Monday, 14 January 2013

JOJO - BEKAS SEORANG GAY DISERANG GATAL DIBADAN


Soalan

SATU ketika dulu saya pernah menjalani kehidupan sebagai seorang gay. Bagaimanapun, saya begitu menyesal dengan jalan songsang yang dipilih itu dan kini saya sudah insaf.

Bagaimanapun, apa yang membimbangkan saya sekarang ialah badan saya mula terasa gatal-gatal. Saya kerap menggaru sehingga luka. Adakah ia petanda saya menghidap penyakit kelamin? Saya harap doktor dapat membantu saya.

JOJO
Selangor


Jawapan

JANGKITAN penyakit kelamin berlaku apabila individu yang sihat melakukan hubungan seks dengan individu yang membawa atau menghidap penyakit kelamin.

Petanda penyakit kelamin seperti gonorrhea ialah ada pengeluaran cecair berwarna putih yang banyak daripada zakar atau faraj. Jika tidak dikawal, radang akan berlaku dengan ketara.

Jangkitan penyakit berkenaan boleh berlaku dalam masa 24 jam selepas terdedah dengan kuman 'nisseria gonorrhea'. Virus HIV/Aids juga dijangkiti melalui hubungan seks rambang dengan pasangan yang membawa atau menghidap penyakit berkenaan.

Cara mengesannya dengan menjalani ujian darah. Jika negatif virus HIV, ujian itu perlu dilakukan lagi selepas tiga bulan kerana antibodi virus terbabit mengambil masa antara tiga minggu hingga tiga bulan untuk muncul.

Naluri seksual sesama jenis adalah sebahagian daripada naluri seksual yang dialami individu yang mungkin berlaku secara kebetulan. Jika individu itu tidak selesa dengan hubungan itu, dia boleh tinggalkan perilaku terbabit.

Ada juga individu yang boleh melakukan hubungan seks dengan lelaki dan wanita. Mereka dikenali sebagai biseksual kerana mempunyai naluri seksual 'bi'.

Bagaimanapun, jangan diamkan diri dibelenggu dalam keadaan begitu. Dapatkan bimbingan dan kaunseling untuk meningkatkan daya ketahanan diri mengetepikan naluri sesama jenis. Tidak mudah untuk melakukannya jika sudah terikat dengan amalan itu.

Sumber : Disini


10 comments:

  1. salam najmi, tq berkongsi ye. Apapun penyakit yg penting cepat2 dapatkan rawatan kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana

      Alhamdulillah...persoalan sebegini perlu kita baca dan sentiasa mengambil perhatian sentiasa kan...terutama mereka yang kehidupannya agak bebas...:)

      Delete
  2. Assalamualaikum...

    Apabila bercakap tentang rawatan saya teringat kepada seorang kawan.
    Semasa saya pergi mendapat rawatan susulan di Hospital Sg. Buloh (HSB), saya terserempak dengan seorang kawan. Beliau kelihatan "sakit". Saya hanya bertanya kenapa datang ke HSB. Jawapannya ringkas, demam. Saya tidak meneruskan soalan walaupun hati saya kuat mengatakan dia HIV.

    Hendak dijadikan cerita, saya mendapat jemputan sebuah majlis dari kawan saya dan pada masa yang sama kawan yang disyaki mendapat HIV ini juga dijemput sama. Sebenarnya kawan saya syaki ini bukanlah begitu rapat dengan saya. Saya mengenali beliau melalui seorang kawan saya yang lain.

    Dipendekkan cerita, saya tidak melepaskan peluang untuk bertanya status kesihatan beliau. Antara soalan saya yang muls-mula, "Engkau sudah ambil ubat? Dah mulakan HAART?". Alhamdulillah, he gave me a good respond. Cerita punya cerita, sebenarnya kawan saya ini telah mendapat tahu beliau mendapat jangkitan lebih kurang 5 tahun yang lalu. Malangnya, pada waktu tersebut apabila beliau mengetahui status kesihatan beliau, beliau tidak mendapatkan sebarang rawatan susulan. Beliau hanya berdiam diri dan pada masa yang sama beliau mempunyai teman lelaki.

    Saya sangat kesal dengan apa yang telah berlaku. Tapi bagi saya it happened. Apa yang saya mampu buat hanyalah menasihati beliau untuk tabah dan bersikap positif. Saya juga menasihati beliau supaya memberitahu teman lelaki (sekarang bekas teman lelaki) beliau tentang status beliau atau setidak-tidaknya memberitahu bekas teman lelaki beliau untuk melakukan HIV Screening.

    Pada masa yang sama juga, saya bertanya beliau mengenai status HIV beliau dan CD4 beliau ialah 13 counts...

    Pengajaran dari kisah ini ialah:

    1. Elakkan sama sekali dari berdiam diri mengharapkan HIV boleh self-cure apabila anda didiagnos positif HIV. Walaupun semasa anda mendapat tahu anda positif HIV, anda dalam keadaan sihat walafiat, jangan sekali-kali menganggap HIV akan hilang dengan sendirinya. Merujuk kepada keadaan kawan saya, jika beliau melakukan HAART sebaik sahaja didiagnos positif HIV atau beliau di bawah pemantaun doktor, insyaAllah CD4 count beliau tidak menurun hingga ke tahap 13 count.

    2. Segera berjumpa doktor apabila anda mendapat penyakit yang agak luar biasa lebih-lebih lagi apabila anda melakukan aktiviti berisiko. Tiada gunanya malu untuk berjumpa doktor. Sebaliknya malulah pada diri sendiri kerana anda tidak menjaganya dengan baik. Inilah masanya untuk memperbaiki diri. Allah masih berikan masa. Alhamdulillah.

    3. Jika anda didiagnos HIV, bertanggungjawablah. Segera beritahu pasangan anda. Jika kita tiada kesedaran, HIV akan terus merebak. Jika kita dijangkiti, cuba elakkan sebaiknya daripada menjangkiti orang lain. Jika anda rasa anda telah menjangkiti seseorang, berterus teranglah dengan beliau sebaiknya...

    Sekian dahulu ceritaku.

    MFZ

    ReplyDelete
  3. MFZ

    Terima kasih dengan kisah yang awak ceritakan disini, kisah kawan awak hampir sama dg kisah saya dimana bila dah tahu CD4 saya sekitar bawah 200, saya terus tak jumpa doktor atau menerima rawatan HAART, hinggalah CD4 saya jatuh keparas kiraan 12, terlantar dihospital.

    Terima kasih dengan nasihat MFZ tu, harap pembaca yang positif HIV yang enggan jumpa doktor dan yang enggan makan ubatan yang disarankan oleh doktor (kerana saya ada kawan di FB yang positif HIV sudah mendapat ubatan HAART TETAPI enggan makan ubat dan enggan berjumpa doktor) agar membuka mata menerima nasihat dari awak itu...:)

    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Naj Mi.
      Sama-sama berjuang.
      InsyaAllah.

      Delete
    2. Ya...insyallah... :)Terima kasih

      Delete
    3. Betul MFZ, jumpa doktor & ikut advise doctor, hentikan jangkitan kepada orang lain kerena anda memang tahu andalah HIV +ve. Jangan takut kerana kalau anda mengambil rawatan awal, keadaan tubuh badan anda menjadi lebih baik. HIV tidak membawa maut kerana penurunan CD4 yang baik akan menjadikan kesihatan diri anda amat daif.

      Delete
    4. Mak Wardah,

      You're right!

      :)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST