Monday, 28 January 2013

KHASIAT SPIRULINA & madu - 10 TAHUN MASIH TIDAK PERLU HAART

KHASIAT SPIRULINA 

Salam Saudara Najmi.

Saya derma darah dan disah PLHIV (ODHA) pada Oktober 2002. Saya berkahwin pada 2011. Isteri saya HIV negatif, sejak itu saya mula buat rawatan susulan berjumpa dengan doktor. Pada Jun 2012 yang lalu CD4 saya 685. Alhamdulillah walaupun sudah 10 tahun sudah berlalu doktor tidak sarankan rawatan HAART pada saya lagi.

Saya ada terbaca tentang 4Life Transfer Factor yang saudara ceritakan, ianya menarik perhatian saya. Selama ini amalan saya ketika bangun tidur ialah Madu dan Spirulina. Doktor tidak mengalakkan saya banyak makan supplement kerana boleh bawa mudarat, cuma doktor nasihat jangan ambil berlebihan vitamin untuk jaga buah pinggang. 

Saya sudah order 4life, saya nak cuba ganti dengan spirulina, makan pun 1 biji sahaja sehari, save cost dan pada bulan Febuari 2013 saya akan buat ujian Viral Load. Bulan Mac atau April saya akan buat ujian CD4 pula. Kita tengok keputusannya nanti. 

Apa pandangan saudara? CD4 penting pada saya. Suplement 4Life juga menarik. 

Madu adalah penawar buat manusia, Allah perintah lebah di kawasan itu untuk kesihatan orang di kawasan tersebut. Jadi "Madu Tualang" original yang saya amalkan dan terbaik sekiranya dibeli di Cameron Highlands agak murah sikit. Ia memang madu yang terbaik jika dibandingkan madu negara-negara lain.
Spirulina Elken RM90 untuk 250 biji

Suatu ketika dulu saya amal daun gandum Zhulian kemudian selepas itu saya diperkenal dengan Spirulina Elken. Apabila saya buat ujian, CD4 saya dapati ada pertambahan. Dan sekarang saya makan Spirulina Zhulian hadiah dari isteri.


Spirulina Zhulian RM70 untuk 250 biji

Yang wajib bagi saya ialah Madu dan Spirulina keduanya adalah makanan supplement saya.

Walau bagaimana pun senjata paling penting adalah berdoa dan zikir, jangan lupa amalkan doa dan zikir setiap waktu, terutama pada 1/3 malam adalah waktu yang terbaik (solat malam). Saya pastikan kesihatan ada penjagaan maka saya ikut cara Rasululah SAW. 


Terima kasih
HR



KANDUNGAN NUTRIEN DAN KEBAIKAN SPIRULINA


1- Protein & Acid Amino
2 - Asid Lemak dan lain-lain Lipid yang mustahak ; 
3 - Vitamin & Zat Galian 
4 - Asid Gamma Linolenic (GLA) 
5 - Karbohidrat, Pigmen & Enzim


Protein & Acid Amino
  1. Spirulina mengandungi kandungan protein tertinggi berbanding dengan mana-mana pemakanan asli (65%) melebihi daripada daging dan ikan (15%-25%), kacang soya (35%) dan telur (12%).
     
  2. Spirulina adalah sumber protein yang lengkap memandangkan ia mengandungi segala asid amino yang penting.
     
  3. Ia mudah dihadamkan dan menyerap (85%-95%) kerana dinding sel mukopolisakaridanya yang lembut dan tidak mengandungi selulosa (fiber atau serat).
     
  4. Penghadaman dan penyerapan adalah mustahak bagi manusia yang kekurangan nutrien, orang dewasa dan usus yang malserapan 

Asid Lemak dan lain-lain Lipid yang mustahak
  1. Spirulina secara praktiknya tidak mengandungi lemak/100g dan tidak mengandungi kolesterol.
     
  2. Ia bagaimanapun sumber pekatan GLA(gamma linoleic acid). Ia membantu dalam menyeimbangkan pengujudan kolesterol, keadaan kulit dan sebagainya. 

Vitamin & Zat Galian
  1. Spirulina mengandungi makanan terkaya dalam Beta-Carotene (pro-vitamin A) 10 kali lebih dari lobak.
     
  2. Badan manusia boleh menukar Beta-Carotene kepada vitamin A apabila diperlukan.
     
  3. Vitamin A adalah mustahak dalam mengekalkan lendir selaput (Mucus Membrance) dan pigmen sesuai untuk penglihatan.
     
  4. Beta-Carotene boleh mengurangkan kolesterol dan mencegah kanser.
     
  5. Spirulina adalah sumber utama Vitamin B12. Vitamin ini mustahak bagi menghasilkan sel darah merah, sumsum tulang dan membina sistem saraf.
     
  6. Kebanyakkan tumbuhan serta sayuran tidak mengandungi B12. Vegetarian atau pemakan sayuran perlu mengambil Spirulina untuk menggantikan kekurangan vitamin B12.
     
  7. Vitamin B12 juga membantu mengurangkan risiko serangan lemah jantung dan strok.
     
  8. Spirulina juga merupakan sumber terkaya zat besi (50 kali lebih daripada bayam)
     
  9. Penyerapan zat besi dalam Spirulina adalah 60% lebih baik daripada mana-mana iron supplement seperti `iron sulphate dan sebagainya.
     
  10. Zat besi adalah mustahak bagi menguatkan sel darah merah dan sistem imun yang sihat.
     
  11. Spirulina merupakan salah satu makanan kalsium yang utama, membekalkan lebih kalsium daripada susu. Kalsium adalah mustahak bagi tulang yang sihat dan menghalang penyakit `Osteoporosis.
     
  12. Spirulina juga mengandungi magnesium, kromium, selenium, kuprum dan zat besi.
     
  13. Kromium merupakan faktor utama menghalang serta merawat penyakit diabetes. 

Asid Gamma Linolenic (GLA)

GLA, pelupur kepada prostaglandin badan yang terdapat di Spirulina, telah menunjukkan secara kimia dengan kesan bermanfaat ke atas keseluruhan sistem hormon, tekanan prahaid, penurunan kolesterol, sakit jantung, sakit kulit, masalah kesuburan payudara, kanak-kanak yang `hyperactive, arthritis dan sebagainya.


Karbohidrat, Pigmen& Enzim

i.) Spirulina mengandungi 15% - 25% Karbohidrat dan gula yang mudah diserapkan oleh badan dengan penglibatan minima insulin. Ia memberikan tenaga segera.
 
ii.) Pigmen seperti Phycocyanin dan Klorofil membantu membina lebih enzim sesuai untuk mengawal metabolisma badan.
 
iii.) Spirulina mengandungi bilangan enzim. Salah satu daripadanya adalah `Superoxide dismutase (SOD) . Ia adalah
mustahak untuk mengeluarkan radikal bebas dan melewatkan proses penuaan.
   

  BERKHASIAT DAN MERAWAT

  • TONIK OTAK
  • KENCING MANIS
  • BUAH PINGGANG
  • SAKIT SENDI
  • GOUT
  • MIGRAIN
  • BARAH
  • GASTRIK
  • MEMBERSIHKAN USUS
  • RADANG HATI
  • RADANG PARU-PARU
  • ANEMIA
  • LUKEMIA
  • PENYAKIT KULIT
  • HIV / AIDS
  • IBU MENGANDUNG
  • SAKIT JANTUNG
  • IBU MENYUSUKAN ANAK
  • KANAK-KANAK
  • MENAMBAH TENAGA
  • DARAH TINGGI
  • LUKA
  • MELECUR
  • MELANCARKAN DARAH
  • MENCANTIKKAN KULIT
  • PENYAKIT CEPAT SEMBUH
  • AWET MUDA
  • HAIWAN PELIHARAAN
  • MENYEGARKAN TUBUH
  • SISTEM KETAHANAN BADAN
  • SINDROM PUTUS HAID
  • SUKAR TIDUR
  • MELEGAKAN BATUK
  • MENGELUARKAN KAHAK
  • LELAH (ASMA)
  • NYANYOK (ALZHEIMER)
  • PARKINSON
  • TIROID
  • TEKANAN (STRESS)
  • BUASIR


Pada pandangan saya bagi mereka yang telah disahkan HIV positif dan masih belum memulakan rawatan HAART, anda boleh cuba seperti mana yang saudara HR amalkan ini, mana tahu amalan saudara HR juga bersesuaian dengan diri anda. Tetapi kena ingat amalan yang dilakukan oleh orang lain tidak semestinya sesuai dengan tubuh badan kita. 

Kita semua sepatutnya perlu berusaha meningkatkan CD4 dan memperkuatkan sistem imunisasi tubuh sendiri dan pastinya kita perlu berusaha dan mencuba maka anda boleh mencuba cara amalan saudara HR ini.

Saudara HR berkeinginan pula mencuba suplement 4Life untuk meningkatkan secara maksimum CD4 beliau, alhamdulillah kerana saudara HR masih belum memulakan HAART dan beliau  sudah pasti boleh mencuba apa jua suplement atau makanan tambahan  dalam usaha meningkatkan CD4 beliau.

Tetapi buat PLHIV yang sudah memulakan rawatan HAART terpulang pada anda samaada mahu mencuba cara amalan saudara HR ini atau tidak (kalau saya memang hendak mencuba jika ada rezeki).

Perlu diingat PLHIV yang sudah memulakan HAART perlu mengelak daripada mengamalkan sesuatu product yang ada mengunakan bahan-bahan berbahaya (nama bahan yang kita tidak pasti) kerana amalan mengambil product yang banyak berada dipasaran tanpa usul periksa itu boleh memberi kesan kepada keberkesanan ubatan HAART yang kita ambil dan berkemungkinan akan memudaratkan diri kita.

Sekiranya sesuatu makanan tambahan tersebut bersumberkan dari sumber asli contohnya madu, bagi saya ianya tidak salah. Saya sendiri sesekali sekala menelan bawang putih mentah yang dikisar halus dicampur digaul bersama sedikit "olive oil" dan menelan bersama jus. Saya juga sesekali sekala mengamalkan meminum air rendaman kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang yang dihancur dan dimasukkan kedalam air panas (seperti minum teh). Juga minum air halia yang saya kisar dan perah sendiri dan jus tomato. Saya juga meminum air buah peria yang direbus mahupun yang diperah sendiri. Itu antara amalan yang sesekali saya lakukan. Semuanya dari bahan mentah murah yang saya rasa baik jika kita amalkan.

Paling penting eloklah sekiranya kita terutama yang sudah memulakan HAART agar bertanya terlebih dahulu pendapat doktor sebelum mengamalkan sesuatu makanan tambahan yang kita rasa sesuai itu.

Dan jangan lupa berdoa kepada Allah, jangan stress dan sentiasa positif. Wallahuallam


 

9 comments:

  1. Salam maaf bertnya..nak tanya mcm mane pengambilan madu n spirulina tue ye..berapa biji sehari n berapa sudu pula utk madu...tq abg najmi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Seingat saya, saudara diatas (didalam entri) ada kata kalau pil spirulina itu perlu dimakan 2 biji sekali sehari, dia akan makan sebiji sahaja. Maknanya separuh dr yang disarankan.

      Kalau madu tu sebaik bangun tidur sesudu sudah cukup, tapi tak perlu sangat nak ikut cara orang lain, awak boleh amalkan ikut cara awakm maybe sebaik bangun tidur dan sebelum tidur bergantung.

      Yang penting saudara diatas (didalam entri) agak rajin juga bangun awal melakukan solat sunat malam, bangun awal sebelum suboh dan penting berdoa.

      Wallahuallam

      Delete
    2. Hi, when talk about essential nutrients, we also talk about spirulina, an algae that is touted as a superfood rich in phytonutrients. Spirulina is lauded by the World Health Organization (WHO) as "Best Healthcare Product of the 21st Century". Elken Spirulina is not a medicine but a super nutritious health food. Therefore, it will not cause any harm if taken in large doses or taken together with other medication. For detail visit:
      http://kidbuxblog.com/benefits-of-elken-spirulina/

      Delete
  2. Betul ke pesakit yang ada exema tidak boleh makan spirulina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahuallam itu saya tidak pasti...:)

      Delete
  3. Dua biji sahaja? Saya pengamal spirulina Elken (tapi saya sihat). Cadangan pemakanan spirulina sebenar adalah 5-10 biji sehari setengah jam selepas makan. Gunanya untuk lancar pelawasan. :) RM75 - Sbah/Srwk utk 300 biji.
    Namun saya agak sedih kerana bestfriend saya telah memulakan HAART dan doctor dia tidak menggalakkan apa2 supliment kerana pilihan HAARTnya sangat terhad untuk dipadankan dengan fungsi hatinya. Jadi setakat ini cuma dapat mengamalkan HAART.

    Alahai.. knapalah sy selalu terlambat.. Klau tidak mungkin saya sempat berikan spirulina kepadanya.. hhhmmmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanya... orang yang alahan sea food boleh tak makan spirulina ni.... elken atau lain2 jenama... plz.. sapa yg tahu. terimakasih.

      Delete
    2. brademaxx,

      Kalau tanya abg..abg tak pasti...itu kena tanya si penjual product tersebut atau tanya doktor2 ya...apa pun abg harap ada pembaca yang lain boleh membantu menjawap pertanyaan saudara itu di ruang komen disini nanti...:)

      Delete
  4. Spirulina Elken mampu menghilangkn alahan seafood,migrain,anemia,org yg rabun dll..saya sndri sdh merasa kebaikan spirulina Elken yg 100% organic berbanding 30lbih jenama spirulina di luar sana dn no.1 jenama spirulina d mlaysia sdh melebihi pnguna 100juta tmasuk antarabangsa hnya mlalui iklan mulut ke mulut..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST