Tuesday, 22 January 2013

MFZ - PEMUDA POSITIF HIV MEMBERI PANDANGAN DAN NASIHAT

Seorang rakan yang menamakan dirinya MFZ telah bercerita sedikit tentang dirinya di ruang komen didalam entry "LELAKI GAY PALING TINGGI DIDIAGNOSIS HIV DI BRITAIN", beliau telah disahkan HIV positif sekitar pada bulan November 2012 yang lalu.


Naj Mi,

Saya disahkan positive 2 bulan yang lalu. Alhamdulillah... Saya masih mampu menahan diri daripada melakukan perkara tersebut sehingga sekarang. Pernah seseorang ingin mengadakan hubungan dengan saya. Tapi saya berterus terang dengan beliau.

Saya tak mahu dipersalahkan jika saya menjangkitkan virus kepada orang lain. Jika saya berdiam diri, saya mungkin meletakkan nyawanya dalam bahaya. Saya fikir saya akan dituduh penipu dan mungkin orang tersebut tidak memaafkan saya (antara dosa yang paling saya takut sebab pengampunan dosa sesama manusia lebih sukar dibandingkan meminta ampun daripada Allah. Allah Maha Pengampun).

Mungkin inilah antara hikmah Allah hadiahkan virus ini kepada saya. Perkara ini bagaikan shield untuk saya dari terus melakukan perkara maksiat tersebut. Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Bersangka baiklah dengan Allah. Hidup yang memberi manfaat pada orang yang lain adalah dipandang mulia olehNya.

MFZ



Kemudian MFZ telah meninggalkan komen bercerita dan memberi sedikit nasihat diruang komen di dalam entry bertajuk "BEKAS SEORANG GAY DISERANG GATAL DIBADAN",

Assalamualaikum...

Apabila bercakap tentang rawatan saya teringat kepada seorang kawan. Semasa saya pergi mendapat rawatan susulan di Hospital Sg. Buloh (HSB), saya terserempak dengan seorang kawan. Beliau kelihatan "sakit". Saya hanya bertanya kenapa datang ke HSB. Jawapannya ringkas, demam. Saya tidak meneruskan soalan walaupun hati saya kuat mengatakan dia HIV.

Hendak dijadikan cerita, saya mendapat jemputan sebuah majlis dari kawan saya dan pada masa yang sama kawan yang disyaki mendapat HIV ini juga dijemput sama. Sebenarnya kawan saya syaki ini bukanlah begitu rapat dengan saya. Saya mengenali beliau melalui seorang kawan saya yang lain.

Dipendekkan cerita, saya tidak melepaskan peluang untuk bertanya status kesihatan beliau. Antara soalan saya yang mula-mula, "Engkau sudah ambil ubat? Dah mulakan HAART?". Alhamdulillah, he gave me a good respond. 

Cerita punya cerita, sebenarnya kawan saya ini telah mendapat tahu beliau mendapat jangkitan lebih kurang 5 tahun yang lalu. Malangnya, pada waktu tersebut apabila beliau mengetahui status kesihatan beliau, beliau tidak mendapatkan sebarang rawatan susulan. Beliau hanya berdiam diri dan pada masa yang sama beliau mempunyai teman lelaki.

Saya sangat kesal dengan apa yang telah berlaku.
Tapi bagi saya it happened. Apa yang saya mampu buat hanyalah menasihati beliau untuk tabah dan bersikap positif. Saya juga menasihati beliau supaya memberitahu teman lelaki (sekarang bekas teman lelaki) beliau tentang status beliau atau setidak-tidaknya memberitahu bekas teman lelaki beliau untuk melakukan HIV Screening.

Pada masa yang sama juga, saya bertanya beliau mengenai status HIV beliau dan CD4 beliau ialah 13 counts...

Pengajaran dari kisah ini ialah:

1. Elakkan sama sekali dari berdiam diri mengharapkan HIV boleh self-cure apabila anda didiagnos positif HIV. Walaupun semasa anda mendapat tahu anda positif HIV, anda dalam keadaan sihat walafiat, jangan sekali-kali menganggap HIV akan hilang dengan sendirinya. Merujuk kepada keadaan kawan saya, jika beliau melakukan HAART sebaik sahaja didiagnos positif HIV atau beliau di bawah pemantauan doktor, insyaAllah CD4 count beliau tidak menurun hingga ke tahap 13 count.

2. Segera berjumpa doktor apabila anda mendapat penyakit yang agak luar biasa lebih-lebih lagi apabila anda melakukan aktiviti seks berisiko. Tiada gunanya malu untuk berjumpa doktor. Sebaliknya malulah pada diri sendiri kerana anda tidak menjaganya dengan baik. Inilah masanya untuk memperbaiki diri. Allah masih berikan masa. Alhamdulillah.

3. Jika anda didiagnos HIV, bertanggungjawablah. Segera beritahu pasangan anda. Jika kita tiada kesedaran, HIV akan terus merebak. Jika kita dijangkiti, cuba elakkan sebaiknya daripada menjangkiti orang lain. Jika anda rasa anda telah menjangkiti seseorang, berterus teranglah dengan beliau sebaiknya...

Sekian dahulu ceritaku.

MFZ 



Pandangan dan nasihat MFZ kepada gay yang hendak berkahwin dalam apa jua keadaan sama ada terpaksa atau dipaksa, yang saya copy dari ruang komen didalam entry "BAKAL SUAMI BIMBANG PUNYA NALURI SONGSANG"

Assalamualaikum...Kepada gay-gay sekalian,

1. JANGAN sesekali anda mengikut keputusan kedua orang tuamu jika anda tidak mampu untuk berkahwin. Bertegaslah dengan ibu bapamu tetapi dengan penuh hikmah. Jangan sesekali bersetuju apabila orang tuamu ingin memperkenalkan seseorang wanita kerana ini akan menjerumus kepada keadaan yang lebih kompleks.


2. JANGAN sesekali berkahwin untuk tujuan menutup aibmu. Walaupun anda berkahwin tetapi masih melakukan seks dengan kaum sejenismu.

3. JANGAN sesekali berkahwin untuk menyambung zuriatmu sedangkan hati isteri kamu lukakan.

4. BERKAHWINLAH kamu apabila anda ada rasa cinta pada perempuan tersebut.

5. BERKAHWINLAH kamu apabila anda ada nafsu berahi pada perempuan tersebut.

6. BERKAHWINLAH dengan tujuan untuk kegembiraan anda dan isteri anda dengan niat kerana Allah.

7. HUKUM gay berkahwin selayaknya jatuh kepada harus dan boleh menjadi haram. Tetapi pendapat saya seorang gay tidak diwajibkan berkahwin. Sila rujuk hukum berkahwin mengikut keadaan kepada para ulama'.

Wallahua'lam.


MFZ




Nasihat lain dari MFZ pada kita semua,

Ramai gay yang tidak bertanggungjawab. Bagi mereka yang aktif bertukar pasangan enggan melakukan pemeriksaan kesihatan. Bagi mereka yang sudah tahu dijangkiti HIV, mereka terus menyebarkan penyakit sesuka hati tanpa memberitahu pasangan. Tidak ada perasaan bersalah pun di fikiran mereka. To all HIV positive people, stop spreading this virus to others. Be responsible. You can do it!

MFZ




Lagi nasihat dan pandangan Saudara MFZ dientri ini - MFZ - PERINGATAN BUAT LELAKI GAY SEBELUM NIAT MENDIRIKAN RUMAH TANGGA

28 comments:

  1. Memang suka baca komen MFZ, bernas dan tegas.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum semua.

    Naj Mi,

    Saya sekadar memberi pandangan dan berharap dapat membantu kita semua berfikir. Alhamdulillah, kita masih diberikan kesempatan untuk membantu sesama kita walaupun ia mungkin kecil sahaja.

    Mak Wardah,

    Terima kasih.

    Harap kita semua terus berkongsi. InsyaAllah.

    MFZ

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum semua.

    Naj Mi,

    Sama-sama dan terima kasih.

    Sekadar perkongsian bersama dan saya harap ia dapat membantu kita semua untuk berfikir. Semoga perkongsian dapat memberi sumbangan kepada semua walaupun ia tidak sebesar mana.

    Mak Wardah,

    Terima kasih.

    Semoga kita semua terus berusaha untuk berkongsi sesuatu di arena yang telah disediakan oleh Saudara Naj Mi. Insya Allah.

    MFZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. MFZ

      Tu lah sekiranya ada komen yang bernas seperti Mak Wardah kata dan kisah pengalaman hidup yang dikirim oleh sesiapa sahaja diruang komen seperti yang awak kirimkan itu, insyaallah akan saya kongsikan supaya lebih ramai berkesempatan membaca sebab tidak semua yang mahu membuka dan baca komen2 didalam entry2 yang lalu.

      Ada sesuatu pekara yang saya faham tetapi saya tidak bijak untuk menerangkannya dengan baik, syukur ada pembaca yang membantu.....:) Terima Kasih

      Delete
    2. Syukur Alhamdulillah.

      Delete
  4. Replies
    1. Anonymous

      Alhamdulillah saya baik terima kasih bertanya, harap awak juga baik-baik juga....:)

      Delete
    2. Saya pun Alhamdullilah sihat Najmi. Saya belum hantar lagi artikel yang saya cakap nak hantar kat Najmi tu kan..email tak boleh buka pulak..terlupa password.

      Delete
    3. Anonymous

      Tak mengapa...ambil masa...:)

      Delete
  5. MFZ, saya doakan awak diberi kesihatan yang baik oleh Allah. Kalau sebelum ini (tahun 80an dan awal 90an) penghidap HIV+ sukar untuk meneruskan kelangsungan hidup tetapi kini, HIV+ diklasifikasikan sebagai "penyakit kronik" seperti penyakit2 kronik yang lain seperti kencing manis yang memerlukan rawatan berterusan. Terdapat banyak kajian yang diterbitkan dalam Journal2 terkemuka menunjukkan, penghidap HIV+ dapat menjalani hidup normal seperti non-PLHIV dengan syarat mereka makan ubat dengan teratur. Soal hidup mati adalah urusan Allah. Kalau Allah nak ambil nyawa orang yang sihat walafiat pun banyak yang meninggal dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih anonymous. Semoga anonymous diberikan ganjaran berganda atas doa itu. Begitu juga kepada semua pembaca. Semoga Allah kurniakan kesihatan. Amin....

      Saya setuju dengan apa yang anonymous coretkan.
      Ikhtiar dan usaha ditambah tawakkal. Itu yang diperlukan.
      Kita positif HIV. Oleh itu, amat penting kita positif dalam semua perkara selagi tidak bertentangan dengan aqidah agama.

      MFZ

      Delete
    2. Melalui blog Najmi, saya ingin memohon jasa baik pembaca blog yang terdiri dari insurance agents, bankers, MOH, MOE, KDN and related bodies, timbang semula standard of procedures & criterias bagi kemudahan pembelajaran, pinjaman, peningkatan kerjaya, kemudahan kehidupan dan kebajikan plhiv setara dengan orang normal. Terbukti HIV bukan penyakit maut serta merta dan ianya sama dengan penyakit kronik lain malahan lebih baik keadaan pesakit dengan rawatan yang teratur. Human's right mereka mesti di fikirkan semula. Najmi, mengenai perkara seperti Insurance, kenaikan pangkat, kerahsiaan identiti minta buatkan entry dan saya akan bantu dapatkan maklumat sahih mengenai keadaan sebenar.

      Delete
    3. Mak Wardah

      Insyaallah saya akan keluarkan komen2 diatas dlm senuah entry supaya mudah bagi pembaca lain memberi pendapat berkenaan isu insurans ini serta berkaitan pinjaman peribadi, kalau saya nak menrangka entry berkaitan memang saya tak mampu, saya hanya keluarkan komen2 pembaca terutama dari ruang komen PERTAMAKALI MENDERMA DARAH SHIELA DISAHKAN HIV POSITIF

      Bila ada entry khas insyaallah lambat laut akan ada individu yang bijak meninggalkan komen, dan mana2 komen yang baik tersebut akan saya jadikan entry lagi..

      Insyaallah

      Delete
    4. Saya bantu Najmi dapatkan maklumat dari badan2 yang terlibat supaya pembaca blog Najmi dapat maklumat yang tepat. Ayat Najmi lebih baik dari saya dan mudah difahami pembaca. Allah bless you Najmi

      Delete
  6. Percaya pada Allah,percaya pada qada' dan qadar,percaya pada hikmah..positif ,itu yg ada dalam diri anda..inshaAllah semua akan baik,berakhir dgn baik..semoga MFZ dan abang Naj Mi terus kuat :) -AyT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, AyT, Naj Mi dan semua,

      Kita memberi buah fikiran untuk renungan bersama...
      Sekurang-kurangnya jika kita tak mampu mengubah seseorang, kita masih mampu mengajak semua pembaca berfikir...

      Teruskan memberi sumbangan.

      Else, just for sharing,

      Today i went to Hospital Sg. Buloh (HSB).
      Esok sempena Maulidur Rasul saya akan memulakan mengambil ubatan HAART.
      Sebulan lepas my CD4 is 330.
      Percertage 19%.
      Mungkin I can delay my HAART. Tapi saya fikir buat apa saya baru nak undergo HAART, bila CD4 saya 50. Kita tak tahu what happen in the future. If I dont take a precaution, maybe my condition getting worse. Semoga Allah pinjamkan saya umur lagi untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.

      Oh ye, semasa saya di HSB, saya juga terserempak dengan Saudara Luka Rafieqa. He was very nice. Low profile and I was so happy when I met someone who has sincere heart to help PLHIV.

      Satu lagi yang boleh saya kongsi ialah...
      Semasa menunggu giliran rawatan, saya perasan (kalau saya tak tersilap) ramai sekali PLU yang saya turut terjumpa di aplikasi gay di telefon bimbit. Saya tertanya-tanya adakah mereka ini POZ? Apapun kepada anda di luar sana (terutama gay/biseks) yang bebas HIV, jika anda melakukan aktiviti berisiko terutama seks sesama jenis, sentiasalah amalkan seks selamat. Jika mampu cuba kurangkan aktiviti. Jika terdaya setia pada pasangan. Jika anda kuat dan hebat tinggalkan terus aktiviti yang memudharatkan. InsyaAllah.

      Selamat malam semua.
      MFZ

      MFZ

      Delete
    2. MFZ

      Ohhh awak dah start HAART walaupun kiraan CD4 330? Ok lah yang penting awak dah cukup bersedia nak memulakan rawatan HAART tu dan saya pasti awak dah faham betul akan kesan2 sampingannya tu kan.

      Alhamdulillah sebab berkeyakinan untuk memulakan HAART walaupun CD4 kira masih tinggi lagi kan. Itu tandanya awak faham tentang HAART dan dah baca banyak pengalaman PLHIV lain kan.

      Pengalaman saya dulu disebab tak tahu, memang takut nak memulakan HAART, bila CD4 jatuh pada kiraaan 180 (lebih kurang) saya terus tak jumpa doktor di KL dah sehinggalah jatuh sakit sampai terlantar 10 hari kat hospital sini sebab CD4 dah jatuh 12 hehehehe.

      Jumpa Luka alhamdulillah......

      Ubat HAART apa yang MFZ kena makan?



      Delete
    3. Naj Mi,

      Yes, saya dah sedia.
      Doktor sarankan makan ubat adalah lebih baik.
      Lagipun, mungkin saya boleh elak penyakit-penyakit lain.
      InsyaAllah.

      Nama ubat tu Stocrin dan Conbivir.
      Mesti sedapkan?

      Minta-minta tak dapat side effect teruk atau terus tak ada langsung.

      SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

      Sallallah a'la Muhammad. Sallallah a'laihi wasallam...

      MFZ

      Delete
    4. MFZ

      Alhamdulillah....Selamat Menyambut Hari Keputeraan Junjungan Kita Nabi Muhammad saw pada awak juga.

      Delete
  7. Replies
    1. Hello Tchr Shda...
      Good morning.
      How are you today?

      Delete
    2. MFZ, haart has side effect but depending on your body reaction. Dont worry, most of my plhiv friends consult najmi on this and they are ok. InsyaAllah, MFZ will be bless by Allah. U r from which part of temerloh, me too from there. Proud to know u. Take care

      Delete
    3. Mak Wardah,

      Saya area-area Seberang Temerloh.
      Terima atas doa dan harapan Mak Wardah.

      MFZ

      Delete
    4. Dekat sgt tu maknanya koi ngan awok mungkin sedare. Nanti one fine day we should meet. Most important thing, jaga diri baik. Panjang umur nanti akak belanja ikan patin kat kedai pak usop.

      Delete
    5. Ya Allah...
      Ye la gamoknye kita sedara.
      Nok belanja ikan patin menarik jugak tu.
      InsyaAllah panjang umur kita berjumpa.
      Terima kasih Mak Wardah.
      :)

      MFZ

      Delete
  8. Salam maulidur rasul untuk readers belog nih....
    saya tertengok di tv pagi tadi dan ternampak tan sri zaman khan salah seorang penerima anugerah tokoh maulidur rasul untuk 1434H...kalau tak salah saya kan, tan sri ni bukan ke related to MAC.? Malaysian aids council? or saya salah orang?

    Hai,MFZ...im fine, tq asking...hehehe

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST