Friday, 4 January 2013

KISAH PENGHIDAP HIV, AKIBAT BERGELUMANG DENGAN SEKS BEBAS

Seorang lelaki 30-an, masih bujang, kerja di sebuah syarikat dengan pendapatan bulanan antara 4,000-5,000 sebulan. Kerjanya pula memerlukan dia pergi ke beberapa negeri beberapa hari dan bermalam di hotel di negeri berkenaan. 
 

Terpengaruh Dengan Kawan-kawan 

Kerjanya pula ramai kawan yang dari tempat lain dan ada yang kaki perempuan. Pada mulanya dia macam takut-takut, tapi akhirnya dia terjebak. Kebiasaannya, mereka 2-3 orang lelaki akan membawa perempuan balik ke hotel dengan bayaran tertentu. Bayarannya pula bukanlah setinggi mana dan tiada masalah untuknya mengeluarkan wang itu tujuan itu.
 
Gadis Remaja

Bila ditanya, lingkungan umur perempuan tersebut, lelaki ini kata, kebiasaannya yang umur belasan tahun dan awal 20-an. Mencari perempuan begini bukanlah susah sebab kawannya sudah biasa. Lama kelamaan, dia pula yang biasa mencari perempuan sendiri sekiranya kawannya tidak ada.

"Berkenaan bayaran ini, tak tahulah nak cerita. Rasanya dia orang tak kisah soal bayaran sebab yang penting enjoy dan dapat belanja makan dan top up telefon". Ceritanya. 

Ramai Sangat Perempuannya 

Bila ditanya, berapa ramaikah perempuan yang dia sudah langgan, jawabnya tak ingat. Bila dicadangkan angka 10, atau 20, atau 50, jawab dia hampir-hampir 50 orang dah. Katanya semua peringkat umur dari remaja hingga 40-an tapi yang ramainya remaja lagi.

Katanya, sudah pelbagai bangsa tapi yang ramainya adalah sebangsa dan seagama dengan kita.  Ditanya lokasinya di mana, dia beritahu 3 bandar besar yang dia biasa pegi. Semuanya di negara kita, di semenanjung ini juga. Ditanya hotel apa, dia tak berapa pasti tapi dia sebuatlah jalan apa dan berdekatan apa. 

Katanya, bukan susah nak cari perempuan sebab dalam beberapa keadaan, perempuan itu akan cari lelaki dengan pelbagai cara. Katanya lagi, masa buat 'projek' dia tak semestinya pakai stokin. Ini bukan stokin biasa yer. Masa tu, nak pakai, pakai, taknak pun tak kisah. 

Jatuh Sakit

 
Lelaki ini tidak tahu apa sakit yang dihidapinya. Badan dia kurus sehingga lebih 15 kg secara tiba-tiba. Dulu beratnya hamipr 70 kg, sekarang jadi lebih 55 kg saja. Ada orang kata dia makan ubat kurus tapi dia tak pun. Bila ditanya, adakah dia selera makan dan minum dan tidur nyenyak. Katanya semuanya macam biasa saja.



Satu hari itu dia demam, mulanya ingatkan demam biasa. Tapi demamnya melarat lebih seminggu, kemudian baik seperti sediakala. Dia menyambung kerja seperti biasa. Begitulah hidup dia, dia rasakan dia tak sakit apa-apa yang kritikal.



Nak Nikah

 
Lelaki ini hendak menamatkan zaman bujang yang penuh 'buaya' itu. Dia nak kawin dengan seorang gadis kampung, dari keluarga orang baik-baik. Maka dia memperlihatkan budibahasa yang tinggi pada bakal bapa dan mak mertua dia. Dia dipuji oleh masyarakat di kampung itu.

Periksa HIV
 
Diringkaskan cerita, lelaki ini disahkan mengidap HIV. 
Diringkaskan lagi cerita, akhirnya perempuan ini bernikah dengan lelaki yang dia sudah tahu ada HIV selepas diberikan khidmat nasihat oleh pakar HIV. 
Diringkaskan lagi cerita, maka tamatlah cerita ini.

Orang tua-tua berpesan,

"Segala yang baik dari cerita ini, jadikanlah pengajaran dan yang buruk itu jadikan sempadan".
 
Sama-sama Kita Renungkan
 

Yer, betul..... Kita dulu berada dalam kandungan ibu kita kira-kira 9 bulan lamanya. Selepas itu kita lahir sebagai anak yang tiada dosa seperti kain putih. Kemudian ibu dan bapa kita yang mendidik dan memberi pelajaran pada kita. Lepas itu kita dewasa, kita tentukan ke mana haluan kita. Kita tahu apa dia dosa, apa pahala. Orang berzina, main judi dan  minum arak tahu yang zina, judi dan arak itu dosa. Tapi tetap ada juga yang pilih dosa dan terjebak dalam lembah kehinaan ini.

Hidup kita hanya sementara, seperti kita dari JB hendak ke KL, kita singgah di R&R Ayer Keroh Melaka untuk makan, toilet dan isi minyak kereta kita. Kita tak akan terus berhenti di R&R Ayer Keroh itu, sebaliknya akan meneruskan perjalanan ke KL. Begitulah dengan hidup kita tuan-tuan dan puan-puan... kita hidup di dunia ini hanya tempat persinggahan sementara saja seperti R&R tadi, kita akan teruskan perjalanan hidup kita.


Setiap yang hidup pasti akan mati, tidak perlulah kita berhujah untuk menafikan kematian. Sehebat manakah kita.... sekaya manakah kita.... sebesar manakah pangkat kita.... kita pasti akan mati. Kita akan masuk ke lubang kubur juga. Segala harta, pangkat dan kekayaan akan ditinggalkan kepada yang hidup. Antaranya isteri atau suami kita, juga anak-anak. Yang kita bawa ke lubang kubur apa ? Jawapannya amalan kita di dunia akan dikira satu persatu. Amal baik akan dibalas baik, amal buruk dan jahat dkan dibalas jahat.


Berapa lama kita berada di dalam kubur? Entah berapa ratus atau ribu tahun, entah bila. Jadi kalau kita lapang dan bahagia di alam kubur kita, selama mana pun, kita akan bahagia di sana dan tidak kisah selama mana kita di sana. Tapi kalau kita disiksa di kubur, maknanya berapa tahun kita akan meraung kesakitan dengan siksaan itu ? Renungkanlah....


Apabila malaikat Izrafil yang tugasnya meniup sangkakala, orang yang banyak amal baiknya akan dibangkitkan dalam keadaan yang gembira dan tenang. Sebaliknya orang yang sewaktu hidupnya di dunia dulu jahat, maka di padang Mahsyar nanti dia akan tersika lagi.


Selepas itu, ke mana perjalanan mereka ? Syurga atau neraka ?

Kembali Kepada Kisah Tadi
 

Sama-sama kita renungkan, adakah perempuan-perempuan yang hampir 50 orang ini adalah pengidap HIV juga ? Bagaimana dengan kawan-kawan dia termasuk yang ajak dia buat jahat dulu ? Juga kawan dia yang dulu baik tapi jadi jahat sebab dia yang ajar orang ni jadi jahat. Adakah mereka juga pengidap HIV ?

Jawapannya, selagi tak periksa darah untuk HIV, tak tahu keputusannya. Kalau setakat nak periksa kandungan gula atau kolestrol dalam darah, rasanya tak dapat tahu dia ada HIV.


Sumber : http://kadikluang.blogspot.com/


13 comments:

  1. salam najmi, tq terus berkongsi cerita buat ingatan kita bersama ! all the best for u in 2013 ye In Shaa ALlah

    ReplyDelete
  2. Kesuma Angsana

    Sama-sama....Selamat Tahun Baru 2013 juga pada KA....:)

    ReplyDelete
  3. Najmi peringatan yg baik, saya nak berkuburkan istana tapi saya perlu top up amalan saya yg hanya pondok buluh reput. Thx

    ReplyDelete
  4. Tula kita kena berhati-hati memilih kawan,tersalah memilih kawan ia boleh
    membinasakan diri kita sendiri kan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ROY

      Ya sesiapa pun kena hati2 mmilih kawan, kawan yang baik boleh bawa kita kesyurga kawan yang tak boleh bawa ke neraka..Wallahuallam

      Delete
  5. Terima kasih...
    memang saya takkan mendedahkan identiti saya kepada mana2 bank dan pihak insurans tentang status HIV saya...persoalan yang bermain di minda saya ialah seseorang PLHIV ( pada pendapat mereka, dah dijangka akan berakhir dengan kematian berbanding dengan orang normal yang pun akan mati tapi tak tau sebab apa dan bila..Persoalannya..
    1 Jika saya membuat pembiayaan peribadi atau pinjaman perumahan, memang ada insurans dan jika seseorang normal tue mati ( kanser, kemalanagn, dan penyakit2 kritikal lain) mereka tak perlu bayar pinjaman tersebut lagi..masalahnya jika kita mati disebabkan AIDS mungkin 3o tahun akan datang..?adakah pinjaman tidak juga perlu dibayar?
    2. Mengenai insurans pula, bagi pendapat kawan saya di bidang insurans, pihak insurans memang tak cover kalu mati disebabkan AIDS..ataupun penyakit kritikal yang lain memandangkan status HIV.penyakit kritikal tue dikira sebagai AIDS..

    Saya bimbang jika nak buat pinjaman perumahan terutamanya sebagai pegawai kerajaan, saudara semua tahu, pembiayaan perumahan bukannya sekejap tempohnya, tempoh hampir 30 tahun, dan jika ditakdirkan saya pergi meninggalkan dunia dengan status HIV yang saya pegang, saya tak mahu menyusahkan keluarga terutama ibu/bapa untuk meneruskan pembiayaan balik pinjaman tersebut......

    Saya minta pandangan dan pengalaman rakan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insuran memang terbatal tetapi kalau pembiayaan pinjaman kalau anda buat biasanya tidak perlu declare taraf kesihatan secara detail tetapi sbg pegawai kerajaan ada perkara2 tertentu yang perlu kita fikirkan. Email najmi utk keterangan lanjut.

      Delete
  6. Maaf Nazmi ,
    tersilap comment kat entry..hehe..sepatutnya komen tenatng insurans dan pembiayaan rumah tadi di entry AIDS- Jawapan kepada Kemusykilan Anda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat dan pandangan saya lebih mudah jika saudara dapat menghubungi Najmi melalui email.

      Insyaallah ada diantara rakan beliau yang setahu saya boleh cuba menjawab permasalahan saudara itu..Insyaallah.

      Wallahualam

      syukran jazillan

      Delete
  7. Anonymous,

    Persoalan tentang kebimbangan awak diatas sudah saya copy dan paste kan ke ruang komen di entry AIDS - Jawapan kepada kemusykilan Anda.

    Saya harap ada pembaca yang sudi memberi pandangan mereka menjawap persoalan yang awak hadapi itu.

    ReplyDelete
  8. salam saya ada seorg adik lelaki, baru2 ini di disahkan detected hiv, adakah maknanya dia dah ada hiv? tapi dia belum hiv positif dah 2 x dia buat test hivt satu negatif satu lg detected, saya rs adik sy nie mgamalkan hidup songsang di kl, sebab dari kecik jiwa nya lebih kepada seorg perempuan, walau pun dia lelaki, boleh tolong jelaskan x? saya buntu sgt2 nie ada x mana2 badan @ rumah2 perlundungan yg boleh memberi motivasi kepada adik sy? sy rasa nk mghantar dia utuk wash brain dia tu! kalau mak ayah sy di kg tahu, xtahu lah apa akn jd kepada mereka, subahallah, bntulah saya - kakak yg sygkan adiknya-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Salam, ya dia dah dikesan ada HIV lah tu,dah 2 kali dia buat ujian satu negatif satu lagi detected, dia kena jalani ujian lagi untuk pastikan kesahihan ujian2 sebelum ini...kalau saudari ingin maklumat lebih lanjut cuba hubungi saudara Luka atau email kepadanya..kalu call rasanya lebih senang sebab Luka lebih tahu tentang tindakan yang terbaik boleh diambil.

      Luka Rafieqa Officially Page
      http://www.facebook.com/lukarafieqa

      Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
      Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

      Phone 017-311 0306
      Email lukarafieqa@gmail.com
      Facebook Luka Rafieqa
      Website http://lukarafieqa.blogspot.com

      Saya rasa hanya terdapat rumah perlindungan khas untu pembawa HIV yang tidak ada tempat tingga sahaja atau yang dibuang ahli keluarga sahaja, rumah utk di brain wash rasanya tak ada tapi saudari boleh tanya sama ada rumah perlindungan itu mahu menerima adik saudari itu atau tak, saudari boleh klik maklumat yang tertara disebelah kanan blog ini tentang rumah perlindungan, saudari boleh juga tanyakan pendapat dari Luka juga tentang ini.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST