Wednesday, 25 December 2013

TRAILER FILEM HIV/AIDS - "DALLAS BUYERS CLUB" - DARE TO LIVE.

Filem ini antara filem yang saya tunggu-tunggu untuk menontonnya nanti, saya pernah bercerita mengenai filem ini dalam entri yang lalu (MATTHEW Mc CONAUGHEY HIV POSITIF).

Lakunan Matthew McConauhey dalam filem ini juga turut telah tercalon dalam percalonan terakhir bagi merebut pemenang pelakon lelaki terbaik (Best Leading Actor in a Motion Picture, Drama for Dallas Buyers Club) dalam Majlis Anugerah Gloden Globe 2014 yang bakal berlangsung pada 12 Januari 2014 nanti.

"I'm excited and honored that the HFPA has recognized my performance in Dallas Buyers Club. Ron Woodroof was a revolutionary for the human spirit, and I was blessed to tell his story. I'm looking forward to spending the evening at the Golden Globes on January 12th." - Matthew Mc Conaughey.

Malah saya juga teruja untuk melihat lakonan penyanyi utama rock band "30 Seconds To Mars", Jared Leto yang membawa watak seorang transgender dalam filem tersebut.
 

PLOT CERITA 

"Dallas Buyers Club" diangkat dari kisah benar yang dialami Ron Woodroof pada tahun 1980-an. Ron yang wataknya dilakonkan oleh pelakon Matthew McConaughey adalah seorang koboi di Texas, menjalani kehidupan sebagai seorang heteroseksual. Pada tahun 1985 dia telah dianogsis HIV positif dan bakal menderita penyakit yang sangat digeruni  ketika itu - AIDS. Jangka hayatnya diramalkan hanya mempunyai selama 6 bulan sahaja lagi.

Menyedari usianya tidak lama lagi, Ron berusaha mencari berbagai ubat alternatif. Ketika dia ke Mexico dia berjaya memperolehi ubat yang sangat diperlukan dan Ron berhasil menyeludup keluar ubatan tersebut masuk ke Amerika Syarikat, meski pun tindakannya itu bertentangan dengan undangan-undang peraturan negara Amerika Syarikat (Food and Drug Administration of the United States) yang sentiasa mengawasi ketat kemasukan ubatan dari luar negera.

Dengan ubatan itu tersebut, dia berhasil memanjangkan usianya selama enam tahun. Disamping itu, Ron juga sedang berusaha mencari jalan agar dia dapat terhindar dari didakwa pemerintah kerana telah menyeludupi masuk ubat-ubatan tersebut secara haram.

Pada akhirnya Ron menubuhkan pertubuhan yang diberi nama 'Buyers Club' iaitu suatu pertubuhan yang mewakili para pengidap HIV/AIDS agar mereka juga mampu memperolehi ubatan seperti yang dimiliki Ron tanpa sebarang tentangan dan masaalah.



Genre : Drama
Tayangan Perdana : 01 November 2013 (AS)
MPAA Rating : Dewasa
Studio : Focus Features Official Site


CAST & CREW 

Pengarah : Jean Marc Vallee 
Produser : Robbie Brenner, Rachel Rothman-Winter, Nathan Ross 
Penulis Naskah : Craig Borten, Melisa Wallack

Pelakun Utama :

Matthew McConaughey
Jennifer Garner
Jared Leto
Gael Garcia Bernal

Matthew McConaughey, Jennifer Garner dan Jared Leto


Malah hasil lakonan Matthew McConaughey didalam filem "Dallas Buyer Club", juga diramalkan berkemungkinan pasti akan turut sama tercalon didalam Anugerah (Oscar) Academy Award ke 86. Sama-sama kita tunggu pengumuman calon terakhir yang akan diumumkan pada 16 Januari 2014, sebelum majlis Anugerah Academy Award ini yang bakal berlangsung pada hari Ahad 2 Mac, 2014 tahun hadapan.





TERKINI
GOLDEN GLOBE 2014
16 JANUARI 2014 :

MATTHEW MACCONAUGHEY just picked up Best Actor in a Motion Picture Drama for 'Dallas Buyer's Club.'

MATTHEW: "Unexpected, but graciously accepted. Respect to the other nominees... thank you, it's a great honour. Turned down 86 times, nobody wanted to put their money forward. I'm really glad it got passed on so many times, or it wouldn't have come to me. This film was never about dying, it was about living, so get to it."



JARED LETO just picked up a Globe for Best Supporting Actor for 'Dallas Buyer's Club.' 


JARED: "I'd like to use this opportunity to clear up a few things, I didn't use prosthetics in this film -- that tiny little Brazilian bubble butt was all mine...One of the thing I did was wax my entire body, including my eyebrows -- I'm just thankful it wasn't a period piece or have to get a full brazilian." Can you say ouch?



TERKINI 
ACADEMY AWARD 2014
2 MARCH 2014 :


Matthew McConaughey and Jared Leto took home Best Actor and Best Supporting Actor respectively for their unforgettable performances in "Dallas Buyers Club."

Best Makeup and Hairstyling: "Dallas Buyers Club" WINNER




 

Monday, 23 December 2013

MOHD ADAM - SI HITAM MEMELUK CAHAYA



Salam abang Najmi,

Sebelum saya menulis panjang lebih baik saya mengenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya seorang lelaki berusia awal 20an dan lebih suka abang mengenali saya sebagai Adam. 

Saya dibesarkan dalam keluarga sederhana dan cukup didikan ilmu agama (insyaAllah). Tuntutan pekerjaan ayah saya yang memerlukan kami sekeluarga sering berpindah membuatkan saya mempunyai banyak kenalan dan kerana itu lebih manis rasanya andai abang mengenali saya sebagai Adam sahaja.

Sedari kecil saya tidak pernah mempunyai nafsu terhadap perempuan. Tetapi jujur saya katakan perempuanlah yang lebih dekat dengan saya. Saya lebih rapat dengan kakak-kakak saya berbanding dengan abang saya sendiri. Saya juga lebih gemar menghabiskan masa bersama kawan-kawan perempuan daripada melepak bersama kawan-kawan lelaki yang lain. Namun saya bukanlah tidak mempunyai kawan lelaki tetapi majority kawan saya adalah perempuan.

Abang,

Saya mula bergerak aktif dalam dunia gay ini adalah semasa saya berada didalam darjah 6 lagi, seingat saya. Itulah pengalaman paling manis dan paling pahit dalam sejarah hidup saya. Sebelum itu minat saya terhadap lelaki dan berdating tanpa dipaksa-paksa. Saya memang teruja apabila melihat lelaki yang berpewatakkan matang (tua atau muda), dan lelaki seperti ini selalu membuat jiwa saya cair, nafsu saya menderita dan akal saya sakit, sentiasa!!!. 

Peristiwa di darjah 6 itu yang menjadi titik bermulanya saya menjadi seorang gay secara total. Perlakuan songsang itu saya jalankan dengan sepupu saya yang seusia saya tetapi macam biasalah dia nampak lebih matang daripada saya. Tubuhnya yang lebih besar dari saya dan segala-galanya besar. jikalau bertemu kami pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berasmara. Dan hal itu berlanjutan sehinggalah saya di tingkatan 3.

Memang, saya akui, sebenarnya saya memerlukan seseorang lelaki dalam hidup saya. Sekarang pun jiwa ini masih menginginkan lelaki. Sejak dari tingkatan 4 saya dipindahkan ke sekolah berasrama penuh kerana keputusan PMR saya melayakkan saya kesana. Peristiwa pahit di asrama membuat saya memilih untuk duduk menyewa disekitar sekolah kerana tidak sanggup untuk duduk sebilik dengan pelajar lelaki yang pelbagai ragam. Ada yang membuli dan ada juga yang mengambil kesempatan terhadap diri saya. 

Jujur, saya bukanlah pelajar lembut tetapi saya tidak suka bercampur dengan pelajar lelaki membuatkan saya disisih dan tersisih. Dan selayaknya saya tinggal diluar asrama dan disitulah bermulanya pencarian sebuah cinta songsang.

Bercinta dengan professor

Masih segar lagi wajah kekasih pertama saya, dia seorang professor dalam bidang kimia yang mengajar di salah sebuah university tempatan berdekatan dengan rumah sewa saya. Ketika itu usianya telah menjangkau 54 tahun tetapi masih terjaga rapi kerana dia seorang lelaki metrosexual. Walaupun dia seorang duda dan anak ketiganya dua tahun lagi tua dari saya tetapi dialah tempat saya bermanja dan merenggek. Entah!! 

Ketika itu saya dapat merasakan keikhlasan dia dalam hubungan kami. Pakai, makan, yuran tuisyen, duit shopping and duit poket semua dia sediakan buat saya. Katanya, dia ingat melihat saya berjaya suatu hari nanti, malah duit yang ayah saya kirim dari kampong saya simpan kerana duit yang kekasih saya beri kadang kala tak habis pakai setiap bulan. Hal itu berlanjutan sehingga saya tamat SPM. Hubungan itu tidak kekal lama kerana pelbagai masalah yang muncul selepas itu.

Abang,

Setelah ketiadaan dia baru saya mula merasai kesusahan hidup. Biasalah sebelum itu hidup saya ditaja sepenuhnya. Sakit pening saya dia sentiasa ada. Dan dari situlah saya mula mencari mangsa saya di mySpace (sekarang dah tidak glamor lagi). Melalui mySpace saya berkenalan dengan seorang anak Tan Sri yang tinggal di Selangor. Entah apa yang ada pada saya sehingga dia tertarik. Dari pekenalan biasa perhubungan kami bertukar menjadi adik angkat dan abang angka, dari perbualan biasa-biasa bertukar kepada rindu dan sayang dan akhirnya dia melamar saya untuk menjadi kekasihnya. 

Saya masih ingat lagi kesungguhan dia datang dari Selangor ketempat tinggal saya pada setiap bulan untuk melawat dan memberi duit poket tetapi bukan habis disitu sahaja, kami pasti berasmara sepuasnya sebelum dia pulang kembali ke Selangor. Dan dia mengambil keputusan mempelawa saya untuk tinggal bersamanya di Selangor dan hidup kami memang bahagia macam suami isteri. 

Keberanian dia memperkenalkan diri saya kepada kawan-kawan dia yang majority dari kalangan keluarga elit membuat saya yakin dialah cinta saya. tapi akhirnya kami berpisah juga kerana salah seorang dari kawan dia cuba melamar saya dan kami bergaduh besar, cukup sampai disitu.

Ketika berusia 18 tahun saya berhijrah ke Singapura untuk bekerja disana. Niat awal memang kerana hendak mencari duit bantu diri dan bantu mak ayah, tapi saya silap, saya terpedaya dengan keseronokkan dunia yang tiada berpenghujung. 

Bermulalah kehidupan saya dengan dadah, mabuk, seks bebas dan macam-macam jenis maksiat saya lakukan dan sehinggalah saya bertemu dengan seseorang yang seingat saya boleh membantu membawa saya keluar dari masalah itu. Manusia tetap manusia, dua tahun saya hidup dengan lelaki itu disana akhirnya kami berpisah juga kerana sidia mempunyai hubungan sulit dengan seseorang yang saya amat kenal, kenal sangat!!!

Tahun 2011 

Hujung tahun 2011 saya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia dan menyambung pelajaran saya dalam bidang yang saya minat. Syukur saya tidak terlambat dan masih layak untuk diterima sambung belajar di sebuah university awam. Saya bertekad untuk tinggalkan terus dunia gay ni dan mula focus dengan hidup saya. Tapi abang, saya merasa sunyi yang teramat sangat, saya tidak suka berkawan dengan lelaki dan kebanyakkan perempuan di university tidak boleh dibuat kawan (atau mungkin saya tidak bertemu kawan yang sesuai). 

Ujian bagi saya datang bertalu talu. Dari seorang ke seorang datang melamar saya. Dari seorang kerani biasa, cikgu, suami orang dan semuanya tak boleh pakai. Selepas mereka dapat apa yang mereka inginkan mereka meninggalkan saya terkontang kanting dan kerana itulah tekad saya untuk meninggalkan terus dunia gay ini makin kuat sehingga awal tahun 2013. 

Tahun 2013 

Ketika saya mula merasakan saya tidak memerlukan seorang lelaki dalam hidup saya. ketika saya merasakan saya ingin membersihkan diri dari segala dosa. Ketika saya merasakan saya sanggup hidup sendirian tanpa teman baik lelaki atau perempuan. Ketika saya ingin mengubah haluan dan mengubah cara hidup saya, ketika itulah hadir seseorang lelaki yang betul-betul menguji saya. 

Saya  bertemu dengan seseorang yang saya kira dia adalah insan (lelaki) yang saya cari selama hidup saya. Saya ingkar pada taubat yang pernah saya lafaskan, saya lupa pada doa-doa saya yang lalu dan lupa akan azam saya untuk berubah. Saya leka meghabiskan masa saya bersama lelaki itu. Pada saya dia cukup sempurna dia matang, dia melayan saya dengan begitu baik, dan tidak pernah saya jumpa insan sebaik dia sebelumnya. Walaupun dia lebih muda dari saya tetapi saya sentiasa merasai yang diri ini dicintai dan disayangi. Saya rasa sentiasa berasa selamat apabila dia berada disisi saya dan saya dapat rasai akan setiap keikhlasan dia terhadap saya. 

Hari-hari yang kami lalui sangat manis kerana saya serahkan segalanya untuk dia dan dia pun melakukan yang terbaik untuk saya dalam setiap hal. Dia mengubah cara hidup saya menjadi lebih baik, tingkah laku saya berubah atas bimbingan dari dia. Kerana dia lahir dalam keluarga yang penuh penghayatan agama dan terdidik (walaupun dia seorang gay) yang membuatkan saya memutuskan untuk menghabiskan seluruh hidup saya bersama dia. Dia begitu matang dalam menjalani percintaan kami. Dan dia begitu matang dalam semua perkara.

SMS yang menyedarkan diri ini

Abg Najmi,

Pada suatu hari, saya merasakan semuanya berubah, saya ingin menamatkan riwayat hidup saya, saya rasa hidup ini tiada nilai lagi, saya menganggap hidup ini akan berakhir dengan mati dan semuanya akan habis selepas mati. Tiada kehidupan lain lagi. 

Diceritakan sebegini : semalam dia masih melayan saya seperti kali pertama bertemu dan memang begitulah kehidupan kami setiap hari, sentiasa ceria, bergurau dan sentiasa bersama, walaupun kadang-kadang berjauhan tetapi kami memang sentiasa bersama dalam phone call dan sms tetapi tiba-tiba hari ini dia menghantar sebuah SMS yang berbunyi, 

"I tak tahu bila I nak mati, I nak mati sebagai hamba Allah yang Allah redha, mati sebagai umat nabi Muhammad Rasulullah, I sayangkan U tapi I tak boleh jumpa U lagi. I takut perasaan cinta I pada U akan buat I susah untuk berubah. U jaga diri U. 

Amalkan sikap sentiasa bersama Allah dan belajar rajin-rajin sampai berjaya untuk bantu ibu bapa u. Itulah matlamat seorang hamba yang hidup atas muka bumi ini. Sekali lagi U cari I, I janji akan tukar no. hp I dan tak kan jumpa u lagi.” 

Saya terkedu membaca kandungan text SMS itu. Itulah text terakhir yang tak dapat saya balas dari dia. Segalanya berlaku secara tiba-tiba. Dan masa itulah saya hilang rasa berTuhan, saya menyalahkan Tuhan dengan semua yang berlaku, saya hilang percaya pada agama dan merasakan tiada satu agama pun yang benar dalam dunia ini. Berat badan saya turun mendadak dalam masa beberapa hari, saya tak bermaya, saya tidak perlu untuk hidup lagi.

Puas saya kurungkan diri dalam bilik, puas saya menyalahkan Allah dan agama terhadap apa yang berlaku. Puas saya membenci diri sendiri kerana ujian ini dan pada suatu hari saya merasai dan mula sedar bahawa diri saya sememangnya hanyalah seorang hamba Allah. 

Saya amat kerdil, bodoh, hina dan lemah dan saya mula melakukan solat kembali. Solat yang sebelum ini saya tidak tahu tujuannya dan kepada siapa kita melakukanya. Bacaan dalam solat saya jadi tidak betul. Saya mengelamun dan saya mula berdoa yang bukan-bukan sewaktu sujud. Saya minta pada Allah agar kembalikan dia pada saya, cukuplah kalau dia ada dekat dan selalu, saya benar-benar cintakan dia bukan kerana nafsu tetapi kerana benar-benar sayang kepadanya.

Abg najmi,

Syukur dipenghujung tahun ini (2013) saya sudah mula mendapat kembali kekuatan saya dalam agama. Kekuatan untuk bertahan mempunyai rasa bertuhan dan menjadi seorang hamba kepadaNya. Walaupun jiwa saya selalu menginginkan agar dia berada disisi tetapi saya tahu ini adalah permulaan bagi saya.

Baru hampir sebulan lebih saya ditinggalkan. Ramai juga yang bertanya adakah saya sakit dan ada juga yang menganggap saya gila kerana memang ramai yang perasan keadaan saya memang dah lain saya bukan seperti dulu lagi.
Saya sebenarnya sedang dimiliki oleh Allah, saya milik Allah, bagaimana saya yang sedang dimiliki oleh Allah ingin memiliki yang lain sedangkan yang lain itu juga milik Allah. 

Secret Group "straight struggle"

Saya juga telah mengwujudkan secret group di Facebook, untuk orang-orang yang sudah berjaya berubah dan mereka yang sedang berubah dan kalangan mereka yang mahu berubah (bagi yang serius jer). Group tersebut diberi nama "straight struggle" dan boleh email ke,

sihitammemelukcahaya@yahoo.com

Dan disecret group tersebut ada diskusi dan macam-macam info berkaitan keagamaan dan mengenai segala isu LGBT. InsyaAllah nanti saya akan cari orang agamawan untuk sekali join dalam secret group itu. Motto secret group "straight struggle" itu ialah "A walk to Allah by the steps of Muhammad Rasulullah" khas untuk golongan LGBT. 

Dan digalakkan bagi orang yang hendak join group tersebut agar buat satu akaun khas yang tidak mengunakan gambar pemilik FB, semua itu bagi tujuan mengelakkan berlaku salah faham atau bertujuan mencari pasangan sejenis yang baru pulak. Tetapi kalau berani mati nak guna FB sendiri idak menjadi masaalah. Semoga pengakhiran kita semua akan jadi baik.


Salam.
MOHD ADAM




Salam Adam,

Sebagai manusia kita semua inginkan cinta, disayangi dan dicintai, cuma dengan siapa yang kita hendak bercinta itu sahaja yang membezakan diantara kita semua. Sebagaimana yang kita tahu cinta sesama jenis itu salah disisi agama Islam, tetapi akibat dorongan nafsu dan godaan syaitan kebanyakkan kita (PLU) terus terlajak membina mahligai cinta songsang, yang pasti pada abang cinta songsang tidak akan bertahan lama.

Putus cinta memanglah perit terutama kalau pasangan kita tu yang dah tak sukakan kita, abang pernah alami dulu-dulu, sampai setahunlah bersedih, makan kenyang, mandi basah hehehe. Bezanya pengalaman abang dulu sebab duk syok kat rakan strg8 abang (tak pernah buat apa-apa pun), kami paling rapat semasa ditempat kerja (kira abang syok sendirilah) Bila budak tu tahu yang abang syok kat dia sebab abang asyik cemburu buta hehehe, kami bergaduh. Abang ambil keputusan berhenti kerja balik kampung berendam dengan air mata hampir setahun. Lepas tu ok lah.


Yang penting segala pengalaman lalu yang Adam tempuhi, telah mengubah Adam menjadi seorang yang lebih matang dalam berfikir. Dan segala yang berlaku pada pandangan abang ada hikmahnya. Berpisah dengan kekasih terakhir itu pun ada hikmahnya buat diri Adam.

Abang setuju dengan kandungan SMS yang dikirimkan oleh kekasih Adam itu, alhamdulillah Allah menyedarkan dirinya terlebih dahulu, dan dalam masa yang sama kesan kandungan SMS tersebut akhirnya sampai kepada diri Adam. Sebab SMS itulah yang telah menyedarkan diri Adam akan tanggungjawab Adam sebagai hamba Allah.

Bersyukur dalam usia masih muda (20an) Adam telah kembali sedar dan abang yakin Adam sedang berusaha mengawal naluri, memperbaiki serta mendekatkan diri kepadaNya.

Alhamdulillah mudah-mudahan Allah merahmati kehidupan Adam dimasa hadapan. Amin - Naj Mi


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST