Tuesday, 8 January 2013

BERJUANG MENYEBAR MESEJ POSITIF HIV/AIDS


ISU berkaitan HIV/AIDS bukan perkara baru bagi masyarakat dunia. Ia masih berhadapan dengan pertembungan isu antara penyebab dan rawatan; stigma dan penjelasan; kesedaran dan ketidakpedulian; serta ketidakpastian dan harapan.

Begitupun, ada kenyataan yang perlu ditelan semua. Senario yang berkisar tentang isu tersebut boleh diumpamakan biduk tiris menanti karam.

Menilai perkembangan global dan statistik mengenai HIV/AIDS pada hari ini, bagai tiada daya lagi untuk menampung kembali lohong yang terbentuk akibat virus tersebut. Hakikatnya, situasi menjadi bertambah buruk dari hari ke hari.

Bukan niat menambah cuka ke hirisan luka. Namun, masyarakat kita hari ini sudah alpa dengan peningkatan angka penghidap HIV saban waktu.

Historiografi berkaitan pandemik itu tidak perlu lagi dihuraikan apa, bagaimana dan kesannya. Majoriti masyarakat negara ini secara puratanya sudah didedahkan dengan maklumat mengenainya, sementara ada segolongan lagi yang perlu buka mata lantaran kosong pemahaman terhadap HIV/AIDS.

Caranya adalah dengan cuba mengalihkan sejenak minda kita terhadap rasa empati kepada insan yang hidup dengan HIV/AIDS.

MASIH ramai yang mengambil mudah mengenai kepentingan menggunakan kondom sebagai salah satu cara untuk mengelakkan virus HIV disebarkan.



Mesej lagu dan irama

Ketepikan dakwaan maksud sudah terhantuk baru terngadah. Bagi adiwira HIV dunia yang juga merupakan seorang penghidap HIV positif, Nicholas Snow, 49, dia begitu lantang menyuarakan ideologi tersendiri berkenaan isu seks selamat melalui perspektifnya tersendiri.

Baginya, penaklukan minda manusia pascamoden kini perlu didaki secara halus dan perlahan-lahan ke dalam jiwa. Pastinya mesej daripada irama dan lagu adalah medium paling dinamik. Itulah antara sumbangannya yang terkini selain daripada siri ceramah kesedaran yang diperjuangkannya.

Agenda aktivis HIV dari Arizona, Amerika Syarikat yang kini menetap di Bangkok, Thailand itu mahu menyedarkan orang ramai bahawa langkah membendung penyebaran wabak HIV lahir daripada diri sendiri.

Sedar akan kepentingan niat dalam diri, Snow mengambil langkah proaktif dengan mencipta lagu dan liriknya sendiri demi menyampaikan pesanan kepada penduduk Asia khasnya mengenai kepentingan hubungan seks selamat dan pemeriksaan HIV.

“Lagu berjudul The Power To Be Strong sememangnya ditujukan khas kepada semua mangsa HIV positif yang kini menjalani kehidupan masing-masing dengan cara tersendiri. Diharapkan lagu ini mampu menyuntik motivasi untuk tidak berputus harap,” ujar jejaka yang tidak lokek dengan senyuman.

Lagu unik yang dirakamkan di Thailand itu disampaikan Snow dalam versi bahasa Inggeris menggunakan vokalnya sendiri dan diterjemahkan pada 18 sarikata berbeza mengikut negara yang dikunjunginya.

“Versi ini akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan terkini dengan suntikan sedikit elemen tempo rancak dan koreografi tarian kreatif dan unik,” tambah bekas wartawan penyiaran itu.

Menjejaki pengalaman hidupnya yang bergelumang dengan AIDS, tanpa silu Snow menyelak satu persatu kepada penulis.

“Saya syak diri saya dijangkiti virus HIV pada Ogos tahun 2007 apabila terlanjur dengan pasangan saya tanpa menggunakan sebarang perlindungan (kondom).

“Kemudiannya, pada 3 Januari 2008 saya disahkan menghidap HIV positif dan semenjak itu saya menyedari bahawa saya juga perlu bertindak untuk mengelakkan lebih ramai individu lain menderitai dilema hidup seperti saya,” katanya yang pernah diselar keluarga dan rakannya sendiri.

Namun, dalam pada diri direnjat kenyataan pedih itu, hanya seorang individu yang tidak jemu memberikannya semangat, kasih sayang, sokongan dan nasihat. Snow merujuk kepada ibu kandungnya, Elizabeth Magnuson, 70.

“Belum puas saya mengecapi nikmat kasih sayang sebenar daripadanya, dia pergi meninggalkan saya selamanya dua tahun lalu semasa saya berada di Thailand,” cerita anak ketiga daripada lima beradik itu sambil menyeka air mata.

Bak hilang punca bergantung dalam pengharapan mencari sinar baru, Snow kembali bangkit meneruskan matlamat hidup membantu insan yang berisiko diancam HIV dengan mengembara ke setiap benua.


HARI AIDS Antarabangsa disambut setiap tahun di seluruh dunia untuk memperingati mangsa pandemik AIDS.



Tanggungjawab sosial selebriti
 
Bagi Tony Eusoff, 34, pula, selebriti sebenarnya mempunyai kelebihan dalam skop penyampaian mesej secara meluas kepada peminat.

“Selebriti sudah ada peminat tersendiri dan boleh memberikan kesedaran serta impak berguna kepada masyarakat dengan lebih besar sekali gus mempengaruhi minda peminat mereka,” ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Anthony Joseph yang berasal dari Kuching, Sarawak itu menjelaskan tiada sebab untuk seseorang takut kepada perkara yang tidak benar terutamanya perkara berkaitan penularan virus HIV.

“Kesedaran awam tentang HIV perlu dibuat 20 atau 30 tahun lalu kerana orang ramai sebenarnya mudah faham dan boleh menerima sesuatu isu itu dengan terbuka.

“Apatah lagi kini dengan adanya teknologi perubatan yang sangat maju, pesakit HIV juga berpeluang untuk hidup lebih lama seperti individu normal,” bicaranya yang sudah terdidik secara tidak langsung mengenai wabak HIV sejak usia cilik apabila sering mengikuti ibunya yang bertugas sebagai pembantu wad di hospital.

Tambahnya yang turut dikelilingi pesakit HIV, tanggungjawab untuk menjaga diri mereka daripada menjangkitkan kepada orang lain tidak disangkal.

Berbicara mengenai jangkitan HIV tanpa sedar umpamanya pemindahan darah, Tony juga menyuarakan pandangannya tersendiri.

“Itu bukan satu hukuman daripada Tuhan sebaliknya satu cabaran kepada kita kerana Dia tahu kita cukup daya untuk menghadapi setiap cabaran daripada-Nya,” pesannya yang menggalakkan orang awam supaya tidak menyimpan persepsi negatif kepada penghidap HIV.

Sebagai salah seorang selebriti aktivis AIDS di Malaysia, Tony juga menggalakkan agar kempen kesedaran diperluas ke kawasan pedalaman yang kurang akses kepada kesedaran awam.

“Sebenarnya segelintir masyarakat pedalaman masih kurang pendedahan dan menganggap HIV seperti sihir. Seboleh-bolehnya kita sebagai masyarakat bertanggungjawab perlu membuka minda dan mendidik mereka sehingga ke satu tahap semua orang faham tentang AIDS dan cara untuk mencegahnya?” jelasnya yang turut menggalakkan orang awam mengamalkan langkah keselamatan yang sesuai.

JANGKITAN virus HIV melalui perkongsian jarum suntikan sudah menjadi isu lapuk apabila kini seks tanpa perlindungan mendominasi kaedah penularan wabak itu.

Berhenti mencemuh mereka

Bagi peserta program realiti Astro Oasis, Imam Muda musim kedua, Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, pesakit HIV perlu diberikan peluang untuk disayangi.

“Mereka sering mendapat cemuhan berbanding hak perikemanusiaan yang dipandang enteng oleh masyarakat sekeliling kita.

“Melalui dakwah secara uslub misalnya, pendekatan secara berhikmah untuk menyentuh hati mereka dirasakan satu tindakan yang tepat dalam meningkatkan kembali harga diri mereka,” tuturnya yang yakin dengan hikmah tersendiri dalam setiap kejadian yang direncanakan oleh Yang Maha Kuasa.

Menjelaskan peranannya dalam masa yang sama untuk cuba mengubah haluan hidup golongan penuh risiko berdepan wabak HIV, bagi anak jati Segamat, Johor itu langkah terbaik adalah menanamkan rasa empati jika diri sendiri berada di tempat mereka.

Persimpangan jawapan kepada persoalan berkesan atau tidak, jawab Nazrul penggemblengan usaha semua pihak adalah jaminan solusi setiap konflik.

“Semua orang perlu bersatu padu untuk mengekang penyebaran virus ini dan usah lagi stigmakan pesakit HIV dengan ideologi yang telah terbina selama ini,” serunya yang juga menggalakkan majikan di seluruh negara agar tidak membanding bezakan pekerja yang menghidap HIV dan individu sihat.

Apa yang pasti, perjuangan untuk menyalakan kesedaran mengenai HIV/AIDS bukanlah satu perjuangan untuk diri mereka yang hidup dengan penyakit itu semata-mata.

Hakikatnya, ia adalah satu mujahadat dalam memastikan mungkin satu hari anak, adik, abang, kakak, pak cik, jiran, rakan atau lebih tepat orang kita sayang juga hidup dengan penyakit yang sama.


Sumber : Kosmo! Online

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN dan IZYAN LIYANA DARIFrencana@kosmo.com.my 


4 comments:

  1. Moga Allah sentiasa datangkan bantuan dan pertolonganNya buat Naj mi ye dalam setiap perkara....

    Moga Allah juga bantu dlm setiap mujahadah kita sesama Islam...
    Amin..Ya Rabbi......:)

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran jazillan

      Alhamdulillah insyaallah...terima kasih...:)

      Delete
  2. Jadikan PLHIV sahabat baik, berdiri bersama mereka, jangan biarkan mereka melangkah berseorangan, bersama melakngkah kerana jangan biarkan mereka keseorangan tanpa teman kerana kan wujud perasaan rendah diri, pelbagai perasaan dalam hati mereka, dengan kehadiran anda mereka anda teman untuk mendengar dan memberi kekuatan.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST