dua tahun kejadian itu berlalu, Seabra akhirnya dihukum penjara maksimum 25 tahun oleh sebuah mahkamah di Manhattan selepas disabitkan bersalah melakukan pembunuhan tersebut dengan mencekik, membelasah dan mencacatkan tubuh Castro.

Sebaik sahaja hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Daniel P. FitzGerald, Seabra tampil memohon maaf melalui jurubahasa dengan menyatakan bahawa dia tidak tahu apa yang merasuk dirinya pada hari kejadian.

Sewaktu perbicaraan, pihak pembelaan mendakwa Seabra mempunyai masalah mental dan dia dipercayai telah ditakdirkan untuk membunuh apa yang dilihat sebagai 'syaitan homoseksual' dalam diri Castro.

Dalam kejadian itu, Seabra didakwa membelasah Castro dengan monitor komputer dan botol minuman keras selain menggunakan skru pencungkil gabus botol arak untuk memotong buah zakar mangsa.


Dia kemudian memakai buah zakar itu sebagai gelang tangan dan memberitahu para doktor dia meminum darah Castro ekoran daripada serangan tidak berperikemanusiaan tersebut.

''Kamu tidak perlukan seorang pakar untuk memberitahu kamu bahawa ini adalah tingkah laku seorang psikotik,'' kata David Touger, seorang daripada peguam Seabra dalam hujahan penutupnya pada November tahun lalu.

Katanya, lebih daripada 20 doktor telah mendiagnosis Seabra sebagai seorang yang mengalami kecelaruan bipolar.

Pihak pendakwaan pula menghujahkan Castro dan Seabra merupakan pasangan kekasih dan pemuda itu bertindak kejam kerana marah dengan tindakan Castro memutuskan hubungan mereka.


Ketua pendakwa raya, Maxine Rosenthal memberitahu pihak juri, Seabra menyedari mayat mangsa akan segera ditemukan dan sebab itu dia pergi ke hospital dengan menaiki teksi dan bukannya memandu sendiri, sebagai muslihat untuk berpura-pura gila.

Wanita itu menggambarkan Seabra sebagai seorang oportunis yang 'memainkan peranan sebagai kekasih yang mengasihi teman lelakinya' untuk mengeksploitasi kekayaan dan pengaruh Castro. 

Seabra ditemui oleh pihak polis di sebuah hospital di Manhattan selepas dia mendaftar masuk atas nama sebenarnya.

Selepas membunuh Castro, Seabra didakwa memutuskan talian telefon bilik hotel tersebut, memusnahkan telefon bimbit Castro dan meletakkan tanda 'Jangan Ganggu' (Do Not Disturb) di pintu bilik tersebut.

Pemuda itu juga mengambil wang tunai hampir AS$1,600 (RM4,869) daripada dompet Castro dan jadual penerbangan mereka, dengan niat melarikan diri.


''Ini menunjukkan bahawa dia berada dalam keadaan tenang, tindakan yang disengajakan dan tidak konsisten dengan khayalan,'' kata Rosenthal.

Sumber :  Disini 13 Disember 2013


6 comments:

  1. Akibat desakan tamak dan ikutkan perasaan syg tindakan yg merugikan sepanjang hayat. Thx najmi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Tu la pasal saya cuba bayangkan sekiranya kejadian ni berlaku di sini...kalau disini (negara kita) pasti ke tali gantung model hsome tu kan...

      Delete
  2. perrrrggghhhh mmg gilee...org psyco je mampu buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elsie coolzzzz

      .......tu lah pasal....kan

      Delete
  3. sayang muka hensem tapi..................
    donia oh donia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa

      Haha...entah apa niat ia membunuh, nak duit ker atau cemburu..wallahuallam...dunia oh dunia....

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST