Tuesday, 1 January 2013

ENTRY 4 : KEHIDUPAN YANG POSITIF – PEMAKANAN


Pemakanan

Pemakanan adalah bahagian penting dalam hidup kita, sama ada kita hidap HIV atau tidak. Tidak bererti kerana anda HIV positif anda tidak perlu menghiraukan pemakanan anda.

Memakan makanan yang seimbang akan membekalkan kepada anda dengan vitamin, mineral, protein, karbohidrat dan lemak yang diperlukan oleh tubuh anda. Dalam kes-kes tertentu, pemakanan yang baik juga boleh mengurangkan kesan sampingan. 

Dalam bahagian ini, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan yang biasa ditanya mengenai pemakanan seimbang bagi mereka yang HIV positif.


Apakah makanan yang boleh melawan HIV?
Tiada. Tiada makanan ajaib yang boleh melawan HIV.


Adakah terdapat makanan khas yang lebih baik bagi mereka yang HIV positif?
Adalah sukar untuk mengesyorkannya disebabkan oleh keperluan setiap individu dan tahap rawatan yang berbeza.


Oleh itu, apa yang perlu saya makan?
Makanan yang seimbang.


Apakah makanan yang seimbang?
Makanan yang seimbang adalah makanan yang mempunyai pekara-pekara berikut;

Protin – daripada telur, keju, susu , yougart/dadih, ayam, tauhu, ikan dan lain-lain. Ia juga melilputi vitamin dan mineral terutamanya zat besi dan vitamin B12 daripada daging.

Lemak – terdapat lemak baik dan lemak tidak baik. Lemak yang baik datang daripada minya zaitun, kacang tanah dan sayuran. Lemak yang tidak baik biasanya datang daripada daging berlemak, mentega. Terlalu makan banyak lemak tidak baik boleh membawa kepada penyakit jantung.

Vitamin & Mineral – makan makanan segar seperti buah-buahan dan sayuran. Elak seboleh mungkin memasak sayuran terlalu lama. Cuba makan sayuran yang digoreng dan dikukus (distim)

Karbohidrat – Terkandung dalam makanan berkanji seperti nasi, roti, bijirin, kentang keladi, mi dan bijian.

Ingat, semuanya adalah panduan am. Berbincanglah dengan doktor anda untuk menentukan keperluan makanan anda.


Bolehkan anda beritahu, apakah pekara yang perlu saya pertimbangkan semasa berbincang dengan doktor?
Boleh, berikut adalah beberapa pekara yang anda perlu terangkan kepada mereka;

- Berat badan.

- Tahap kesihatan anda.

- Gaya hidup anda – adakah anda bersenam, merokok, meminum minuman beralkohol atau mengambil dadah yang dilarang.

- Adakah anda makan dirumah atau diluar.

- Kesan-kesan sampingan.

- Kandungan virus dan jumlah CD4 anda.

- Ubat yang anda ambil pada masa tersebut.

- Sebarang jangkitan yang sedang dan telah anda hadapi.

- Maklumkan kepada mereka jika anda mengandung.


Adakah saya disyorkan memakan vitamin atau mineral tambahan?
Multivitamin untuk melengkapkan pengambilan makanan yang seimbang adalah disyorkan oleh kebanyakkan doktor. Tanya lah doktor anda apa yang terbaik untuk anda.


Adakah dengan memakan dosej vitamin dan mineral yang besar boleh membantu kesihatan saya?
Tidak. Penyelidikan yang baru dijalankan menyatakan bahawa dosej yang besar kadfangkala boleh mendatangkan keburukan, terutamanya denagn ubata-ubatan HIV yang anda makan. Sekali lagi, rujuk kepada doktor anda berkenaan dengan dosej yang sesuai untuk anda.


Bolehkah saya memakan ubat herba tradisional?
Apa yang terbaik adalah dengan memberitahu doktor anda apa yang anda ambil supaya beliau boleh memastikan ia tidak menganggu ubat-ubatan HIV yang anda makan.


Bagaimana saya boleh mengelakkan keracunan makanan?
Keracunana makanan biasanya berlaku dikalangan mereka yang mempunyai system daya tahan badan yang lemah dan adalah penting bagi anda untuk mengikut panduan am berikut;

- Masak semua daging, ikan dan ayam sehingga benar-benar masak.

- Elakkan makanan segera seperti mee segera.

- Elakkan makanan mentah seperti Sushimi (ikan mentah Jepun) dan lain-lain.

- Elakkan daripada memanaskan semula daging yang telah tersimpan didalaam peti sejuk selama lebih dari sehari.

- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan bersih.

- Elakkan memakan makanan dalam tin dan yang diawet.

- Jika anda makan diluar, elakkan tempat-tempat yang tidak bersih.

- Masak air yang anda guna kan untuk memasak makanan dan minuman.

- Pasangkan penapis air pada kepala paip anda (tukar penapis tersebut dengan kerap kerana penapis yang digunakan terlalu lama mengandungi bakteria)

- Jangan makan telur mentah atau setengah masak.



Bolehkan saya minum minuman beralkohol?
Sebaik-baiknya jangan. Tetapi jika anda tidak boleh berhenti sepenuhnya atau mengelakkannya, kesederhanaan perlu diamalkan.


Apakah pengambilan alcohol yang sederhana?
2 gelas sehari tetapi anda hendaklah mempunyai dua hari tanpa alcohol dalam seminggu.


Apakah risiko meminum alcohol secara berlebihan?
Ia boleh memberi kesan kepadaa system daya tahan anda dan mungkin melambatkan proses penyembuhan jangkitan. Meminum alkohol dengan banyak juga boleh merosakkan hati dan ia juga dikaitkan dengan Hepatitis.

Mereka yang meminum alcohol dengan banyak biasanya mengabaikan pemakanan mereka dan ini sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh mereka yang HIV positif.

Akhirnya, meminum alkohol dengan banyak boleh menyebabkan anda tertinggal/lupa mengambil ubat HIV. Muntah-muntah yang disebabkan oleh alcohol yang banyak boleh menyebabkan lebih banyak kerumitan.


Adakah sebarang jangkitan yang tidak membenarkan pengambilan alcohol?
Ada, iaitu Hepatitis B dan C.


Tip-tip pemakanan sewaktu sakit
Lebih mudah untuk mereka yang HIV positif dijangkiti pelbagai penyakit disebabkan oleh keadaan system daya tahan badan yang lemah. Berikut adalah beberapa tip berhubung apa yang boleh anda boleh makan dan amalkan ketika anda sakit;

- Simpan stok makanan dirumah dan berhampiran tempat tidur anda jika terlalu letih untuk bangun dari katil.

- Mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit secara kerap berbanding kepada makan 3 kali sehari. Cara ini mungkin lebih mudah dan tidak begitu memenatkan untuk disediakan.

- Meminum jus segar tanpa ais.

- Meminta bantuan rakan dan keluarga untuk menghantar makanan.

- Jika anda menghadapi kesukaran mengunyah dan menelan, cuba makan makanan yang dicairkan atau memakan bubur atau sup.

- Jika anda sakit atau menghadapi jangkitan didalam mulut, elakkan makanan pedas, masin atau terlalu panas.

- Jika anda tidak ada selera makan, mengalami pengurangan berat badan yang teruk atau sakit bila menelan, minta nasihat doktor anda dengan segera.



3 comments:

  1. Saya jadikan tahun 2013 tahun diet n sihat...

    ReplyDelete
  2. Mak Wardah

    Alhamdulillah...sihat dan kuat....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena minum susu dumex 40+.. Naik tangga 3 tgktpun semput

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST