Monday, 7 January 2013

HEPATITIS A DAN HIV

Impak dan keberkesanan terapi ubat anti-HIV tidak dapat dinafikan dalam hidup dan masa depan orang HIV positif. Kadar jangkitan oportunistik masih lagi rendah di Amerika Syarikat dan adalah jelas bahawa mereka kini boleh hidup lebih lama dengan jangkitan HIV - hasil dari kesediaan dan kegunaan meluas rawatan ini


Malangnya, ubat HIV yang boleh memanjangkan hidup orang HIV positif telah mengakibatkan masalah baru. Beribu-ribu orang HIV positif juga dijangkiti atau boleh dijangkiti oleh satu dari beberapa virus hepatitis. Setengah virus hepatitis boleh menyebabkan jangkitan kronik, bermakna ia terus aktif untuk beberapa tahun dan boleh mengakibatkan kerosakan kepada hati. 

Dan oleh kerana ramai orang HIV positif kini jarang mati akibat jangkitan berkait dengan AIDS, mereka kini berhadapan dengan masalah mengawal/menghalang virus ini dari mengancam nyawa mereka.

Virus hepatitis boleh mengakibatkan kerosakan hati jangka panjang, kegagalan fungsi hati dan kanser hati dianggap sebagai sebab utama pembawa maut kepada pesakit HIV positif. Pesakit terpaksa menentang dua jangkitan pada masa yang sama. 

Terdapat tiga jenis hepatitis. Hepatitis A, B dan C. Setiap jenis hepatitis ini mempunyai cara transmisi, simtom dan rawatan yang berlainan khusunya bagi seseorang yang hidup dengan HIV:


Hepatitis A

Hepatitis A disebabkan oleh virus hepatitis A (HAV). HAV disebarkan melalui tahi yang masuk ke dalam mulut seseorang. 

Ia boleh berlaku dalam situasi berikut:
 

* Makanan - khususnya makanan mentah atau yang tidak dimasak dengan baik (kerang, udang) atau makanan yang disediakan oleh seseorang yang mempunyai hepatitis A.
 

* Minum air atau ais yang dicemari najis
 

* Melakukan tabiat seks dengan meletakkan mulut di bahagian dubur (oral-anus seks) seseorang yang dijangkiti hepatitis A.
 

* Jarang, tetapi hepatitis A juga boleh disebarkan melalui perkongsian picagari oleh penagih dadah.

Hepatitis A adalah sejenis penyakit akut, bermakna ia tidak mengakibatkan jangkitan jangka panjang. Sekiranya anda mendapat hepatitis A, selepas sembuh, anda tidak boleh dijangkiti lagi. Bagaimanapun anda masih boleh dijangkiti hepatitis B dan C.

Risiko dijangkiti HAV bagi seseorang HIV positif adalah sama seperti orang biasa. Namun, kajian menunjukkan bahawa orang HIV positif akan mengalami simtom hepatitis A yang berpanjangan. Maknanya ia akan mengambil jangkamasa yang lebih lama untuk sembuh.

Satu lagi isu yang harus dipertimbangkan ialah ubat anti-HIV mungkin toksik terhadap hati. Setengah dari ubat ini boleh menyebabkan simtom hepatitis A lebih teruk. Kadangkala ubat HIV mungkin perlu dihentikan sehingga jangkitan hepatitis A berlalu atau sehingga enzim hati pulang ke tahap yang normal. 

Sekiranya anda HIV positif , mengambil ubat anti-HIV dan mengidap jangkitan hepatitis A, jangan menghentikan ubat anti-HIV anda tanpa membincangkannya dengan doktor anda.

Pencegahan

Cara yang paling baik untuk mencegah hepatitis A ialah melalui vaksin. Terdapat dua vaksin HAV di pasaran Havrix® dan VAQTA®. Kedua-dua vaksin ini hanya memerlukan dua suntikan dan diberikan selang enam bulan. Sekiranya kesan samping vaksin hepatitis A berlaku, ia biasanya tidak teruk dan termasuk kesakitan di tempat suntikan dan demam selsema. 

Kombinasi vaksin hepatitis A dan B juga terdapat di pasaran (Twinrix®). 

Vaksin HAV ini amat berkesan. Lebih daripada 99% orang yang divaksinkan membentuk imuniti terhadap virus ini dan tidak akan mendapat hepatitis A lagi walaupun terdedah kepadanya. 

Terdapat kebimbangan bahawa orang HIV positif dengan sistem imun yang rosak tidak akan mendapat kesan dari vaksin, oleh itu adalah lebih baik untuk mendapatkan vaksin semasa kiraan sel-T masih tinggi.
Sekiranya anda tidak pernah dijangkiti oleh hepatitis A, bincanglah dengan doktor anda tentang vaksin. Oleh kerana orang HIV positif biasanya mengalami simtom yang teruk dan hati memainkan peranan yang penting dalam memecah-belahkan ubat anti-HIV, vaksin hepatitis A amat disyorkan. Mendapatkan vaksin adalah lebih penting bagi orang yang telah dijangkiti hepatitis A dan B.

Namun demikian, walaupun anda tidak divaksin untuk hepatitis A, ada beberapa perkara yang boleh dibuat untuk mencegah jangkitan HAV:

 

* Elakkan dari air yang dicemar najis
 

* Elakkan dari makan udang mentah atau yang kurang masak
 

* Selalu cuci tangan dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas, menukar lampin bayi dan sebelum menyediakan makanan atau sebelum makan
 

* gunakan kondom untuk oral-anus seks ("rimming")


Sumber : Disini

4 comments:

  1. Salam,
    saya belum diberi vaksin hep A, temujanji kedua saya dengan doktor pada 6/1/12..saya perlu untuk meminta vaksin daripada doktor?atau saya tunggu aje lah apa yang doktor nak buat..sebb pihak diorang lebih tahu..

    ReplyDelete
  2. Anonymous

    Apa sahaja persoalan perlu dirujuk dg doktor dulu, tanya doktor samaada perlukan awak mendapat kan vaksin tersebut. Seingat saya, saya sendiri tak pasti samaada diri saya ada diberi vaksin hep A ni...tak ingat, maybe kena tanya doktor juga nanti.

    Tanja pada doktor k....:)

    ReplyDelete
  3. All right...Thanks nazmi..nanti saya tanya, saya perlu tak vaksin untuk hep A , B dan C sekali..kot2 lah...vaksin nie diberikan atas permintaan pesakit...kalu tak minta, tak bagi...huhu

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST