Tuesday, 15 January 2013

GAY (SONGSANG) - APA YANG ANDA TAHU TENTANGNYA?

Lelaki yang mendakwa dirinya seorang gay secara seksualnya lebih tertarik dan menyukai seorang lelaki lain. Bagi mereka, perasaan seksual terhadap lelaki itu adalah normal dan semulajadi. Perasaan ini mula terbentuk semenjak zaman kanak-kanak dan berlanjutan sehingga keperingkat dewasa. 
photo hiasan

Walaupun terdapat lelaki gay yang turut tertarik kepada perempuan, biasanya perasaan seksual terhadap lelaki lebih dominant dan bermakna kepada mereka. Rasa untuk berkomitment dan menyayangi antara satu dengan lain sama dengan pasangan heterosexual. Mereka suka hidup bersama dan membina kehidupan yang terjamin.

Tiada siapa yang benar-banar faham mengapa sebahagian kita menjadi gay. Ada yang mengatakan gay adalah kesan dari salah didikan semasa kanak-kanak. Sebahagian yang lain mengatakan menjadi gay adalah disebabkan oleh gene itu sendiri. 
  

Apa pula pendapat anda ?

Banyak yang mempunyai pengalaman jatuh hati teman sesama jantina semasa zaman kanak-kanak mereka. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna anda adalah seorang gay. Bagitu juga pengalaman menjalinkan hubungan sex dengan teman sejenis sewaktu alam kanak-kanak tidak bermakna anda adalah seorang gay.

Ada yang mengatakan menjadi gay merupakan suatu pilihan seseorang individu. Ini salah. Menjadi gay merupakan sifat semulajadi diri dan bukan kesan langsung dari persekitaran samada akibat pengaruh rakan atau pergaulan. Sifat gay bukan suatu pilihan. Ia tidak semudah memilih Double Cheese Burger di MCDonalds dan keesokannya pula memilih Whooper Jr di King Burger. 

Kajian menunjukkan satu dari sepuluh manusia di dunia ini merupakan gay atau lesbian. Ini bermakna jika kita berada dalam satu perhimpunan, maka akan terdapat beberapa orang gay didalamnya. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk kita mengatakan seseorang itu gay atau tidak melainkan dia sengaja mahu kita mengenalinya (misalnya melalui cara dia berpakaian atau assesories yang digunakan).

Lelaki gay mampu bergaul dengan orang lain seperti biasa. Ini menyukarkan lagi kita mengenal pasti mereka dengan tepat.

Gay remaja (anak ikan) mungkin sukar memahami mengapa mereka mempunyai naluri yang berbeza. Rakan lelaki lain yang mereka kenali menunjukkan minat terhadap perempuan, lalu menyebabkan remaja gay ini tidak pasti samada diri mereka sesuai bercampur dengan kelumpuk lelaki lurus bendul ini apa tah lagi untuk berbincang atau mendedahkan perasaan sebenar mereka.


Bagaimana aku tahu yang aku adalah gay?

"Tak ingat pulak bila pertama kali aku sedar yang aku ni gay... , yang pasti sejak kecil aku selalu berangan nak buat sex dengan lelaki dan perasaan itu cukup menyeronokkan aku " -- Azri, 19 tahun (Model sambilan disebuah agensi di Pandan Indah ) 


"Aku tak pernah rasa tertarik dekat perempuan. Aku betul-betul sedar yang aku gay bila aku dah baligh. Aku dapat rasa tarikkan terhadap budak lelaki lain cukup kuat dan perasaan ingin tahu apa yang meluap-luap"-- Azmi, 18 tahun (Bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini ). 


"Satu hari aku membelek Majalah Remaja, ada gambar budak lelaki yang cukup cute - aku tak puas menengoknya ! Apa lagi, confirm lah aku ni gay... " -- Khusairi, 16 tahun (anak jiran sebelah rumah ku ) 


Diperingkat awal anda mungkin tidak pasti naluri sexual anda yang sebenarnya. Tidak perlu tergesa-gesa melebelkan diri dengan sexual preference yang tertentu. Sexual identities kita terbentuk perlahan-lahan. 

Remaja lelaki kebanyakkan nya mengalami naluri sexual mendalam semasa berada dalam alam baligh iaitu dalam lingkungan usia antara 11 ke 15 tahun bilamana tubuh badan mulai membentuk dan hormon mula aktif. Naluri sexual mungkin agak tinggi diwaktu ini. Ia boleh muncul secara mendadak, tanpa rangsangan samada dari individu atau faktor persekitaran.

Ramaja lelaki yang mempunyai naluri gay mendalam akan mendapati, dari masa ke semasa minatnya terhadap lelaki lain semakin menebal dan tidak berbelah bagi. Anda mungkin rasa jatuh cinta dengan rakan sedarjah atau juga lelaki lain yang lebih dewasa.

Anda akan merasakan pengalaman ini ada waktunya agak menyeronokkan, menyusahkan atau campuran keduanya. Menjelang usia antara 16 ke 17 tahun, remaja gay akan mula melabel identiti sex mereka dan mengesahkanya sementara yang kurang keyakinan diri atau yang masih keliru akan tetap menunggu...

photo hiasan

Tanyalah diri anda persoalan ini :

Impian atau fantasi sex anda adalah terhadap lelaki atau perempuan ?
 

Pernah merasa minat atau tertarik hati dengan lelaki lain ?
 

Adakah anda merasa berbeza dengan rakan lelaki yang lain ?
 

Adakah perasaan anda sebagai lelaki adalah telus dan jelas ?
 

Jika anda sukar menjawabnya dengan jelas sekarang, jangan bimbang. Anda akan lebih pasti bila masanya sudah tiba nanti. Hanya anda seorang yang tahu melebalkan diri anda dengan tepat.


Making contact

"Pertama kali menemui gay lain, aku rasa excited, beria-ria, nervous pun ada. Lega rasanya bila kita tahu yang kita tak keseorangan. Ada orang lain jugak. Mulanya mungkin agak takut, tak tahu apa yang akan berlaku..." -- Wan, 18 tahun dari Pasir Mas Kelantan. 


"Pertama kali membuat contact dengan gay lain terasa cukup melegakan. Tak sangka langsung ada connection. Rasa cukup happy. Rasa takut pun ada jugak."-- Izham Azhar, student MC GAY GAY.


Belajarlah menyukai diri sendiri

" Dengan menemui gay lain, aku mula menerima hakikat diri aku sendiri. Aku pasrah dengan apa yang ada.."-- Ahmad Zaid , 21 tahun dari Hulu Klang. 


"Aku menerima hakikat yang aku ni gay. Tak perlu aku berlakun .."-- Ahmad Wardi, UIA. 


Bukan mudah nak berterus terang tentang identiti diri kita yang sebenarnya. Kita sendiri tahu macam mana rakan-rakan membuat lawak bodoh mengenaiya. Kata-kata yang menyakit hati serta tanggapan salah mengenai diri seorang gay. Orang memang membenci atau takut tentang pekara yang mereka tidak faham. 

Banyak yang membenci golongan gay. Banyak yang tidak merasa selesa denganya. Oleh itu tidak pelik jika anda memilih untuk menyorokkan perasaan anda dari orang lain. Atau mungkin juga menyorokkanya dari diri sendiri ...

Menyorokan perasaan dan naluri sexual sebegini dianggap "closet" bagi kebanyakkan orang. Kadang kala ia memang meyakitkan dan terasa cukup lonely sekali. Kita terpaksa membataskan pergaulan kita dan cuba mengelak dari berkawan dengan gay lain yang sudah 'exposed' bagi mengelakkan orang mengenal identiti kita.

Kita seakan hipokrit kerana memendam perasaan dan gagal menunjukkan hakikat diri yang sebenarnya. Walau bagaimanapun bukanlah salah untuk kita terus berkeadaan "closet" sekiranya itu adalah yang terbaik buat kita .


Patutkah aku berterus terang ?
 
"Aku hanya bagitahu seseorang yang aku ni gay jika aku memang dah kenal betul dengan dia. Rasanya mereka patut tahu sesuatu yang special tentang aku.. "-- Ijat, ITM Shah Alam. 


"Soalan tu tak relevent kat aku. Aku ni normal. Tak kan jadi normal pun perlu terus terang kat orang lain gak kot "-- Hisham, 19 tahun. 


"Aku akan hanya bagi tahu orang lain yang aku gay bila aku pasti dia tak akan reject aku sebagai kawan. Dia akan terus terima aku seadanya dan tak cuba-cuba nak 'straighten' aku. Tapi mula-mula aku kenalah test dia dulu. Kemudian baru aku pertimbangkan samaada bahaya ke kalau aku bagitahu "-- Shafiq, Cosmopoint Inst.


"Gay hanyalah sexual preference aku. Ia bukan cara hidup. Kenyataan yang aku ni seorang gay hanyalah sekadar a piece of information yang tak semestinya perlu aku kongsi dengan orang lain "-- Kamal, UKM Bangi. 


"Kadang2 bile ko dah berterus terang, ko rase lebih lega dan selesa dengan orang sekeliling, tapi kalo ko rase dengan berterus terang ko takkan dihormati, dan malu..jgn ler bagitau..terpulang pada diri sendiri, , ,whether ure open minded or not.. rata2 kawan2 aku boleh terima...dan x pernah mengumpat.. dan juga ape keperluan nak bagitau... takkan tetibe one day nak bagitau semua orang..derang x tanya.. jgn bagitau ler..gilo ko.. umpama mengali lubang kubor sendiri " -- Boykhan, KL - 24


Sumber : Disini














2 comments:

  1. Gay adalah aktiviti senyap yang sukar ditelah oleh orang biasa, hanya gay yang kenal gay, cara duduk, jelingan dan mereka juga creatif dalam mencipta kod2 bahasa sendiri. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka dan melembutkan hati mereka untuk bertahan seperti Awan Terplu, Hakimi n Papa Ryan

    ReplyDelete
  2. Mak Waardah

    Mudah-mudahan ...amin...:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST