Monday, 7 January 2013

HEPATITIS B

Apakah Hepatitis B dan Bagaimana ia disebarkan.

Hepatitis B disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus ini tidak merosakkan hati secara terus tetapi ia mengakibatkan respon imun yang agresif dan ini membawa kepada keradangan dan kerosakan hati (hepatitis). Bagaimanapun HB boleh merosakkan bahan genetik dalam sel hati. Ini boleh menyebabkan kanser hati yang seperti hepatitis boleh membawa maut. Orang yang tidak pernah dijangkiti HBV boleh divaksinkan untuk mengelak dari jangkitan.

HBV agak sama dengan HIV dari segi transmisi: melalui pendedahan dari darah ke darah juga melalui seks. Bagaimanapun, tahap darah HBV adalah lebih tinggi dari HIV atau hepatitis C. Ini membolehkan virus ini lebih mudah disebarkan (seperti ibu ke bayi semasa kelahiran).


HBV hadir dalam darah, air mani dan air faraj dan disebarkan melalui seks. Satu lagi transmisi utama ialah dengan perkongsian barang penagihan dadah seperti picagari, pembara dan tidak kurang juga straw penyedut cocaine dan paip "crack cocaine" akibat dari kemungkinan terdedah kepada darah. Wanita mengandung yang mempunyai hepatitis B juga boleh menyebarkan kepada bayi semasa kelahiran.


Apakah yang berlaku selepas seseorang dijangkiti HBV?

Sebaik sahaja HBV masuk ke dalam badan, ia menjangkiti sel hati yang dipanggil hepatosit. Sebagai respon kepada jangkitan ini, sistem imun mula menentang virus dan hepatosit yang dijangkiti virus. Ini menyebabkan keradangan hati (hepatitis). HBV juga boleh mengakibatkan akut hepatitis, bermakna keradangan jangka pendek, sehingga sistem imun menghapuskan virus dari badan, biasanya dalam enam bulan selepas dijangkiti virus. 
Bagaimanapun HBV juga boleh menjadi jangkitan kronik. Ini bermakna sistem imun tidak dapat menghapuskan virus dalam enam selepas dijangkiti. Dalam perkataan lain, virus terus membiak dalam hati untuk beberapa bulan atau tahun selepas jangkitan. Ini boleh meningkatkan risiko kerosakan hati dan kanser hati. Apa lagi, seseorang yang mempunyai jangkitan HBV kronik boleh menyebarkan virus ini kepada orang lain.

Kurang dari 10% orang dewasa yang dijangkiti HBV mengalami jangkitan kronik HBV. Sebaliknya 90% bayi yang dijangkiti HBV akan mengalami jangkitan kronik. Sebab itu, adalah penting untuk wanita mengandung untuk mengetahui status mereka sebelum melahirkan bayi. Ubat-ubatan boleh diberi kepada bayi selepas kelahiran untuk menghalang jangkitan hepatitis B.
Kanak-kanak yang dijangkiti HBV mempunyai 25% - 50% risiko mengalami kronik hepatitis sementara bagi orang dewasa, ia bergantung kepada sistem imun mereka pada masa jangkitan. Misalnya, pesakit yang mempunyai respon imun yang telah diubah akibat pembedahan organ, menerima kemoterapi, dialisis untuk penyakit buah pinggang, menerima terapi steroid untuk menahan sistem imun atau HIV positif, besar kemungkinan akan menghadapi hepatitis B kronik daripada orang biasa (orang yang mempunyai imun yang sihat).


Simtom

Bukan semua orang yang dijangkiti HBV akan mengalami simtom hepatitis akut - antara 30% - 50% orang yang dijangkiti virus ini tidak akan mengalami sebarang simtom yang ketara. Sekiranya simtom berlaku, mereka biasanya berlaku dalam masa empat hingga enam minggu selepas jangkitan dan boleh berpanjangan dari satu atau dua minggu hingga beberapa bulan.

Simtom akut hepatitis B termasuk:

* Kulit, putih mata dan kuku menguning (jaundice)

* Kencing yang gelap dan/atau najis pucat

* Perasaan letih/lesu

* Demam

* Sakit di bahagian perut

* Kurang minat makan

* Muntah

* Cirit-birit

* Sakit di bahagian sendi

Sekiranya sistem imun tidak dapat mengawal jangkitan akut HBV dalam enam bulan, simtom hepatitits B kronik adalah mungkin. Tidak semua orang yang mengalami hepatitis B kronik akan mengalami simtom. Setengah orang akan mengalami simtom sekali sekala manakala setengah pula mengalami simtom yang enggan sembuh. 

Simtom hepatitis B kronik termasuk simtom yang dialami oleh akut hepatitis B cuma ia kurang kuat dan biasanya datang dan pergi. Simtom lain mungkin berlaku khususnya pada orang yang telah mengalami hepatitis B kronik bertahunan. Simtom lain termasuk ruam, gatal-gatal, artritis, dan kebakaran di bahagian tangan dan kaki (polineuropati).

Kurang dari 1% orang yang dijangkiti HBV akan mengalami jangkitan yang cepat dan teruk yang jarang sekali - boleh mengakibatkan kegagalan hati dan maut. Simtom hepatitis samada akut atau kronik harus diberitahu kepada doktor anda.


Bagaimana Hepatitis B dirawat?

Orang yang mengalami hepatitis B akut tidak memerlukan rawatan. Rihat, minum cecair yang baik (air, jus, susu dll) dan panadol (paracetamol) adalah mencukupi.

Rawatan hanya disyorkan kepada orang yang mengalami hepatitis B kronik. Tujuan terapi adalah untuk mengurangkan bebanan virus HBV ke tahap tidak dapat dikesan dan memulangkan enzim hati ke tahap normal, juga bertujuan menghapuskan HBeAg dan HBsAg. Sekiranya antijen ini dikeluarkan dari saluran darah, virus ini tidak mungkin kembali selepas rawatan dihentikan. 

Masih terdapat perdebatan berkenaan masa yang paling baik untuk memulakan rawatan anti-HBV. Ramai pakar berpendapat bahawa rawatan harus dimulakan semasa bebanan virus tinggi atau tahap ALT meningkat. Pakar lain pula berpendapat bahawa tidak penting bebanan virus, kerana sekiranya ia dikesan, setiap tanda replikasi virus yang aktif bermakna risiko kanser hati ditingkatkan. 


Bolehkah Hepatitis B dicegah?

Cara terbaik untuk mencegah hepatitis B ialah melalui vaksin. Terdapat dua jenis vaksin HBV Recombivax HB® dan Engerix-B®. Kedua-dua vaksin ini memerlukan tiga suntikan dalam jangkamasa enam bulan. Kesan sampingan bagi vaksin hepatitis B biasanya tidak teruk dan termasuk kesakitan di kawasan suntikan dan simtom demam selsema. Terdapat juga sejenis vaksin yang mengandungi HAV dan HBV Twinrix®), yang juga mesti diberi dalam tiga suntik dalam jangkamasa enam bulan.


Vaksin HBV ini biasanya berkesan kepada lebih daripada 90% orang dewasa dan kanak-kanak yang menerima ketiga-tiga dos. Terdapat beberapa kebimbangan bahawa orang HIV positif dengan sistem imun yang rosak tidak akan mendapat kesan dari vaksin, oleh itu adalah lebih baik untuk mendapatkan vaksin semasa kiraan sel-T masih tinggi.

Sekiranya anda tidak pernah dijangkiti hepatitis B, bincanglah dengan doktor anda. Vaksin ini disyorkan kepada:
 
* Orang HIV positif
 
* Lelaki homoseksual
 
* Penagih dadah yang menggunakan picagari
 
* Mereka yang mengidap hepatitis C kronik
 
* Mereka yang mempunyai lebih dari satu pasangan seks dalam enam bulan atau mempunyai sejarah STD
 
* Mereka yang bekerja di tempat di mana risiko jangkitan tinggi (seperti hospital dan klinik)
 
* Pesakit hemodialisis
 
* Mereka yang hidup dengan orang yang mengidap hepatitis B kronik

Vaksin HBV kini disyorkan untuk semua kanak-kanak. Sekiranya anda tidak divaksinkan terhadap hepatitis B, masih ada perkara yang boleh anda lakukan untuk mecegah dari jangkitan HBV. Ini termasuk menggunakan kondom semasa seks. 

Bagi penagih dadah yang menggunakan picagari dan berkongsi peralatan, mencuci picagari dengan cecair peluntur tidak akan membantu anda mengelakkan dari hepatitis B - adalah lebih baik untuk menggunakan picagari yang baru untuk mencegah dari jangkitan HBV. Juga jangan berkongsi peralatan yang mungkin mempunyai darah seperti berus gigi, pisau cukur, jarum yang digunakan untuk tattoo, akupuntur dan lain-lain.

Sekiranya and belum divaksinkan terhadap hepatitis B dan risau anda mungkin telah didedahkan kepada HBV - misalnya anda tersuntik picagari tercemar atau terdedah kepada seseorang yang mengidap hepatitis B melalui seks - adalah mungkin untuk menerima suntikan hepatitis B immune globulin (HBIG). 

HBIG disyorkan selepas pendedahan kepada virus hepatitis B kerana ia memberikan perlindungan jangka-pendek dan cepat terhadap virus. Satu dos vaksin hepatitis diberi pada masa yang sama. Dua dos vaksin lagi diberi untuk melengkapkan siri ini dan memastikan perlindungan jangka-panjang.

Sumber : Disini

 

9 comments:

  1. Apa kah hbsag reactive atau carrier dpt sembuh?

    ReplyDelete
  2. Dpt kah hbsag reactive atau carrier akan sembuh

    ReplyDelete
  3. Adakah peluang untuk pembawa hepatitis b ni sembuh sepenuhnya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Robert,

      Saya tak pasti boleh sembuh sepenuhnya atau tidak tetapi ianya boleh dirawat dan dikawal, cuba buka rakan blog non PLHIV abg kat bawah blog ini blog HEPETATIS - Kesedaran Anda, Ketenagnan menyeluruh buat kami. Beliau seorang penghidap hepetatis...:)

      Delete
  4. Najmi berapa kah kos injection vaksin untuk mencegah hepetitis b ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nazrul,

      Maaf abang tak pasti kos injection hep B tersebut...:)

      Delete
    2. RM 45-50 clinic swasta...

      Delete
  5. Bagi yang mau sembuh dari hepatitis b, hubungi saya.
    Saya sembuh kurang dari 2 bulan karena berobat herbal, HBsAg menjadi negatif,
    pin bbm 5D9E2788

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST