Tuesday, 29 January 2013

NAZRI - ABANG TOLONGLAH SAYA, APA YANG PATUT SAYA BUAT


As-salam abang Naj Mi,

Saya dah mengikuti blog abang dah lama dah. Nama saya Nazri (bukan nama sebenar). Saya berumur 20 tahun.  Saya ni seorang gay memang dari kecil, saya anak kedua dari 4 org adik beradik, untuk pengetahuan abang, saya sorang sahaja anak lelaki. Saya pun tak tahu kenapa saya dilahirkan dengan naluri yang sebegini. Untuk pengetahuan abang, ibu bapa saya sudah pun tahu saya ni macam mana.

Masalahnya sekarang abang, mereka asyik stresskan saya dengan suruh berubah. Semua orang tak paham peritnya bila dilahirkan dengan naluri songsang ni. Mereka ingat dalam sekelip mata sahaja boleh berubah. Mereka kata mereka malu dapat anak macam saya. Saya sedih abang, bukan saya mintak jadi macam ni. Kadang kadang rasa nak  bunuh diri je, baru mereka puas hati kot. Mereka dah malu bang.

Kadang kadang saya akan menangis tengah malam sorang sorang sebab terkenangkan nasib saya. Saya jadi gay memang dari kecik bang, takda sapa buat, tapi naluri suka kepada lelaki tu memang ada.

Semenjak dari sekolah rendah lagi, kawan-kawan sudah ejek saya pondan, bapuk, sotong sebab saya kawan dengan perempuan. Sebab bila berkawan dengan perempuan saya rasa selesa berbanding lelaki. 

Saya ingat lagi semasa saya darjah satu, mak saya belikan beg hello kitty ke sekolah. Semua kawan lelaki ejek saya. Keadaan ejek mengejek tu berlaku sehinggalah saya di tingkatan 2.

Di tingkatan 3, mereka sudah berhenti dari mengejek saya sebab saya sudah nampak macam lelaki, i mean selepas baligh. Saya start expose dengan PLU ni bila saya dia tingkatan 5 lagi. Saya mula bergaul dengan budak-budak PLU (gay) dari UiTM,Unisel. Jadi saya mula terikut-ikut. Dalam pada masa yang sama saya telah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang lebih tua 5 tahun dari saya. Saya hanya bertahan dengan dia selama 8 bulan.

Lepas itu saya menjalankan hubungan dengan seorang lelaki yang tua setahun dari saya. Juga tidak tahan lama. Hanya 7 bulan. Dari kekasih saya yang kedualah mak bapak saya tahu saya ni bagaimana. sebab saya selalu bawak boyfriend saya tu balik rumah. Tidur kat rumah, jadi mereka mula rasa curiga.

Pada satu hari tu, mak saya panggil kami berdua. Saya jawab dengan jujur. Mula-mula menangis mak saya, tapi saya ceritakan yang saya bukan mintak untuk jadi macam tu, dan saya cakap dari kecik lagi. Mak saya try untuk paham. Lepas itu saya tetap melakukan hubungan seksual dengan boyfriend saya. Sehinggalah saya terkantoi bila mak terjumpa kondom yang saya pakai. Then dia bebel lagi, dia malu katanya dapat anak macam saya. Sedih sangat saya rasa. Saya rasa tak ada siapa yang faham apa yang saya rasa.

Dia kata nak bawa saya pergi berubat. Tapi pada pandangan saya, bukan mudah untuk berubah. Terus terang saya ni bab tentang agama memang kurang. Saya tidak salahkan ibu bapa saya, mereka sudah berikan saya didikan agama secukupnya. Cuma saya yang tidak praktikkan. Saya juga abaikan Tuhan (agama), saya tahu itu salah. Sebab saya rasa Tuhan tidak akan dengar pun doa saya. Saya ni jijik, keji dan hina !

Semalam saya terkantoi lagi dengan mak saya, ketika saya tengah melancap sambil tengok porno. Dia bebel lagi bang, lagi sekali dia cakap dia malu dengan saya, dia tak sangka saya macam ni.

Untuk pengetahuan abang, saya mempunyai nafsu seks yang kuat. Jadi saya kerap beronani. Fantasi seks saya sangat tinggi bang. Saya tak boleh nak berubah, plus saya ni jenis akan dapatkan jugak apa yang saya nak ! Cuba abang bayangkan saya sudah pandai beronani pada umur 5 tahun lagi. Tiada siapa ajar saya melancap, tapi saya yang belajar sendiri, jadi onani tu dah jadi sebati, habit dalam hidup saya.

Entahlah bang, saya sedih sangat. Kenapa saya tak dapat happykan mak saya. Saya rasa nak lari je dari rumah, rasa tak nak hidup dah bang. Stress, semua orang pasti akan ada darkside kan bang ? teruk sangat ke saya ni ?

Saya pernah 3 kali bercinta dengan perempuan sebelum saya couple dengan lelaki. Tetapi semuanya gagal. Saya boleh sayang dan cintakan perempuan tetapi nafsu saya kepada perempuan memang tidak ada bang. Suruhlah dia (perempuan) bogel depan saya sekali pun belum tentu saya bernafsu. Tetapi satu yang pasti, saya memang nak kahwin. Saya nak ada anak. :)

Bang ex-boyfriend saya yang nombor 2 tu kata dia ada HIV bang, saya takut saya pun adalah :( macam mana ni! Abang tolonglah saya bang. Apa  patut saya buat ?


Nazri
Isnin 
28 - 1 - 2013



Jawapan email saya kepada Nazri

Nazri ada kata Nazri memang nak kahwin, tapi dalam masa yang sama Nazri kata Nazri tidak ada nafsu kepada perempuan, adakah Nazri nak berkahwin suatu hari nanti hanya nak menutup kelemahan Nazri? Jika tidak bernafsu langsung pada wanita sebaiknya Nazri elak kan diri dari memaksa berkahwin, kesian isteri tu nanti. Kahwin kalau kita benar-benar bersedia.

Nasihat abang, Nazri perlu mendalami ilmu agama, dekatkan diri kepada Allah, lakukan segala suruhan Dia, solat jangan ditinggalkan dan penting Nazri kena kerap berdoa kepada Allah minta supaya Nazri dapat mengawal diri Nazri dari terus terjebak melakukan seks sejenis. Umur Nazri 20 tahun walaupun beronani itu salah disisi agama tetapi bagi abang lebih baik beronani daripada melakukan seks bebas. 

Sebenarnya naluri Nazri itu adalah dugaan Allah juga, Allah nak menguji sejauh mana Nazri mampu mengawal diri, sekiranya Nazri mampu mengawal diri insyaallah syurgalah tempat Nazri satu hari nanti. Orang kata jihad melawan nafsu. (Klik disini)

Abang memang tidak mengalakkan Nazri meneruskan kehidupan songsang ini, abang lebih mengharapkan agar Nazri mendekatkan diri kepada Allah, jika Nazri bersungguh-sungguh hendak berubah pasti Nazri akan segera mengambil tindakan cuba mengubah diri, pasti Nazri akan lakukan solat. Solat itu penting (wajib) berdoalah kepadaNya yang baik-baik insyaallah akan dimakbulkan.

Sekiranya semalam Nazri telah terlajak melakukan hubungan seks sejenis (bebas), dan hari ini Nazri minta ampun dari Allah pada hari ini pasti Allah akan mengampunkannya. Allah maha pemgampun lagi maha penyanyang, Allah akan sentiasa dan suka kepada umatnya yang sentiasa merendah diri dan selalu berdoa memohon keampunan dariNya, Allah suka umatnya minta apa sahaja kebaikan dariNya. Kita kena selalu berdoa minta kebaikan dariNya barulah Allah memakbulkan permintaan kita. Kalau Nazri tak minta apa-apa macam mana Allah nak berikan.

Nafsu kuat insyaallah boleh dibendung dengan melakukan amalan puasa sunat, kalau nafsu Nazri kuat puasa sunatlah setiap Isnin dan Khamis sekurang-kurang boleh mengelak diri dari berterusan berangan-angan tentang fantasi seks itu. Bila kita kerap puasa sunat, abang pasti lama kelamaan nafsu yang kuat itu dapat Nazri kawal atau dikurangkan dari masa kesemasa.

Percayalah Allah pasti akan mendengar doa seseorang walau buruk mana sekali pun kelakuan yang pernah dilakukannya. Anggapan Nazri bahawa Allah tidak mendengar dan memakbulkan doa Nazri itu salah, Allah mendengar walau doa itu datang dari seorang pelacur sekali pun. Ingat walaupun gay kita masih mampu masuk ke syurga dengan syarat kita tidak menyekutukanNya. Kita masih berpeluang diampun segala dosa yang telah kita buat selagi mana nyawa kita masih tidak berada dikerongkong kita, selagi itulah doa kita didengari Allah. 

Tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. 

Abang memang tidak galakkan Nazri berterusan bergelumang dan melayan naluri tersebut, abang tahu sememangnya sukar mengawal tetapi abang pasti Nazri boleh mengawalnya dengan bijak.

Tindakan pertama, seperti yang abang sebut tadi, Nazri perlu dekatkan diri padaNya dulu, solat 5 waktu jangan ditinggalkan, berdoa pada Nya selalu minta keampunan dariNya juga. Nazri kata Nazri masih berkeinginan hendak berkahwin, so bermula dari sekarang Nazri kena sedaya upaya mengawal diri, jangan layan fantasi seks itu banyakkan bersenam atau beriadah, berusaha kawal diri dari melayan laman-laman web lucah. Nazri belum terlambat, Nazri boleh mulakan dari sekarang. 

Abang pasti kebanyakkan mak ayah pasti akan berasa sedih sekiranya anak mereka punya naluri songsang, abang percaya pasti mak ayah Nazri juga kerap berdoa minta agar Nazri boleh berubah, marah mereka itu tandanya mereka sayang pada Nazri, pasti mereka tidak mahu sekiranya ajal Nazri tiba nanti Nazri akan terus dicampak kan ke neraka, sedih dan marah mereka itu berasas, mereka berhak berusaha melindungi Nazri kerana Nazri anak kandung mereka walaupun mungkin mereka sudah tersilap melayan Nazri yang sepatutnya melayan sebagi seorang lelaki ketika waktu kecil dulu. 

Kita ada agama, kita ada Allah, kita percayakan Allah, kita bukan kafir, kalau kita kafir pasti mak ayah pun tak kisah kalau kita gay kan, tapi kita ada agama, agama kita Islam, jelas aktiviti songsang ini salah, nasihat abang lagi jangan terikut-ikut naluri tersebut, kita perlu ada niat dalam hati serta ada tindakan berusaha cuba untuk berubah atau sekurang-kurangnya berusaha mengawal nafsu tersebut.

Akhir sekali, sekiranya Nazri ada kebimbangan takut kemungkinan ada HIV, Nazri perlu jalani ujian darah HIV. Pergilah "Jalani Ujian Saringan HIV" Hospital Kerajaan sebab disana ujian adalah percuma, kalau Nazri hendak buat ujian di Klinik swasta seperti BP Health bayaran kurang dari RM50. 

Abang harap Nazri bebas dari jangkitan itu, tetapi sekiranya "kantoi" Nazri masih belum terlambat untuk mendapatkan rawatan awal. Jangan duduk diam kalau rasa diri kemungkinan ada HIV. Ramai orang diluar sana yang tidak tahu diri mereka dijangkiti sehinggalah bila sudah jatuh sakit teruk dan terlantar masuk hospital baru mereka tahu. Nazri buat lah ujian darah ok.

Nazri juga kena tahu jika kita rasa ujian yang kita hadapi ini amat sukar, pasti akan ada insan lain yang berganda-ganda lebih sukar ujian yang mereka terima dari daripada yang kita hadapi (seperti kisah Adik MS ini). 

Bayangkan kalau diri Nazri positif HIV, pasti kepada mak ayah juga tempat Nazri terpaksa mengadu, usia Nazri masih muda, abang pasti Nazri mampu mengubah diri menjadi seorang yang lebih baik disayangi dan dirahmati Allah, dapat mengawal diri.

Jangan tunggu Allah memberi dugaan yang lebih besar baru Nazri nak berubahkan. Cubalah berubah dari sekarang, walaupun sedikit demi sedikit, usaha kena ada kearah itu jangan kata kita nak berubah tapi tak ada usaha langsung, itu tak betul. Anggap teguran mak ayah itu sesuatu yang positif, sebagai anak hormati mereka dalam masa yang sama Nazri cuba kawal diri, bukankah Nazri punya niat hendak mendirikan rumah tangga satu hari nanti....


28 comments:

  1. Nazri,

    Saya doakan Nazri sentiasa berada dibawah lindungan Allah swt dan mendapat rahmatnya yang berterusan. Nazri kena kuat untuk melawan nafsu dan bisikan syaitan yang menyeru Nazri melakukan dosa2 besar tersebut. Nazri banyak2 berdoa memohon pertolongan daripada Allah yer. Insya allah, kalau Nazri ikhlas Allah akan bantu.

    ReplyDelete
  2. salam abg sayang

    nk bagi nasihat n komen ckit, sbgai PLU, kite kene kawal tingkah laku, jgn sampai org pandang negatif or serong kt kite, ape pon jadi kite hormat n jaga hati ibubapa, jgn sbb mereka x faham kite, kite nk marah2 kt mereka. Maaf nk tegur ckit, bagi sy bawa kawan balik ke rumah n have a sex di rumah family agak kurang ajar n x sopan, mcm kite x hormat org lain yang ada didalam rumah tu. jgn ikot kan nafsu tu, x kemana klu kite ikot kan nafsu je. sy doa kan Nazri kuat utk melawan nafsu tu n bebas dari HIV

    JAMAL HENSEM :p

    ReplyDelete
  3. Papa Ryan pon akan doa kan semoga Nazri dpt berubah. kena ambil masa. tak boleh berubah mengejut.. kalu berubah mengejut. nanti akan berpatah ke jalan asal. bila berpatah ke jalan asal.. padah nya lagi buruk dari sekarang.. errkkKK! betol Papa Ryan ckpnih.. hahaha...

    ReplyDelete
  4. Ramai ibubapa yg tak kisah anak lelaki bawa kawan tido dirumah, atau anak lelaki mereka tido dirumah kawan. Ibubapa kena ada syak wasangka pada tingkah laku anak2 mereka sejak awal lagi dan jgn bagi beg hello kitty pada anak lelaki.....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...
    Najmi is come back....jangan merajuk lagi bawa blog Najmi tu sekali...ye.! sebab kami ni mmg sentiasa jadikan blog Najmi sbg pakar rujuk dan kaunseling ..
    mmm..mujur lah Papa Ryan tu McGuyver kan..berjaya pujuk Najmi ni balik dgn blog nya semula...Medatashi..!!

    Untuk Nazri..

    Dalam firman Allah menerusi firmanNya.
    "...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan ALLAH Mengetahui sedangkan kamu tidak tahu" Al Baqarah:216

    semua ujian Allah terselit nikmatNya...ini tanda Allah menyayangi Nazri..sebab itu Allah uji kerana Allah saja yg tahu apa yg ada
    kebaikan dlm hati jantung Nazri...mungkin Nazri ni anak yang sayangkan ibu ayah..atau mungkin Nazri jujur orangnya..sifat itu yg Allah nampak ada dlm diri Nazri..dan tandanya Allah nak Nazri lebih-lebih dekat denganNya...

    Nazri bayangkan jika Allah ambil nyawa kita dlm keadaan kita sedang buat dosa..dengan.tak sempat bertaubat pulak tu...meraung di sana pun tak berguna dah kan...berubah..berhijrah..bertaubat tu adalah jalan yang pahit pada mulanya...memang sakit..pedih...banyak airmata yang keluar...
    tapi percayalah..semuanya akan bertukar manis bila kita mula dah terasa makin dekat dengan Allah...hanya hati kita yang tahu betapa manisnya semua ujian tu kan...

    Nazri masih muda dan perjalanan masih panjang dengan boleh melakukan banyak perkara hebat dlm hidup...Allah akan bukakan segala jalan yang hebat buat Nazri jika kita sentiasa mohon pertolongan dengan sentiasa dekat denganNya...percayalah..

    Pergi buat pemeriksaan darah ye..buat di hospital kerajaan mcm yg abang Najmi sarankan tu...mudah mudahan Nazri di lindungi Allah dari jangkitan HIV tu...dan andaikan jika ada...Nazri mesti terima dengan REDHA...itu juga tanda sayang nya Allah pada kita kan...

    RENUNGKAN.....ada orang yang dipilih oleh Allah masuk syurga dari dosa-dosanya.....

    wallahualam
    syukran jazillan

    ReplyDelete
  6. Adik Nazri....

    Apa yang adik lalui sekarang adalah sebuah ujian dari Allah..... Adik, Abg Najmi, Abg dan lain2 antara yang dipilih untuk tempuh ujian ini....Siapa yang rela diuji dengan ujian sebesar ini...semua org tak nak..tapi bila kita yang dipilih untuk lalui ujian ini, kita kena terima.....Dia sedang menguji kita bagaimana kita mengadaptasikan ujian ini dalam kehidupan kita disamping Dia juga menguji macam mana hubungan Dia dengan kita....Lalui lah ujian ini dengan sabar dan tabah...

    Abg sangat setuju dengan apa yang abg Najmi syorkan....cubalah lakukan sebgaimana saranan Abg Najmi....nak buat perubahan bukan mudah dik......kena banyak kali cuba, usaha.....dan bukan sekali try boleh berjaya...kadang kala memakan masa lama....

    Abg rasa....PLU di luar sana lebih mudah terjebak dengan aktiviti gay kalau mereka mempunyai bf. Semua orang mempunyai perasaan disanyangi dan menyayangi.....nak bergurau senda dan nak bermanja-manja. Sbab...kadang-kadang ajakan melakukan maksiat ini banyak didorong oleh bf......mungkin dia ada memberikan jaminan atau pujuk rayu...Abg rasa kalau adik tidak mempunyai bf, gangguan dan pujukan untuk melakukan dosa mungkin boleh berkurang.

    PLU dan web lucah memang tidak boleh dipisahkan...mcm isi dengan kuku...tapi...kalau ada agama dalam diri..sekurang-kurangnya aktiviti ni boleh dikurangkan....adik kena mula berjinak-jinak kenal Allah, sayang Allah, ingat Dia....sbb nanti kalau adik ingat Dia...Dia juga akan ingat adik.

    Abg faham apa yg adik lalui sekarang...kena ..kita dalam satu bahtera yang sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakimi

      Terima kasih kerana sudi memberi nasihat buat Nazri...:)

      Delete
  7. Semua lelaki jer ker yang komen nih? Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Bukan senang nak kita arah seseorang itu memberi komen, alhamdulillah mereka yang meninggalkan komen diatas ini semuanya sangat perihatin dengan masaalah Nazri di entry diatas. Alhamdulillah., terima kasih.

      Syukran Jazillan adalah seorang ibu.

      Seperti juga anonymous saya juga rasa, selain lelaki (gay atau normal) memberi komen, saya juga mengharap para ibu meninggalkan komen nasihat disini, nasihat para ibu mungkin ada kelainannya, tetapi kita tetap menghargai komen dari pembaca lelaki lain juga.

      Bagaimana komen para bapa???

      Delete
  8. Salam Nazri.
    Dari kecik lagikan kite belajar yg Allah tu MAHA PENGAMPUN ;-). Insyallah, DIA akan dengar doa hambaNya. Perlahan-lahan DIA berikan kesedaran..pengampunan.
    Dlm masa yg sama, Nazri masih boley gembirakan mak Nazri. Mudah sahaja. Dekatkan diri kepada Allah. Insyallah Mak Nazri boley faham dan terima perubahan Nazri tu,sedikit demi sedikit. Solat akan buat Nazri lebih tenang. Itulah yg sy buat bila sedar diri ni dah tersasar jauh. Lepas solat..(masih dlm berwuduk), insyallah... byk perkara mungkar yg dapat dielakan..walaupun kite ade niat nk buat, lastly mesti DIA selamatkan kite.
    Sy doakan Nazri kuat.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Naj Mi,

    Saya doakan semoga Najmi sentiasa berada di dalam rahmat Allah swt. Najmi dah baca artikel ni?: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      WSalam.......saya belum baca, baru nak baca, tak tahu pun tentang artikel ini, terima kasih kerana memberitahu, insyaallah saya nak share dlm blog ini. Saya percaya ramai yang tidak berkesempatan membaca artikel ini, kerana tak semua yang melayan Kosmo Online dan tak semua membaca akhbar Kosmo, terima kasih kerana memberitahu saya....:)

      Delete
    2. Saya menangis baca artikel tersebut sebab balasan baik yang Allah berikan kepada pesakit2 tersebut apabila meninggal dunia. Bayangkan, manusia yang orang lain pandang hina tetapi mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah. Sangat2 menginsafkan bila baca artikel tersebut.

      Delete
    3. Artikel ni juga Najmi: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

      Delete
    4. Anonymous

      Terima kasih...tidak ramai yang Allah bukakan pintu hati mereka berasa insaf membantu dengan ikhlas pesakit HIV di Darul Ukhuwah tersebut seperti cerita dalam artikel tersebut (saya sudah jadikan entry blog saya hehehe), pastinya mereka-mereka yang membantu dengan ikhlas itu mendapat ganjaran yang amat besar disisi Allah swt kelak..

      Delete
  10. Nazri dugaan mempunyai anak songsang antara dugaan terbesar buat seorang ibu tetapi dalam fitrah hubungan ibu n anak, dua pihak perlu ada sefahaman n tolak ansur. Jangan saling menuding jari kerana ini dugaan dari Allah. Tiada ubat yg boleh menghilangkan naluri gay tetapi boleh dikawal hanya dgn mematuhi perintah Allah n doa ibubapa terutama ibu.jadikan anak lelaki ini imam solat, rakan mengaji sama2 belajar fardhu Ain ataupun sahabat baik. Jgn melahirkan rasa sedih malu ada anak spt ini, dgr luahan hatinya, kurangkan ketagihan seksual ke arah lain secara perlahan2. Bykkan solat hajat, bdoa pd Allah agar nafsu anak terbendung. Apabila seorg ibu menadah tgn memohon kebaikan anak2 nya pasti Allah mengabulkan doa mereka. Yakinlah para ibu termasuk diri sendiri. Nazri sendiri boleh memgawal diri dgn mengambil nasihat bernas najmi n semua. Sama2 doakan yg terbaik, peranan bapa najmi tanyakan bapa2 sbb nak dgr dari bapa2 yg diduga sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ryan tu bukan bakal bapa ke? Ryan jawablah? Betullah bapa2 ni tak peka kalau tak jawab.

      Delete
  11. 1st, pleasela jangan kahwin cuma untuk dapat anak. Islam tidak menghalalkan itu, HARAM! Haram andai kawin sekadar nak dapat anak. Saya tahu berjuta lelaki macamni kat luar. Sekadar nak buktikan kelelakian, sekadar nak dapat anak. Maaflah, saya dah agak menyampah dengan alasan ini. Apa ingat perempuan ni kilang ke? Kalau tiada niat nak membahagiakan isteri, tak payahlah kawin, anda haram berkahwin kalau hanya itu niat anda.

    Bagi perempuan lesbian pun sama, kahwin semata2 nak dapat anak kononnya, atau kerana keluarga, lepas tu abaikan perasaan suami, masih lagi berzina dengan pasangan sejantina, semua ni neraka jemput. Tapi taklah saya kata confirm masuk neraka, neraka syurga tu allah punya.

    Tapi cukuplah, jangan malukan institusi perkahwinan islam yang sebenarnya nya amat suci ni.

    Dua, ubatnya cuma satu, berjihad dijalan allah, terjun ke jalan allah. Berhenti berzina, kalau kalah, taubat lagi, kalah , taubat lagi, walau sejuta kali pun takper.

    Dah taubat kemudiannya cari ilmu agama amalkan, itu sahaja penawarnya, tiada jalan lain. Dan tiada pilihan lain.

    Kalau Najmi boleh buat kenapa anda tak boleh buat.

    Saya yang biseksual ni pun dah lama puasa dari berzina dengan perempuan. Jangan pula ingat biseksual mudah, dalam kes saya, saya lebih bernafsu pada perempuan.

    Tiada jalan lain, kawan. Tiada jalan lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju ;)

      jgn cari alasan
      kita diberi akal utk fikir baik dan buruk

      Delete
  12. Bersolatlah... sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan mungkar.... berpuasalah untuk menahan nafsu... berzikir dan beristighfarlah kerana ia mengingatkan dan mendekatkan adik pada Allah.
    Alhamdulillah.. ia amat berkesan pada abang... dah 2 minggu hidup abg tanpa sex... tanpa onani... kalau sebelum ni.. hari2 abg buat sex.. tukar pasangan.. dan onani... jadi ketagih.. sebelum tidur.. mesti nak sex or onani..
    tapi sekarang.. mesti nak solat dan bertasbih sebelum tidur... Alhamdulillah... insyaallah.. semogs kita istiqamah dalam beribadah..
    Terima kasih abg najmi dan kawan2 yg memberi perangsang dan semangat utk saya berubah... Doakan terbaik utk saya... kisah saya ada dalam blog abd najmi -lagi kurang 2 bulan utk berkahwin......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Saudara ialah Azman?

      Kisah saudara didlam entry "DISAHKAN HIV POSITIVE MENJELANG 2 BULAN LAGI TARIKH PERKAHWINAN"

      http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2013/01/2-bulan-lagi-tarikh-perkahwinan-baru.html?utm_source=BP_recent

      Terima kasih dengan nasihat yang diberi pada adik Nazri ini.....:)

      Delete
  13. Assalam abg Najmi

    buat Nazri...

    saya pun mempunyai naluri seperti kamu..
    tetapi bagi saya, biarlah perkara ini dirahsiakan drpada ibubapa dan jgn jadikan rumah sbg tempat utk melempiaskan nafsu.

    dan dalam apa-apa hal jgn ketepikan ibubapa....

    -Muzammil-

    ReplyDelete
    Replies
    1. W Salam Muzammil Adrian

      terima kasih meninggalkan komen dan nasihat kepada Nazri...:)

      Delete
    2. sama-sama abg Najmi.. its ok.. Muzammil pun dalam dilemma dan tertekan.. kenapa saya dilahirkan utk jadi gay....

      sejarah yg Muzammil lalui cukup ngeri.. tetapi sukar utk buat perubahan...

      kalau berubah pun, x smpai seminggu, kemudian jadi balik perangai lama....

      Delete
    3. Muzammil Adrian

      Kita kena ingat kalau kita rasa hidup kita amat derita punya sejarah sangat ngeri..pasti diluar sana akan ada insan yang mengalami kisah hidup yang lebih ngeri drp yang kita alami....Harap Muzammil sentiasa berfikiran positif ya...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST