Tuesday, 1 January 2013

ENTRY 8 : KEHIDUPAN YANG POSITIF - MINDA, JASMANI DAN ROHANI

Minda, Jasmani dan Rohani

Dunia kini sudah mula melihat kesihatan secara menyeluruh dan bukan hanya setakat keadaan biologi (jasmani). Itu lah sebabnya Yoga dan tai-chi menjadi begitu terkenal kerana senaman tersebut mengambil kira kesihatan minda, jasmani dan rohani.

Walau bagaimanapun setiap individu adalah berlainan dan anda mungkin mendapati bahawa sembahyang membantu anda berada dalam keadaan positif. Petuanya adalah melakukan apa yang selesa anda lakukan. 

Kita telah berbincang panjang lebar berkenaan topik berkenaan bagaimana seorang HIV positif boleh menjalani kehidupan yang memuaskan dengan cara menjaga tubuh badan mereka. Disini kita akan melihat peranan minda dan rohani serta bagaimana anda boleh menguruskannya. 

Jika anda mahu berasa sihat, ceriakan diri anda. 

Orang yang HIV positif biasanya berada dalam keadaan minda yang tertekan. Mereka merasakan bahawa hayat mereka akan berakhir dan apabila anda meletakkan diri anda dalam keadaan sedemikian rupa, ia boleh mempengaruhi pekar-pekara lain dalam hidup anda seperti kerja, kewangan, kesihatan, keluarga, perhubungan dan lain-lain. Ia memberi kesan yang akan memburukkan lagi keadaan.

Tetapi anda boleh memutuskan untuk keluar daripada keadaan tertekan ini dengan mengatakan,

 “TIDAK kepada tekanan. Dan YA kepada kegembiraan”


Tip-tip Keceriaan


- Apabila anda telah memulakan komitmen ini, mintalah pertolongan kawan-kawan, keluarga dan kumpulan sokongan untuk membantu anda meneruskannya. Ada kalanya makan dengan mereka yang tersayang adalah memadai untuk menceriakan anda.

- Keluar, bersenam, ketawa, berkongsi dan buatlah sebarang pekara yang boleh mengembirakan anda.

- Bangun tidur setiap pagi dan kata kepada diri sendiri, “Hari ini akan menjadi satu hari yang baik”

- Jika perasaan sedih dan sugul timbul, jangan menyerah. Ingatlah pilihan adalah ditangan anda.

- Bacalah mengenai orang HIV positif lain yang berjaya hidup dalam keadaan yang memuaskan. Ini adalah penting kerana mereka dan anda berkongsi sesuatu yang sama dan mereka akan memahami apa yang sedang anda alami. Tambahan pula mereka mungkin mempunyai cadangan berguna yang boleh membantu anda.

- Sertai kumpulan sokongan bagi mereka yang HIV positif.

- Kami tahu berat mata memandang berat lagi bahu memikul, tetapi anda perlu melakukan komitmen tersebut.

- Jangan jadikan diri anda tertekan. Jalani kehidupan, bekerja tunaikan tanggung jawab anda dan lain-lain secara beransur-ansur. Dapatkan pertolongan daripada mereka yang tersayang bagi membantu di mana yang termampu seperti menolong membayar bil, melakukan kerja-kerja rumah dan lain-lain.

- Berkongsi perasaan dengan seseorang yang boleh mendengar dan memahami keadaan anda boleh membantu. Menyertai kumpulan sokongan juga boleh membantu. Sebagai alternative, anda juga boleh menghubungi pelbagai organisasi yang menawarkan perkhidmatan kaunseling. Satu senarai disertakan diakhir buku ini (entry akhir dalam Buku Kehidupan Yang Positif ini)

- Sertai kelas meditasi, yoga tai-chi dan lain-lain atau baca lah buku mengenai cara-cara untuk bermeditasi. Ia boleh membantu mengurangkan tekanan dan menenangkan anda.




Tip-tip Untuk Menenangkan Diri


- Menarik nafas panjang adalah petua paling berguna. Apabila anda berasa tidak selesa, tidak tenang atau tertekan, lakukanlah senaman pernafsaan yang mudah. Ia adalah nafas kehidupan.

- Penuhi masa anda dengan melakukan pekara-pekara yang anda minati semasa sebelum anda disahkan HIV positif.

- Mulakan satu hobi – membaca, berkebun dan lain-lain.

- Menonton cerita komedi

- Ketawa setiap kali anda berpeluang bebrbuat demikian

- Dengar muzik/ lagu-lagu yang mengandungi mesej gembira


YANG PALING PENTING, SENTIASA MEMPUNYAI PANDANGAN POSITIF DALAM KEHIDUPAN

3 comments:

  1. Najmi ini perlu utk semua org n saya suka jalani hidup management. Sy pernah hadiri kursus stress management

    ReplyDelete
  2. Mak Wardah

    Ya kita semua kena selalu tenangkan fikiran dan minda, jauhi dari stress....rasanya dengan mengamalkan solat dan berzikir selalu mengingati Allah antara yang terbaik kita boleh buat (beragama Islam) dan amalkan......kan...:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST