Thursday, 10 January 2013

LELAKI GAY PALING TINGGI DIDIAGNOSIS HIV DI BRITAIN

Perlunya kesedaran untuk melakukan ujian.

Jumlah lelaki gay dan biseksual yang didiagnosis dengan HIV di Britain mencapai "tahap paling tinggi" pada tahun 2011, menurut Health Protection Agency (HPA). Catatan dari HP menyatakan terdapat trend "membimbangkan sejak 2007, dengan makin bertambahnya kes-kes baru pada setiap tahun. 

Hampir setengah dari 6280 orang yang didiagnosis tahun lalu adalah lelaki yang pernah berhubungan seks dengan lelaki lain (istilahnya MSM).


Secara keseluruhan, 1 daripada 20 MSM telah dijangkiti HIV. 


Dari jumlah mereka yang telah diagnosis pada 2011, hampir dua per tiga daripada mereka masih belum pernah masuk (mendapatkan rawatan) di klinik kesihatan seksual dalam tiga tahun sebelumnya.

HPA mengatakan gambaran ini menunjukkan adanya "ruang pembaikan" dalam menguji orang di dalam kumpulan risiko.


"Tentu saja ini adalah penyakit serius dan sangat membimbangkan apabila melihat semakin banyak lelaki yang berhubungan seks dengan sesama lelaki, ternyata telah mencatat rekod tertinggi. Seks yang selamat adalah menjadi cara terbaik untuk mencegah daripada dijangkiti HIV, "ujar Dr Valerie Delpech, kepala pengawasan HIV di HPA.


Jumlah mereka yang dijangkiti HIV di Britain meningkat menjadi 96,000 orang, naik daripada angka 91,500 orang penghidap pada tahun sebelumnya. Bilangan yang paling ramai didapati di London.

 
Data ini menunjukkan bahawa 1 dalam 4 orang pembawa HIV sepenuhnya tidak menyedari bahawa dirinya telah dijangkiti, bererti bahawa mereka tidak menerima rawatan dan kemungkinan masih berterusan menyebarkan virus ini kepada orang lain. 

Ketua pegawai eksekutif National Aid Trust, Deborah Jack mengatakan bahawa sangat penting bagi lelaki gay untuk sekurang-kurangnya mengikuti ujian pemeriksaan STI (Sexually Transmitted Infections) dan HIV, dan pada setiap tiga bulan sekali bagi  mereka yang kerap melakukan seks tanpa perlindungan dengan pasangan baru atau yang tetap. 

"Lelaki gay yang masih negatif HIV setelah disahkan melalui ujian STI, seharusnya mengambil ikhtibar dari perkara ini (keputusan -ve ini) sebagai 'wake up call'. Ini bererti bahawa mereka masih tetap berisiko tinggi terkena HIV di masa depan, dan mereka perlu mengambil langkah untuk mencegah hal ini dari berlaku (dijangkiti) - seperti penggunaan kondom yang konsisten dan mengurangkan jumlah pasangan seksual, "ujar Deborah Jack.

Sir Nick Partridge, ketua pegawai eksekutif di Terrence Higgins Trust menyatakan bahawa jangkitan HIV merupakan keadaan yang boleh dicegah lebih awal.


"Mengurangkan jangkitan HIV dikalangan mereka yang masih negatif HIV adalah dengan menggalakkan mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk melakukan ujian dengan lebih biasa (kerap), ia adalah merupakan satu cara kami untuk menghentikan penyebaran jangkitan ini."

Sumber : Disini

 

14 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Ramai gay yang tidak bertanggungjawab. Bagi mereka yang aktif bertukar pasangan enggan melakukan pemeriksaan kesihatan.
    Bagi mereka yang sudah tahu dijangkiti HIV, mereka terus menyebarkan penyakit sesuka hati tanpa memberitahu pasangan. Tidak ada perasaan bersalah pun di fikiran mereka.

    To all HIV positive people, stop spreading this virus to others. Be responsible. You can do it!

    MFZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. MZF

      Itu saya setuju, ramai yang syak diri ada HIV tetapi tak nak buat pemeriksaaan so mereka anggap mereka masih bebas, kemungkinan melakukan seks tanpa perlindungan boleh berlaku dan penyebaran pasti berlaku dan berterusan.

      Bagi mereka yang sudah dijangkiti:

      Pengalaman saya, saya hanya bertahan sebulan drp tak melakukan aktiviti tersebut, selepas itu atas desakan nafsu saya sendiri kembali meneruskan aktiviti itu, tetapi dengan lebih selamat kerana bimbang jangkitan boleh berlaku pada pasangan.

      Akan mengambil masa agak lama untuk dpt menghentikan amalan yang dah menjadi satu ketagihan bagi diri saya, alhamdulillah lama kelamaan aktiviti itu semakin jauh, dan sehingga kini saya berterusan mengawal mengelak dari terlajak lagi...sukar tapi terpaksa mengawal dg bantuan pertolongan Allah melalui doa yang kerap saya pohon.

      Bagi remaja yang baru disahkan pasti sukar nak mengawal tetapi saya percaya setiap orang ada kelebihan diri masing2 saya percaya ada yang berjaya mengawal diri dr terus melakukan aktiviti itu sebaik disahkan HIV.

      Wallahuallam..

      Ya kita PLHIV perlu bertanggungjawab mengelak dr terus menyebarkan virus ini kepada org lain...

      Delete
    2. Naj Mi,

      Saya disahkan positive 2 bulan yang lalu.
      Alhamdulillah... Saya masih mampu menahan diri daripada melakukan perkara tersebut sehingga sekarang. Pernah seseorang ingin mengadakan hubungan dengan saya. Tapi saya berterus terang dengan beliau.

      Saya tak mahu dipersalahkan jika saya menjangkitkan virus kepada orang lain. Jika saya berdiam diri, saya mungkin meletakkan nyawanya dalam bahaya. Saya fikir saya akan dituduh penipu dan mungkin orang tersebut tidak memaafkan saya (antara dosa yang paling saya takut sebab pengampunan dosa sesama manusia lebih sukar dibandingkan meminta ampun daripada Allah. Allah Maha Pengampun).

      Mungkin inilah antara hikmah Allah hadiahkan virus ini kepada saya. Perkara ini bagaikan shield untuk saya dari terus melakukan perkara maksiat tersebut. Alhamdulillah.

      Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Bersangka baiklah dengan Allah. Hidup yang memberi manfaat pada orang yang lain adalah dipandang mulia olehNya.

      MFZ

      Delete
    3. MFZ

      Alhamdulillah, saya harap awak kuat melawan mengawal nafsu itu, elak kita (termasuk saya) dari menyebar virus ini kepada orang lain. Jika di Spore kita boleh dipenjara bertahun dan denda kalau pasangan seks kita dapat tahu kita ada HIV dan tak memberitahu nya sebelum berlakunya seks tu dan ia report dan saman kita.

      Mudah2an awak terus kuat melawan dugaan tu, benar kata2 awak tu bila kita dpt HIV kita kena bersangka naik pada ALLAH.....:)

      Delete
    4. Naj Mi,

      :)

      Amin... Ya Rabbal A'lamin...

      MFZ

      Delete
  2. Semangat n sikap anda semua patut dicontohi semua orang, may Allah bless all of you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      Mereka yang positif HIV mestilah sentiasa positif. Orang bukan menilai sakit kita. Tapi orang lebih suka melihat penampilan dan menilai pembawaan cara hidup kita. InsyaAllah stigma, judgemental dan sebagainya dapat dikurangkan dari masa ke masa.

      MFZ

      Delete
    2. MFZ, bukan semua Plhiv mampu jadi kuat spt anda semua tmbhn lg dgn tekanan sekeliling, sbb itu kita semua saling memerlukan antara satu sama lain ywnwa. you will never walk alone. Take care

      Delete
  3. kat mana boleh buat ujian saringan sti/std

    ReplyDelete
  4. Anonymous

    Sudah pasti boleh check diklinik2 swasta tapi boleh terus ke klinik luar hospital kerajaan, kena teraangkan masaalah diri pada doktor , cuba jangan malu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bagi list klinik swasta di area kl/selangor untuk buat ujian saringan STI/STD... thanks...

      Delete
    2. Anonymous

      Saya pasti hampir semua klinik swasta boleh buat ujian STI/STD, walaubagaimana pun anda boleh cuba hubungi nombor pertubuhan NGO bertanya tentang pekara tersebut, klik senarai nombor pertubuhan NGO yang terdapat di sebelah kanan blog saya ini, mungkin boleh membantu anda. Anda mungkin boleh cuba mana2 Klinik BP Health...

      Delete
    3. terima kasih di atas info anda... HIDUP MESTI DITERUSKAN... awesome...

      Delete
    4. Anonymous

      Sama-sama, maaf ya sebab saya tak dapat memberi list yang tepat klinik di KL sebab yang berada di Ipoh..bertahun tak ke KL dah...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST