Saturday, 26 January 2013

AZMAN - DISAHKAN HIV +VE MENJELANG 2 BULAN LAGI TARIKH PERKAHWINAN

Azman seorang biseksual yang mampu untuk berkahwin dan akan melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi tetapi bimbang kerana baru sahaja disahkan HIV+ve.


Email Azman pada saya,

Salam Najmi...

Man terbaca blog najmi, banyak info dan bagus dan terima kasih. Straight forward,  i am a gay seorang bisexual, sudah bertunang dan akan berkahwin lagi dua bulan. Dua hari lepas Man buat blood test dan i am HIV+ ve, Man buntu. Patut ke atau tidak Man call off the wedding? Please advice me. Man nak kahwin dan nak bina kehidupan baru, Man dah tak nak jadi gay, Man dah tak nak main pondan...  T__T.. SORRY to distrub u... 

Azman
Sabtu, 26 -1 - 2013 



Jawapan Saya pada Azman

W Salam 

Berbincanglah dengan tunang, kalau tunang sudi terima Man sebagai suami yang +ve HIV Man teruskanlah perkahwinan tersebut, TETAPI Man perlu faham dan belajar tentang HIV/AIDS segala maklumat bagaimana cara jangkitan dan sebagainya. Kena tahu bagai mana cara bagi mengelakkan isteri dari dijangkiti. Dan penting Man perlu menerima rawatan di hospital. 

Hentikan perkahwianan sekiranya tunang Man tidak boleh terima, jangan paksa diri, insyaallah apa yang berlaku ada hikmahnya dan jika Man sabar insyaaallah akan ada jodoh yang menunggu Man dimasa depan. Ada lagi dua bulan menjelangnya majlis perkahwinan tersebut, rasa abang Man punya masa untuk hentikan segera sekiranya itu keputusan yang terbaik yang telah Man dan tunang buat (setelah berbincang) 

Alhamdulillah dengan pengakuan Man yang tidak mahu lagi terlibat dengan gejala songsang ini. Semoga kehidupan Man di rahmati Allah hendaknya.



Email Azman pada saya 

Thanx for your prompt reply...

Man kena tunggu 2 minggu lagi untuk pengesahan dari doktor, should i tell my parent? Man akan bincang dengan tunang selepas dapat final result. Tapi seems like masa makin suntuk, malah barang-barang dah siap. 

Tadi Man tanya, tunang cakap invitation card not distribute yet.. fuhh lega. Tapi Man memang dah tinggalkan dunia (songsang) tu tetapi bila Man dah nak kahwin, tak tahu pulak jadi macam ni. Anyway thanks for your kind advice. Ni sudah 2nd engagement, 1st putus sebab family arguement, kalau putus lagi kali ini, mana family Man nak letak muka.. 

Najmi, Thank you very much for your concern. May ALLAH bless you... Amin 

Azman


Salam abang Najmi,

Man sudah jumpa doktor keputusan rapid test Man Positive HIV, doktor akan buat ELISA untuk pengesahan seterusnya. Man di kampung sekarang... Man dah berita tahu kepada mak abah dan kakak Man, syukur pada Allah.. mereka menerima dengan lafaz Alhamdulillah... Man yakin doa ibu itu adalah doa yang dimakbulkan langkah seterusnya kami akan berbincang cara terbaik bagaimana untuk disampaikan kepada tunang Man. Mohon doa dipermudahkan segala urusan. Amin ya rabbi

Azman
Sat, Feb 9, 2013


Salam abg Najmi... 

Ini message dari tunang Man (setelah status HIV Man diberitahu kepada tunangnya), Man baru balik jumpa dia tadi... 

"Abang, sampai sekarang Ayg tak leh nak lelapkan mata.ayg dah fikir panjang dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Ayg tak akan cerita kepada mak dengan abah tentang abang. Ayg terima abang seadanyan Ayg akan jaga abang. Ayg anggap semua itu ujian dari Allah. Kita ni manusia biasa, sihat, sakit semuanya datang dari Allah. Syukur ya Allah.."


Salam abang Najmi

Terima kasih abang najmi atas nasihat, doa dan sokongan. Berita gembira ini telah pun dikongsi bersama emak dan kakak Man. Berkat doa mereka yang tak pernah putus. Allah memudahkan perjalanan Man. Semalam Man dah beli cincin perkahwinan kami. Kad undangan akan diedarkan minggu ni.

Alhamdulillah Man akan terus berusaha untuk mencari maklumat untuk kebahagiaan kami semua. Man doakan abang mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat,harap kita terus berhubung, kalau diizinkan Allah, kita boleh bertemu mengeratkan tali silaturrahim, anggaplah Man sebagai adik abang, bertemu kita kerana Allah.. 

Azman 
Tue, Feb 12, 2013 



*Terbaru - Lagi email Azman pada saya


Salam abang Najmi... 

Masih ingat Man? Lama Man tak update berita. Dua minggu lepas ayah tunang Man meninggal dunia akibat serangan jantung, jadi abangnya akan jadi wali untuk tunang. Dipendekkan cerita.. ustaz kata wali ada hak tahu kedudukan Man yang sebenarnya (HIV Positif). Abg dia tidak mahu jadi wali dan meminta perkahwinan ini dibatal. Semua ini berlaku semalam (27/03/2013). Tinggal hanya 4 hari lagi dari tarikh perkahwinan kami yang akan berlangsung pada Ahad ini 31/03/2013.

Hanya Allah yang tahu betapa hati kami berdua begitu kecewa. Mohon doa semua moga kami tabah hadapi ujian ini. Melihat linangan airmata emak, abah dan abang serta kakak meruntun jiwa Man. Syukur kepada Allah walaupun Man tidak dapat mendirikan rumahtangga tapi Man dapat rasakan kasih sayang dari seluruh family Man.. Alhamdulillah

Azman
Thu, 28-3-2013


Nasihat Saya buat Azman

Azman, 

Kita tidak boleh memaksa, terutama masyarakat yang tidak memahami tentang HIV/AIDS untuk menerima keadaan diri kita. Abang tunang Man selaku wali pernikahan telah bertindak menghalang sebuah masjid didirikan, abang pasti ia antara insan yang fobia dan tidak memahami tentang HIV dan dalam masa yang sama mungkin dia menganggap dia telah mengambil langkah terbaik buat kebahagian hidup adik perempuannya.

Abang sedih bila mendengar khabar berita ini. Walau apa pun yang berlaku ianya juga antara dugaan yang perlu Man hadapi. Ujian yang Allah turunkan buat Man sekeluarga serta tunang, dan abang harap Man boleh menghadapinya dengan tabah. Insyaallah ada rahmat disebalik ujian yang Allah turunkan ini. Insyaallah abang yakin Man seorang yang kuat dan tabah dan insyaallah akan dipertemukan dengan jodoh yang lain yang mungkin lebih baik.

Kita tidak tahu perancangan Allah, mungkin apa yang kita rasa baik untuk kita itu sebenarnya tidak baik untuk kita begitulah sebaliknya. Mungkin akan menimbulkan masaalah yang lebih besar dimasa depan sekiranya perkahwinan ini berlangsung, Allah mengetahuinya maka untuk mengelakkannya dari berlaku maka Allah pisahkan Man dari tunang lebih awal. Mungkin akan ada kebahagian berganda buat Man dan tunang selepas ini (membawa haluan masing-masing)


Dan percayalah jika Man bersabar dan mampu mengharungi ujian ini dengan baik maka pastinya Allah akan kurniakan jodoh yang lebih baik buat Man. Abang berdoa agar Man tabah, tenang dan sabar menghadapi ujian ini dan abang boleh rasa ketabahan Man melalui kiriman email yang Man kirimkan kepada abang ini. Dan abang sangat-sangat bersyukur kerana Man mempunyai keluarga ibu bapa yang sangat memahami. 

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, abang cuba meletakkan diri abang ditempat Man, abang pasti buat masa ini Man, tunang dan seluruh ahli keluarga masih dalam kesedihan dan pastinya abang dan pembaca lain akan mendoakan kebahagian hidup Man dan tunang dimasa depan. Insyaallah perit akibat perpisahan pembatalan perkahwianan ini hanya sementara, "pastinya akan ada hujan sebelum munculnya pelangi yang indah"

 
Bagaimana pula nasihat anda kepada Azman? 

Kisah ini hampir sama dengan kisah didalam entry "BAKAL SUAMI BIMBANG PUNYA NALURI SONGSANG" di entry tersebut Zed adalah seorang gay tegar (yang sihat) tetapi bimbang untuk melangsungkan perkahwinan (dalam keterpaksaan).
 

35 comments:

  1. Saya ada satu soalan untuk Man sebelum dedahkan perkara ini kepada tunang Man.

    1. Sejauh manakah Man rasakan yang tunang Man dapat terima keadaan Man?

    Kalau tunang Man boleh terima alhamdullilah tapi kalau tak boleh terima macam mana pula? Bagaimana kalau beliau dedahkan tentang keadaan Man kepada keluarga beliau mungkin ia boleh membawa malu kepada Man dan keluarga kerana tidak semua masyarakat kita yang dapat terima mereka yang HIV+ disebabkan kurang maklumat dan belas kasihan.

    Untuk Man dedahkan kepada ibubapa Man pula, saya rasa Man lebih memahami ibubapa Man. Sesetengah orang tidak mahu dedahkan kerana bimbang ibubapa mereka susah hati dengan keadaan mereka. Saya doakan Man diberikan kesihatan yang baik. Yang penting Man perlu tahu bahawa HIV bukan lagi penamat hidup kepada seseorang tetapi dengan kemajuan dalam rawatan dan ubatan, HIV kini diklasifikasikan sebagai penyakit kronik seperti kencing manis dan penyakit2 kronik yang lain. Dengan rawatan yang betul dan permakanan yang seimbang mereka yang Allah anugerahkan dengan kuman ini mampu hidup seperti orang2 normal yang lain. Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan jangkan hayat mereka yang HIV+ dengan tidak adalah sama. Terdapat pesakit HIV yang boleh hidup sampai berumur 75 tahun dan beliau meninggal dunia bukan kerana HIV tetapi disebabkan sakit lain yang tiada kaitan dengan HIV.

    ReplyDelete
  2. Man, the time just around the corner, dun wait till too late but explain to fiancee the problem in relax manner. Jgn tunggu kad dah hantar n jemputan dah buat. Man mesti terima apa2pun fback bakal isteri. Andai turn off, terima sbg takdir kerana may be byk rahmat lain. Dgn parent tgk keadaan dulu cthnya kesihatan dan sbgnya tapi paling perlu diutamakan bakal isteri. Walaupun ini 2nd engagement but man must face the fact. Search info ttg hiv n kaedah2 pencegahan n perubatan serta rawatan. Man, dont worry we will never let you walk alone but deep in our heart we pray that your future wife will accept u as what u are. Manpun dah berubahkan, InsyaAllah akan Allah permudahkan segalanya. Sabar, rest n solat minta pada Allah petunjuk yg terbaik. Take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for your concern.. really appreciate.Allah lebih Mengetahui apa yang terjadi..mohon doa dari mak wardah untuk saya

      Delete
  3. maaf saya xreti nk komen atau bg nasihat buat man good luck, moga di permudahkan urusan...

    taniah naj mi blog dah ok

    ReplyDelete
  4. Apa yang saya risaukan, semalam Abg Najmi hilang bersama blognya. Ingat A.Najmi merajuk huhu..

    Berat sungguh ya, tapi kalau fikir sedalamnya, Allah sebenarnya beri ujian yang berkadaran dengan kemampuan hambaNya...tapi itu hikmah tersembunyi sahaja yang sy dapat katakan sebab tak tahu ujian saya macam mana.

    HIV sama mcm penyakit lain, tapi pukulan lagi teruk apabila disahkan kanser dan doktor kata jangkaan hidup 6 bulan sahaja. Apa A.Najmi ckp tu betul sgt, berterus terang atau leave it jika tidak diterima..jodoh hak Allah, yang suka mengaibkan orang ni hak mulut orang..sedangkan takde manusia pun boleh kompem dia hidup lama dari PLHIV.

    Jadi hidup ini cuma meneruskan risiko kecil dan risiko besar sebelum mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. walnut

      Tiba2 blog saya hilang entah kemana, so saya memang tak harap dah nak berblog ni, teringat kalau tak silap walnut ada nasihat supaya saya buat 'back up' kan

      Saya ingat kena haacked atau apa aje...maybe juga sebab virus, alhamdulillah ada kawan RYAN (ada kisah Ryan dlm blog ni) tolong perbetulkan...

      Alhamdulillah...so saya kena buat back up lah mulai skrg...:)

      Delete
    2. Alhamdulillah, panik jugak takutlah kot2 najmi merajuk ke, pergi umrah ke or backpack ke gunung2 mana2 ke, senyap2

      Delete
  5. salam, dont be selfish , juz call off the wedding pls, dalam hidup ini mmg salah silap kita Allah pasti balas walau sebesar zarah, ini balasan di dunia insyaAllah di akhirat dah x de lagi, jangan sampai tunang terpaksa tanggung beban yang bukan dari silap dia, semoga taubat man Allah swt terima dan berubat la dulu, insyaAllah sembuh jodon man pasti ada..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Naj Mi,

    Alhamdulillah... Ada lagi blog ni. Semalam tertanya-tanya juga. Kenapa blog removed. Kecewa sekejap.

    Dear Man,

    Paling penting adalah keyakinan diri untuk berdepan dengan apa jua kemungkinan atas apa jua keputusan.

    1. Stop the wedding sama ada tell your girl or not. The best, tell her the truth.
    OR
    Go ahead with the wedding if your girl knows about your health status and she can accept who you are.

    2. Tell the truth to your family, termasuk kedua ibubapa. You don't have other options. Kalau berterus terang, famili takkan boleh persoalkan lagi. Kalau sorok they will keep asking, why, why and why....

    3. Paling penting, dapatkan rawatan cepat-cepat.

    That's all.

    MFZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran MFZ..

      Alhamdulillah.. no 1 dan 2 selesai dengan baik.. sekarang kene focus on no 3. Kene fikir how to prevent this virus will be affected to my future wife.. we must educate this knowledge and skills.. insyaallah.. man jada wa jada.. terima kasih sekali lagi.. your kind advice is very helpful. Moga Allah membalas semuanya

      Delete
  7. my opinion... tell d truth to ur gal. klu die dpt terima, alhamdulillah. klu tak... jgnlah bermusuh, minta diputuskan dgn cara baik. family man maybe okay if man putuskan..but susah sket family tunang man utk terima semua ni sbb mereka mesti tanya why..why..n why. klu man pilih utk terus terang dgn family man, pastikan man ade kekuatan tu. tetapi lebih baik rahsiakan drpd family bakal mertua. kita tak tahu, apa yg mereka pk kan. selalunya negatif. semoga man dpt kekuatan utk buat keputusan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time kaseh atas nasihat tu... saya akan terangkan pada tunang.. doakan semoga dia tabah dan redha dengan ujian dari Allah...Amin

      Delete
  8. Salam man, kisah awk sma dgn kisah saya serupa, begini, apa2 pun awk bincang dgn tunang awk apa yg patut kamu berdua buat, minta dia faham keadaan awak, klau dia faham InsyaAllah ada jalan, AllahSWT maha berkuasa, jgn bgtau parents dulu, kalau anda berdua boleh selesai bersama, Alhamdulillah, sy fhm kalau kita beritau org tua takut mereka susah hti dn jatuh sakit kan? Lgpun preparation dah siapkan? Jalannya berbincang dgn tunang insyaAllah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... soalan saya... bagaimana penerimaan tunang awak setelah dia tahu awak hiv positive? Awak majlis dibatalkan atau tetap diteruskan?

      Delete
  9. PERKEMBANGAN TERBARU AZMAN,

    Saya menerima email Azman pada Sat, Feb 9, 2013 at 3:56 AM

    Salam abg najmi,

    Azman dah jumpe doctor... keputusan rapid test terbaru, azman disahkan POSITIVE HIV.. doctor akan buat ELISA utk pengesahan seterusnya.. Azman di kampung sekarang ni... Azman dah berita tahu kepada mak abah dan akak Azman.. syukur pada Allah.. mereka menerima dengan lafaz Alhamdulillah...

    Azman yakin.. doa ibu itu adalah doa yang dimakbulkan.. langkah seterusnya.. kami akan berbincang cara terbaik bagaimana utk disampaikan kepada tunang Azman.

    Mohon doa dipermudahkan segala urusan. Amin ya rabbi

    ReplyDelete
  10. Azman...bersyukur kita dgn anugerah ini..harap dapat bersabar dan tenang..dulu sy sangkakan setelah disahkan HIV+ terasa memang akan mati esok...tapi jika kita bawa hati bermuhasabah sebanyak-banyaknya..terasa Allah sebenarnya sayangkan kita..sungguh...dulu saya juga berfikir dgn cubaan membunuh diri itu jalan yang terbaik..Nauzubillah...
    biarlah itu semua tinggal kenangan...


    kini..dengan kudrat yg seadanya saya bangun semula...Ya kini terasa dihati akan ada bantuan dan rahmat Allah yg terselindung disebalik ujian ini...
    moga Azman terus tabah dan cari ketenangan dlm diri...pastikan Azman jaga kesihatan dgn baik..
    Insyaallah akan ada masa depan yg lebih cerah..sama-sama kita berdoa ye...:)

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  11. LAGI PERKEMBANGAN TERBARU AZMAN

    Saya terima email Azman pada Sun, Feb 10, 2013 at 5:24 PM

    Salam abg najmi... Ini message dari tunang man ... man baru balik jumpa dia tadi...


    Abg,
    Sampai sekarang ayang tak boleh nak lelapkan mata, ayang dah fikir panjang. Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,ayang tak akan cite kat mak dengan abah tentang status abg. Ayang terima abg seadanya dan ayang akan jaga abg. Ayang anggap semua tu ujian dr Allah. Kita ni manusia biasa, sakit semuanye datang dr Allah.

    Syukur ya Allah..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...moga Azman diberi keyakinan dan keberkatan bila dah berumah tangga nanti..
    bertambah rahmat dan rezeki Allah ye..

    gembira dengan berita baik ni...syukur ya Rabbi.

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  13. man tak jadi kawin ker?
    hmmm....sabar ye man...mudahan ade hikmah disebaliknye....
    berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

    -tchr shida-

    ReplyDelete
  14. salam,

    Man, kisah anda seperti kisah saya yang sepatutnya mendirikan rumahtangga pada February 2013 yang lalu. Tetapi saya gagal ujian saringan HIV yang diwajibkan bagi mendapat kebenaran bernikah pada January 2013. Ini memaksa saya membuat keputusan memaklumkan kepada tunang dan pihak keluarga saya - bagi mengelakkan keadaan menjadi semakin teruk dengan segala bersiapan pernikahan sedang rancak dilakukan dengan tempahan pelamin, jemputan telah jemput, barang2 etc.

    Pihak tunang dan kelurga beliau tidak dapat menerima berita ini dan memaksa pernikahan kami dibatalkan. Saya tidak salahkan mereka sbb HIV bukan benda kecil untuk dipertaruhkan. Namun antara saya dan tunang tiada rasa marah atau benci hanya sekadar tiada jodoh. Saya sesekali akan meng'sms' bekas tunang tetapi tidak mahu 'terlalu hampir' lagi dengan beliau bagi memudahkan beliau meneruskan hidup dan mencari teman hidup yang baru. Bukan sebab tidak sayangkannya, tetapi kerana saya tidak mahu pentingkan diri kerana beliau seorang perempuan yang baik. Beliau berhak untuk bahagia di alam rumahtangga dan memperolehi zuriat. Jika saya masih 'menghampiri' beliau, mungkin menyebabkan sayang beliau masih menebal lantas membuatkan beliau 'lupa' yang beliau turut berhak bahagia dengan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

    Buat kelurga saya, cuma abg, kakak, adik dan bapa dan mak saudara serta beberapa teman rapat yang tahu status saya. Mak dan ayah belum mengetahui status saya kerana saya tidak mahu mengambil risiko kerana kesihatan kedua orang tua yang tidak begitu bagus.
    Saya masih menyimpan rahsia ini dari pengetahian mak ayah kerana bimbang kesihatan mereka. Saya maklumkan pembatalan pernikahan kami dengan alasan tunang saya memepunyai lelaki lain ( dengan izin dan kebenaran tunang bagi mereka-reka alasan ini - demi kebaikan)

    Kini, saya telah mula menjalani kehidupan sebagai seorang HIV+ dan telah memulakan rutin pengambilan ubat HIV sejak 2 bulan lepas, dan tidak pernah lagi menemui tunang cuma sekadar sms bertanya khabar. Biarpun rindu membara, namun saya perlu laluinya tanpa sesekali berprasangka pada ujian dan takdir Allah SWT ini.

    Doa saya semoga Man turut tabah menjalani ujian Allah ini.

    -Mukhlis-

    ReplyDelete
  15. Mukhlis

    Saya harap saudara Mukhlis dan Man akan terus tabah menghadapi ujian ini, itu namanya tiada jodoh. Jodoh ditangan Allah, walau kita berusaha mendapatkannya jika tidak diizinkanNya pasti kita gagal bersama.

    Saya hanya mampu berdoa yang terbaik buat anda berdua...semoga Allah memberkati hidup saudara berdua dimasa depan...Amin

    ReplyDelete
  16. Masalah orang kita ramai tak paham.Hiv ini bukan penyakit mati terus.Ada pesakit HIV hidup sampai 10 tahun atau lebih.

    Satu lagi bab kawin.Walaupun ayah tak nak jadi wali kita boleh pakai wali hakim.Ini apa yang Uztaz Azhar Idrus yang cakap.Kita bukan buat benda jahat.Keluarga boleh nasihat tapi tak boleh halang perkawinan.

    ReplyDelete
  17. salam..

    yg cakap call of the wedding n don't be selfish tu senangla nk ckp kn..sb. xterkene pd diri sendiri atau adik beradik sendiri..
    si man kn da bterus trang pd tung dia n dpt trime..
    xde masalah la bgi plhiv nk kawen ...cume kene gain knowledge tntg hiv ni je...hiv benda kecik je..manusia ni je yg sibuk sgt pbdg hina n serong..

    ReplyDelete
  18. subhanallah Mukhlis..anda hebat!

    ReplyDelete
  19. Salam, saya hanya ingin berkongsi luahan perasaan saya..mungkin akan mendapat reaksi negatif dan positif. Tp saya redha.saya adalah pesakit HIV dan juga seorang biseksual..saya pernah tinggalkan dunia gay dan kerana kesunyian saya terdesak mencari cinta sesama lelaki..saya teringin sgt2 untuk mendapat cinta dari seorang perempuan.Tp dgn keadaan saya dgn HIV,siapakah yang sudi dan tak mahu menjangkiti pasangan saya..oleh kerana kesunyian dan saya juga menghadapi kemurungan yang teruk akibat terlalu sunyi dan keseorangan disamping tekanan kerja..saya kembali aktif mencari cinta seorang lelaki kerana ingin mengisi kekosongan hati saya walaupun saya tahu tindakan saya salah...ya allah bantulah hambamu ini..aku terlalu ingin petunjuk dariMu..mulai saat ini aku ingin berhenti dari dunia maksiat ini dan kembali ke jalanMu. Berikan jodoh kpdku yang sedia menerimaku seadanya supaya aku tidak terpesong lg ke jalan yg dimurkaiMu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Semua gay kalau boleh nak berubah, nak kahwin, nak ada anak, yang penting niat dan kesungguhan kita berubah. Percaya lah jika kita terus berdoa kepada Allah insyaallah segala doa kita akan dimakbulkanNya. Ada HIV buka penghalang untuk kita berkahwin, macam abg kata kalau ada keinginan berkahwin walaupun ada HIV insyaallah akan ada jodohnya nanti. Yang penting jangan putus harap teruslah minta bantuan dari Nya....:)

      Delete
  20. Apa? Saya tahu yang plhiv boleh berkahwin.. Tetapi wali perlu tahu ker? Tak boleh ker perempuan sahaja yang tahu? Saya boleh terima situasi ini.. Tetapi bagaimana pula keluarga saya? Saya rasa tidak kerana mereka tidak akan faham. Apatah lagi saya anak bongsu, keputusan saya selalu dipertikai dan dipersalahkan.
    Saya yang bakal berkahwin,saya yang faham situasi yang akan saya hadapi, tetapi tidak boleh ker saya sahaja yang tahu tentang status tunang saya? Membaca post ini membuatkan saya panic.huhuhu :'(
    -Dhamya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Ada seorang rakan facebook abg seorang wanita (non PLHIV) berkahwin dengan lelaki PLHIV, apa yang abg tahu mereka merahsiakan dari semua orang yang suaminya itu ada HIV. Pada abg tak perlu beritahu apa-apa yang penting hanya saudara dan bakal isteri sahaja yang tahu, dan paling baik masaalah ini perlu dibincangkan bersama pihak yang berwajib - jabatan agama. Tentu ada jalan penyelesaiannya.

      Delete
  21. saya doakan yang terbaik untuk awak.. :)

    ReplyDelete
  22. Abang, sy nak tanya, perlu ke wali diberitahu tentang keadaan bakal suami yg PLHIV? Tak cukup ke sekadar bakal isteri je yang diberitahu? Bimbang wali perempuan tak dapat terima atas dasar pandangan skeptik lantas tak dibenarkan kahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Kalau tanya pihak pegawai agama..mereka pasti nasihatkan agar beritahu wali TETAPI pada abang ianya masih boleh dirahsiakan (bermakna anda berdua suami isteri sahaja yang tahu) sebab ada PLHIV yang abang tahu telah berkahwin tanpa memberitahu status mereka pada orang lain (hanya mereka berdua sahaja yang tahu). Wallahuallam

      Delete
  23. Asslamualaikom.. sy telah baca semua entri saudara..smakin mningkat usia semakin terkenang kisah lampau..hnya mmpu berdoa dan taubat.. sy pnh lakukan ujian hiv setahun selepas mninggal aktiviti berisiko,hasil -ve..2 tahun kmudian test pra prkwinan hasilnya -ve..6bulan kemudian test lagi vdrl/hiv utk kehamilan hasil -ve..skrg sudah setahun dri test hiv tersebut..alhmdullh pasangn sy bebas dri hiv..cma sy terkenang dosa lampau sy..tp pada pengetahuan saudara hiv ni ada x akn kembali pda tempoh 10 tahun akn dtg?? Kerana kbykan entri yg sy bca dri penghidap hiv, mereka awalnya test -ve tp selepas 10 tahun -ve..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, tempoh untuk kesan hiv ialah selepas 3 bulan daripada tarikh aktiviti berisiko yg kita buat, saudari dah buat ujian beberapa kali selepas dari tarikh 3 bulan tu, maknanya dah muktamad saudati bebas hiv, tak ada hiv. Hiv tak akan ada dtg lagi lepas 10 tahun, melainkan kalau kita ada buat aktiviti berisiko atau paaangan kita ada buat aktiviti berisiko tanpa pengetahuan kita. Tidak semeatinya semua org yg ada buat aktiviti berisiko akan dijangkiti hiv, kalau pasangan kita tak ada hiv maka tak akan berlaku jangkitan. Sama lah kalau seorang lelaki tu main pekerja seks tanpa kondom, kalau pekerja seks tu tak ada hiv maka lelaki tu tak akan dijangkiti.

      Usah bimbang sebab saudari tidak ada hiv, mengenai kisah lampau tu, kalau pasangan tak tahu jangan lah bagi tahu sebab mungkin boleh , endatangkan kemudaratan, bergaduh ke atau apa2 kan, benda dah lama berlaku yang penting saudari mohon ampun dr Allah, percayalah Allah akan mengampunkan dosa yang telah kita buat dulu..manusia mana yg tak ada buat dosa, yg penting minta pada Dia dan bertaubat, insyaallah akan tenang hati tu nanti...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST