Tuesday, 1 January 2013

ENTRY 3 : KEHIDUPAN YANG POSITIF - KESAN SAMPINGAN

Kesan Sampingan

Kita telah menyatakan bahawa semua ubat, walaupun yang asas mempunyai kesan sampingan. Oleh itu, apabila anda sedang mempertimbangkan ubat-ubatan, bincanglah dengan doktor anda berkenaan kemungkinan kesan sampingan. 

Dan apa yang perlu anda lakukan jika ia berlaku. Biasanya, menyedari kesan sampingan adalah langkah pertama untuk menghadapinya. 

Berikut adalah soalan-soalan yang sering ditanya dan dijawab untuk anda. 


Berapa lamakah kesan sampingan akan berlarutan? 
Biasanya ia akan berlaku selama 4 – 6 minggu sewaktu anda memulakan rawatan. Ia adalah tempoh pembiasaan dan selalunya kesan sampingan akan berkurangan selepas tempoh ini apabila tubuh anda telah biasa dengan ubat.


Adakah terdapat kes-kes dimana berlakunya kesan sampingan yang berpanjangan? 
Ada, kadangkala anda mungkin akan mengalami kesan sampingan selama anda mengambil ubat. 


Apa yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan kesan sampingan? 
Berikut adalah pekara-pekara yang anda boleh lakukan untuk memudahkan tempoh penyesuaian’ 

- Ambil cuti rehat sementara daripada bekerja. 

- Dapatkan pertolongan untuk melakukan kerja-kerja rumah, menjaga anak-anak dan lain-lain. 

- Dapatkan rehat dan tidur secukupnya. 

- Melakukan senaman ringan. 

- Makan makanan yang seimbang dan simpan makanan yang boleh mengurangkan kesan sampingan berdekatan dengan anda. 

- Dapatkan bantuan dan sokongan daripada kawan-kawan, keluarga dan kumpulan sokongan. 

- Hendaklah sentiasa mempunyai pandangan positif. Apabila jumlah CD4 anda meningkat, keadaan anda akan menjadi bertambah baik. 


Jika saya tidak dapat menahan kesan sampingan, bolehkan saya menukar atau tidak memakan ubat? 
Tidak boleh. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu untuk mengelakan kerumitan/kesulitan apabila berhenti memakan ubat. 


Adakah lelaki dan wanita mempunyai kesan sampingan yang berbeza? 
Adakalanya.




Bolehkah anda nyatakan kepada saya berkenaan kesan-kesan sampingan dan apa yang harus dilakukan? 
Ya, sila rujuk kesan-kesan yang tertera dibawah ini dan kami mencadangkan anda mesti berjumpa doktor secepat mungkin jika mengalami sebarang symptom yang disenaraikan. 

1) Kelesuan

Simptom/tanda-tandanya adalah kepenatan, kesukaran untuk bangun dari katil untuk melakukan pekara-pekara yang biasa anda lakukan. Jika keadaan ini kerap kali anda alami, mintalah nasihat doktor.

Tip-tip 

- Masuk tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari. 

- Bersenam, kerana senaman melegakan tekanan dan membuatkan anda berasa bertenaga. 

- Simpan makanan yang muda disediakan/dimasak dirumah untuk dimakan semasa anda berasa terlalu letih untuk memasak. 


2) Ruam 
Wanita lebih cenderung untuk mendapat ruam. Beri perhatian kepada sebarang perubahan warna, kegatalan dan apa-apa perubahan lain pada kulit anda.

Tip-tip 

- Sentiasa sediakan losen seperti losen pelembab dan minyak zaitun kerana ia boleh membantu melegakan kulit. 

- Guna kan sabun yang lembut seperti “Johnson&Johnson” atau Dove. Anda juga disyorkan menggunakan pembersih tanpa sabun (soap free). 

- Jangan mandi menggunakan air yang terlalu panas kerana ia boleh memburukan lagi ruam. Gunakan air suam. 

- Jangan dedahkan ruam anda kepada cahaya matahari. 


3) Sakit Kepala 
Ia disebabkan oleh ketegangan dan biasanya boleh diubati dengan ubat seperti Paracetamol (bincang dengan doktor anda sebelum mengambilnya). Dan cuba mengurangkan tekanan.

Jika anda meminta nasihat daripada seorang doktor (bukan doktor  yang merawat anda untuk HIV), pastikan dia tidak memberi preskripsi antibiotik / ubat yang boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan HIV anda.

Sebagai alternative, anda boleh meminta nasihat seorang doktor yang mengetahui status HIV anda.

Tip-tip 

- Tutup mata anda dan rehat didalam bilik yang gelap dan senyap. 

- Letakkan kain lembab yang sejuk diatas mata anda. 

- Urut dipangkal tengkuk/leher dan bahagian tepi dahi anda dengan ibu jari. 

- Elakkan daripada memankan makanan yang boleh menyebabkan sakit kepala seperti kopi, tea, makanan segera, buah-buahan sitrus seperti oren, limau dan lain-lain. 


4) Mulut Kering 
Mulut berasa kering membuatkan proses mengunyah, menelan dan bercakap menjadi sukar. Keadaan ini boleh memberi kesan kepada deria rasa dan boleh menyebabkan nafas berbau, kerosakan gigi dan jangkitan kendida/keputihan dalam mulut.

Tip-tip 

- Minum air dengan banyak. 

- Elakkan meminum minuman ringan yang bergas atau yang mengandungi kafeina seperti kopi, the dan lain-lain. 

- Kunyah gula-gula getah tanpa gula untuk merangsang pengeluaran air liur atau hisap gula-gula, “Strepsil” atau ais hancur untuk menyejuk dan melambabkan mulut. 

- Berkumur dengan air garam sekerap mungkin.


5) Kerosakan Saraf. 
 Kaki, jari kaki dan tangan merasa panas, pedih, kejang, gelid an kebas. Ia mungkin kekejangan ringan atau teruk sehingga anda tidak boleh berjalan.

Tip-tip 

- Guna kasut dan stoking longgar. 

- Urut kaki anda. 

- Berjalan-jalan untuk melancarkan pengaliran darah. 


6) Cirit-birit. 
Pergi ke tandas lebih daripada 2 kali sehari atau setiap kali anda makan. Pekara yang membimbangkan apabila anda mengalami cirit birit adalah kehilangan air dan mineral dalam badan.

Tip-tip 

- Minum air dengan banyak. Jangan minum minuman ringan bergas. 

- Makan seperti biasa. 

- Makan makanan seperti bijirin oat, roti putih lembut atau bubur. 

- Jangan minum produk susu, makan makanan berminyak, pedas atau terlalu manis. 

- Yogurt biasa mungkin boleh membantu. 

- Minum larutan gaaram rehidrasi-rehydration salt yang boleh membantu untuk mengembalikan mineral dalam badan anda. 


7) Rambut Gugur
Rambut gugur 100 helai sehari adalah pekara biasa. Jika anda perhatikan yang anda keguguran rambut luar biasa banyaknya, ia mungkin disebabkan ubat yang anda makan.

Tip-tip 

- Elakkan daripada mengkerinting, mewarna, melurus, menyanggul atau menggunakan pengering rambut. 

- Kurangkan stress/tekanan kerana ia juga boleh mengakibatkan keguguran rambut. 


8) Loya dan Muntah-muntah 
 Rasa seperti hendah termuntah atau muntah. Ia boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan dan dalam kes-kes tertentu, kekoyakan pada bahagian tekak. Hubungi doktor anda jika anda muntah sepanjang hari atau jika keadaan ini menganggu pengambilan ubat anda.

Tip-tip 

- Makan pisang, bubur, roti bakar atau biskut bijirin. 

- Simpan biskut bijirin dekat dengan tempat tidur anda supaya anda boleh makan beberapa keeping pada waktu pagi. Duduk diatas katil selama beberapa minit sebelum bangun. 

- Minum air limau atau teh hijau (teh Jepun) untuk melegakan perut. 

- Elakkan minuman bergas. 

- Minum jus limau suam kerana ia memang diketahui mampu mengurangkan rasa loya. 

- Elakkan memakan makanan pedas atau berminyak. 


9) Anemia 
Anemia adalah keadaan dimana kadar sel darah merah anda adalah rendah. Sel-sel ini membekalkan oksigen untuk tubuh anda dan apabila anda menghidap anemia, ia boleh menyebabkan keletihan (kelesuan).

Tip-tip 

- Lakukan pemeriksaan jumlah sel darah merah dengan kerap. 

- Makan ikan, daging, ayam, sayur bayam, asparagus dan sayuran berdaun hijau dengan banyak.


10) Berat Badan berkurangan/Susut 
Berat badan berkurangan adalah satu masaalah serius dan boleh disebabkan oleh muntah-muntah, cirit birit, anemia atau keletihan/kelesuan.

Tip-tip 

- Awasi berat badan anda. 

- Jika anda mengalami pengurangan berat badan yang luar biasa, berbincanglah dengan doktor anda untuk mencari puncanya. 


11) Masaalah Kitaran Haid

Masaalah ini adalah pekara biasa dikalangan wanita terutamanya mereka yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah. Simptom/tanda-tandanya adalah : kitaran haid yang tidak tetap, darah haid yang banyak atau sedikit atau kesakitan ketika datang haid (senggugut). Kadangkala wanita mengalami masaalah putus haid (tidak datang bulan).

Tip-Tip 

- Simpan calendar yang menunjukkan tarikh-tarikh anda datang bulan dan perhatikan sebarang perubahan seperti berat badan berkurangan, tekanan/stress dan lain-lain. Ia mungkin boleh membantu anda mencari punca mengapa anda mempunyai masaalah kitaran haid. 

- Buat senaman ringan kerana ia membantu melancarkan pengaliran haid dan mengurangkan senggugut. 

- Jika anda mengalami kekejangan, tuam perut dan belakang anda dengan botol air panas. 

- Pastikan anda memaklumkan doktor anda berhubung sebarang kesan sampingan yang anda alami sewaktu lawatan yang berikutnya.


SENTIASA MINTA NASIHAT DOKTOR SETIAP KALI ANDA MENGALAMI TANDA-TANDA AWAL KESAN SAMPINGAN.


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST