Tuesday, 1 January 2013

ENTRY 6 : KEHIDUPAN YANG POSITIF – MULUT DAN GIGI

Mulut Dan Gigi

Mulut dan gigi merupakan bahagian badan yang cenderung untuk mendapat jangkitan apabila anda HIV positif. Ia disebabkan oleh sistem daya tahan badan anda yang lemah. Ini bermakna anda mungkin memerlukan penjagaan dan rawatan yang lebih kerap. 

Selain itu, tanda-tanda awal perkembangan HIV boleh dikesan didalam mulut. Sebagaimana yang kita sedia maklum, mencegah adalah lebih baik darpada mengubati.

Orang biasanya beranggapan bahawa penjagaan mulut dan gigi yang sempurna ada satu kemewahan. Mulut yang sihat adalah penting untuk mengunyah dan menelan makanan. Ia adalah penting untuk mengekalkan penampilan dan keyakinan diri anda.

Anda akan menemui soalan-soalan yang biaasa ditanya berhubung dengan penjagaan mulut dan gigi didalam bahagian ini yang mungkin boleh membantu anda memahami kepentingan penjagaan mulut dan gigi bagi mereka yang HIV positif.


Berapa kerapkah perlu saya berjumpa doktor gigi?
Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sekali. Lebih kerap jika anda mengidap kudis dalam mulut.


Saya tidak mampu mendapatkan perkhidmatan penjagaan gigi swasta. Apa yang perlu saya lakukan?
Terdapat klinik gigi kerajaan dikebanyakan bandar. Kosnya adalah murah. Anda boleh membuat pertanyaan di klinik-klinik tersebut berkaitan kos yang dikenakan.


Bilakah saya patut pergi berjumpa pakar gigi?
Anda mungkin perlu berjumpa dengan pakar gigi untuk masaalah mulut dan gigi yang rumit. Anda perlukan surat rujukan daripada mana-mana doctor untuk berjumpa dengan pakar gigi kerajaan.


Perlu kah saya membayar untuk berjumpa dengan pakar gigi kerajaan?
Ya, tapi caj/yuran yang dikenakan adalah murah.


Perlukah saya memaklumkan kepada doctor gigi berkenaan status HIV saya?
Ia adalah keputusan peribadi anda sama ada hendak memaklumkan status anda atau tidak. Walau bagaimanapun, memaklumkan kepada doctor gigi berhubung status HIV anda akan membantu beliau mengendali dan memantau dengan lebih baik kesihatan gigi anda. 

Semua doctor gigi bertauliah dikehendaki mengambil langkah berjaga-jaga berhubung kawalan jangkitan yang boleh mengelakkan jangkitan HIV atau berjangkit melalui darah kepada kakitangan pergigian dan pesakit-pesakit lain.


Adakah sebarang pekara yang perlu saya pertimbangkan sebelum saya memutuskan untuk berjumpa doctor gigi?
Berikut adalah beberapa panduan yang boleh anda ikuti.

1) Pilihlah doctor gigi yang boleh dibawa berbincang, mampu menenangkan dan membuat anda berasa selesa.

2) Pilihlah diktor gigi yang memahami keadaan anda dan yang sedar berhubung kesan AIDS terhadap kesihatan mulut dan pergigian.

3) Pilihlah doctor gigi yang mempunyai pengalaman merawat pesakir HIV.

4) Pilihlah doctor gigi yang mengambil langkah berjaga-jaga berhubung kawalan jangkitan untuk mengelak jangkitan HIV  kepada orang lain dengan mengunakan:

  . Alatan perlidungan seperti sarung tangan, pelindung muka dan lain-lain

 . Membersihkan semua peralatan selepas digunakan.

5) Pilihlah klinik dimana semua kakitangannya boleh membuat anda berasa selesa.


Apakah itu plak gigi/kekaratan?
Plak gigi adalah bahan melekat yang mula terbentuk pada permukaan gigi kita. ia biasanya disebabkan oleh makanan bergula yang boleh menyebabkan kerosakan gigi (Karies)


Bakteria plak yang berlainan menyebabkan penyakit gusi (Gingivitis dan Periodontitis). Plak hendaklah ditanggalkan dengan cara memflos dan memberus.


Apakah jenis-jenis jangkitan yang perlu saya beri perhatian?

- Karies (Kerosakkan gigi)
- Gingivitis HIV (Jangkitan gusi berdarah dan bernanah) 
- Jangkitan kendida (Jangkitan keputihan dalam mulut)
- Hairy Leokoplakia mulut
- HPV - Ketuat mulut
- Ulser
- Sarkoma Karposi

Anda akan menemui penerangan ringkas berkaitan simptom jangkitan-jangkitan ini dalam muka surat (entry) seterusnya  


Karies (Kerosakan gigi)
Air Liur bertindak sebagai pembersih yang mampu menghindarkan bakteria semasa mulut sedanh berfungsi seperti sewaktu sedang makan dan bercakap. Memakan ubat anti HIV boleh mengurangkan pengaliran air liur dan boleh menyebabkan peningkatan jumlah bakteria yang akhirnya akan menyebabkan kerosakkan gigi.

Kekalkan kandungan air dalam badan anda dengan meminum air secara kerap sepanjang hari. Gula-gula getah juga boleh membantu meningkatkan pengaliran air liur. Anda perlu mengambil langkah penjagaan yang lebih untuk mengekalkan kebersihan gigi dan mulut anda (memberus dan berkumur)


Gingivitis (Jangkitan gusi berdarah dan menanah) 
Gingivitis HIV adalah penyakit gusi yang teruk. Ia menyakitkan, mengeluarkan darah dan akan bertambah teruk jika tidak dirawat. Ia boleh menyebabkan kehilangan gigi.

Sistem daya tahan badan yang lemah menjadikan anda lebih cenderung kepada masaalah ini. Jika anda disahkan mempunyai Gingivitis HIV, anda perlu berjumpa doktor gigi dengan kerap.


Jangkitan kendida (Jangkitan Keputihan dalam mulut/ Oral Thrush)
Kulat didalam mulut biasanya dikawal oleh sistem daya tahan badan dan bakteria baik didalam badan anda. Apabila sistem daya tahan badan lemah, ia boleh mengakibatkan satu keadaan dipanggil Jangkitan Kendida Mulut (Oral Thrush)

Tanda-tandanya adalah tompok-tompok putih dan merah yang menyakitkan diatas lidah, gusi dan sebelah dalam pipi. Jangkitan kendida boleh dikawal dengan ubat. Sebagai pilihan lain, anda boleh menggunakan bawang putih dan bunga cengkih kerana ia mempunyai bahan untuk melawan jangkitan kendida.


HPV (Virus Papiloma Manusia) Ketuat Mulut
Beberapa jenis HPV boleh menyebabkan ketuat didalam mulut atau bibir terutama mereka yang mempunyai jumlah sel CD4 sebanyak 200 atau kurang. Ia hanya akan berasa sakit apabila berada pada gusi. Dalam beberapa kes tertentu HPV boleh menyebabkan kanser.

Simptom-simptom
Kelihatan seperti ketumbuhan ketuat yang banyak dimerata bahagian mulut atau pada satu bahagian tertentu. Ia mungkin terbentuk leper atau seperti bunga kubis.

Rawatan
Pembedahan laser, tetapi ia mungkin boleh menyebabkan virus tersebut merebak kebahagian lain dalam mulut. Pilih yang lebih baik mungkin dengan membuangnya melalui pembedahan biasa. Walaubagaimana pun perlu diingatkan, kadar penyakit ini berulang semula adalah tinggi.


Ulser
Ulser boleh terjadi didalam tisu lembut mulut daan tekak serta boleh menyebabkan kesakitan. Ia selalunya menyebabkan proses semasa makan menjadi sukar. Tekanan/stress boleh menjado penyebab utama. Doktor gigi anda boleh memberikan ubat untuk mengurangkan kesakitan.


Hairy Leokoplakia Mulut / Cendawan Dalam Mulut
Ia adalah jangkitan virus yang muncul disebelah dalam pipi, dibawah dan ditepi lidah.

Simptom-simptom
Tompok-tompok putih yang memanjang yang kelihatan berlipat atau berkedut dan kelihatan seperti rambut mungkin seperti jangkitan Kendida. Ia boleh menjadi lebih teruk dan meliputi keseluruhan permukaan atas dan tepi lidah. Dalam kebanyakan kes, ia tidak menyakitkan.

Rawatan
Tidak perlu dirawat melainkan jangkitan tahap kedua berlaku di atas tompok-tompok putih. Ia boleh dirawat jika berlaku ketidak selesaan atau muncul kudis.


Koposi Sarkoma
Mulut adalah bahagian biasa dijangkiti Koposi Sarkoma. 

Simptom-simptom
Kudis yang menyakitkan berwarna ungu. Ia berbentuk rata atau berbonjol. lama kelamaah ia akan menjadi lebih gelap, berbentuk ulser dan dalam kes-kes tertentu boleh dijangkiti dengan jangkitan Kendida

Rawatan
Kemoterapi atau radiasi   



Gigi dan Gusi Sihat
Jangan biarkan jangkitan ini terlalu membimbangkan anda kerana mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Ada beberapa pekara yang anda boleh lakukan untuk mencegah jangkitan;

Tip-tip

- Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari

- Memflos setiap hari

- Gunakan berus gigi lembut dan ubat gigi

- Gunakan pembersih mulut dengan kerap

- Gunakan berus gigi anda setiap tiga bulan atau apabila ia mula menunjukkan tanda-tanda haus.

- Berjumpa doktor gigi setiap 3 - 6 bulan sekali

- Berkumur dengan baik setiap kali selepas makan

- Jangan berkongsi berus gigi

- Elakkan merokok

- Kurangkan makanan bergula atau jika anda memakannya, berkumurlah dengan air



Tip-Tip Penjagaan Di Rumah
Setiap kali anda memberus gigi, cuba periksa mulut anda untuk sebarang tanda-tanda luar biasa seperti;

- Tompok-tompok merah
- Tompok putih yang kembung
- Ulser didalam mulut dan pada bibir
- Kesukaran atau kesakitan menelan


Memflos
Anda boleh memilih antara; 
 
Flos berlilin atau tidak berlilin - flos berlilin mengelongsor dengan lebih mudah dicelah-celah gigi. Walau bagaimanapun ia tidak memebersihkan permukaan gigi seperti flos yang tidak berlilin. Ia boleh ddapati dikebanyakan farmasi.

Doktor gigi atau jururawat gigi boleh menasihati anda berhubung teknik memflos yang betul. Jika anda tidak menggunakan teknik yang betul, anda mungkin akan merosakkan tisu gusi dan menghauskan permukaan akar gigi.


Memberus
Gunakan berus gigi yang lembut dan berhujung bulat yang tidak akan merosokkan gigi dan gusi anda.

Terdapat lebih daripada satu teknik untuk memberus gigi. tanya lah doktor gigi anda untuk nasihat dan demonstrasi salah satu daripada teknik tersebut.


Lidah
Berus lidah dari belakang ke depan untuk menanggalkan bakteria yang menyumbang kepada nafas berbau.

Jangan lupa mengantikan berus gigi anda setiap 2 - 3 bulan atau lebih awal jika bulunya telah rosak. bakteria membiak pada bulu dan pemenggang berus gigi. Kebanyakkannya tidak berbahaya tetapi ada yang boleh mengakibatkan selesema dan jangkitan gusi.


INGAT, PERKARA UTAMA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA MASIH BELUM BERJUMPA DENGAN DOKTOR GIGI SELAMA LEBIH DARI 6 BULANADALAH PERLU MEMBUAT TEMUJANJI SEKARANG.








6 comments:

  1. Tu laa...saya rasa ada satu geraham ni yg dah rosak...dah tak nak simpan dah rasanya tahun 2013 ni.
    ..selalu buat sakit pala ni..nak cabut je lah....huhuhu

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  2. syukran jazillan

    Kalau sakit gigi hingga buatkan kepala kita sakit, demam dan jika gidi tu tak leh nak diselamatkan...cabut ajer.....:) Siksa kalau sakit gigi ni kan

    ReplyDelete
  3. Saya takut tapi terpaksa suka doctor gigi...

    ReplyDelete
  4. Mak Wardah

    Alhamdulillaah saya tak pula takut dg doktor gigi...tapi memang ada orang yang fobia dg doktor gigi kan

    ReplyDelete
  5. sye mengalami benda yg sama,iaitu adanya bintik2 merah pd lidah baru2 ini....dan sye xtau apa penyebab dan apa yg perlu sye lakukn?adakah sye perlu berjumpa doc gigi?blh tak sye perlukn tindakan atau penjelasan dr anda...

    -Johari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Johari

      Jumpa lah dengan doktor kerana doktor boleh pereksa bintik2 tu, bintik2 tu mungkin sebab masaalah lain, macam-macam yang boleh jadi penyebab tu..

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST