Tuesday, 1 January 2013

ENTRY 7 : KEHIDUPAN YANG POSITIF – SENAMAN

Senaman 

Bersenam adalah salah satu daripada empat pekara utama yang perlu dilakukan oleh mereka yang HIV positif. Tiga pekara yang lain adalah mendapat tidur yang cukup, pemakanan yang baik dan mengurangkan tahap tekanan. Sesungguhnya ini lah resepi kehidupan yang baik walaupun bagi mereka yang tidak menghidap HIV. 

Walau bagaimana pun, ramai yang tidak sanggup apabila memikirkan berkenaan senaman, terutamanya jika mereka tidak pernah melakukannya. Tetapi apabila anda mahu melakukannya, anda sebenarnya akan berasa selesa dan ia tidak sukar untuk melakukannya. Ini adalah kerana senaman memberi anda tenaga dan kehidupan yang sihat. Oleh itu cuba lah bersenaman.

Dan seperti biasa berbincanglah dengan doktor anda berkenaan dengan senaman bagaimanakah yang anda boleh dan tidak boleh lakukan.  

Jawapan bagi soalan-soalan yang sering ditanya;


Apakah jenis-jenis senaman yang boleh anda lakukan? 
Disini kami nyatakan panduan mudah bagi senaman yang anda boleh lakukan. Bina lah otot anda. Senaman adalah amat penting bagi mereka yang HIV positif kerana mereka cenderung untuk kehilangan jisim otot.


Apakah jenis senaman yang boleh saya lakukan? 
Senaman biasa yang boleh anda lakukan adalah angkat berat contohnya dengan menggunakan dumb-bell atau mesin angkat berat, melakukan senaman yoga dan tai-chi.


Berapakah perlu saya lakukannya? 
Kekerapan ideal adalah 3 – 4 kali seminggu, dua hari sekali. Walau bagaimana pun sebelum anda memulakan sebarang program senaman, berbincanglah dengan doktor anda mengenainya. Beliau boleh menasihati anda, antara lain berhubung sukatan berat yang sepatutnya dan berapa kali yang perlua anda mengangkatnya. Banyak pekara yang perlu diambil kira bergantung kepada keadaan kesihatan anda.


Perlukah saya mendaftar dengan jimnasium? 
Tidak perlu. Anda boleh melakukan senaman-senaman ini dirimah dengan menggunakan alternative mudah untuk menggantikan alat angkat berat dengan tin sup, botol air mineral dan lain-lain.




Senaman sepatutnya menyeronokkan bukan mendatangkan kesakitan 
Senaman-senaman tersebut termasuklah berjalan, berenang, berbasikal, tarian aerobic dan banyak lagi. Pilih satu aktiviti yang menyeronokkan anda supaya ia tidak menjadi satu bebanan.


Rengangan, Rengangan, Rengangan 

Senaman-senaman yang termasuk didalam kategori ini adalah yoga, tai-chi dan senaman rengangan asas. Ingat lakukannya selepas anda memanaskan badan dan otot anda. Jika tidak anda mungkin akan mencederakannya.

Selain itu anda juga boleh melakukan senaman imbangan mudah seperti yang digambarkan dalam ilustrasi berikut denagn panduan yang sesuai. 

Berdiri ditengah-tengah bilik dengan kaki dirapatkan dan tangan disisi anda serta tutup mata



Tip-tip 

- Biasakan diri anda dengan program senaman. Ramai yang memulakannya dan kemudian berhenti. Anda boleh melakukannya dengan mengajak beberapa orang kawan untuk turut serta.

- Keselamatan adalah penting, Pelajari teknik yang betul sebelum anda bermula. Jika tidak anda mungkin mengalami risiko kecederaan yang akan menghalang anda daripada melakukan senaman pada masa akan datang.

- Kekalkan matlamat yang mudah dicapai. Lakukannya 5 – 10 minit sehari dan kemudian secara beransur-ansur, panjangkan tempoh senaman anda. Jangan terlalu memaksa diri sendiri.

- Beri perhatian kepada badan anda. Jika badan anda berasa penat semasa anda bersenam, BERHENTI.

Apa yang paling penting, berbincanglah dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang senaman. Beliau tahu apa yang terbaik untuk anda.


15 comments:

  1. 2013 tahun sihat n slim. Saya akan usahakan

    ReplyDelete
  2. Mak Wardah

    Saya pun ....dah lama tak senaman, dah lama tak jogging ni...insyaallah tahun ni nak perbanyakkan senaman....insyaallah....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najmi tak gemukkan...selalu berbasikalkan...saya yang mesti buat selalu....

      Delete
    2. Mak Wardah

      siapa kata tak leh gemuk...perut dah mula naik pasal asyik makan tido, makan tido ajer ni huhuhu

      Delete
    3. Ala najmi, belumpun gemuk, perut sikit je naik dah kecoh, nanti kalau najmi kat tasek Shah Alam, ada rasa gegaran dan simen retak2 tu maknanya sayalah yang jogging. Sian Syukran Jazillan pening dengan gegaran tu. Kata org benih yang baik kalau jatuh ke tasek mesti jadi dugong yang baik....

      Delete
    4. Mak Wardah

      dah naik banyak.....macam orang mengandung 3 bulan hahaha

      Delete
    5. Naj Mi, awak nak biarkan perut awak macam perempuan mengandung 3 bulan? Itu bukan Naj Mi namanya tapi Maj Ni.

      Delete
  3. Alhamdulillah...best juga sesekali keluar pi jogging
    mmm MW nanti bolehlah teman kan saya joging sama-sama kat tasik tu...hihihi

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler sy juga ni..cuti ni makan tido..lepas tido makan balik..tengok cermin rupanya dah ada double chin...ohh tidakk..
      Ni yg nak ajak MW sama -sama gegarkan tasik tu..huhuhu

      Okeyy..jom...! terima kasih nak teman kan jogging sama...baiknya MW ni...:)

      syukran jazillan

      Delete
  4. Replies
    1. Mmm tengok pd gambar Naj mi yang hijau epal separuh tu..dah tahu..Najmi ni slim....iya kan..?
      Depan rumah Najmi ada padang...tak payah nak pegi jauh2 nak slim kan badan...hehehe

      syukran jazillan

      Delete
    2. Betul2 entah mana dia simpan perut 3 bulan tu agaknya kat pokok dekat padang depan rumah dia. Najmi jgn kelentong kami

      Delete
    3. Mak Wardah

      Memang dah buncit dah...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST