Friday, 11 January 2013

AIDS DAN PENYAKIT KULIT

AIDS KAITAN DENGAN PENYAKIT KULIT

HIV (Human Immunodeficiency Virus) adalah virus penyebab AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome). Virus tersebut menyebabkan keupayaan tubuh seseorang sukar mencegah jangkitan dan kanser. Akibat sistem kekebalan tubuh yang buruk tersebut, pesakit Aids umumnya mempunyai keadaan kesihatan yang sangat buruk pula, termasuk pada kulit.

Memang, jika seseorang menderita salah satu dari penyakit kulit ini, belum tentu orang tersebut menderita Aids, tapi boleh menjadi indikasi awal penyakit Aids.

• Psoriasis. 

Gejalanya adalah tompok kemerahan, berkerak, berkilat dan menimbulkan gatal. Biasanya terdapat pada kulit kepala, siku, lutut, punggung dan kuku tangan, di tempat yang sama pada kedua-dua sisi badan.


• Oral Thrush. 

Adalah jangkitan pada mulut yang disebabkan oleh kulat kandida, gejala umum penyakit ini adalah seperti ada krim putih di dalam mulut (lidah, langit-langit mulut, gusi, tonsil dan sekitar kerongkong), yang menimbulkan kesakitan atau luka apabila anda cuba mengikisnya atau sedang menyikat gigi. 

Parahnya, jangkitan kulat kandida dapat menyebar ke bahagian tubuh lain seperti paru-paru, hati dan kulit. Hal ini lebih sering terjadi pada mereka yang menghidap Aids, kanser atau penyakit lain yang menyerang sistem kekebalan tubuh.



• Sarkoma Kaposi. 

Adalah salah satu bentuk kanser yang terjadi pada kulit. Gejalanya adalah keunguan pada kulit dan boleh tersebar dengan mudah, termasuk ke organ dalaman. Penyakit ini dapat disembuhkan dengan pembuangan kulit yang mengalami gangguan, kemoterapi dan radiasi.


 
• Oral hairy leukoplakia. 

Adalah jangkitan yang berlaku di mulut, disebakan oleh Epstein-Barr virus. Gejalanya adalah terdapat tompok putih pada mulut (di bawah atau disamping lidah). Tompok boleh berbentuk rata atau menonjol dan berbulu. Oral hairy leukoplakia tidak menimbulkan rasa sakit.


• Molluscum Contagiosum. 

Adalah jangkitan yang disebabkan oleh virus dan menular. Gejalanya ialah tompok putih atau ada benjolan berwarna. Penyakit ini akan menjadi serius jika dialami oleh pesakit gangguan sistem kekebalan tubuh.


• Herpes. 
herpes simplex type 1
herpes simplex type 2

Herpes dibagi menjadi dua, iaitu herpes simplex type 1, yang sering mengenai daerah mulut, leher, muka, dan mata serta menimbulkan luka, sedangkan herpes simplex type 2, sering mengenai daerah organ pembiakan (genital herpes). Herpes simplex boleh menular melalui hubungan tubuh, misalnya berciuman atau bersetubuh.


• Herpes Zoster 

Penyakit ini disebabkan oleh virus cacar. Virus ini tetap aktif dalam susunan saraf pesakit cacar dan boleh aktif kembali. Gejala awalnya adalah mati rasa, gatal dan sakit yang berdenyut. Kemudian gejala akan bertambah, seperti bintik merah, berair, sakit, hanya pada sebelah bahagian badan atau wajah.

Klik disini - PENYAKIT HERPES DAN PENCEGAHANNYA
 


• Seborrheic Dermatitis. 

Adalah keradangan di sekitar wajah, kepala, dada, punggung dan pangkal paha. Kulit akan kemerahan dan mengelupas.



14 comments:

  1. Tq abg Najmi. hmmm takut la.... tak nak mcm ni(dlm gambar). tapikan... abg najmi tahu tak if if kiss ataupun melakukan 'oral' (bagi kes herpes simplex type 2)semasa blister tu xder, boley berjangkit tak kpd pasangan yang tiada hiv? maksud saya... virus tu kan mmg akan ade je dlm tubuh, tp bila blister tu da sembuh.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Chenta Saya,

      Cuba Chenta klik ke entry HERPES DAN PENCEGAHANNYA dibawah tu ada, klik dan chenta boleh baca lebih lanjut tentang herpes dientry tu, jika tidak silap abg ianya bergantung pada tahap ketahanan badan kita (imun sistem badan), jika ketahanan badan kuat maka mendapat jangkitan agak sukar, kalau lemah maka mudah mendapat jangkitan ni.

      Dalam pengetahuan abg, jika tidak silap hampir semua kebanyakan manusia mempunyai virus ini dlm badan, ianya akan keluar jika ketahanan badan kita lemah, boleh keluar jika kita stress.

      Chenta Saya baca entry HERPER DAN PENCEGAHANNYA...ya.

      Wallahuallam

      Delete
  2. Minta dijauhkan Allah dari diri kita n semua. Jauhi maksiat patuhi larangan Allah- in shaa allah diberkati. Thx najmi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Ya seks bebas antara punca penyebab berlakunya penyakit2 kulit seperti ini, TETAPI jika tak silap saya (maaf kalau salah) ada antara penyakit kulit diatas boleh kita dapat tanpa melakukan seks bebas (maksudnya ia akan naik kekulit kita kalau imun sistem kita lemah) seperti Oral Thrush dan Serborrheic Dermatitis.

      Manakala Herpes kebanyakkan kita memang pembawa virus ini cuma gejala herpes tak naik sebab ketahanan tubuh kebanyakkan kita (termasuk MW hehehe) kuat, itu yang saya tahu sebab doktor kawan saya ada kata kebanyakkan manusia ada virus ni.

      Wallahuallam

      Delete
  3. Boleh berjangkit ke dengan orang sekeliling yang tinggal satu rumah dengan yg ada sakit kulit camni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Kebanyakannya sakit kulit diatsa tak berjangkit jika kita tingga serumah, contohnya kuman herpes tidak akan hidup diluar tubuh manusia oleh itu tak ada risiko penularan melalui perkongsian tandas, tuala dan barang2 lain yang digunakan oleh penghidap penyakit herpes. Oral Thrush hanya berlaku kalu ketahanan tubuh kita lemah.

      Rasa saya lah (saya bukan doktor ya) penyakit diatas tak mudah berlaku jangkitan kalau kita tingga serumah selagi kita berhati2 menjaga kebersihan diri, contonhnya kalau ada rakan serumah yang ada kena psoriasis jangan lah pulak kita guna tuala yang digunakan ia, kalau diri kita sihat, sistem imun kita kuat maka sukar nak dpt jangkitan walaupun kita tinggal serumah dengan individu yang mengalami penyakit seperti diatas.

      Wallahuallam

      Delete
  4. hmmm dah baca entri tu. ;-) tq. betul tu, bila stress melampau,ianya akan kuar...tp mula letak cream acyclovir tu cepat2, cepatlah ia hilang dan xsempat membesar pun. yg penting, personal hygiene.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chenta Saya

      Tak jugak walau kita menjaga kebersihan diri kalu nak kena, kena jugak. Terus terang saya juga pernah alami apa yang dipanggil Herpes Zoster, Serborrheic Dermatisis dan Oral Thrush. Ianya berlaku apabila CD4 saya jatuh pada kiraan rendah 12, pada 3 tahun lalu sedangkan kebersihan diri memang saya utamakan, ianya berlaku bila ketahanan badan saya lemah.

      Bila saya alami Serborrheic Dermatisis, sapu lah "bapa cream" apa pun ianya masih tetap mengelupas pedih dan sesekali luka berdarah. Segalanya sembuh dengan sendiri bila CD4 saya semakin meningkat (sebaik menelan ubatan HAART) bermakna ketahanan tubuh saya semakin kuat. Alhamdulillah pada hari ini saya tidak pernah lagi mengalami penyakit2 seperti ini...mudah2an tidak akan mengalaminya lagi dimasa depan....:)

      Wallahuallam....:)

      Delete
    2. Same goes to me. Sejak amik HAART, alhamdulillah... cuma sesekali tu, bila gatal kt kaki..huishh mmg xtahan. boleh luka sy garu. Lastly..sy rendam je kaki dlm larutan dettol. pekat lak tu. baru lega.hehe

      Delete
    3. Chenta Saya

      Ha ah...cecair dettle perlu ada disimpan untuk keperluan memncuci membersih kan...Alhamdulillah biasanya jika dah ambil HAART insyaallah CD4 akan meningkat, insyaallah penyakit kulit seperti diatas dpt dielakkan kan...:)

      Delete
  5. Tq for d info...kadang2 saya ni mudah lupa. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chenta saya, sangat hormat anda, deep from heart, successfully beat yer hiv by be the best in education. U too my gud frenz najmi, Allah bless both of u. Take care

      Delete
  6. tenks Mak Wardah... ;-) ( bestnye ade herbs garden mcm kat rumah MW )

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST