Friday, 18 January 2013

ZED - BAKAL SUAMI BIMBANG PUNYA NALURI SONGSANG

Saya baru menerima email seorang bakal suami yang risau untuk melangsungkan perkahwinan yang akan dilangsung tidak lama lagi, saya namakannya Zed (bukan nama sebenar)


Email Zed kepada saya;
Jumaat 18 - 1- 2013 pukul 12:00 AM
 
Pertamanya alhamdulillah,

Saya baru sahaja terjumpa blog saudara dan banyak maklumat saya jumpa dengan abang Najmi. Saya ingin meminta pendapat abang Najmi, saya tak tahu saya ni kategori apa. Saya mungkin hanya dikurniakan naluri ini (songsang) namun saya tidak pernah terlibat dengan seks luar tabii dan sebagainya.

Tidak lama lagi saya bakal melangsungkan perkahwinan, namun sehingga kini saya tidak boleh menyintai bakal isteri saya ini, walaupun saya sudah mencuba. Saya takut untuk meneruskannya (perkahwinan ini) 

Rasa ingin menjerit untuk membatalkan semuanya ini, ingin lari jauh dan memperbaiki diri seorang diri ini....huhuhu 

Apa pendapat abang Najmi jika berada di tempat saya? Ditelan mati mak di luah mati bapak, ingin saya batalkan semuanya, saya tersepit kerana saya memikirkan malunya nanti mak dan ayah saya serta keluarga disebelah sana (keluarga bakal isteri). Saya tak kisah malu mana pun, kalau kawin pun saya takut akan naluri songsang ini akan terus menghantui diri saya nanti.

ZED



Balasan email saya padanya; 

Kalau tanya pendapat abang baik jangan kahwin. Sebab kalau tanya abang, abang ni pun tiada bernafsu kepada perempuan, maksud abang memang tidak boleh nak bersetubuh dengan perempuan (isteri), sebab tak punya naluri keinginan kepada mereka. Bayangkan bagaimana nak hidup (seumur hidup) dengan isterikan, macam mana nak "main" dengan perempuan (isteri) nanti. Abang tahu bagaimana rasa perasaan Zed itu, agak sukar abang nak bagi nasihat ni.

Kalau abang jadi Zed, abang memang tak nak kahwin, cari alasan supaya tak berkahwin, atau sekurang-kurangnya tangguhkan dulu buat masa ini. Langsungkan perkahwinan pada ketika Zed sudah berada dalam keadaan cukup sedia dari segi mental dan fizikal serta yakin dan berkemampuan. Bukan apa bimbang selepas Zed berkahwin nanti, Zed tidak mampu menjalankan tanggungjawab Zed sebagai suami dengan sempurna. Kesian isteri tu nanti. 

Tetapi sekiranya Zed ada keyakinan nanti dan berani, teruskanlah (perkahwinan tersebut) insyaallah mana tahu selepas kahwin nanti Zed akan suka dan sayang kepada isteri tu. Buat masa ini abang nasihatkan Zed berdoa banyak-banyak kepada Allah, minta pertolongan Allah supaya Dia bantu menyelesaikan kemelut kerisauan yang ada didalam hati Zed ketika ini. 

Alhamdulillah sebab Zed masih belum pernah terlibat dengan aktiviti hubungan luar tabii ni, mana tahu selepas kahwin nanti Zed boleh berubah menjadi suka pada isteri pulak. Insyaallah abang doakan. 


Email Zed kepada saya;
Jumaat 18 - 1 - 2013 pukul 4:01 PM

Entahlah bang...saya buntu saya tak tahu ke mana saya harus pergi dan apa harus saya buat, saya betul betul buntu. Diluar saya hu ha hu ha...ketawa terbahak-bahak dengan kawan-kawan, tetapi dalam hati saya menangis menagih pada siapa saya pun tak tahu.

Puas sudah saya mengadu padaNya, hanya pada Nya saya bergantung harap. Semenjak di sekolah rendah perasaan nie ada dalam jiwa dan semakin sukar untuk saya menghilangkan naluri ini.
Saya ada menyatakan hasrat saya pada mak untuk membatalkan semua nie, apa lagi berderaian jatuh air mata. Mak saya mendesak saya mengapa buat keputusan seperti ini yang mana hanya tinggal dua bulan sahaja akan melangsungkan perkahwinan....
ALLAH AKBAR....
Sedih saya, kelu berbahasa untuk cerita pada ibu semuanya, tidak mahu menambahkan lagi kesedihan ibu bahawa anak yang dia banggakan selama ini rupanya diuji dengan naluri seperti ini. Mak tanya kenapa kenapa dan kenapa. Dan saya tak mampu nak cakap, satu tamparan hebat untuk mereka berdua (ibu dan ayah)

Malam tadi lepas solat Isyak, saya jumpa blog abang dan saya terus solat istikaharah. Saya menangis sepuas-puasnya. Betapa buntu dan kusut kerana dikurniakan ujian seperti ini bukan tidak redha cumanya ingin menceritakan penderitaan selama ini.

Bukan senang perasaan sekarang ini rasa ingin akhiri semuanya tetapi saya takut akan memalukan ibu dan ayah serta keluarga sebelah sana.
Baju kahwin pun dah tempah dan sebagainya. malah kad kahwin pun sudah siap dan amat mengecewakan kerana bakal isteri yang sudah sangat menyayanginya (gembira). Terasa ingin sahaja relakan dan teruskan tetapi bimbang takkan mampu memberi nafkah batin kepada isteri. Nafkah zahir insyaALLAH boleh sahaja dan apa yang penting bimbang saya tidak dapat menyintai dia sebagaimana dia menyayangi saya.
 
Allah berikan aku petunjukMU....=(


ZED




Zed juga mungkin boleh contohi Ryan didalam entry RYAN - SUSAH SENANG HIDUP SEORANG SONGSANG

Lagi luahan ZED didalam entry disini "ZED - MENGARUT ZED YANG BOLEH KITA RENUNGKAN"
 

52 comments:

  1. Zed,saya bukan pandai tapi saya nak bagi nasihat.

    Taniah sebab jumpa blog ni dan juga sebab bagi email menyatakan kerisauan.

    Kedua, saya pecaya pada rahmat dah kasih sayang Allah. Pertama kita bertaubat.. kita perlu bertaubat setiap hari sebab kadang kala kita tidak tahu apa dosa kita dan lebih menakutkan dosa penyakit hati seperti hasad dengki, ujub dan sebagainya.

    Kedua banyakkan membaca buku-buku agama, hadiri majlis ilmu , mendengar ceramah agama di you tube dan radio dan bergaul dengan orang-orang soleh.

    ketiga banyakkan besedekah dan senangkan hati kedua orang tua mu dan ringankan tulang menolong orang-orang di samping mu.

    Selain daripada itu...

    Dalam islam kita ada satu bab yang di namakan bab akidah, bab akidah ini adalah satu bab kita pecaya kepada Allah, berdoa dan bertawakal.

    Jika kita pecaya pada Allah, segala ketakutan kita akan hilang. Letakkan pergantungan hidup kita kepada Allah seratus peratus.

    Dalam hal ni saudara boleh solat istikarah dan menambah ilmu serta pergantungan kepada Allah. Setelah solat istikarah dan bertanya pendapat kepada orang yang arif anda buat satu keputusan dan tekad betul-betul.

    Bilamana ada sudah tekad.. di sini akan ada lagi ujian yang kuat iaitu berpegang kepada pengangan anda.. maka bersabarlah dalam sabar sebab ujian Allah sentiasa ada ..kita sentiasa di keliling syaitan dan jangan lupa ketika kita jatuh Allah tetap ada untuk kita kembali pulang.

    itu sahaja nasihat saya. wallahualam


    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous one lari daripada tajuk sebab soalan Zed adalah, apa yang harus dilakukan sama ada meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. Kalau dalam exam haruslah dapat kosong sebab tak jawab soalan tetapi jawab apa yang Anonymous one tahu.

      Delete
    2. Anonymous

      Tak mengapa nasihat Anonymous one tu juga boleh kita kait dengan permasaalahan Zed dan sikit sebanyak Zed boleh mengambil ikhtibar nasihat dari Anonymous One, penting agar Zed berdoa pada Allah, beri petunjuk pilihan mana yang tepat yang perlu diambilnya.....:)

      Delete
    3. Ya

      saya tak boleh buat keputusan untuk orang lain, Naj mi faham apa dan kenapa saya berkata demikian.

      Saya hanya bagi cara untuk memudahkan kita dan perjalanan hidup hidup kita. Kadang-kadang kita terlalu banyak pekara yang terjadi dalam hidup kita sehingga kita sukar menentukan segala-galanya.

      Ujian Allah sentiasa ada untuk kita di sekeliling kita.Bagi saya kalau kita dah betullkan hubungan dengan Allah segala masalah akan lebih mudah, kita semakin tinggi pergantungan kepada Allah, semakin kuat kita mahu menghadapi cabaran, semakin jelas hala tuju kita di dunia ini, semakin tabah diri kita dan kita tahu apa yang perlu kita lakukan.

      Dalam membuat keputusan dalam islam di beri 2 cara pertama adalah istikarah dan yang kedua adalah istiharah. Istiharah Zed dah buat dengan bertanya soalan kepada orang yang Zed pecayai dan yang kedua istikarah. Istikarah adalah bertanya kepada Maha mengetahui.

      Untuk itu kita kuatkan hubungan dengan Allah dan jelas matlamat kita serta berusaha lebih baik..

      wallahualam.

      Delete
    4. Anonymous One

      Saya rasa saya faham maksud nasihat yang AO beri tu.

      Senang kata jika hubungan kita dg Allah sangat baik dan menjaga menghormati ibu bapa, suka bersedekah, berbuat baik dengan orang lain dan sebagainya tu, maka dengan sendirinya kerisauan kepada sesuatu masaalah pada hari ini atau masaalah yang bakal muncul di masa hadapan itu tidak berlaku pada diri kita.

      Bukan sahaja Zed, malah kebanyakan manusia malah diri saya juga ada ketikanya berasa risau pada sesuatu pekara yang teramat sangat, ini membuatkan diri kita berada dlm keadaan stress.

      Muhasabah diri, perbaiki diri insyaallah apa sahaja kerisauan didalam hati yang bakal kita alami dimasa depan pastinya dapat kita tangani dengan mudah serta menemphinya dengan hati yang tenang.

      Peringatan ini juga saya tujukan terutamanya buat diri saya sendiri....Wallahuallam


      Delete
    5. Naj mi peringatan untuk saya juga. Sama-samalah kita baiki hubungan kita dengan Allah.

      Zed, saya minta maaf tak boleh bantu anda secara terus..ini ja yang mampu saya katakan.

      Delete
  2. Untuk Zed, ini pandangan saya dari perspektif seorang perempuan..

    Saya setuju dgn jawapan Abg Najmi. Tak perlu awak memaksa diri utk berkahwin kalau rasa xbersedia, sbb tindakan mcm tu bukan saja buat awk merana dan tseksa, malah bakal isteri pun nanti akan disakiti. Saya yakin Zed juga xnak kecewakan bakal isteri, tapi kalau Zed tak jujur dan teruskan perkahwinan dalam keadaan tpaksa, kesannya lebih teruk. Tapi maksud saya bukan nak suruh Zed berterus terang, biarlah ia menjadi rahsia sendiri..berbalik kpd konsep pintu taubat dalam Islam, sbg Muslim kita perlu menjaga aib, bukan sj aib org malah aib diri sendiri, biar kita dgn Allah Taala sj.
    Dan jika kita faham betul konsep nikah,saya pun rasa kalau niat kita tak betul, dan akan memudharatkan pasangan, maka lebih baik kita tak berkahwin. (maaf, saya tak pandai bab hukum hakam ni, betulkan saya kalau sy silap)...Semoga, Zed kuat dan yakin dgn diri sendiri, mohon petunjuk dr Allah, itu yang terbaik..

    My two cents;
    Sakinatul Ahya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakinatul Ahya,

      ......:)terima kasih dengan pandangan saudari itu.

      Delete
  3. ya, solat istikarah.. buat le 2 atau 3 kali...isyaAllah akan dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adif Firdaus,

      ......:) semoga Zed perbanyakkan solat istikarah agar Allah membantu Zed dalam membuat pilihan sama ada membatalkan atau diteruskan sahaja perkahwinan itu, kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat diri Zed

      Delete
  4. Assalamu'alaikum

    Abg Najmi, Zed, sesiapa sahaja dan juga diri saya sendiri.

    Mari sama-sama kita menghayati Asmaul Husna, YA HAFIZ, YA MUHAIMIN. Amalkan selepas waktu solat sebanyak 40x dan selepas itu kita berbicara kepadaNya, Ya Allah, lindungi, pelihara dan pagari hatiku dari bisikan nafsu syaitan. :)))

    ReplyDelete
  5. Terletak pada diri Zed, andai ada keyakinan teruskan dengan meletakkan keyakinan kepada pertolongan Allah, andai rasa gementar cuba tangguhkan dulu dan cari keyakinanan diri, segalanya terletak kepada diri anda. Take care

    ReplyDelete
  6. Agak2 kalau bakal isteri ikut saya, Zed rasa cemburu tak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. walnut

      saya jawab bagi pihak Zed dulu ya hehehe,

      Saya rasa pasti Zed tak kisah sebab beban untuk berkahwin dah selesai bila bakal isteri Zed ikut walnut hehehe, saya rasa Zed tak akan berasa cemburu malah maybe lebih senang hati...

      Kita tunggu jawapan dari Zed ya walnut.....:)

      Delete
    2. Walnut, menangguk di air jernih-najmi batu api

      Delete
  7. Najmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...

    Kepada gay-gay sekalian,

    1. JANGAN sesekali anda mengikut keputusan kedua orang tuamu jika anda tidak mampu untuk berkahwin. Bertegaslah dengan ibu bapamu tetapi dengan penuh hikmah. Jangan sesekali bersetuju apabila orang tuamu ingin memperkenalkan seseorang wanita kerana ini akan menjerumus kepada keadaan yang lebih kompleks.

    2. JANGAN sesekali berkahwin untuk tujuan menutup aibmu. Walaupun anda berkahwin tetapi masih melakukan seks dengan kaum sejenismu.

    3. JANGAN sesekali berkahwin untuk menyambung zuriatmu sedangkan hati isteri kamu lukakan.

    4. BERKAHWINLAH kamu apabila anda ada rasa cinta pada perempuan tersebut.

    5. BERKAHWINLAH kamu apabila anda ada nafsu berahi pada perempuan tersebut.

    6. BERKAHWINLAH dengan tujuan untuk kegembiraan anda dan isteri anda dengan niat kerana Allah.

    7. HUKUM gay berkahwin selayaknya jatuh kepada harus dan boleh menjadi haram. Tetapi pendapat saya seorang gay tidak diwajibkan berkahwin. Sila rujuk hukum berkahwin mengikut keadaan kepada para ulama'.

    Wallahua'lam.
    MFZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. MFZ

      Terima Kasih, satu nasihat yang tegas dan bernas tanpa selindung-selindung. Harap para gay diluar sana ambil perhatian.

      Dalam kes Zed, ia sudah terlajak agak jauh kerana menurut kehendak orang lain. Hanya Zed sahaja yang tahu sebabnya kenapa tidak awal-awal lagi perancangan perkahwinan tersebut tidak di tolak (dengan baik)

      Walaubagaimana pun Zed masih punya masa untuk menolaknya dengan baik kerana dia masih punya 2 bulan lagi dari tarikh perkahwinan tersebut

      Sebab itu saya juga menasihatkan Zed agar cepat-cepat tarik diri sebelum terlambat. Yang menanggung kesannya ialah Zed dan bakal isteri, sedangkan ibubapa mereka tak tahu menahu kesengsaraan yang bakal Zed tanggung itu nanti.

      Seperti seorang rakan (gay) dalam Facebook menulis..."ngeri" maksudnya tak dapat dibayang bagaimana seorang gay yang langsung tidak berkeinginan kepada perempuan nak hidup sebumbung sebilik malah sekatil dengan wanita.

      Terima kasih MFZ

      Delete
    2. Sama-sama Najmi.
      Terima kasih juga kerana melalui blog anda kita dapat berkongsi maklumat. Berganding bahu secara maya membina tembok sokongan antara satu sama lain.

      Berkahwin bukanlah fokus utama seorang gay tetapi fokus utama seorang gay adalah menahan diri daripada melakukan maksiat. Walaubagaimanapun, jika ada 30% perasaan berahi kepada wanita (macamana nak ukur ye... Tengok wanita cantik seksi lama-lama, kalau ereksi ok la... Hehe...), bolehlah gay tersebut berkira-kira untuk bernikah. Paling penting adalah rasa cinta dan sayang pada isteri. Bagi saya konsep cinta adalah memberikan sedaya upaya segala yang termampu, setia serta jujur pada Insan Yang Dicintai itu. Ingat, lelaki seharusnya sentiasa menjadi pelindung dan lebih bijak mengawal emosi. Apapun yang berlaku, sentiasa rujuk pada Maha Pencipta. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.

      Kepada Zed,

      Kami hanya memberikan pandangan. Keputusan tetap di tangan anda. Buat pertimbangan. Rujuk pada Allah. Bukan memikirkan apa orang fikirkan tentang anda. Tapi fikirkan apakah yang terbaik untuk anda, bakal isteri, famili anda dan famili isteri anda. Saya mendoakan agar Allah mempermudahkan urusan anda membuat keputusan. "Ya Allah, permudahkanlah urusan saudara Zed dan permudahkan urusan kami semua. Amin...".

      Good night semua.
      Wassalam.

      Delete
    3. Takdir anda semua yg mana perkahwinan itu jatuh kepada haram maka anda dapat menjaga diri dari melakukan maksiat, syurga Allah milik anda.Moga Allah melindungi anda semua.

      Delete
  9. Zed,

    Saya nak tahu kan berapa peratus perasaan awak terhadap perempuan?

    ReplyDelete
  10. Salam

    Bukan semua orang di kurniakan dugaan seperti ini....mana tahu dugaan ini merupakan satu ujian dan sebagai satu batu loncatan untuk kita terus berada dan bergantung harap pada Nya..insyaALLAH Amin...

    Zed takut sangat....Zed tak tahu apa nak buat....sudah dikhabarkan pada ibu dan ayah dan bakal isteri.....bakal isteri berkeras mahu meneruskan perkahwinan ini kerana tidak mahu malu kerana tarikh sudah dekat dan ayah dan ibu sudah mula menjemput...

    Ayah kedua dua belah pihak ada sakit jantung..jadi takut sgt menganggu kesihatan mereka....

    Mungkin Zed patut teruskan demi untuk menutup aib dan menjaga hati perasaan semua orang walaupun dalam diri meronta menjerit untuk lari dpd semua ini...bukan untuk mengiyakan naluri ini tetapi untuk terus memperbaiki diri...bila dan ketika mana masa itu akan berubah ALLAH sahaja yang tahu...

    ditelan mati emak diluah mati bapak....semua persiapan sudah siap...mungkin org kata hanya tinggal untuk melafazkan aku terima nikahnya sahjaa

    silap Zed mengheret ramai orang dan menyatakan hasrat untuk berkahwin..namun bila smpi satu tahap tersedar diri ini tidak begitu kuat dan masih belum mampu mengawal diri apabila terlihat lelaki di sekeliling...nauzubillah....

    sebab itu, Zed nak give up dan kuat diri semuala....dalami ilmu agama kerana padanya semua tersimpan banyak ketenangan....


    ~ZED~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zed,

      Kami hanya boleh memberi pandangan nasihat tetapi keputusan ditangan Zed, Zed lebih tahu apa yang baik dan yang tidak yang bakal berlaku disekeliling Zed sekiranya perkahwinan itu dibatalkan.

      Maksud Zed diatas, Zed akan meneruskan juga perkahwinan tersebut walau dalam keadaan hati yang resah tidak berkeyakinan.

      Zed,

      Saya hanya mampu berdoa agar Zed dapat menempuh dugaan ini dengan tenang, dapat melayarinya dengan baik, mudah-mudahan segalanya berjalan dengan baik dan saya harap segala sangkaan buruk (mengenai kebimbangan memberi nafkah batin pada isteri)didalam fikiran Zed selama ini semuanya meleset, mudah-mudahan ianya sesuatu yang boleh Zed lakukan dengan sempurna.

      Semoga masjid yang bakal dibina dalam keadaan gundah gulana itu nanti akan berkekalan bahagia selama-lamanya. Amin saya doakan terbaik buat Zed.

      Delete
  11. Abg Najmi, Anonymous One , saya, dan rakan-rakan yg lain tidak boleh membuat keputusan untuk Zed kerana meraka tidak berada di tempat Zed....Hanya Zed yang boleh membuat keputusan yg terbaik kerana Zed memahami apakah masalah dan situasi yg sebenar di kedua-dua belah pihak.

    Walaupun begitu, kami hanya boleh membantu memberi pandangan dan pendapat..Mudah-mudahan Zed dapat membuat keputusan yang terbaik.

    Panjang sangat komen nie....sambung kat blog ah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hakimi

      Ya betoiii...hanya Zed sahaja yang boleh muktamadkan keputusan tersebut, kita semua hanya mampu memberi panduan dan nasihat sahaja.....:)

      Delete
    2. Komen saudara hakimi berkaitan tentang isu ini boleh dibaca didalam blog beliau yang bertajuk "PLU & Delima Kahwin"

      http://pelumencaricahaya.blogspot.com/2013/01/plu-dilema-kahwin.html#comment-form

      Delete
  12. Assalamualaikum semua.

    Zed,

    Kalau macam itu teruskanlah pernikahan.
    Anda tiada pilihan.

    Salah seorang my ex-boyfriend (dulu saya ni asyik berboyfriend dengan harapan jumpa teman sampai ke mati. Sesat.) mempunyai masalah yang seakan-seakan sama seperti anda.

    Dia berkahwin selama dah 2 tahun. Sekarang dia hidup dengan isteri dia hampir setahun. Alhamdulillah he can handle it walaupun agak perit.

    Walaupun begitu, saya harap ramai ibu bapa yang membaca kisah-kisah seperti ini. Kepada kaum wanita dan ibu war-warkanlah perkara ini kepada kaum keluarga sanak saudara.

    Saya faham seorang ibu dan bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Tetapi ada pula SESETENGAH ibu bapa terlalu memikirkan pandangan masyarakat sekeliling, cakap-cakap saudara dan sebagainya. Kerana golongan ini adalah golongan yang suka pada redha manusia bukan redha Allah yang Maha Esa.

    Bagi anak lelaki anda, jika tingkah lakunya baik dan tiada girlfriend, eloklah jangan DIPAKSA bernikah. Salah satu faktornya, mungkin dia adalah seorang gay.

    Mungkin it is applicable untuk anak perempuan yang baik budi pekerti dan tidak mempunyai boyfriend... Anda boleh nikahkan. Tapi janganlah pula suruh anak dara anda yang baik tu bernikah dengan lelaki jahat. Sangatlah tak sesuai. (ADA TAK KAUM WANITA NAK PERBETULKAN? INI SEKADAR PANDANGAN MELALUI PENGALAMAN...)

    Jika ibubapa melakukan paksaan secara tidak langsung dia sebenarnya melakukan penganiayaan. Mungkin seorang ibu tidak merasa dia menganiayai anak lelakinya atas dasar syurga anak lelaki di bawah tapak kaki ibunya sehingga mati. Tapi penganiayaan pada bakal pengantin perempuan. Kepada kaum ibu sanggupkah anda membiarkan menantu anda terseksa? Cuba letakkan diri anda pada tempat menantu anda.

    Anda boleh bersekongkol dengan menantu perempuan anda supaya anak lelaki anda "mengikut telunjuk" menantu perempuan anda. Tetapi tidakkah anda sedar nerakalah lebih layak untuk menantu perempuan anda?

    Bagi saya, ia bukanlah pilihan terbaik memaksa anak lelaki berkahwin. Lelaki lebih kepada sifat mencari dan memberi. Perempuan lebih kepada sifat dicari dan menerima.

    Saya bukan menggalakkan lelaki gay tidak berkahwin. Tetapi saya tidak menggalakkan penganiyaan terhadap kaum wanita. Sanggupkah anda melihat wanita baik atau solehah dijadikan mangsa keadaan? Kalau lelaki straight yang baik insyaAllah nafkah zahir batin akan disempurnakan. Tetapi suami gay yang baik..? Tidakkah kita sedar antara tujuan berkahwin, penyaluran syahwat yang paling utama? Kalau berkahwin, si isteri hanya dapat nafkah batin setahun sekali atau 2, 3 kali atau tidak sama sekali, bukankah ia satu penyiksaan yang paling berat bagi seorang isteri? Makan dalam...

    Kalau isteri curang, bertambahlah lagi saham suami untuk ke neraka. Mungkin bau syurga pun tak dapat dicium. Dayus. Tapi kalau isteri sabar, syurgalah balasan untuk si isteri walaupun neraka dunia terpaksa dilalui terlebih dahulu.

    Renung-renungkan.

    Apapun Zed, titik tolak sesuatu keputusan adalah daripada kita sendiri. Hukum alam menyatakan masa berlalu tidak akan berulang semula, walau hanya dalam jangkamasa sekelip mata. Pandang ke hadapan. Rancanglah dengan bijaksana dan penuh keimanan... InsyaAllah.

    Allah yang memberi kita jodoh. Kembalilah kepadaNya kerana ada hikmah disebalik setiap sesuatu yang dikurniakanNya.

    Mana lebih dahsyat? Berkahwin dengan seorang perempuan atau berkahwin dengan HIV macam saya? Kan? Allah tahu apa yang dilakukanNya. Setiap orang ada dugaanNya.

    Wallahua'lam

    MFZ

    ReplyDelete
  13. sy br jer bercerai ngn suami sy bl dia tau gay..dah lma dia meninggalkan aktiviti songsang dia..tpi naluri tu tetap ada..tpi dia salahkan tuhan krn naluri ini...kami bercerai selepas 1thn lebih berkawin n selepas selamat melahirkan bayi pompuan yg cml..sekrg kami menunggu perbicaraan kes....bila dpt tau suami bernaluri songsang ..ht sy hancur..sy syg n cintakan dia..sblm ini dia tidak pernah cintakan sy..hnya ada rasa syg..hdp sy terseksa..stp hr menangis mengenangkan suami tidak pedulikan sy...skrg tinggallah sy bersama bby yg br berumur 6bln...kami berkawin krn pilihan org tua....skrg sy meneruskan hdp cam biasa bersama bayi kami yg msh kecil..dia menghilangkan diri.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Saya rasa itu yang terbaik (bercerai), sebab jika suami gay yang masih tak nak berubah (tanpa pengetahuan isteri) kemungkinan si isteri boleh mendapat jangkitan penyakit seperti HIV.

      Maybe Allah nak lindungi awak dari dijangkiti kut sekiranya suami mendapat jangkitan dari pasangan bebasnya. Awak juga kena fikir positif ya.

      Saya harap awak dipertemukan jodoh yang lebih baik nanti...

      Delete
  14. baik zed jgn kwin..sy n bby adalh mangsa keadaan...bby sy br berumur 5bln...tpi kami dah berpisah..sengsara hdp sy sudah tamat selepas kami bercerai...kesengsaraan yg di alami semasa kwin amt perit..tiap hr sy menangis mengenangkn nasib x dipedulikan suami..lps hbs pantng br sy tau sapa suami sy....jgn sakiti n aniaya insan yg bernama wanita..skrg sy jalani hdp bersama bby kami...tanpa dia disisi..

    ReplyDelete
  15. insyaALLAH.....zed dah batalkan perkahwinan nie..biarlah zed beruzlah..memohon ampun pada Dia supaya menghilangkan naluri ini...wakaupun pahit..hidup perlu diteruskan..mungkin ALLAH sudah aturkan yang lebih baik untuk saya dan dia...

    ReplyDelete
  16. Anonymous

    Yang menulis komen diatas,

    "insyaALLAH.....zed dah batalkan perkahwinan nie..biarlah zed beruzlah..memohon ampun pada Dia supaya menghilangkan naluri ini...wakaupun pahit..hidup perlu diteruskan..mungkin ALLAH sudah aturkan yang lebih baik untuk saya dan dia... "

    Adakah saudara ialah ZED?

    Zed sudah batalkan perkahwinan tersebut? Abang sekadar hanya hendak kan kepastian yang Anonymous diatas adalah ZED...

    ReplyDelete
  17. ya saya zed....zed rasa lega sgt bila lepas kan dia..bukan kerana boleh bergelumang dengan naluri ini lagi...tetapi mungkin zed takkan seksa hidup dia...alhamdulillah...skrg zed gunakan masa yang diberikan oleh Nya ini untuk memperbaiki diri berusaha dan terus berjuang untuk mengikis naluri ini sehingga sifar dalam diri...tak tahu boleh atau tidak...Zed serahkan hanya padanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZED

      Alhamdulillah, abg harap Zed terus perkuatkan iman, insyaallah berkat berterusan doa Zed kepadaNya, insyaallah Allah akan permudahkan hidup Zed insyaallah tak mustahil satu hari nanti akan wujud dalam perasaan Zed nafsu keinginan kepada wanita. Walaupun pada pendapat abg ianya mustahil bagi gay tegar utk memperolehi walau sedikit nafsu kepada wanita, tetapi ianya tidak mustahil disisi Allah kan.

      Dugaan mendatang pasti hebat, abg harap Zed terus perkuatkan iman didada, elakkan dari terlajak, semoga Zed selamat didunia dan diakhirat... Jangan stress teruskan hidup dg gembira ya...Doa abg yang terbaik buat Zed...

      Delete
  18. Zed, kami semua sentiasa doakan yang yang terbaik untuk Zed, semuga hari2 yang mendatang akan membawa seribu rahmat untuk Zed dan bekas tunang. Inshaa Allah, Zed akan berjaya melaluinya berkat doa yang berterusan dan berlindung kpd Allah. Take care

    ReplyDelete
  19. Zed nie...syukran mak wardah...

    hari ini diberi peluang untuk bermain main dengan anak seorang kenalan...sehingga anak itu tidak mahu pulang mengikut ibu dan ayahnya...tidak semena mena air mata jatuh menitis...budak tu memandang seolah olah memahami....

    allah..bila lah semua ini akan berakhir....terasa ingin mempunyai anak sendiri...namun tidak mampu kerana kekurangan yang ada dalan diri...

    terasa tidak bersyukur pula apabila mengatakan kenapalah Kau uji aku begini....nauzubillah...maafkan aku yaALLAH....

    Ya allah aku pon nak jadi normal macam lelaki lain aku nak jadi lelaki soleh dan tidak mahu lagi terloibat dalam naluri jijik ini....

    ReplyDelete
  20. Zed,

    Saya rasa buat masa ini keputusan yang Zed ambil itu terbaik, insyaallah masa depan kita tak tahu tak mustahil Zed akan diberi Allah sedikit nafsu kepada wanita, pada ketika itu Zed asah lah nafsu kepadaa wanita itu sampai tajam, jika Allah tak beri mungkin kehidupan membujang itu terbaik buat Zed. Wallahuallam

    ReplyDelete
  21. PERKEMBANGAN DARI ZED
    Saya menerima email dari ZED pada Mon, Feb 4, 2013 at 10:58 AM

    Salam....ye bang....alhamdulillah...sebagaimana ALLAH permudahkan pertemuan kami (dengan tunang)sebegitu juga ALLAh permudahkan perpisahan ini....Cukup mudah..Makayah pihak perempuan redha dan terima dengan pasrah....alhamdulillah itu tandanya ALLAH masih bagi saya peluang untuk perbaiki diri tanpa menyakitkan hati sesiapa...Saya sekarang nie hanya bersedia dengan jawapan untuk menanti hujanan pertanyaan tentang mengapa dan mencari kesalahan siapa...biasalah manusia..hidup perlukan alasan dan apabila terjadi sesuatu bukan mengikut perancangan...yang terkeluar dari mulut kita ialah mengapa? siapa punya kerja? huhu

    ReplyDelete
  22. bagaimana untuk merubah segala nya ini....zed tak mahu lagi ada dalam diri naluri ini...mcm mana...sesiapa yang telah pulih mintaklah nasihat kan zed nie...zed nak buang naluri ini...zed nak jadi lelaki normal..terasa berat sgt ujian ini....duduk dalam rumah bujang nie membuatkan zed betul2 perlu kuat....nak kkuar dpd umah hidup seorng diri lagi bahaya di tmbh dengan suasana dan tempat kerja yang tidak memungkinkan....

    ReplyDelete
  23. Zed

    Pada pandangan abg, naluri tu tak boleh nak dihilang, lebih sukar dikalangan gay tegar (agak mudah buat seorang lelaki biseksual mengawal dan mengalih arah tumpuan kepada wanita sahaja) TETAPI kita boleh mengawalnya.

    Insyaallah jika iman Zed kuat tumpukan pada wanita sahaja insyaalah Zed boleh kawal dan terus menyukai wanita. Switch OFF terus naluri pada lelaki jangan sesekali cuba nak ON kan naluri tu, insyaallah berkat doa berterusan Zed pada Allah insyaallah Zed boleh mengawal naluri sejenis itu.....

    ReplyDelete
  24. ye bang.....saya faham...naluri ini perlu dikawal..mudahan mudahan sedikit demi sedikit ia akan hilang dari lipatan sejarah hidup kita....

    semoga ujian ini akan memberikan kita tiga perkara asas dalam mengapa kita diuji....tingkatkan kesabaran, mahu kita lebih dekat dengan Dia....

    Zed sandarkan cinta ini pada Dia...Allah yang menciptakan kita...

    ReplyDelete
  25. Zed,

    Alhamdulillah insyaallah moga Allah lindungi kita semua....:)

    ReplyDelete
  26. letihnya abg najmi berjuamg sendiri....terasa kosong jiwa dan diri ini..walau berada dalam keadaan yang ramai di sekliling orang dan teman sekerja...ditambah pulak hidup membujang di rumah bujang bersama sama rakan yang lain...nauzubillah..kadang kala aurat merangsang naluri ini supaya menonjolkan diri nya...letih sgt rasa dua tiga hari ini...ALLAH AKBAR...

    terasa berat sgt ujian ini....

    entahlah abg najmi dan rakan rakan lain....tak tahu ke mana harus di bawa kehidupan ini..adakah memang sudah ditakdirkan yang bahawa "KO memang Gay...sampai mati ko akan hidup sebagai Gay".........

    terasa sgt down sekarang...gasa dah menangis masa taip komen ini.kalaulah diberi pilihan dan mampu ubah naluri ini dengan hanya menekan sebuah suis./...ingin rasanya....

    ingin sgt hidup bahagia seperti orang lain..payahkan naluri ini ada dalam diri....berbanding orang lain bebas meneroka hidup masing masing...sedangkan Zed mengharungi hidup dengan membawa sebuah beban yang tidak mahu melepakan diri nya sendiri....

    tah apa Zed mengarut...Zed buntu, sedih...letih...gasa penat sgt...

    ReplyDelete
  27. Zed

    Percaya lah kalau Zed rasa diri Zed amat down ketika ini, tak keruan resah gelisah, pasti ada insan lain diluar sana yang lebih resah gelisah daripada Zed, Zed fikir positif aje lah maybe kalau Zed "normal" kemungkinan jalan hidup Zed lebih teruk lagi, mana tahu may be Zed kali perempuan merogol dan sebagainya, tapi bila Allah kurniakaan naluri songsang kepada Zed pasti ada hikmah disebaliknya, pasti ada kebaikan disebaliknya. Jihad melawan nafsu tu sangat besar kan, cuba Zed baca entry bertajuk " I'M GAY AND ITS NOT OKEY BUT ITS AWSOME" maybe ada pengajaran disitu....

    Zed jangan stress2 nanti badan tak sihat...Zed beruntung hanya ada naluri gay sahaja, tapi abg sudah lah songsang malah abg ada HIV lagi....

    Tak ada mengarutnya...kalau Zed nak berkongsi masaalah terus tulis disini atau email abg ok, insyaallah apa yang abg boleh nasihat, abg nasihat lah ya.....:)

    Zed kena lah excersice...jogging ker jangan fikir banyak2 sangat ya...

    ReplyDelete
  28. apa khabar sahabat semua.....semoga semuanya semakin kuat dalam bermujahadah.....

    semoga terus kuat kerana kita kene terus kuat bermujahadah..kerana kita insan terpilih..ALLAH uji kita untuk terus bermujahadah dan mengadu padaNYA...

    kehidupan dijalani seperti biasa walaupun di hati meronta berputar berfikir bagaimanakah masa depan insan seperti kita ini.....terlalu byk dan hebat dugaan..namun ianya mampu kita tanggung kerana kita insan terpilih...

    Kuat dan terus kuat...walaupun dalam perjalanan mujahadah ini kita terkadang tersungkur...namun semoga kita punya semangat untuk bangun semula....berjuang semula...mulakan langkah semula dan terus berjuang memperbaiki diri mengawal naluri ini...

    Kuat KUat...Biarlah sendiri hingga hujung nyawa asal tak sepi dari kasihNYA

    ---Zed---

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST