Wednesday, 9 January 2013

5 MITOS HIV DAN AIDS


Mitos#1: Saya tidak harus bekerja atau berkawan dengan seseorang HIV positif kerana saya mungkin dijangkiti.
 
Anda tidak boleh mendapat HIV melalui perhubungan kasual. Ini bermakna, anda tidak boleh mendapat AIDS dengan berada di dalam bilik atau hidup di dalam rumah yang sama, memeluk atau mencium seseorang yang mempunyai penyakit HIV. HIV tidak boleh disebar melalui sentuhan biasa atau air liur. Ia hanya boleh disebarkan melalui perhubungan seks dengan seseorang yang dijangkiti atau berkongsi picagari dalam penggunaan dadah haramda tidak boleh mendapat HIV melalui perhubungan kasual.

Ini bermakna, anda tidak boleh mendapat AIDS dengan berada di dalam bilik atau hidup di dalam rumah yang sama, memeluk atau mencium seseorang yang mempunyai penyakit HIV. HIV tidak boleh disebar melalui sentuhan biasa atau air liur. Ia hanya boleh disebarkan melalui perhubungan seks dengan seseorang yang dijangkiti atau berkongsi picagari dalam penggunaan dadah haram.


Mitos #2: Saya tidak boleh mendapat HIV dari teman lelaki atau perempuan saya kerana saya tahu orang ini mencintai saya dan saya percaya kepada dia.
 
Ini boleh menjadi konsepsi yang salah dan membawa maut. Pada umumnya orang yang mencintai sesama mereka tidak berniat memberi HIV kepada yang lain, pada masa yang sama, juga benar dalam hubungan antara dua individu, seorang mungkin HIV positif dan tidak mengetahuinya. Seseorang boleh dijangkiti HIV dan tidak menunjukkan sebarang simtom. Walaupun anda dilamun cinta, cara yang paling baik dan pasti adalah untuk mendapatkan ujian darah untuk kedua-dua pasangan.

 
Mitos #3: Terdapat rawatan yang boleh menyembuhkan HIV dan AIDS.
 
Rawatan terkini untuk penyakit yang boleh membawa maut ini adalah lebih baik dari dulu, tetapi yang penting ialah rawatan ini hanya dapat memanjangkan hidup kita, dan tidak menyembuhkan penyakit ini. Apabila rawatan berjaya, terdapat sedikit virus sahaja yang terdapat dalam darah menyebabkan ujian darah tidak dapat mengesannya.

Namun, kajian terhadap pesakit dengan tahap darah "tidak dapat dikesan" telah menunjukkan yang virus itu masih terdapat dalam badan pesakit, menyembunyi, menidur dalam limfa dan organ lain. Mereka ini boleh disamakan dengan pesakit kanser yang dalam keadaan peringanan, dan mereka makan ubat untuk terus sihat. Mereka masih boleh menjangkiti orang lain, oleh itu mereka harus mengamalkan amalan seks sihat dengan menggunakan kondom.

 
Mitos #4: Saya tidak mahu mengambil ujian, kerana sekiranya saya mendapat HIV, hidup saya tidak bermakna lagi.
 
Apabila dikenalpasti anda HIV positif adalah satu masa yang menggeliru dan memusnahkan, adalah penting untuk menjalankan ujian secepat mungkin sekiranya anda berpendapat yang anda mungkin dijangkiti penyakit ini. Sekiranya anda tahu status anda, peluang untuk respon terhadap rawatan yang ada mungkin lebih baik. Pesakit HIV kini berasa sihat dan hidup lebih lama dari dulu. Walaupun tidak terdapat rawatan yang boleh menyembuh AIDS, penyakit ini kini boleh dikawal dengan ubat-ubatan terkini seperti kencing manis dan penyakit jantung.


Mitos #5: Saya tidak akan dijangkiti HIV kerana saya seorang heteroseksual dan bukan penagih dadah.
 
Sebenarnya, kadar HIV semakin meningkat di antara golongan heteroseksual. Orang yang mempunyai lebih dari satu pasangan seks mempunyai risiko tertinggi. Malangnya, ramai enggan memberitahu pasangan seks mereka yang mereka mempunyai hubungan yang lain. Oleh itu, amalkan amalan seks sihat dengan menggunakan kondom, dan juga mendapatkan ujian darah untuk diri dan pasangan anda.

Sumber : Disini
 

8 comments:

  1. Perkongsian yang baik, mitos ini patut disingkirkan dari minda kita, jangan kerana cinta anda terperangkap dgn perkara yg lebih mengaibkan

    ReplyDelete
  2. Salam Saudara Najmi

    Kalau rujuk mitos 1 tu, macam mane ek ikut situasi ni.

    1-Lelaki HIV+ izin wanita HIV- melakukan oral seks pada lelaki tersebut ? (Berjangkit Yes/No)

    2-Lelaki HIV- izin wanita HIV+ melakukan oral seks pada lelaki tersebut ? (Berjangkit Yes/No)

    terima kasih Najmi :)

    ReplyDelete
  3. Walnut,

    Sebaiknya sesiapa sahaja elak dr melakukan sex sebelum nikah. Guna kondom adalah terbaik. Virus HIV perlu masuk dalam saluran darah untuk berjangkit. Ingat bukan sekadar virus HIV sahaja yang menjadi kebimbangan tetapi kita kena ingat juga tentang STD.

    Pendapat saya cara no 1 dan 2, risiko dijangkiti tetap ada, maybe rendah tetapi jangkitan masih boleh berlaku terutama apabila kedua2 individu tersebut ada luka berdarah di kemaluan dan didalam mulut, jangkitan boleh berlaku dlm hubungan seks dimana air mazi, air mani atau darah drp mereka yang dijangkiti masuk kedalam badan orang lain (melalui luka tersebut)


    Wallahuallam

    Wallahuallam

    ReplyDelete
  4. Di lapurkan beberapa produksi film lucah dari Amerika yg berpusat diSan Fernando Los Angeles..merasa amat gusar kerana pihak kerajaan telah menyekat penggunaan kondom bagi pelakun dan krew yg terlibat dgn pembikinan filem2 prono...dan dijangka Britain akan meraih keuntungan yg besar kerana pengeluar filem2 lucah ini akan berpindah ke lokasi baru di Bratain...
    Wah...bayangkan..disebabkan sekatan penggunaan kondom kpd pengusaha filem2 ini digunakan oleh para pelakun mereka sanggup mencari petempatan pusat terbaru semata2 memperjuangkan kondom tidak digunakan bagi artis2 filem mereka...
    Salah satu alasan ialah jika penggunaan kondom digunakan kepada pelakun2 filem ini akan menyebabkan melenyapkan keupayaan mereka utk ber 'khayal' semasa beraksi...dan memberi persembahan yang tidak selesa semasa berlakun
    Yayasan Penjagaan Kesihatan Aids di Amerika
    telah dipersalahkan dengan sekatan terbaru ini...

    Mmm...begitu sekali mereka mengejar populariti dan kemewahan...

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran jazillan

      Laaa macam tu sekali...tapi terus terang, tanya lah sesiapa sahaja kalau menonton prono terutama golongan gay kalau menonton mereka suka tgk actor2 tu tak pakai getah.

      Masa main pun kebanyakan mereka memang tak suka guna getah, itu yang saya tahu lah.

      Jangaan dipindahkan lokasi ke negara kita sudahkan...:)

      Delete
    2. Tu laa..isu ni sdg hangat di perjuangkan di sana..sehinggakan ia dikatakan sekiranya lokasi perpindahan terjadi ia akan membuat ekonomi di bandar Los Angeles akan merosot kerana industri perfileman dan industri kecil bagi memberi pekerjaan orang awam membungkus kondom yg beribu- ribu dlm sehari akan terjejas juga..
      Di lapurkan bagi seorang artis prono di upah 29 orang pekerja dlm pembungkusan kondom..jika ada 100 artis prono...dah berapa org yg di upah..dah tentu ramai...dan bukan dilapurkan lagi bukan pada artis2 prono saja..untuk krew- krew filem yg terlibat juga..mana nak tahan kan..ambil peluang sama ler....
      Mmm..takutnya andaikan industri mcm ni mula diberi pada negara2 sedang membangun...sumber ekonomi juga tu..halal haram tak kisah dah...

      syukran jazillan

      Delete
    3. syukran kazillan,

      Negara barat, apa aje boleh sehingga sesuatu yang tak masuk akal pun mereka kata boleh...pengaruh buruk mereka semakin menular ke timur, tak tahu lah apa nak jadi kat negara kita contohnya pada 20 tahun akan datang... Wallahuallam...:(

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST