Tuesday, 1 January 2013

ENTRY 5 : KEHIDUPAN YANG POSITIF – SEKS LEBIH SELAMAT

Seks Lebih Selamat 

Wujud pelbagai kekeliruan berkaitan kehidupan seks mereka yang HIV positif. Ingatlah anda memainkan peranan penting dalam mengawal jangkitan HIV.

Anda mungkin berasa malu untuk menanya pelbagai soalan mengenai seks. Orang yang terbaik untuk anda bertanyakan soalan-soalan tersebut adalah doktor anda. Kami juga telah menjawab beberapa soalan yang sering ditanya yang mungkin boleh menjelaskan isu ini kepada anda.




Adakah selamat bagi seseorang yang tidak menghidap HIV melakukan hubungan seks dengan orang yang HIV positif? 
Menggunakan kondom merendahkan risiko jangkitan. Anda perlu mempertimbangkan untuk memberitahu individu tersebut berhubung status HIV positif anda. Mereka berhak untuk tahu berhubung pekara tersebut. 

Saya bimbang bahawa saya mungkin akan menjangkitkan virus HIV kepada pasangan saya. Apa yang patut saya lakukan? 
Berbincanglah dengan pasangan anda berkaitan kebimbangan anda dan pilihlah cara-cara lain untuk menikmati hubungan antara satu sama lain. Aktiviti intim seperti ciuman, urutan dan lain-lain. 

Bagaimana seseorang boleh dijangkiti HIV? 
HIV wujud didalam air mani, darah dan cecair faraj (air mani perempuan). HIV boleh dijangkiti melalui seks yang tidak selamat (tidak menggunakan kondom), berkongsi jarum suntikan yang tercemar dan daripada ibu kepada anak. 

Apa itu seks yang selamat? 
Seks yang selamat adalah aktiviti seks yang mengelak air mani, darah dan cecair faraj (air mani perempuan) daripada memasuki aliran darah, mulut dan kemaluan orang lain. 

Adakah seks oral selamat? Apa akan terjadi jika pasangan tersebut mempunyai kepecahan atau luka didalam mulut? 
Seks oral yang tidak selamat (tidak menggunakan kondom) ada risiko jangkitan. Oleh itu, pastikan anda menggunakan kondom. 

Adakah selamat untuk melakukan seks semasa seseorang yang menghidap HIV datang haid? 
Tidak. Haid adalah darah kotor dan boleh menambahkan risiko jangkitan. Risiko aadalah lebih rendah jika pasangan lelaki menggunakan kondom. HIV wujud didalam darah dan seks yang tidak selamat (tanpa kondom) mempunyai risiko jangkitan. 

Jika kedua-dua pasangan menghidap HIV, perlukah kami menggunakan perlindungan (kondom)? 
Perlu. Anda mungkin menghadapi risiko dijangkiti dengan penyakit kelamin atau strain HIV yang berlainan (jangkitan semula). 

Apakah jangkitan semula? 
Jangkitan semula bermaksud seseorang mendapat jangkitan baru atau jangkitan kedua daripada sesuatu virus yang telah pun menjangkiti mereka. Ini berlaku disebabkan oleh strain virus yang berbeza. Orang yang menghidap HIV boleh dijangkiti semula melalui seks yang tidak selamat. 

Apa risiko-risiko jangkitan semula? 
Ia mungkin membolehkan virus HIV membuat salinan yang baru. Kandungan virus (Viral Load) anda mungkin akan meningkat dan ini boleh meletakkan kesihatan anda dalam keadaan yang bahaya. 

Adakah kondom benar-benar selamat? 
Ia tidak memberi perlindungan 100% daripada HIV tetapi hampir 100% jika digunakan dengan cara yang betul. Ia juga merendahkan risiko mendapat jangkitan seksual/penyakit kelamin yang lain. Ia adalah satu-satunya pilihan berkesan yang kita ada pada masa ini. 

Adakah kondom yang disediakan untuk wanita? 
Ada. Tetapi ia agak mahal. Tanyalah dengan doktor anda dimana anda boleh membelinya. 

Bagaimanakah cara yang betul memakai kondom? 
Gambar rajah di bawah menunjukan cara memakai kondom yang betul.



1) Periksa pek kondom untuk tarikh luputnya. Kemudian koyakkan pek tersebut dengan berhati-hati dan keluarkan kondom berkenaan.

2) Letakkan kondom dihujung zakar yang tegang. Picit bahagian hujungnya untuk mengeluarkan gelembung udara yang terperangkap.

3) Sambil terus memicit hujungnya gunakan sebelah lagi tangan anda untuk membuka gulungan kondom tersebut sambil menolaknya ke pangkal zakar.

4) Jika perlu sapu pelincin berasaskan air seperti “KY Jelly”

5) Selepas ejekulasi, tarik keluar zakar dengan berhati-hati sebelum ia hilang ketegangannya. Pegang rim kondom dengan erat pada zakar untuk mengelakkan air mani terkeluar.

6) Tanggalkan kondom, simpulkan bukaan pada kondom tersebut dan buangkan ia dengan tisu tandas. Buangkan ia kedalam tong sampah. Jangan buang kondom yang telah digunakan kedalam tandas. 

Apakah pelincin yang disyor untuk digunakan dengan kondom? 
Pelincin yang paling baik digunakan adalah yang berasaskan air seperti “KY Jelly”. Pelincin yang berasaskan minyak seperti losen dan “Vaseline” boleh merosakkan kondom yang mungkin boleh menyebabkan air mani mengalir keluar. 


APA YANG DINYATAKAN DIATAS ADALAH PANDUAN AM. BERBINCANGLAH DENGAN DOKTOR ANDA BERHUBUNG LANGKAH BERJAGA-JAGA LAIN YANG MUNGKIN PERLU ANDA AMBIL.

4 comments:

  1. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete
  2. saifudin abu izzudin

    Alhamdulillah terima kasih semoga saudara mendapat manafaat ketika membaca blog ini....:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST