Saturday, 19 January 2013

JEJAKA KESAL MELAKUKAN SEKS ORAL DI PUSAT URUT

Soalan

SAYA pernah melakukan seks oral dan menerima seks oral beberapa kali ketika berkunjung ke pusat urut. Setiap kali ia dilakukan dengan tukang urut berbeza tanpa menggunakan kondom.

Pertanyaan saya ialah:

a) Jika tukang urut menghidapi HIV positif, bolehkah saya dijangkiti HIV?

b) Jika saya dijangkiti HIV, berapa lamakah tempoh diperlukan untuk virus menunjukkan keputusan positif jika saya menjalani ujian HIV?

Contohnya, jika seseorang itu melakukan hubungan seks tidak selamat pada hari ini lalu menjalani ujian HIV pada keesokan harinya, adakah keputusan positif akan diperoleh atau perlu menunggu dalam tempoh tertentu sebelum menjalani ujian HIV untuk mendapat keputusan tepat?

c) Bolehkah saya menjalani ujian HIV di sebarang klinik berdekatan atau perlu ke klinik khas? Berapakah kos ujian HIV? Berapa lamakah tempoh bagi mendapatkan keputusan ujian terbabit?

JEJAKA KESAL
Dungun

 
Jawapan

HUBUNGAN seksual dalam perkahwinan atau antara lelaki dan wanita yang setia antara satu sama lain tidak mempunyai risiko HIV.

Risiko terkena jangkitan daripada wanita yang membawa kuman virus HIV kurang untuk lelaki jika dibandingkan dengan lelaki yang membawa kuman virus HIV.

Jangkitan melalui seks oral, sama ada aktiviti itu diberi atau diterima wanita yang membawa jangkitan kuman HIV, sangat rendah.

Namun ini tidak bermakna tiada jangkitan. Ini juga tidak bermakna jangkitan tidak akan berlaku jika lelaki atau wanita itu menggunakan kondom atau pelapis getah atau 'vaginal dam' ketika melakukan seks oral.

Risiko adalah sifar jika tidak melakukannya! Jika individu itu percaya dirinya terdedah HIV kerana amalan seks rambang, jika dia terkena jangkitan, antibodi anti-HIV mula terhasil dalam darahnya.

Pada mulanya tahap antibodi itu kurang dan tidak dapat dikesan walaupun dia terkena jangkitan.

Dalam masa tiga bulan, tahap antibodi berkenaan mula meningkat dan akan memberi laporan positif jika ujian HIV dilakukan kepadanya.

Ada individu penghasilan antibodinya lembab dan mengambil masa lama. Begitupun, ujian HIV selepas enam bulan dapat mengesan jika mereka ada jangkitan HIV. Ujian HIV yang biasa dijalankan hanya mengesan antibodi.

Jika mengesyaki terkena HIV, anda perlu membuat ujian untuk mengesan komponen atau DNA kuman virus itu dengan anggaran kos RM300 hingga RM400.

Untuk ujian mengesan antibodi, laporannya sangat cepat iaitu hanya dalam tempoh dua hari. Begitupun, ada pula yang mengambil masa tiga hingga enam minggu.

Untuk anda, risiko jangkitan HIV sangat rendah dan jika anda mahu menjalani ujian HIV, saya cadangkan anda melakukannya selepas tiga bulan dan jika ragu, buat lagi selepas enam bulan.

Anda boleh menjalani ujian HIV di mana-mana klinik yang mempunyai makmal atau di makmal dengan rujukan doktor atau secara sendiri.

(Sumber Harian Metro)

8 comments:

  1. Kalau dah tahu dilarang Allah jangan dihampiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Itu namanya nafsu yang sukar nak dikawal, hati kata tak nak tapi kaki melangkah juga ke tempat seperti itu. Kadang-kadang keseronokan ke pusat urut seperti kisah ini dah macam seperti ketagih dadah.

      Selain hati kita kena kuat (iman), saya rasa pusat2 urut yang semakin berani memperomosi kegiatan mereka itu perlu dibenteras habis-habisan, kewujudan pusat-pusat urut seperti ini juga yang menyebabkan anak-anak remaja semakin berani mencuba. Bila sekali dah cuba pasti nak lagi (ketagih).

      Itu baru kisah tentang rumah urut pelacur wanita, belum lagi kita bercerita tentang kisah rumah urut lelaki...

      Delete
  2. Mahal sangat tu kalau buat kat hospital swasta buat kat kerajaan free sahaja, Selain tu oral seks selalunya tidak menyeabkan jangkitan HIV lainlah kalau tertelan air mani. Kalau bibir betul berdarah besar mungkinlah.

    Wallahualam..

    Tentang soalan oral seks saya selalu dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous One,

      Pertanyaan yang sama juga ada saya terima melalui email, harap entry soal jawab ini boleh menjelaskan sedikit sebanyak serta merungkai kegelisahan dihati mereka-mereka semua yang pernah terlajak seperti jejaka diatas....

      Delete
  3. Hiv test bole buat kat Bp lab, Pathlab dgn harga rm35-rm40 je.Result test lebih krg 3 hari.

    ReplyDelete
  4. Go to PT Foundation. Free of charge.
    Lebih privacy dan di sana they are PLHIV and gay/lesbian friendly.
    So takde la nak rasa malu or apa ke. Takde orang pandang u sinis klu kat sana.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST