Tuesday, 1 January 2013

ENTRY 2 (b) : KEHIDUPAN YANG POSITIF – RAWATAN BAHAGIAN 2

Ubahlah gaya hidup anda sebelum rawatan

Apa yang perlu saya lakukan?
Oleh kerana rawatan HAART adalah komitmen sepanjang hayat dan ia mungkin memerlukan anda membuat perubahan terhadap cara anda menjalani kehidupan dan bekerja. Bermula seawal mungkin anda akan dapat membiasakan diri dengan cara hidup baru anda.

Apakah perubahan yang mungkin perlu saya lakukan dalam hidup saya? Permulaannya;

Makan makanan yang seimbang.

Bersenam

Jika anda merokok, minum minuman keras atau mengambil dadah yang dilarang, cuba berhenti.

Kenapa?  
Rokok, alkohol dan dadah yang dilarang adalah bahan yang sememangnya merosakan badan anda.. Daya tahan anda yang lemah mungkin tidak mampu untuk menangani kesan-kesan berbahaya ini.
 
Berbincanglah dengan doktor anda sebelum memulakan rawatan


Kenapa doktor merupakan orang yang amat penting?
Adalah penting bagi anda mempunyai hubungan yang baik berdasarkan perasaan saling mempercayai dengan doktor anda kerana ia adalah hubungan yang akan berkekalan sepanjang hayat.

Anda mungkin mempunyai soalan berkaitan HIV, rawatan, kesan smpingan dan perubahan gaya hidup yang ingin dibincangkan dengan doktor anda. Anda perlu lah berasa selesa membincangkan semua ini dengan doktor anda.

Apa yang perlu saya bincangkan dengan doktor?

- Bagaimana rawatan boleh mengubah hidup anda

- Bagaimana untuk bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal kerana rawatan akan menjadi keutamaan dalam hidup anda.

- Ia adalah satu komitmen sepanjang hayat.

Bagaimana jika saya tidak dapat memakan ubat pada masa yang ditetapkan?
Ia mungkin menyebabkan kegagalan kombinasi ubat anda yang pertama. Dan ia mungkin menyebabkan usaha mengawal virus dengan kombinasi ubat yang lain sukar.

Berapa banyakkah kombinasi ubat yang boleh didapati?
Hanya ada beberapa jenis kombinasi sahaja. Oleh itu, anda tidak mempunyai banyak pilihan. Jadi, adalah penting bagi anda untuk memastikan kombinasi pertama berkesan selama mungkin.


Apa yang perlu saya pertimbangkan semasa menentukan jenis-jenis ubat-ubatan dengan doktor?
Jadikan ia semudah yang mungkin kerana ia boleh mengubah hidup anda. Pekara-pekara berikut perlu dipertimbangkan:

- Kos perubatan

- Kesan sampingan

- Anda perlu menyedari masa memakan ubat-ubatan tersebut, jadual dan perubahana dalam rutin anda.

- Anda mungkin perlu memakan ubat-ubatan tersebut sebelum atau selepas makan, dengan atau tanpa makanan tertentu.

- Anda perlu membawa ubat anda pada setiap masa.

- Anda mungkin sibuk, berasa tertekan atau malas, tetapi ubat tersebut perlu dimakan tepat pada masanya, setiap masa, setiap hari, setiap tahun.

- Berapa banyak pil yang perlu anda makan? Ia mungkin berubah-ubah daripada 3 hingga 10 biji.

- Adakah anda kerap melakukan perjalanan jauh?

- Adakah ubat tersebut perlu disejukkan dan jika ya, adakah ia akan mendatangkan masaalah kepada anda?

- Adakah anda mempunyai jadual kerja yang sibuk sehingga menyebabkan anda sukar untuk makan pada masanya?

Berbincanglah dengan doktor anda berkaitan pekara-pekara diatas.


Adakah ubat tersebut membawa sebarang kesan sampingan?
Ya. Semua ubat, walaupun yang paling asas, mempunyai kesan sampingan.

Adakah semua orang yang menjalani rawatan HAART mengalami kesan sampingan yang sama?
Tidak. Ada yang tidak da nada yang menghadapi kesan ringan serta ada yang teruk. Oleh itu, kombinasi ubat yang pertama perlu di ambil sebaik mungkin, supaya keberkesanannya boleh diketahui. Berbincanglah dengan doktor anda mengenai kesan sampingan kombinasi ubat. Ini akan membantu anda menentukan samaada anda mampu menghadapinya atau tidak.


Bolehkah saya mengambil kombinasi yang sama seperti rakan saya?
Tidak boleh. Apa yang mungkin berkesan untuk seseorang tidak semestinya berkesan untuk orang lain.




Dapatkan bantuan sebaik mungkin

Siapakah yang boleh saya rujuk untuk mendapat bantuan?
Kawan-kawan, keluarga dan kumpulan sokongan yang boleh membantu anda mengekalkan pelan rawatan anda. Sila rujuk muka surat 57 dan 58



Menukar ubat dan Pematuhan

Bolehkah saya menukar ubat jika saya tidak mampu menghadapi kesan sampingannya?
Boleh, tetapi rujuklah dengan doktor anda terlebih dahulu.

Apakah sebab-sebab lain yang memerlukan saya menukar ubat?
Kadangkala, kombinasi ubat ditukar jika anda tidak dapat menepati masa dan dos yang telah ditetapkan atau jika terdapat perubahan dalam jumlah CD4 dan kandungan virus (viral load) anda.


Tip-tip yang boleh membantu anda memakan ubat tepat pada masanya.
- Makanlah ubat anda pada masa yang sama setiap hari

- Simpan lah ubat ditempat-tempat yang anda selalu kunjungi seperti pejabat, rumah pasangan, kawan atau ibu bapa anda.

- Bawalah ubat anda kemana sahaja anda pergi.

- Ambil perhatian terhadap perbezaan zon masa apabila anda dalam perjalanan.

- Simpan dairi atau kalender supaya anda boleh buat catatan atau menanda setiap kali anda memakan ubat.

- Guna kan telefon bimbit atau jam loceng anda untuk peringatan.

- Minta mereka yang anda sayangi supaya mengiingatkan anda.

- Jika anda mengembara untuk jangkamasa yang lama, bawalah bersama bekalan ubat yang mencukupi.

- Simpan senarai ubat dan dosej yang perlu anda makan apabila anda mengembara.

- Jika anda seorang muslim yang menjalani rawatan dan bercadang untuk berpuasa, bincanglah dengan doktor anda.



Daya rintangan

Apa akan jadi jika saya tertinggal/terlupa dos atau berhenti mengambil ubat?
Jika anda tertinggal dos secara kerap atau berhenti memakan ubat anda selama beberapa hari, anda memberi peluang kepada virus HIV untuk melepasi kawalan ubat. Ini akan membenarkan virus tersebut membina daya rintang kepada ubat.

Apa itu daya rintangan?
Apabila virus membina daya rintangan terhadap ubat, ubat tersebut akan menjadi tidak berkesan. Jika ini berlaku, HIV akan membiak walaupun anda masih memakan ubat tersebut.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mencegah rintangan?
Makanlah ubat anda seperti yang diarahkan doktor, patuhi lah masa yang ditetapkan dan makanlah jumlah pil yang betul, tidak lebih dan tidak kurang. Ini bermakna ubat tersebut(didalam badan anda) sentiasa ada untuk melawan virus.

Bagaimana jika saya tertinggal satu dos? Bolehkah saya mengandakan dos ubat yang berikutnya?
Tidak boleh. Anda mungkin akan mengalami banyak kesan sampingan dan pada masa yang sama disej yang berganda tidak melawan virus. Anda hanya perlu menyambung semula masa dos yang asal. Maklumkan pekara tersebut kepada doktor anda semasa perjumpaan yang berikutnya. Anda juga hendaklah memastikan supaya tidak tertinggal sebarang dos pada masa akan datang.




Anda boleh membaca entry ini (Buku Kehidupan Yang Positif) mengikut turutan seperti dibawah;

ENTRY 8 : KEHIDUPAN YANG POSITIF - MINDA, JASMANI DAN ROHANI
ENTRY 9 : KEHIDUPAN YANG POSITIF - NOMBOR TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI 



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST