Tuesday, 1 January 2013

ENTRY 2 (a) : KEHIDUPAN YANG POSITIF – RAWATAN BAHAGIAN 1

Jika anda disahkan/didiagnos HIV positif dan anda mahu mengawal perkembangan virus tersebut, rawatan akan menjadi isu yang penting dalam kehidupan anda. Ia adalah komitmen sepanjang hayat. Oleh itu anda mungkin perlu melakukan beberapa perubahan terhadap gaya hidup anda.


Bahagian ini akan memberi penerangan ringkas mengenai ubat-ubatan dan pekara yang perlu anda jangkakan semasa menjalani rawatan. 

Penerangan yang lebih lengkap atau sebarang pertanyaan hendaklah dirujuk kepada doktor anda.


Apa itu HAART?

HAART bermaksud Terapi Anti-Retroviral Berkeaktifan Tinggi (Highly Active Anti-Retroviral Therapy) dan ia adalah rawatan terkini bagi mereka yang HIV positif. Ia boleh membantu memanjangkan hayat dan mengalakkan kehidupan yang lebih sihat. 

Rawatan ini adalah gabungan sekurang-kurangnya tiga ubat anti retroviral yang berlainan.


Kombinasi ubat

Kenapa perlu ada tiga jenis ubat berlainan?
Tiada jenis ubat yang telah dihasilkan hingga ke hari ini, yang mampu untuk memberi rawatan yang baik. Penyelidikan membuktikan bahawa gabungan/kombinasi ubat-ubatan bertindak dengan lebih baik berbanding sejenis ubat.

Apakah tiga jenis dan peranan ubat yang berbeza itu?
Ia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan;

1) Perencat Salinan Terbalik Nukleosida (Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitor) – NRTI

NRTI bertindak sebagai blok-blok bangunan yang pecah, ini akan menyebabkan HIV yang membiak didalam sel-T dibina dengan blok-blok yang pecah. Ini melemahkan HIV.

2) Perencet Salinan Terbalik Bukan Nukleosida (Non- Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitor) – NNRTI

NNRTI memberi arahan yang salah kepada HIV semasa proses pembinaannya supaya HIV menjadi lemah dan mudah musnah.

3) Perencat Protease (Protease Inhibitors) – PI

PI bertindak seperti pekerja yang meletakkan bahan-bahan yang rosak di dalam setiap virus yang dibina. Ini turut melemahkan HIV.

Gabungan/kombinasi ubat-ubatan ini membina tembok disekeliling sel-T yang menghalang HIV daripada menyerang sel-T.


Apa akan terjadi jika saya tidak mengambil ubat?
Ini akan memudahkan HIV untuk menyerang sel-T anda. Jumlah sel CD4 anda akan berkurangan. Ini bermakna sistem daya tahan anda akan bertambah lemah dan anda akan lebih terdedah kepada penyakit. Ia juga akan menjadikan bilangan HIV (kandungan virus) – virol Load didalam badan anda bertambah.



Kandungan Virus – Viral Load


Apa itu Kandungan Virus?
Kandungan Virus (viral load) menunjukan kepada anda dan doktor anda jumlah HIV dalam darah anda. Semakin tinggi kandungan virus (viral load), semakin cepat sel CD4 dimusnahkan. Oleh itu, jumlah sel CD4 anda akan berkurangan. Ini akan menyebabkan system daya tahan anda menjadi semakin lemah.

Kenapa kandungan virus (viral load) begitu penting?
Jika anda mengambil ubat HAART, kandungan virus memberitahu anda keberkesanan ubat HAART. Jika anda tidak mengambil ubat HAART, kandungan virus boleh memberi gambaran kadar perkembangan jangkitan anda.

Berapa paras kandungan virus yang patut ada pada saya?
Jika anda mengambil ubat HAART, paras yang baik adalah kurang daripada 50 salinan /ml. Pada paras ini doktor akan memberitahu bahawa kandungan virus anda di paras yang ‘tidak dapat dikesan’

Jika saya berada diparas ‘tidak dapat dikesan’, adakah saya masih berpotensi untuk menjangkitkan HIV kepada orang lain?
Ya, Kandungan virus hanya untuk menyukat jumlah virus dalam darah anda. Anda masih berpotensi untuk menjangkitkan HIV kepada orang lain.

Adakah HAART membantu mengekalkan kandungan virus di paras yang rendah dan jumlah sel CD4 yang tinggi?
Ya, Itu adalah matlamat rawatan HAART.


Berapa lamakah saya perlu menjalani rawatan?


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST