Followers

Saturday, 5 January 2013

JANGKITAN KANDIDA (ORAL THRUSH)


Saya pernah alami kulat yang tumbuh didalam mulut suatu ketika dulu, pada ketika CD4 saya berada pada kiraan hanya 12. Apabila badan mulai lemah, batuk berterusan tidak sembuh-sembuh, demam yang tidak kebah-kebah, apabila tidur malam saya mengalami peluh yang banyak sehingga membasahi tilam dan bantal, apabila pipi diwajah mulai mengalami kegatalan pedih mengelupas, pada ketika itu jugalah didalam mulut saya ditumbuhi kulat putih sekitar lidah atas dan bawah serta didinding sekitar dalam mulut. 

Pada ketika itu saya tidak tahu apa-apa tentang kulat ini, yang pasti saya cuba mengikis dan membuang kulat-kulat yang tumbuh didalam mulut dengan pengikis khas, malah kulat-kulat tersebut boleh ditarik keluar dari mulut tetapi ia tetap tumbuh muncul kembali. Pada ketika itu deria rasa pada makanan sudah tidak saya rasai lagi, malah selera makan juga hilang. Ianya berlanjutan hampir sebulan lebih, dan kembali hilang setelah saya mula menerima rawatan HAART dan menelan ubatan yang dipanggil "Tystatin" .

Pada hari ini saya mulai faham mengenai kulat yang tumbuh didalam mulut saya pada sekitar akhir tahun 2009 yang lalu (Klik Disini) dan sedikit kisahnya Disini. Ianya adalah antara simptom gejala yang kebanyakan pasti kita (PLHIV) alami sekiranya CD4 kita diparas yang rendah. Ini adalah antara gejala bagi AIDS. Alhamdulillah sehingga hari ini saya tidak lagi pernah mengalami jangkitan kulat seperti ini lagi.

Apa itu Kandida?

Jangkitan yis, yang juga dikenali kandida, adalah penyakit yang diakibatkan oleh fungus (kulat) (candida albicans). Setiap orang mempunyai fungus ini di luar dan di dalam badan mereka. Ia boleh didapati di bahagian kulit, perut, kolon dan rektum, vagina dan kerongkong. Biasanya, candida albican ini tidak berbahaya dan sebenarnya membantu mengawal kadar bakteria. Kadang-kadang terdapat penumbuhan luarbiasa dan ini boleh mengakitbatkan beberapa masalah.

Orang biasa dan pesakit HIV boleh mendapat kandida. Ramai wanita mengalami jangkitan yis vagina, juga sejenis kandida. Sama juga, seseorang boleh mengalami ketumbuhan luarbiasa fungus di dalam mulut mereka atau di kerongkong. Tekanan hidup, diet yang kurang sihat atau kurang rihat boleh menyumbang kepada masalah ini. Juga mereka yang mengambil antibiotik untuk jangkitan bakteria, khususnya untuk jangkamasa yang panjang, boleh membentuk jangkitan yis di bahagian mulut dan vagina. 

Kandida dalam mulut (oral thrush) juga boleh berlaku kepada orang yang meyedut steroid, seperti yang digunakan untuk merawat asma atau masalah paru-paru yang lain.

Kebersihan mulut dan merokok juga boleh memainkan peranan dalam ketumbuhan luarbiasa fungus dalam mulut. Penggunaan alkohol dan gula yang berlebihan juga telah dikaitkan dengan penumbuhan kandida.


Bagi orang HIV positif, jangkitan yis mulut dan vagina boleh berlaku pada bila-bila masa, tanpa menghiraukan kiraan sel-T. Lebih termusnah sistem imun anda, jangkitan yis mulut dan vagina lebih kerap berlaku. Orang HIV positif yang mempunyai sel-T kurang dari 200 akan mengalami jangkitan kandida yang lebih mendalam dalam tubuh mereka seperti di esofagus dan paru-paru.


Simtom dan Rawatan

Kandida mulut
Setengah dari simtom umum kandida mulut termasuk kesakitan membakar di kawasan mulut and kerongkong, perubahan rasa (khususnya apabila makan makan pedas atau manis), dan kesusahan menelan. Kandida mulut tampak putih serta kemerahan pada lidah, gusi, bahagian tepi atau atap mulut, dan di bahagian belakang kerongkong. Kadangkala, kandida mulut boleh mengakibatkan bahagian tepi mulut retak dan sakit (angular cheilitis). Ia juga boleh dikikis dan ia meninggalkan satu kawasan yang merah yang kadangkala berdarah.

Rawatan biasa untuk kandida mulut ialah dengan menggunakan ubat cair yang disimpan dalam mulut selama lima minit sebelum ditelan (nystatin) dan/atau pil atau kapsul.
Seingat saya, saya telah menelan cecair "Tystatin" seperti photo ini

Nystatin : 
Dos nystatin ialah 5ml empat kali sehari dan cecair ini harus disimpan dalam mulut selama 5minit sebelum ditelan. Ini membolehkan ubat ini bertindak ke atas yis dalam mulut kerana selepas ia ditelan, ia tidak berkesan di bahagian perut. Ubat ini harus diambil selama satu hingga dua minggu.

Fluconazole : 
Ubat ini dalam bentuk pil harus ditelan. Kajian menunjukkan ia amat berkesan dan juga senang ditahan. Dos biasanya 100mg sekali sehari untuk 7 hingga 14 hari.

Ketoconazole atau Itraconazole : 
Kapsul ini mesti ditelah dan kurang berkesan berbanding fluconazole. Namun mereka adalah ubat alternatif sekiranya tiada ubat yang disebut di atas


Kandida Vagina
Simtom yang paling ketara dalam jangkitan yis vagina adalah satu pengeluaran putih yang pekat yang kelihatan seperti keju kotej. 

Ia juga boleh menyebabkan kegatalan dan kebakaran di sekeliling vagina, bersama ruam dan sensitif kepada sentuhan di bahagian luar bibir vagina. Wanita HIV positif lebih kerap mengalami jangkitan yis berulangan berbanding dengan wanita HIV negatif.

Kandida Esofagus
Kandida jenis ini berlaku di bahagian esofagus dan biasanya tidak boleh di lihat dengan melihat ke dalam mulut. Ia boleh menyebabkan sakit dada, dan juga kesakitan dan kesusahan menelan. Kandida esofagus lebih biasa berlaku kepada pesakit HIV positif yang mempunyai daya tahanan yang lemah.



Biasanya doktor boleh mendiagnoskan kandida dengan melihat ke dalam mulut, kerongkong atau vagina. Kadangkala, adalah perlu untuk mengikis pertumbuhan ini untuk dihantar ke makmal. X-ray dan sejenis "scope" yang dipanggil endoscope digunakan untuk melihat bahagian esofagus. Proses ini dilakukan oleh doktor di klinik Tekak, Hidung dan Telinga (THT/ENT). Rawatan untuk kandida esofagus adalah sama seperti rawatan kandida mulut.

Sumber : Disini

7 comments:

  1. 1st time saya dgr ttg kulat ini. Thx najmi

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Assalamualaikum.... Saya seorang surirumah ... Saya telah membaca kesemua hasil coretan dlm blog en najmi begitu juga kesemua blog plhiv yg lain....semuga
      Allah kuatkan semangat dan usaha kalian semua...semuga positive warrior akan kekal bersatu....

      Delete
  3. Assalsmualaikum....saya seorg surirumahtga.....sy telah membaca dan mengikuti kesemua coretan en najmi dan blog plhiv yg lain spt aku ahp, azam ali ....semuga
    Allah berkati kalian semua dn positive warrior terus bersatu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Red mama umi

      Alhamdulillah terima kasih kerana mendoakan....:)

      Delete
  4. Alhamdulillah..syukur....Saya doakan moga Naj mi sekarang lebih sihat dari keadaan dulu ye..

    Moga Allah berikan Naj mi kesihatan yang lebih baik serta bacaan CD4 yang lebih baik dlm bulan Mei nanti hinggalah seterusnya yer....:)

    Amin..ya Rabbi

    ReplyDelete
  5. Anonymous,

    Alhamdulilah terima kasih kerana mendoakan, semoga Allah memberkati saudara juga....:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST