Monday, 7 January 2013

BARU TAHU DIRI ADA HIV, SIAPA HARUS SAYA BERITAHU?

SIAPA HARUS SAYA BERITAHU? BERCAKAP TENTANG STATUS ANDA

Anda HV positif (HIV+). Anda baru sahaja tahu tentang status anda ATAU anda telah lama mengetahui tentangnya. Samada ia adalah berita yang baru diterima atau sesuatu yang telah anda hidup dengan buat seketika, tentu terdapat banyak situasi di mana anda terpaksa membuat keputusan samada untuk mendedahkan status HIV anda - untuk memberitahu orang lain yang anda dijangkiti HIV. 

Di dalam beberapa situasi, anda akan mendapati yang anda terpaksa mengimbang antara kejujuran dan melindungi hak kesendirian.

Siapakah yang harus anda beritahu? 

Adakah ada seseorang yang anda mahu beritahu, tetapi tidak tahu bagaimana atau sebanyak mana harus anda beritahu? 

Adakah ada seseorang yang mesti anda beritahu seperti isteri, pasangan hidup atau seseorang yang sedang anda bercinta? 

Bagaimana dengan memberitahu pasangan seks anda tentang status anda? 

Mungkin anda akan melalui pembedahan atau berjumpa doktor gigi. Adakah anda perlu memberitahu mereka dan doktor-doktor swasta lain yang anda HIV positif? 

Adakah mereka mempunyai hak untuk bertanya tentang status HIV anda atau enggan memberi rawatan kerana anda HIV positif? 

Adakah terdapat situasi di mana anda diperlukan mendedahkan status HIV positif anda?

Bersama dengan banyak perasaan yang dirasa dan pemikiran yang akan anda lalui dalam penerimaan hakikat anda dijangkiti HIV, ini adalah beberapa persoalan dan kebimbangan yang timbul berkenaan dengan pendedahan status HIV anda. Sepertimana dengan isu-isu HIV atau yang berkait dengan keputusan hidup yang penting, tidak ada jawapan yang tepat untuk semua orang. Ia mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan status HIV positif. 

Oleh itu, adalah penting untuk tidak terburu-buru mendedahkan status anda tanpa memberi pemikiran tentangnya. Perasaan mahu berkongsi berita ini dengan orang lain adalah satu reaksi semulajadi, terutamanya apabila ia masih baru dan anda berasa kalah, lemah dan kurang pasti tentang masa depan anda. Hakikatnya, orang HIV harus memilih kepada siapa dan bila harus mereka dedahkan status mereka. Proses ini biasanya melibatkan perasaan cemas dan ketidakpastian.

Oleh itu, adalah penting untuk bertanyakan diri sendiri, "amat pentingkah pendedahan status HIV saya kepada individu yang hendak saya beritahu?" 


Sekiranya, jawapannya ialah tidak, mungkin, anda harus memberi pemikiran yang lebih sebelum mendedahkan status anda.

Sekiranya ia amat perlu kerana ia boleh membantu anda mendapat rawatan yang sewajar atau bantuan yang diperlukan, maka, dalam situasi seperti ini, pendedahan adalah wajar.  

Namun, keputusan masih ditangan anda.
 

Ramai orang yang telah lama hidup dengan HIV masih mengalami situasi di mana mereka terpaksa membuat keputusan samada untuk mededahkan status mereka. Perasaan ingin memberitahu ahli keluarga mereka, majikan, sesama pekerja atau sahabat handai adalah perasaan semulajadi. Namun, hakikatnya, ia boleh menimbulkan masalah kepada anda.

Dalam dua puluh lima tahun epidemik HIV ini, terdapat banyak perubahan dalam pengetahuan dan kefahaman tentang HIV. Malangnya stigma dan diskriminasi terhadap HIV dan orang yang dijangkiti masih berleluasa. Walaupun kefahaman dan penerimaan adalah lebih baik berbanding dengan dulu, namun, reaksi prasangka dan ketidak belas kasihan masih wujud di kalangan ahli keluarga, tempat kerja dan dalam situasi sosial. 

HUBUNGAN ANDA DENGAN DOKTOR


Salah satu alat penting dalam memenangi penyakit HIV ialah hubungan anda dengan doktor anda. Adalah penting untuk mencari seorang doktor yang sesuai. Namun di Malaysia, kebanyakan pesakit dirujuk ke hospital kerajaan dan doktor-doktor yang merawat sering bertukar kecuali doktor-doktor pakar. 

Namun perkara ini tidak harus mengurangkan minat untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor tentang keadaan yang sedang anda lalui. Tidak ada ganti nasihat doktor dan pakar dalam rawatan HIV.

Sekiranya anda tidak tahu bagaimana melawat doktor atau pakar HIV, anda boleh berhubung dengan Malaysian Aids Council (03-40451033), atau KLASS (03-4045-3686) atau PT Foundation (03-4044-4611) atau Community Aids Services Penang (CASP) (04-656-0935)

Apabila berjumpa doktor, beritahu doktor anda segala hal kesihatan yang menggelirukan atau menakutkan anda. Anda harus berasa senang berbincang dan menerima nasihat tentang tabiat seks, ketumbuhan di bahagian kemaluan atau kesakitan kerongkong yang dilalui serta ruam-ruam badan. 

Harus diingati, doktor bekerja untuk menyihatkan kita dan bukan untuk melepaskan hukuman atau pendapat mereka tentang cara hidup kita. 

 Sumber : Disini



4 comments:

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST