Tuesday, 1 January 2013

ENTRY 1: KEHIDUPAN YANG POSITIF – PENGENALAN

Saya mendapat buku ini kira-kira tiga tahun lalu yang diberi oleh Kak Zaiton pegawai perubatan di Hospital Besar disini. Saya pasti tidak ramai yang memiliki dan pernah membaca buku ini dan saya berharap ianya bermanafaat buat pembaca semua.


Anda boleh membaca entry ini (Buku Kehidupan Yang Positif) mengikut turutan seperti dibawah;



KEHIDUPAN YANG POSITIF

Pandangan yang dinyatakan didalam buku ini adalah daripada panel penasihat dan tidak mewakili pandangan mana-mana pihak/orang perseorangan yang lain. Majlis AIDS Malaysia tidak bertanggung jawab atas sebarang salah tafsiran maklumat yang diberi didalam buku ini.. 

Buku ini hendaklah digunakan sebagai bahan rujukan dan panduan ringkas. Buku ini tidak boleh menggantikan nasihat yang diberikan oleh ahli perubatan professional/doktor. 

Buku ini adalah satu bahan pendidikan dan bukan bertujuan untuk mempromosi sebarang produk atau syarikat.


Buku ini adalah satu panduan ringkas bagi mereka yang HIV positif (ODHA atau Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS) serta penjaga, kaunselor, keluarga dan rakan-rakan mereka.

Ia mencadangkan cara-cara bagaimana mereka yang HIV positif boleh memperolehi kehidupan yang memuaskan. Ramai diantara mereka menjalani kehidupan yang normal dengan menerima dan membuat perubahan terhadap cara hidup mereka.

Jika anda keberatan, takut atau tidak tahu kepada siapa anda harus bertanya berkaitan HIV, anggaplah buku ini sebagai panduan ringkas yang menerangkan semua pekara yang perlu anda ketahui berkaitan HIV.


HIV/AIDS

Apa itu HIV?
HIV adalah singkatan kepada Human Immunodeficiency Virus atau Virus Kurang Daya Tahan Penyakit. Ia adalah sama seperti virus-virus lain yang menjangkiti manusia contohnya selesema, SARS dan lain-lain.

Kenapa Hiv sukar diubati?
Ia adalah sejenis virus yang amat bijak dan mampu bersembunyi dan membiak dengan cepat di dalan Sel-T kita. Oleh kerana sifat-sifat ini, amat sukar mencari penawar sehingga hari ini.


Apa itu Sel-T?
Sel-T adalah sejenis darah putih yang bertanggungjawab melawan jangkitan di dalam badan anda. Oleh itu lebih banyak sel-T, lebih kuat system daya tahan anda untuk melawan penyakit.

Kenapa HIV tertarik kepada sel-T?
HIV mempunyai tombol dipermukaannya yang sama seperti tombol permukaan di luar sel-T. HIV menggunakan tombol ini untuk melekat kepada sel-T dan seterusnya masuk ke dalamnya.

Apa yang berlaku didalam sel-T apabila HIV memasuki tubuh manusia?
HIV mula melakukan pembiakan didalam sel-T dan menghasilkan lebih banyak virus HIV. HIV akan keluar dari sel-T tersebut dan menyerang lebih banyak sel-T lain dan keseluruhan proses ini akan berulang.

Apa yang akan berlaku jika proses ini berterusan?
Apabila HIV meneruskan pembiakannya, ia akan memusnahkan sel-T serta sel-sel disekelilingnya. Ini akan menyebabkan jumlah sel-T didalam tubuh anda berkurangan. Ini mengurangkan data tahan badan anda untuk melawan penyakit.




Apa itu jumlah sel CD4?
Sel-T turut dikenali sebagai sel CD4. Oleh itu jumlah sel CD4 sebenarnya adalah jumlah sel–T di dalam badan anda. Lebih rendah jumlah sel CD4 anda, maka lebih lemahlah system daya tahan anda.

Apakah jumlah sel CD4 bagi seseorang yang tidak dijangkiti HIV?
Biasanya diantara 500-1000

Apa yang patut saya lakukan jika jumlah sel CD4 saya kurang daripada 500?
Jika jumlah CD4 anda lebih daripada 300, anda mungkin masih berasa sihat tanpa sebarang symptom/tanda-tanda jangkitan. Teruskan mengawasi jumlah sel CD4 dengan doktor anda. Jika jumlah sel CD4 anda kurang daripada 200, anda mungkin perlu memulakan rawatan. Bincanglah dengan doktor anda berhubung pekara ini.

 

Apa itu AIDS?
AIDS adalah singkatan daripada Acquired Immunodeficiency Syndrome atau Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit. AIDS adalah nama yang diberikan kepada sekumpulan penyakit yang boleh menjangkiti mereka yang HIV positif, disebabkan oleh daya tahan badan yang lemah. 

Jika saya HIV positif, adakah saya juga pesakit AIDS?
Tidak. Seorang yang HIV positif hanya akan menjadi pesakit AIDS apabila sekumpulan penyakit menjangkiti mereka seperti radang paru-paru, tuberculosis (TB), jangkitan kendida/keputihan dalam mulut dan beberapa jenis penyakit kulit lain.

Berapa lamakah selepas disahkan sebagai seorang HIV positif, saya akan menghidap AIDS?
Tiada jawapan yang tetap kepada soalan ini kerana setiap individu adalah berbeza. Tetapi bagi kebanyakan mereka yang HIV positif yang sedang menjalani rawatan, perkembangan AIDS boleh dilambatkan atau dielakkan selama bertahun-tahun lamanya.

Adakah penyakit-penyakit yang boleh menjangkiti seorang HIV positif boleh dirawat?
Boleh, tetapi penyakit-penyakit ini kebiasaannya boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.


5 comments:

  1. Info yang terbaik...interaktif.praktikal.padat dan pendekatan yang mudah...
    paling best 9 in 1...

    Alhamdulillah sangat-sangat membantu saya..Najmi.....:)

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  2. Bermulanya kehidupan saya seorg HIV. ��

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST