Wednesday, 23 January 2013

KO ADA HIV YA? KO MAIN DENGAN SAPE? KATA-KATA CELUPAR SEORANG NURSE

Saya mengenali Jamal (bukan nama sebenar) sejak tahun lalu lagi semasa dia masih bekerja di luar negara, kami berbalas email dan bertanya khabar, sehinggalah dia kembali ke tanah air. Saya menasihati dia agar menjalani ujian HIV. Tetapi katanya dia akan jalani ujian apabila kembali ke Malaysia.

Pada pagi semalam (22 January 2013), Jamal buat pertama kali ke Klinik Kesihatan untuk menjalani ujian HIV. Mari kita baca pengalaman "manis" yang beliau tempuhi.


Abang, 

Jamal nak kongsi cerita dengan abang sikit dan kalau rajin abang baca la hehehe. Tadi lepas Jamal chat kat facebook dengan abang, Jamal pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan Cheng Melaka, tujuan nak buat ujian HIV. Jamal takut gila masa nak masuk ke klinik tu, tapi nekad nak jugak buat ujian tu

Sebaik Jamal masuk je klinik, seorang nurse lelaki tanya pernah datang atau tidak sebelum ini. Jamal jawab tak penah, so dia mintak IC dan tolong hantar kat tempat pendaftaran pastu kena tunggu dalam 10 minit. Dia panggil dan bagi nombor giliran kat Jamal. Pastu kena tunggu lagi dalam 5 minit. Kemudian pergi dekat kaunter saringan untuk dia tau penyakit apa sama ada perlu jumpa doktor atau tidak.

Kat kaunter saringan ada dua orang nurse seorang nurse perempuan dalam 40 lebih dengan seorang nurse lelaki yang tegur Jamal masa awal-awal Jamal masuk ke klinik tadi. 

Pastu nurse perempuan tu panggil nama Jamal, semasa di kaunter saringan itu nurse perempuan tanya sakit apa? bila Jamal cakap je nak buat ujian HIV dia tanya untuk apa, untuk kahwin or medical check up. Bila Jamal cakap je Jamal sahaja je nak buat ujian HIV dia mula pandang Jamal pelik, tiba-tiba sahaja dia tanya soalan sensetive  

Nurse : Ko main dengan sape? (tak sempat nak jawab dia tanya lagi) muka je nampak handsome nampak baik, kerja mana ni?  

Jamal jawab baru berhenti kerja.

Nurse : Sudahlah tak kerje, buat kerja tak elok, rosakkan anak orang. Dah berapa ramai ko main ni?


(dalam hati dah panas je, nasib baik Jamal hormat dia sebagai nurse, kalau tak memang Jamal dah penampor aje atau cakap je Jamal main dengan anak dia)

Kaunter tu kat tengah-tengah orang ramai, kat tempat orang menunggu, semua orang boleh dengar apa dia cakap, orang keliling dah pandang Jamal, malu gila Jamal rasa. 

Tengah nurse tu tanya Jamal, tetiba nurse lelaki yang ada kat sebelah dia cakap dia nak cakap dengan Jamal, dia panggil dan ajak pergi masuk dalam bilik. Dia mintak maaf pasal nurse perempuan tadi

Pastu baru dia tanya kenapa Jamal nak buat HIV (dalam bilik tertutup tu, hanya Jamal dengan dia sahaja, tak ada orang lain dengar, masa tu baru lah rasa selesa sikit Jamal nak cakap). So dia tanya banyak jugak soalan tapi cara dia lain daripada nurse perempuan tadi. So dia cerita sikit antara tanda kalau ada HIV. Dia tanya ada ruam ke, ada keluar cecair kat kemaluan ke dan banyak lagi lah yang dia tanya pada Jamal. Dia isi kan borang untuk Jamal dan suruh tunggu giliran untuk ambil darah. 

Masa nak ambil darah Jamal jumpa lagi dengan nurse perempuan tu. Belum time dia nak ambil darah, dia pandang Jamal lain semacam aje, darah belum ambil lagi tapi mulut dia jalan dulu, macam tadi soalan panas dia tanya lagi kat Jamal.

Nurse : Ni tak ada borang apa-apa pun kenapa nak buat HIV test?  Ko ada HIV ya? 

Jamal buat bodoh aje, darah tak ambil-ambil jugak.

Sebaik ambil darah (kejap je) lepas tu terus blah sebab nak jumpa doktor pulak. Masuk aje bilik doktor, dia tanya banyak jugak soalan tapi result tak bagi tahu. Jantung Jamal dah berdegup macam nak pecah masa tu, pastu baru doktor bagi tau result. Lagi 6 bulan kena datang buat check sekali lagi.

Keluar aje dari bilik tu nurse lelaki tu datang kat Jamal, suruh ambil semua borang dan dia tolong settle kan semua berkenaan appoiment pada 6 bulan akan datang tu nanti. Kena isi borang-borang selidik sikit dan dia minta maaf sekali lagi pasal nurse perempuan tadi.

So, itu lah pengalaman Jamal first time buat HIV test tadi, teruk betul diaorang layan Jamal. Malu sangat-sangat bila nurse perempuan tu tanya yang bukan-bukan dan suara dia kuat sampai semua orang yang ada dekat situ boleh dengar. Ramai orang-orang tua kat situ pandang Jamal lain macam ajer. 

Nasib baik kat klinik di Klinik Kesihatan Melaka, Jamal tak ada kenal siapa-siapa. Kalau berlaku kat bandar TXXXXX (kampung Jamal) maybe Jamal boleh jumpa kawan-kawan, jiran or saudara mara kan, mesti dia orang akan fikir yang bukan-bukan kenapa Jamal nak buat ujian HIV tu kan.

Patut diaorang yang berkerja dalam bidang kesihatan perlu tau macam mana nak layan orang bukannya menghina orang tak tentu pasal, nasib baik ada nurse lelaki tadi, kalau dia tak tolong maybe Jamal terus balik rumah aje dan tak jadi nak buat ujian test tu.  

Kepada nurse perempuan yang dah tua tapi mulut macam sial tu, kalau dia atau anak dia kena HIV baru padan muka, baru dia tau macam mana malunya bila dia tanya soalan yang bukan-bukan pada orang yang nak buat ujian darah kat tengah orang ramai.  

Jamal pasti abang punya dugaan setiap kali pergi hospital mesti lagi hebatkan. Sampai sekarang Jamal terpikir kenapa lah dia orang boleh jadi macam tu. Langsung tak ada rasa bersalah buat macam tu, seolah-olah orang lain ni tak ada perasaan. Jamal dah faham perasaan PLHIV, bila baca blog-blog PLHIV, dia orang cakap nurse or MA ada yang tanya dan cakap bukan-bukan kat dia orang, dia orang rasa malu sangat-sangat.

Sakit hati Jamal tadi pun sampai terasa nak bagi penampor jer kat nurse perempuan tu. Jamal harap sangat perkara macam ni sepatutnya tak berlaku lagi terutama terhadap semua PLHIV. Diaorang (kakitangan kesihatan) sepatutnya bagi semangat bukan hina-hina orang.  

Maaf abang, Jamal tulis panjang sangat, Jamal tak tahu hendak share dengan siapa. Bengang dan sakit hati sangat-sangat. Kawan Jamal tak tau pun Jamal pergi klinik buat test HIV, apa pun itulah pengalaman Jamal buat ujian HIV dan resultnya HIV-ve.



Buat pengetahuan Jamal, 

Pada pandangan abang tidak semua kakitangan kesihatan berperangai seperti nurse perempuan tu, masih ramai yang sangat baik dan sangat membantu seperti nurse lelaki yang bantu Jamal itu. 

Terus terang sejak abang memulakan rawatan di hospital disini sama ada ketika darah abang diambil di bilik ambil darah atau ketika berjumpa doktor di kawasan (area) bilik khas untuk rawatan pesakit HIV, abang tak pernah bertemu dengan nurse atau kakitangan yang "celupar" seperti yang Jamal jumpa itu. Tapi tidak dinafikan masih ada kakitangan yang celupar seperti tu. Mungkin nasib Jamal tidak beberapa baik jumpa nurse macam tu.

Agak-agak perlukah kita buat aduan kejadian yang menimpa Jamal?

Saya bimbang, jika masih ada kakitangan yang berperangai begini, pasti boleh menyebabkan orang ramai terutama dikalangan mereka yang mengesyaki diri sendiri dijangkiti HIV akan berasa bimbang serta semakin takut untuk menjalani ujian darah HIV di Klinik Kesihatan Kerajaan.

Perlukah kita "report" sikap keceluparan nurse diatas? 


35 comments:

  1. Najmi & Jamal,

    Saya cadang kan untuk report je psl nurse tu...
    Biar derang sedar cikit...
    Takguna le derang buat promo & iklan mcm2 utk kesedaran HIV tu...
    Sepatutnya kesedaran bermula dari pegawai2 y menguruskan kesihatan...

    Teremo kejap...hahahah...malu kot tetiba org sound gitu...
    Suka hati la nk buat checkup apa pun... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~Taman Raudhah~

      Betul tu, dalam iklan bukan main mesranya panggil individu2 yang berisiko agar buat ujian darah HIV tetapi bila orang nak buat ujian dan jumpa pulak nurse celupar seperti ini.

      Tapi kita tak boleh salahkan iklan2 yang tersiar, jangan pula sebab nila setitik rosak susu sebelanga, atau pasal sebab seekor nyamuk habis kelambu dibakar.

      Kes macam ni, (nurse macam ni) memang ada tapi saya pasti bilangannya tak ramai. Saya dah minta kebenaran Jamal nak siarkan nama tempat ujian darah yang dia buat tu, dan dia benarkan. Dia kata rugi tak ambil pic nurse tu kalau tak boleh saya siarkan dlm blog ni hehehe

      Tempat tu adalah di KLINIK KESIHATAN CHENG MELAKA

      Saya bimbang kalau ada orang yang nak buat ujian HIV terutama budak2 remaja yang terbabas di klinik seperti ini pasti mereka akan pulang kalau awal2 lagi dah jumpa dengan kerenah seperti nurse diatas.

      Delete
  2. Aduan perlu dibuat secara bertulis ke pihak pengurusan hospital. Kakitangan Kesihatan sepatutnya menjadi salah satu badan yang menarik PLHIV datang ke hospital mendapatkan rawatan. Jamal baik kalau saya dengan lembut saya akan sound balik tetapi saya pastikan berkesan. Saya pernah cuba bantu sahabat saya PLHIV untuk dapatkan rawatan ujian saringan di Klinik Kesihatan di sini, baru berdiri bertanya prosedur ujian HIV, pekerja di kaunter pertanyaan memandang saya atas bawah macam saya alien yang turun dari langit. Dekat 10 minit dia meneliti diri saya. Dia terangkan kepada saya dan penjelasannya tidak lah user friendly pada saya. Lunch time saya terserempak makan di restoran sama, dari meja seberang saya tahu dia bercerita tentang saya dari gerak bibir saya tahu dia kata ko percaya tak perempuan ada hiv? Masa nak bayar saya singgah meja dia n the gang saya sound " Sorry, saya bukan plhiv tapi saya ada kawan plhiv, saya tanyakan untuk dia sebab saya tahu kalau dia yang pergi mesti dia malu sebab identiti dia terdedah. Saya simpati sangat pada dia". Saya balik office dengan rasa senang hati sebab saya convey message supaya kakitangan di bahagian berkaitan mesti amanah sebab seorang yang buat hal semua akan dicop seperti anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Macam saya kata memang masih ada segelintir orang macam ni, mereka suka memandang serong pada PLHIV.

      Contoh saya ketika melawat anak saudara yang masuk ke hospital kerana denggi, sebaik saya tiba di katil ia, adik perempuan saya (mak anak saudara saya tu) muncungkan mulut kearah sebuah katil seorang banduan bergari lelaki sambil berkata " Tu orang tu ada HIV".

      Saya hanya diamkan sahaja, masaalahnya macam mana adik saya boleh tahu lelaki itu ada HIV, maybe ia tahu dr anaknya (anak saudara saya) Tapi bagaimana anak saudara saya boleh tahu lelaki itu ada HIV?

      Kalau tak kakitangan dlm hospital itu yang menyebarkan pasti semua orang tak akan tahukan. Tapi maacam saya kata sebelum ini, masih ramai kakitangan yang perihatin contohnya semasa saya terlantar dihospital dulu, selama sepuluh hari nurse dan doktor berterusan merahsiakan status saya, saya nampak adik ipar saya bertanya sebab saya terlantar semasa dihospital, tapi nurse itu tetap merahsiakan.

      10 hari terlantar setiap hari ahli keluarga saya dtg melawat tapi seorang pun masih tak tahu yang saya ketika itu menghidap gejala AIDS.

      Delete
  3. nurse macam ni da hampir2 senja untuk tunggu pencen, lagipun dia da putus haid atau sy yakin tiada suami tu..saya derma darah pun kena taye nape tak derma di tmpt kerja, balik kampung baru nak derma....padahal dia tak puashati sy tak suke anak sedara pempuan dia hihi

    InsyaAllah nurse masa hadapan digantikan dengan wajah yang keibuan dan paling penting taraf kelulusan dan IQ ditingkatkan sebagai penaraf perkhidmatan- mcm menteri plak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. walnut

      hehehe...hampir senja hehehe

      Ya untuk mengelakkan kejadian ini berulang, pandangan saya dlm jangka masa panjang semua nurse pelapis(baru)yang bakal mengantikan nurse senja, perlu ditekankan diajar supaya lebih mesra pesakit sejak dari awal pembelajaran, kefahaman mereka terhadap HIV dan penyakit2 lain perlu tinggi dan yang penting mereka perlu diajar (dibiasakan) agar menjaga tingkah laku kelakuan serta sikap mereka semasa melayan pesakit, penderma atau sesiapa sahaja yang mengunjungi hospital atau klinik2 tersebut.

      Boleh????....hehehe...

      Delete
  4. Salam
    Sy juga dr bidang kesihatan. Tp saya cadangkan Jamal buat aduan. Klinik mana. Tarikh dan masa.
    Diorang tu kurang kesedaran. Bagi makan penampor pun belum tentu sedar. even kawan2 sy pun masih ade yg pandang -ve pd ODHA, tetapi mereka tidak seculupar itu. Celupar mereka hanyalah dengan bersisik sesama rakan sekerja. Sy hanya mampu menasihati mereka bahawa...kita sbgai kakitangan kesihatan ni..lagilah berisiko tinggi utk dijangkiti. Mungkin hari ni xde...esok lusa.. kalau kena...wahallahulam.

    -benci dengan stigma negatif masyarakat apatah lagi dr kakitangan kesihatan-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chenta Saya

      Saya tak pasti sama ada Jamal nak buat aduan atau tak, perlu seorang yang berani untuk menghadapi kerenah ketika kita mengadu nanti.

      Sebagai menjawab pertanyaan Chenta Saya bagi pihak Jamal, kejadian berlaku di Klinik Kesihatan Kerajaan Cheng Melaka, pada Selasa 22 January 2013 sekitar waktu pagi.

      Wallahuallam

      Delete
    2. Abg Najmi, masyarakat Melayu ni kena bertapis berkata2..jika ilmu di dada blum penuh, jgn sembarangan sound org senior @ kakak2 senja ni...

      Ada kes inspektor kesihatan di Perak saman org kampung yang ternak denggi..pastu sakit kena santau. Bayangkan RM500 saman tu, terbeliak orang kampung.

      Bahagian Komunikasi Korporat di Blok E7 Parcel E KKM yang jaga komplen2 ni..Bahagian diorang disediakan akhbar2 harian untuk baca dan jawab masalah berkaitan KKM. Mana2 staf skrg mmng da trauma kena komplen sebb samada dipindahkan ke pedalaman atau kena tulis surat tunjuk sebab kepada pengarah.

      Delete
    3. walnut

      Ohhh kalau komplen nurse tu, boleh ker nurse tu di "send" ker kawasan pendalaman dalam hutan belantara biar dia "celupar" dengar harimau2 yang datang buat rawatan...hantar ke Ulu-ulu ..ok tak....hehehehe baru menyesal tak sudah.

      Jamal kata tengok macam mana maybe ia akan buat aduan tapi ikut cara yang betul lah kut....

      Delete
  5. len x jumpa orang macam tu, cakap je, kenapa puan ni cakap kasar sangat, x de etika kerja ke...sesekali kena bagi tahu trus kat batang hidung biar dia orang sedar dia org kena pro bila kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. susumanis

      Maybe dia (nurse) tu belum jumpa buku dengan ruas, kebanyakkan kita seperti Jamal tak nak keruhkan keadaan, Jamal pun malu semasa kejadian tersebut. Tapi percaya lah satu hari nanti pasti ada seseorang yang boleh membalas dengan kata maki hamun melawan balik dengan nurse tu, pada masa tu pasti nurse tu akan terduduk bila kena tengking.

      Delete
  6. Salam,

    Dalam hal sebegini, kita perlu buat aduan kepada pihak berwajib kerana, keadaan seperti ini adalah salah dibawah etika perubatan..Maybe keadaan sebegini memberi impak yg negetif kepada pesakit..Apa2 pon kita perlu sabar x semua org sama perangai...

    By KK

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK

      Saya risau bila ada dikalangan mereka yang merasai diri berisiko yang nak menjalani ujian HIV, mereka pasti akan membatalkan hasrat menjalani ujian sekiranya awal-awal lagi dah bersemuka dengan kerenah celupar seperti ini.

      Ya saya setuju tidak semua berperangai seperti ini, masih ramai yang perihatin seperti jururawat lelaki yang membantu Jamal itu.

      Delete
  7. assalam ....

    report jeee .... tp biasanya .... ada ker tindakan diambil ... ??? huhuhu ....

    apapun .... semoga tabah dan cekal dengan persekitaran keh .....
    kita tak leh nak menduga apa apa pun ....cabaran/dugaan mesti ada ....

    ReplyDelete
  8. Shahrul

    Jamal ada beritahu saya,

    "Kalau ada masa nanti Jamal pergilah buat report tapi dengan cara yang betul lah kan"

    Itu yang dia beritahu saya, tak pa bagi saya terpulang pada Jamal fikirkan tindakan yang terbaik untuk diambil.

    ReplyDelete
  9. yep perlu report.

    Tapi sebenarnya, saya rasa Jamal sepatutnya tidak kekaunter umum untuk saringan.

    Sepatutnya, terus beritahu kaunter pendaftaran tu yang dia nak buat ujian HIV. Tidak perlu check kesihatan dahulu. Kaunter pendaftaran akan terus arahkan dia ke bahagian makmal, disana dia darah akan terus dicheck. Tak silap saya begitulah prosedur yang mudah, sebab ex partner saya ada juga buat ujian tu, di kelinik kesihatan yang sedaerah dengan Klinik Kesihatan Cheng itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MGDA

      Saya rasa setiap klinik atau hospital pasti peraturannya sama tapi berbeza keadaan suasana tempat. Itu yang membuatkan seseorang tu keliru.

      Dalam kes Jamal dia baru pertama kali nak buat ujian darah, so dia memang tak tahu kemana nak dituju. Saya pasti ramai orang yang tak tahu ke kaunter mana yang nak dituju sekiranya mereka nak buat ujian.

      Biasanya cabaran dah bermula sejak kita bertanya di Kaunter Pertanyaan lagi kan. Kalau yang jaga kaunter tu "kepohchi" pasti ia akan tanya yang bukan2 walaupun itu bukan tugas mereka untuk bertanya hehehe......Wallahuallam...

      Delete
  10. Jamal, sabar ek...

    Ko doa jer dalam hati supaya tuhan balas balik mulut longkang nurse tu...tak dapat balas ngan perbuatan benci dalam hati pon jadi la...

    Huhu,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tchr shda

      Jamal bengang beberapa jam lepas kejadian tapi sekarang dah ok dah tu....Pengalaman ia adalah pengajaran buat kita semua kan...:)

      Delete
  11. Assalamualaikum semua,

    Orang seperti jururawat tersebut harus diajar.
    Kalau saya, saya sound balik jururawat tersebut.

    "Puan, tugas Puan adalah untuk pendaftaran. Bukan nak kecoh memalukan saya di hadapan orang ramai. Kalau saya jahat pun, itu dosa saya dengan Tuhan. Lagipun Puan ada anak. Jangan sibuk nak jaga tepi kain anak orang... Kalau nak nasihat saya pun ini bukan caranya. Oh...nama Puan siapa ya? (sambil cuba- cuba tengok name tag). Puan saya akan laporkan nama Puan pada pihak pengurusan hospital kerana tiada etika kerja. Ingat di sini tempat Puan mencari rezeki bukan mencari dosa. Semoga Allah memberi hidayah kepada Puan. Terima kasih. Assalamualaikum."

    Boleh tak selepas ini setiap yang mahu membuat ujian bersedia dengan kemungkinan untuk berjumpa manusia biadab seperti jururawat tersebut..? Kes seperti ini memang perlu dijawab face to face...but yet positive... :)

    Sediakan payung sebelum hujan.

    Lebih mudah, bagi mereka yang ingin membuat ujian HIV, anda boleh ke PTF. Di sana, insyaAllah tiada kes seperti kes Saudara Jamal. Jika anda didapati positf HIV, anda akan dirujuk ke Hospital Sg. Buloh dan di sana anda akan dibantu sukarelawan PTF. Mereka akan membantu melicinkan urusan anda.

    We must be always positive but yet we must be firm and confident.
    Banyakkan membaca. Bercakap atas fakta. InsyaAllah we can handle people out there.

    Ciao!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      PTF di KL sahajakan, jika ada cawangannya di bandar-bandar lain ok lah, apa pun terima kasih bagi yang berada di sekitar KL boleh ke;

      Pt Foundation
      Address: 7C-1, Jalan Ipoh Kecil, Off Jalan Raja Laut, P.O. Box 11859, 50350, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, 50350

      atau ke http://www.ptfmalaysia.org/contact.htm

      Delete
    2. Yes Naj Mi... Saya lupa...
      Tapi rasanya ada lagi badan-badan NGO lain di setiap negeri.
      Cuba googles.

      Delete
    3. Anonymous

      Betul ada badan2 NGO disetiap negeri, abg ada entry berkenaan nombor2 talipon tersebut disebelah kanan blog ni, klik aje. Yang pasti memang kena google lah taku ada perubahan dengan nombor2 yang diberi (dlm entry saya tu)....Tapi risau gak bagaimana kalau semua NGO dinegeri2 tu tidak mengambil pendekatan sikap seperti PTF kan, lain pertubuhan lain caranya, mana tahu ada staff yang "kepohci" .....:)

      Delete
    4. Bagi penampar je lah NURSE tua nak mampos tu Jamal..

      Delete
    5. Bagi je penampar kat NURSE tu.. Give her a lesson to learnt ☺

      Delete
    6. HIV+

      Sabo-sabo hehehe...memang Jamal pun ada kata rasa nak tampar aje nurse tu, saya pun geram kalau dia perli ketika berada dalam bilik, hanya mereka berdua sahaja ok lah sikit (pun tak boleh kan)

      Tapi dia bising depan orang ramai. Kita yang PLHIV ni pun kalau nurse panggil nama dihadapan PLHIV yang lain pun masih ada segan, ini kan pula depan orang ramai dan sebut kata2 yang bukan2 lagi huhuhu

      Delete
  12. I am getting married soon.. 2 hari lepas g klinik for ujian darah.. then, result was +ve... *gulp.. call off the wedding?

    ReplyDelete
  13. nasib abik Dr yg Muzammil jumpa tu baik.... tapi malulah juga sebelum nak smpai ke Dr pakar tu, MA tu mcm pandang pelik je masa Muzammil request nak buat rapid test.....

    BTW, thanks Dr itu yg beri support pada Muzammil...

    baru2 ni, Muzammil x buat appointment nak jumpa Dr. itu.. n then Muzammil terus pergi ke klnik tersebut... Muzammil punya special kes.. n then Muzammil kena masuk bilik pesakit kronik.. jumpala dgn sorg Dr India ni.. bila Muzammil request sekali lagi utk rapid test, dia mcm naikkan suara.. knapa U asyik dok ulang rapid test... U suka main ka? multiple partner??... Muzammil pangguk, malu sebab org bilik sebelah dengar (pintu kt klinik tu x tutup antara bilik)... so, tekadkan diri.. pergilah buat test.... n dapat result... -Ve... btw, Dr tu sound lagi, u x perlu dtg semula...

    padahal Dr India tu x faham masalah Muzammil dari mula lagi... hanya Dr yg mula2 Muzammil jumpa tu tahu hal perkara sebenarnya.... hurmmm...

    abg Najmi in baru permulaan cerita Muzammil.. ada banyak lagi.. huhu...

    ReplyDelete
  14. Muzammil Adrian

    Alhamdulillah ujian test awak -ve kan. Nanti kalau bercerita, cerita di satu tempat hehehe senang abg copy dan paste. Abg harap kehidupan Muzammil hari ini dan masa depan sentiasa dipermudahkanNya..

    ReplyDelete
  15. ok abg Najmi... Muzammil tngah study2 kt blog abg Najmi.. sory la kalau bahasa kurang sempurna..... nanti dah siap citer Muzammil, Muzammil send kt gmail abg yer.....

    Inshaallah abg.. doakan Muzammil supaya tetapkan iman utk berubah......

    ReplyDelete
  16. aduhaii lemah semangat nak buat test baca kisah ni...boleh sapa2 suggest tempat yg selesa nak buat HIV test ni di area kuantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Kalau tanya saya, saya tak tahu klinik yang baik di Kuantan tu, tapi tak semua kakitangan perubatan yang bersikap seperti itu, usah fikir yang bukan2 sangat, tawakal berdoa pada Allah jugalah, semoga urusan ujian darah di Hospital Kerajaan di Kuantan tu berjalan lancar...Jangan risau sangat...insyaallah pasti ada nurse yang baik

      Opsss...abg mampu cadangkan pergi aje ke Hospital atau klinik mana2 yang berdekatan...

      Delete
  17. Salam.rsnya staff tu da kn transfer laa...bgos sgt.sbb staf kt klinik tu mmg ada kuang ajau skit..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST