Monday, 28 January 2013

KHASIAT MADU & spirulina - 10 TAHUN MASIH TIDAK PERLU HAART

KHASIAT MADU

Salam Saudara Najmi. 

Saya derma darah dan disah PLHIV (ODHA) pada Oktober 2002. Saya berkahwin pada 2011. Isteri saya HIV negatif, sejak itu saya mula buat rawatan susulan berjumpa dengan doktor. Pada Jun 2012 yang lalu CD4 saya 685. Alhamdulillah walaupun sudah 10 tahun sudah berlalu doktor tidak sarankan rawatan HAART pada saya lagi.

Saya ada terbaca tentang 4Life Transfer Factor yang saudara ceritakan, ianya menarik perhatian saya. Selama ini amalan saya ketika bangun tidur ialah Madu dan Spirulina. Doktor tidak mengalakkan saya banyak makan supplement kerana boleh bawa mudarat, cuma doktor nasihat jangan ambil berlebihan vitamin untuk jaga buah pinggang

Saya sudah order 4life, saya nak cuba ganti dengan spirulina, makan pun 1 biji sahaja sehari, save cost dan pada bulan Febuari 2013 saya akan buat ujian Viral Load. Bulan Mac atau April saya akan buat ujian CD4 pula. Kita tengok keputusannya nanti.  

Apa pandangan saudara? CD4 penting pada saya. Suplement 4Life juga menarik.

Photo dari mohdazri.blogspot.com
 
Madu adalah penawar buat manusia, Allah perintah lebah di kawasan itu untuk kesihatan orang di kawasan tersebut. Jadi "Madu Tualang" original yang saya amalkan dan terbaik sekiranya dibeli di Cameron Highlands agak murah sikit. Ia memang madu yang terbaik jika dibandingkan madu negara-negara lain.

Suatu ketika dulu saya amal daun gandum Zhulian kemudian selepas itu saya diperkenal dengan Spirulina Elken. Apabila saya buat ujian, CD4 saya dapati ada pertambahan. Dan sekarang saya makan Spirulina Zhulian hadiah dari isteri. 

Yang wajib bagi saya ialah Madu dan Spirulina keduanya adalah makanan supplement saya.

Walau bagaimana pun senjata paling penting adalah berdoa dan zikir, jangan lupa amalkan doa dan zikir setiap waktu, terutama pada 1/3 malam adalah waktu yang terbaik (solat malam). Saya pastikan kesihatan ada penjagaan maka saya ikut cara Rasululah SAW.

Terimakasih
HR



KHASIAT MADU LEBAH


Al Quran sebagai mukjizat diakui banyak membongkar rahsia-rahsia saintifik jauh lebih awal daripada “scientific findings” daripada experiment yang dilakukan para saintis moden. Antara mukjizat al Quran yang baru dapat dibuktikan oleh para pakar adalah tentang khasiat MADU LEBAH.
 

Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran, surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:

 
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”

Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. 

Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.


Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:


1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia);

2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)

3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand);

4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand);

5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN);

6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales). 


Kesimpulannya, 

Al Quran adalah suatu mukjizat yang akan terus membongkar hakikat di sebalik pencipta di alam cakerawala ini. Ini juga menyingkap betapa segala penciptaan yang wujud di bumi ini diciptakan oleh ALLAH dengan fungsinya yang tersendiri. Tiada satu pun objek atau kejadian yang dicipta secara sia-sia. Walau bagaimanapun hanya orang-orang yang berfikir dapat memahami rahsia di sebalik penciptaan yang pelbagai sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:


“Dan mereka-mereka (yang beriman) sentiasa mengingati Allah sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring. Dan mereka yang berfikir tentang segala penciptaaNya sama ada di langit-langit ataupun di bumi. Mereka berdoa: Wahai Tuhan kami, tidak satupun (objek & kejadian di langit dan Di bumi) yang Engkau ciptakan secara sia-sia. Maha Suci Engkau, selamatkan kami dari NERAKA”. (Surah Ali Imran: 191).


Sumber khasiat madu Disini



Pada pandangan saya bagi mereka yang telah disahkan HIV positif dan masih belum memulakan rawatan HAART, anda boleh cuba seperti mana yang saudara HR amalkan ini, mana tahu amalan saudara HR juga bersesuaian dengan diri anda. Tetapi kena ingat amalan yang dilakukan oleh orang lain tidak semestinya sesuai dengan tubuh badan kita. 

Kita semua sepatutnya perlu berusaha meningkatkan CD4 dan memperkuatkan sistem imunisasi tubuh sendiri dan pastinya kita perlu berusaha dan mencuba maka anda boleh mencuba cara amalan saudara HR ini.

Saudara HR berkeinginan pula mencuba suplement 4Life untuk meningkatkan secara maksimum CD4 beliau, alhamdulillah kerana saudara HR masih belum memulakan HAART dan beliau  sudah pasti boleh mencuba apa jua suplement atau makanan tambahan  dalam usaha meningkatkan CD4 beliau.

Tetapi buat PLHIV yang sudah memulakan rawatan HAART terpulang pada anda samaada mahu mencuba cara amalan saudara HR ini atau tidak (kalau saya memang hendak mencuba jika ada rezeki).

Perlu diingat PLHIV yang sudah memulakan HAART perlu mengelak daripada mengamalkan sesuatu product yang ada mengunakan bahan-bahan berbahaya (nama bahan yang kita tidak pasti) kerana amalan mengambil product yang banyak berada dipasaran tanpa usul periksa itu boleh memberi kesan kepada keberkesanan ubatan HAART yang kita ambil dan berkemungkinan akan memudaratkan diri kita.

Sekiranya sesuatu makanan tambahan tersebut bersumberkan dari sumber asli contohnya madu, bagi saya ianya tidak salah. Saya sendiri sesekali sekala menelan bawang putih mentah yang dikisar halus dicampur digaul bersama sedikit "olive oil" dan menelan bersama jus. Saya juga sesekali sekala mengamalkan meminum air rendaman kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang yang dihancur dan dimasukkan kedalam air panas (seperti minum teh). Juga minum air halia yang saya kisar dan perah sendiri dan jus tomato. Saya juga meminum air buah peria yang direbus mahupun yang diperah sendiri. Itu antara amalan yang sesekali saya lakukan. Semuanya dari bahan mentah murah yang saya rasa baik jika kita amalkan.

Paling penting eloklah sekiranya kita terutama yang sudah memulakan HAART agar bertanya terlebih dahulu pendapat doktor sebelum mengamalkan sesuatu makanan tambahan yang kita rasa sesuai itu.

Dan jangan lupa berdoa kepada Allah, jangan stress dan sentiasa positif. Wallahuallam




 

23 comments:

  1. Salam , boleh tak saudara beritahu madu tualang apa yang saudara amalkan? nama jenama..?sebb saya ingin mencubanya sebelum HAART, memang saya nak cuba madu tualang tpi saya keliru dan takut, madu-madu yang dipasaran tidak asli atau dicampur adukkan..Jika saudara tidak keberatan, boleh tahu tak nama madu yang saudara makan dan di mana nak dapatkannya?beritahu nombor telefon atau pengedar.Sbb saudara sendiri telah mengalami pengalaman baik iaitu cd4 maintain setelah mengamalkan madu jenama tersebut dan spirulina elken...jadi kalu tidak keberatan, boleh kongsikan.terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak beli madu tualang asli boleh beli daripada FAMA. Diaorang ambil dari pencari madu di Tasik Pedu, Padang Terap, Kedah dan proses serta dibotolkan dengan cantik. :) Minggu lepas saya ke Kuala Nerang, Kedah untuk mencari madu tualang tapi kedai FAMA jual madu tualang kat pekan Kuala Nerang, Kedah tuh tutup pula. Madu tualang tuh memang asli. Apapun madu memang bagus untuk diamalkan bagi kebaikan kesihatan secara menyeluruh. Allah ceritakan tentang kelebihan lebah dan madu ni dalam satu sural al-quran lagi (surah al-nahl). Kawan saya lecturer kat uni, dia kaji pasal lebah bertahun2 dan amalkan minum madu sejak berumur 17 tahun. Dia cakap dari dia berumur 17 tahun sampai sekarang dah berumur 52 tak pernah sekali pun dia demam atau selsema. Satu lagi, cuba awak amalkan makan buah kurma. Sangat baik untuk kesihatan. Untuk makan madu, awak kena gunakan sudu plastik dan jangan gunakan sudu besi. Bancuhkan dua sudu madu dengan air suam kemudian selawat tiga kali dan niatkan dalam hati supaya madu ini dapat menjadi penyembuh kepada segala penyakit dan minum.

      Delete
    2. Anonymous

      Terima kasih...:)

      Buat Anonymous pertama yang bertanya diatas ingin saya beritahu bahawa saudara yang mengamalkan Madu dan Spirulina dlm entry ini pada esok hari (31 - 1 - 2013) akan berangkat ke Tanah Suci Mekah, Saya sudah email padanya bertanyakan berkenaan nombor talipon dan pengedar madu tualang itu kepada nya, bagi menjawab pertanyaan saudara itu. Kemungkinan seminggu dua ini saudara yang mengamalkan Madu ini tidak akan membaca emailnya dan tak membaca entry ini, jadi saya harap saudara Anonymous sabar menunggu sehingga kepulangan dia ke tanah air nanti ya.

      Email saya; najmi620@gmail.com, insyaallah saya akan memberitahu Anonymous melalui email berkenaan nombor talipon dan pengedar Madu tersebut nanti bila saya tahu nanti....:)

      Delete
    3. Ada juga saya dengar orang amalkan makan Spirulina mengalami masalah kerosakan hati. Jadi doktor tidak benarkan memakan spirulina lagi. Mungkin setiap orang kesannya berbeza agaknya kan.

      Delete
    4. Anonymous

      Benar kesan setiap orang adalah berbeza, tapi kadang-kadang kita tidak tahu kemungkinan sebelum kita makan spirulina hati kita sudah bermasaalah sekian lama tanpa kita sedari, atau kemungkinan dia makan tidak ikut sukatan yang betul atau berlebihan.

      Begitu juga halnya dengan proudct 4Life setiap insan berbeza kesannya yang pernah saya dengar. Walau bagaimana pun kita kena yakin untuk mencuba sesuatu product itu, kalau tak mencuba kita tak tahu kesannya.

      Bagi saya bagi mereka yang belum memulakan HAART boleh lah mencuba, cuma bagi yang sudah memulakan HAART ini kena lebih hati2 dlm memilih sesuatu product tambahan itu kan.

      Wallahuallam....:)

      Delete
    5. Saya terbaca dalam blog Azam Ali, Najmi. Beliau dinasihatkan oleh doktor yang merawat beliau agar tidak mengamalkan makan spirulina disebabkan terdapat pesakit yang menerima rawatan daripada beliau mengalami kerosakan hati dan dalam pada masa yang sama telah memulakan rawatan HAART.

      Delete
    6. Anonymous

      Sebab itu PLHIV yang sudah menerima HAART tidak digalakkan mencuba sesuatu product, kalau kita nak juga cuba kita dapatkan nasihat doktor dulu itu lebih baik kan.

      Pengirim email dalam entry diatas ada beritahu saya, kita bila makan sesuatu product tu jangan berlebihan, sebab saya percaya kebanyakan kita kalau sesuatu product itu dikatakan bagus kita akan makan berlebihan sebab nak cepat tingkatkan CD4 atau nak cepat sembuh hehehe

      Sebab tu spirulina saya rasa bagi PLHIV yang belum memulakan HAART boleh cuba amalkan mana tahu kesannya seperti pengirim email entry diatas.....:)

      Tapi walaupun saya dah telan HAART, jika saya ada rezeki nak juga saya cuba amalkan spirulina dan madu ni, sebab kesan pada setiap orang lain berbezakan. Nak kena berani ni heeeeeeee......:)

      Delete
  2. Assalamualaikum,

    Kepada yang CD4 sudah di bawah paras 350 eloklah memulakan HAART.
    Walaubagaimanapun semasa di bawah rawatan HAART, ambil juga rawatan sunnah atau tradisional.

    Seelok-eloknya tidak mengelakkan HAART jika CD4 count sudah rendah dengan menggantikannya dengan rawatan lain.

    Saya telah menjalani HAART dan pada masa yang sama mengambil makanan sunnah seperti madu dan kismis. Saya juga mengamalkan memakan badam, minyak kelapa dara, garlic softgel dan vitamin C di samping makan buah-buahan. Minum air suam yang banyak. Paling penting makan nasi, sayuran dan lauk pauk yang seimbang.

    Jangan berhenti berikhtiar untuk kelangsungan hidup. Selebihnya tawakkal dan berdoa pada Allah.

    Wallahua'lam

    MFZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. MFZ

      Begitu lah hendaknya, jika dulu (pengalaman saya)doktor tunggu CD4 berada disekitar hampir 200-+, baru nak bagi HAART, tapi sekarang dah tak lagi. Terpulang pada PLHIV itu sendiri sama ada sudah cukup sedia untuk memulakan HAART atau masih mahu menangguhkannya lagi ketika kiraan dibawah 350.

      Ya banyak minum air suam (kosong) antara amalan wajib perlu diamalkan terutama PLHIV yang sudah memulakan HAART....:)

      Delete
    2. Menurut Islam adalah menjadi satu kewajipan untuk berusaha mencari penawar/ubat kepada penyakit yang dihadapi. Kita tidak boleh bersikap berputus asa dan menyerah segala2nya kepada Allah tanpa berusaha mencari penawar/ubat. Allah hanya akan menyembuhkan penyakit kalau kena dengan ubat yang betul. Soal hidup/mati adalah urusan Allah swt. Tidak akan makna kalau hidup 1000 tahun tetapi bergelumang dengan maksiat dan dosa. Dalam hidup kita ni kan, Allah menilai manusia bukannya berdasarkan kepada permulaan hidupnya tetapi bagaimana pengakhiran hidup seseorang itu. Sama2lah kita terus berusaha menambahkan amal ibadah dan terus mencari keredhaan Allah swt. Hidup di dunia ini hanyalah sementara, akhirat jua yang kekal abadi.

      Delete
  3. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar...banyak betul info yang berguna.. syukran jazilan.. dari azman.

    ReplyDelete
  4. ADA PEMBACA YANG TELAH MENINGGALKAN KOMEN DIDALAM ENTRY BERTAJUK "14 FAKTA PENTING HIV/AIDS" mengenai MADU;

    Anonymous has left a new comment on your post "14 FAKTA PENTING HIV/AIDS":

    Najmi, tempoh hari ada pembaca dalam blog Najmi ada bertanya di mana beliau boleh membeli madu lebah tualang yang asli kan? Dua hari lepas saya ada beli madu tualang pak haji kat wangsa walk, Wangsa Maju, KL. Memang asli madu tualang tersebut..madu tualang ulu tembeling, jerantut, pahang. Harga dia pun tak mahal..lebih kurang RM148.00. Dapat kupon RM10. Nak beli lepas ni boleh dapat dengan harga RM138.00.

    Maklumat lanjut boleh lihat kat dalam blog ni: http://www.madupakhaji.blogspot.com/

    Najmi, cousin saya amalkan minum madu tualang dan bukan tualang (tapi pastikan yang asli yer). CD4 beliau sebelum ni adalah 178. Minggu lepas dapat result terbaru..CD4 dah naik kepada hampir 450 dalam masa 2 bulan. Alhamdullilah. Dia amalkan minum jus buah-buahan segar yang dibuat sendiri tanpa gula, minum madu + pati delima.

    ReplyDelete
  5. Bagaimana dengan gamat? Maybe gamogen house of healin? Waktu saya kena pneumonia ramai yg suruh ambil gamat.... Masa tu sy belum mula haart lagi..

    Tapi lepas mula haart, sy takut nak ambik supplement. Sbb takut ubat haart (combivir + nevirapine) terganggu. Kalau di lihat dari makanan seharian, mmg saya perlu kan supplement, tapi tak berani nak ambil sesuka hati buat masa ni.

    Madu yang sy tahu adalah Manuka Honey. Dulu2 sebelum di sah kan positive, pernah juga makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZeroFive

      Nasihat saya kena tanya doc dulu sebelum nak amalkan makanan atau minuman kesihatan tu, tapi nurse yang bertugas diklinik PLHIV di sini tanpa saya tanya dia dah bagi amaran jangan ambil product "XXXXGA" sebab ada PLHIV yang amalkan product tu CD4 dia jatuh.

      House of Healing wallahuallam...kalau saya memang takut nak cuba product macam tu sebab dah mulakan HAART tapi kalau belum mula HAART maybe saya akan cuba kut.

      Madu rasanya bagus tapi kena amalkan berterusan lah kan. Product yang berasaskan gamat hmmmm pada saya hentikan lah nak mencuba kalau kita dah telan HAART..

      Delete
  6. Salam maaf nak bertanya ape kisahnya dgn saudara kita yg amalkan madu n spirulina tue ye? Ok ke atau transfer factor lagi ok..mohon bantu rakan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Alhamdulillah saudara kita yang mengamalkan Spirulina dan Madu ni masih dalam keaadaan sihat, 10 disah kan HIV tetapi sampai hari ini saudara kita ini masih tidak maakaan HAART, CD4 beliau masih stabil tinggi, kalau tak silap saya CD4 saudara yang mengamaal Spirulina dan Madu tualang ini yang terbaru sekitar 600, alhaamdulillah kan, makanan sunnaah ini sesuai dengan tubuh badannya.

      Dia ada kata nak tukar kepada 4Life Factor, sudah beli pun tapi dia tak amalkaan (setahu saya lah) sebaliknyaa terus amalkan spirulina dan Madu.

      4Life Factor...mahal huhu ramai yang tak maampu kan terutama mereka yang tak bekerja dan student ni...

      Wallahuallam

      Delete
  7. Salam abg najmi....bole x abg share kan ape supplement yg abg amalkan slama ini. Sy bace ade satu2 masa tue viral load abg non detected....bole share x info tue abg...tq in advance...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      WSalam, sebenarnya saya tidak mengamalkan sesuatu petua tu berterusan, kalau ada rezeki saya beli kalau tak saya tak beli. Senang kata saya tak amalkan apa-apa yang istimewa secara berterusan. Tak makan apa2 suplement, kalau minum madu tu ikut keadaan kalau ada rezeki saya beli kalau tak ada, saya hentikan.

      Apa yang mak saya masak itu lah saya makan. Kalau dia masak peria, saya makan, saya minum air rebusannya. Saya suruh mak masukkan bahan seperti bawang putih banyak kedalam masakan, kalau ada petai, jering semua saya makan tak ada istilah pantang dalam amalan hidup saya. Tapi sebagai pembawa HIV kita kena lah pandai2 memilih makanan kan mana yang tak beberapa naak elok tu jangan makan selalu seperti Fast Food, KFC, McD dll tu

      Nak kata saya tak stress, tak jugak ada kala saya stress, nak kata saya tidur awal tak jugak sebab ada kala saya tidur sampai kul 3, 4 pagi tapi yang pasti esoknya saya bangun lewat lah sikit sebab saya tak kerja.

      Biasanya dua atau 3 bulan sebelum darah saya diambil, saya pastikan akan makan bawang putih dalam jumlaah yang banyak, saya blend hingga hancur dan telan sebanyak mungkin adakala sehari saya telan berpuluh-puluh ulas bawang putih, selepas darah diambil saya mula kurangkan makan bawang putih ni sekali sekala lah. Saya akan minum air banyak.

      Dulu saya rajin minum jus tomato, halia, air bunga cengkih dan air kayu manis tapi sekarang dah kurang.

      Saya selalu cycling berpuluh KM kalau nak ke bandar atau ke mana sahaja.

      Tak ada yang menarik petua yang saya amalkan seperti orang lain yang mana mereka makan macam2 suplement yang mahal....

      Wallahuallam..

      Delete
  8. info yg berguna..blog abg naj mi la pengubat hati saya...

    ReplyDelete
  9. info yg berguna... blog abg naj mi la pengubat jiwa saya...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST