Followers

Friday, 29 June 2012

PEMERIKSAAN HIV, KITA LAKUKAN SENDIRI - OraQuick ADVANCE Rapid HIV-1/2 Antibody Test


Alat kesan Aids boleh didapati secara percuma difarmasi. Tetapi berapa sebenar harganya?

WASHINGTON 28 Jun - Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan alat untuk mengesan jangkitan virus HIV yang boleh didapati secara percuma di farmasi bagi memudahkan rakyatnya menjalani ujian tersebut.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) semalam menyatakan, projek awal bernilai AS$1.2 juta (RM3.72 juta) itu akan menawarkan ujian HIV di farmasi di 24 buah bandar dan kawasan pedalaman.

Wakil CDC, Kevin Fenton berkata, alat diberi nama OraQuick ADVANCE Rapid HIV-1/2 Antibody Test itu kini boleh didapati secara percuma di tujuh farmasi dan pihaknya akan memilih 17 lagi lokasi bersesuaian.


"Alat itu perlu dikesatkan ke bahagian dalam mulut dan keputusan awal akan diketahui dalam tempoh 20 minit,'' katanya.

Beliau berkata, alat yang menyerupai kit ujian kehamilan itu mampu memberikan keputusan 99 peratus tepat.


"Jika ujian positif, individu berkenaan akan dirujuk ke jabatan kesihatan tempatan atau dihantar ke makmal ujian untuk ujian lanjut.

"Mereka juga akan diberikan kaunseling dan rawatan susulan.'' katanya.

Six possible results using the OraQuick Advance antibody test. A nonreactive test will yield a line in the control (C) area and no line present in the test (T) area (Image 1). A nonreactive test result should be interpreted as negative for HIV-1 antibodies. A reactive test will yield a line in the control area and a line in the test area (Image 2). A reactive test result should be interpreted as a preliminary positive for HIV-1 antibodies and must be confirmed. Also shown here are three examples of invalid test responses (Images 3-5), which require that a second test be performed. A weakly reactive test will yield a line in the control area and a weak line present in the test area (Image 6). Follow-up testing is recommended to confirm an initial weakly active result.

Fenton berkata, pihaknya berharap alat ujian itu akan membantu menjadikan pemeriksaan HIV sebagai satu perkara biasa seperti memeriksa tekanan darah tanpa menimbulkan sebarang stigma buruk kepada mereka yang menjalani ujian tersebut. - AGENSI
 



OraQuick ADVANCE® Rapid HIV-1/2 Antibody Test is:

Rapid
 ·  Provides results in 20 minutes, enabling patients to learn their status in a single visit and allows HIV positive patients to be connected to care immediately.

Flexible
·  Approved for oral fluid, plasma, fingerstick or venipuncture whole blood specimens.
·  Ideal for both clinical and non-clinical settings.

Accurate
·  Greater than 99% agreement with confirmatory Western blot.

Simple
·  CLIA-waived for oral fluid, fingerstick and venipuncture whole blood and offers the ability to test in non-traditional testing environments, such as outreach programs and mobile testing clinics.

Patient-Preferred
·  Offers patients accurate HIV testing without the need for blood or needles.
Pain-free testing with oral fluid means more people get screened, more HIV positive patients are connected to care and fewer people are exposed.


Haa... itu kat Amerika boleh dapat free. Agak-agak korang kat Malaysia nak juga dapat free ker? Haaaa itu kena tanya Liow Tiong Lai Menteri Kesihatan. Rasanya bukan orang yang berisiko sahaja yang hendak buat test dalam bilik air seorang-seorang kan, PLHIV pun tentu nak try jugak sekurang-kurangnya setahun sekali mana tahu tiba-tiba check HIV dah tidak ada dalam darah hehehehe best... berangan lah.

Tentu ada dikalangan kita pernah dengar keluhan dan kerisauan orang yang telah terlajak melakukan aktiviti risiko kerana bimbang takut telah dijangkiti oleh virus HIV ini. Saya juga ada menerima beberapa email dari orang yang saya tidak kenali, meluahkan rasa bimbang takut telah dijangkiti. Mereka bercerita detail tentang apa yang telah mereka lakukan. Mana yang saya boleh jawab, saya jawablah.... sekadar mana yang saya tahu, biasanya kalau saya rasa memang mereka ada risiko maka saya suruh ia pi klinik check darah, kalau hanya sentuh-sentuh sahaja saya cakap jangan buang duit. Kebanyakan kita tentu akan berasa malu nak inform kat doktor bagitau kita nak check HIV kan, sama macam saya dulu memang malu dan takut nak check tapi oleh kerana "work permit" dah hampir tamat dan sebelum darah diuji oleh company clinic, so saya terpaksa check jugak di klinik luar. Terus kantoi.......berpusing 360 darjah sekejap bila dapat tahu HIV ada didalam darah aku.

Ramai dikalangan manusia tidak kira di benua mana sekali pun kebanyakan mereka akan berasa takut jika disuruh menjalani ujian HIV. Seorang rakan cina saya di KL kerap meluahkan rasa bimbang takut dijangkiti HIV almaklum lah ia ni kerap juga kesauna di Briekfield KL. Selalunya bila dah selesai ia akan menyesal, saya suruh pergi check darah di klinik, ia kata ia takut. Dia kata lebih baik tak tahu dari tahu, ia cakap nanti kalau ada ia nak bunuh diri. So saya jawab dan suruh ia letakkan sahaja nama saya dalam wasiat harta peninggalan ia nanti kalau ia nak bunuh diri hehehe. Apa pun baru-baru ni, ia sudah pun pergi check darah dan membayar beratus-ratus keputusannya - ia masih nagetif

Akhbar The Star ada melapurkan kaji selidik yang dijalankan oleh Hospital Tan Tock Seng (TTSH) bahawa 8 dalam 10 pesakit dalaman (di hospital) menolak ujian saringan HIV.

Some 79% of the 41,543 patients eligible said “no” to the test. Of the 21% who said “yes”

Haaa itu gambaran sebenar yang berlaku walau dimana sekali pun. Sehinggakan pasangan yang nak berkahwin walaupun mereka tidak pernah terlibat dalam aktiviti berisiko seperti cucuk dadah atau melakukan sex bebas, namun masih ada dikalangan mereka yang bimbang ketika menunggu keputusan ujian darah. Betul tak???

So dengan adanya OraQuick ADVANCE Rapid HIV-1/2 Antibody Test ini maka bagi semua yang takut dan malu untuk check di klinik boleh lah check sendiri dalam bilik nanti. Apa pun saya tidak pasti benda ini dah ada dipasaran Malaysia ker. Confirm belum lagi lah.
Saya cuba "google" mencari harga sekotak "OraQuick ADVANCE Rapid HIV-1/2 Antibody Test" ini manalah tahu jika satu hari nanti akan dijual di Guardian Farmasi atau di Kedai ubat Leong Tak Huat kat Petaling Jaya nantikan.

Harga dalam USDollar:
25 kotak harga dijual$545.70
Dapat diskaun: $454.75 - Bermakna Sekotak  $18.19

100 kotak harga jualan$2,098.79
Dapat diskaun: $1,748.99 - Bermakna Sekotak $17.49

USD$17.48 bermakna sekotak "OraQuick ADVANCE Rapid...." ini lebih kurang RM55.67 
(1 USD = 3.18457 MYR)

Mana tahu jika dijual nanti maybe harganya akan lebih rendah dari harga yang saya catatkan kat diatas ni atau  maybe FREE kut.......... untung lah korang, saya dulu check darah untuk ujian HIV sahaja seingat saya ialah RM50 di klinik luar. Harga sekarang wallahuallam tak ada keperluan untuk saya ambil tahu dah kerana semuanya dapat free di Hospital Kerajaan -  Alhamdulillah - Terimakasih.








JALANILAH UJIAN HIV PRA PERKAHWINAN

Saya tertarik untuk 'share' kan disini brochure atau leaflet atau risalah yang saya kutip di rak berhadapan kantin di Hospital Besar Ipoh malam semalam, menarik kerana ianya diterjemahkan kedalam ke empat bahasa utama di Malaysia, Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Cina. Satu penerangan ringkas dan padat, biasalah selagi tidak ada niat nak berkahwin atau tidak ada kaitan dengan diri kita, pekara sebegini jarang sangat untuk kita semua nak ambil tahu atau kisahkan.


Ujian Saringan HIV; Apa yang anda perlu tahu?

Apakah kepentingan Ujian Saringan HIV?

Mengetahui status kesihatan dan untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

Di mana saya boleh menjalani Ujian Saringan HIV?
  
Boleh dilakukan di klinik-klinik kesihatan kerajaan dengan mudah dan percuma.

Perlukah saya dan pasangan saya menjalani Ujian Saringan HIV sebeluim berkahwin?

Perlu untuk mengetahui status kesihatan anda dan buatlah KEPUTUSAN YANG BAIK! Ketahui status HIV pasangan/bakal suami/ bakal isteri/ melalui ujian HIV pra perkahwinan sebelum anda mengambil keputusan untuk hidup bersama.



Ujian Saringan HIV

Ujian saringan ialah ujian bagi mengesan antibodi terhadap virus HIV.

Ujian dijalankan kepada semua individu yang ingin berkahwin.

Ujian juga dijalankan secara sukarela kepada semua individu bukan beragama Islam yang ingin berkahwin.

Ujian ini boleh dijalankan disemua klinik-klinik kerajaan dan dibuat secara percuma.

Ujian ini mudah dan tidak sakit.

Semua keputusan ujian adalah DIRAHSIAKAN.



Cara Mendapatkan Ujian HIV.

Seseorang individu perlu menjalani 2 proses ujian sebelum disahkan pembawa HIV iaitu;

Ujian Saringan

Ujian Pengesahan



Proses Ujian Saringan

Anda boleh mendapatkan ujian ini disemua klinik kesihatan kerajaan

Sebelum ujian dijalankan, doktor atau pegawai bertugas akan memberi kaunseling.

Untuk ujian, setitik darah dari hujung jari akan diambil.

Keputusan ujian akan diketahui dalam masa 5 minit.

Jika keputusan ujian TIDAK REAKTIF dan anda tergolong dalam kumpulan berisiko, anda akan diberi penerangan lanjut dan dinasihatkan untuk menjalani ujian ulangan selepas 3 hingga 6 bulan.

Jika REAKTIF, nasihat akan diberi dan persetujuan anda perlu diperolehi untuk ujian pengesahan.



Proses Ujian Pengesahan

Dijalankan secara SULIT. Maklumat peribadi anda hanya akan diketahui oleh doktor dan pegawai bertugas yang menjalankan ujian.

Anda perlu berjumpa doktor atau pegawai bertugas pada hari temujanji untuk mendapatkan keputusan ujian dan diberi kaunseling.

Jika keputusan ujian NEGATIF, temujanji untuk ujian ulangan akan dibuat dalam tempoh 3 hingga 6 bulan.

Jika POSITIF, anda akan dirujuk kemana-mana klinik kesihatan yang memberi perkhidmatan pengurusan HIV yang dipilih.

Jagaan seterusnya meliputi perkhidmatan kaunseling, pemeriksaan kesihatan berkala, ujian makmal dan rawatan.


Diterbitkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia
Sumber : "Brochure" Yang Aku Ambil Di Hospital Besar Ipoh Perak.


Thursday, 28 June 2012

"CLOROX" DIGUNA MANDI JENAZAH PEMBAWA HIV/AIDS

Selepas magrib tadi saya ke Hospital Besar kerana nak ambil ubatan HAART, oleh kerana ramai orang yang hendak mengambil ubat, saya terpaksalah menunggu lama disini, kerana bosan saya ke kedai penjual kacang putih, beli dua ringgit kacang putih saya kunyah kacang sambil berjalan dan membaca satu persatu poster-poster yang ditampalkan dimerata dinding bangunan sekitar hospital. Kemudian saya terfikir untuk bertanya kepada staff yang bekerja dirumah mayat berkenaan “clorox” yang digunakan keatas jenazah pengidap HIV/AIDS.

Rumah mayat Hospital Besar, cuba teka apa yang dalam punjut merah tu?

Sebagaimana kita semua sedia maklum dan setahu saya memang jenazah orang HIV/AIDS di siram dengan air "clorox" tetapi saya ke rumah mayat hanya sekadar hendak memastikan lagi adakah penggunaan clorox masih diamalkan. Saya tiba dipintu rumah mayat, tetapi tiada siapa yang saya nampak, kerana tiada siapa yang boleh saya tanya, saya kembali semula ke kaunter tempat mengambil ubat yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mayat tersebut. Saya fikir untuk datang kembali ke rumah mayat ini sekali lagi waktu siang hari untuk bertanya tentang persoalan tersebut, ya pada ketika waktu temujanji saya untuk diambil darah tidak beberapa lama lagi. Tak penting pun sangat fikir saya pada ketika itu.

Sunyi tiada siapa pada ketika ini.

Selesai mengambil ubat pada pukul 9.30 malam, saya begerak untuk pulang kerumah dan melalui jalan dibahagian belakang rumah mayat Hospital Besar. Memang sunyi sambil mengayuh basikal mulut saya membaca Al-Fatihah dengan niat untuk disedekahkan kepada para jenazah yang beragama Islam yang "maybe" berada didalam rumah mayat tersebut. Memang ini yang akan saya kerap lakukan setiap kali melintasi rumah mayat ini. Tiba-tiba saya terpandang kelibat seorang lelaki yang sedang bercakap melalui talipon di luar rumah mayat itu. Dia kelihatan seolah-olah seperti hendak pulang kerumah, kedengaran enjin motornya pun sudah dihidupkan. Saya terus berhenti diluar pagar dan masuk ke kawasan rumah mayat serta menegurnya sebaik sahaja ia selesai menalipon (mesti bininya marah kenapa balik lambat).

Saya : Assalamualaikum bang, abang kerja kat sini ker?

Staff Rumah Mayat : Haa…

Saya : Saya ni ada tulis blog, ada orang tanya ada ker jenazah orang HIV yang mati dimandikan dengan Clorox lagi?

Staff Rumah Mayat : Ha ah guna (kepalanya mengangguk) tapi bukan Clorox,…chemical macam Clorox, tapi bukan kat sini iaorang mandikan, nun kat wad sana.(sambil muncungnya disengetkan sedikit menunjukkan kearah bangunan Hospital)

Saya : Mandi kan kat wad??????

Staff Rumah Mayat : Ha ah lepas mandikan kat sana iaorang bungkus dengan plastic kemudian baru dibawa kesini (rumah mayat).

Saya : Tak mandikan kat sini? (saya tanya lagi nak dapatkan kepastian)

Staff Rumah Mayat : Terpulang kalau waris nak mandikan kat sini, sini ada ustaz yang tahu uruskannya, HIV kalau pegang berjangkit, kena pakai sarung tangan, topeng, baju (apron). Kalau yang mati H1N1 lagi teruk. Kenapa tak datang siang…. sini tutup pukul 9 malam, kalau tak boleh tanya orang yang bertugas tu. (sambil tangannya mengambil helmet motor dan disarungkan kekepalanya)

Saya : Saya ambik ubat tadi saja aje singgah nak tanya. Jadi iaorang mandikan kat wad dibungkus dengan plastik baru dibawa kesini ya (saya bertanya lagi)

Staff Rumah Mayat : Ha ah lepas rendam kat sana baru bawa kat sini.

Saya : Ohh… okey lah tak pa terima kasih ya…

Staff Rumah Mayat : Okey… (dicapainya motor dan terus berlalu pergi)

Itu dia perbualan ringkas yang saya cuba ingatkan kembali dengan seorang staff rumah mayat yang berlangsung kurang 5 minit, tujuan saya bertanya bukan hendak tahu proses mengendali jenazah dan sebagainya itu, tujuannya hanya untuk mendapat kepastian sama ada jenazah pengidap HIV/AIDS masih di siram dengan Clorox lagi atau tidak.

Jawabannya YA.




GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM PEMBAWA DAN PESAKIT AIDS
Oleh: Cawangan AIDS/STD, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia
Sumber : Dari Blog Aku Hiv Positif


PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM
Adalah menjadi tanggungjawab serta kewajipan ke atas orang-orang Islam yang hidup ke atas jenazah orang Islam sebagai fardhu kifayah menyelenggarakan empat perkara berikut iaitu:

·         Memandikan
·         Mengkafankan
·         Menyembahyangkan
·         Mengkebumikan

Pengurusan jenazah orang Islam yang mengidap penyakit berjangkit termasuk pembawa virus HIV dan AIDS wajib merangkumi empat perkara di atas dan ianya menjadi tanggungjawab bersama keluarga jenazah, Hospital / Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Agama Islam Negeri / Daerah.


PEMBERITAHUAN KEMATIAN PEMBAWA HIV DAN PESAKIT AIDS
 
KEMATIAN DI HOSPITAL
Setiap kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di hospital haruslah diberitahu dengan SEGERA melalui telefon kepada keluarga simati dan - notifikasi kematian kepada Pejabat Kesihatan Daerah. Sekiranya keluarga simati gagal dihubungi melalui telefon, bantuan pihak polis boleh diminta tetapi status HIV simati haruslah DIRAHSIAKAN.

KEMATIAN DI RUMAH
Bagi setiap kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di rumah, adalah menjadi kewajipan ahli keluarga simati untuk memberitahu Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan SEGERA melalui telefon bagi tujuan penyeliaan pengurusan jenazah serta tindakan lain yang perlu diambil oleh Pejabat Kesihatan Daerah berkenaan.


AKTA PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988
Mengikut seksyen 10 (1) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 – Adalah menjadi kesalahan ke atas setiap penghuni dewasa mana-mana rumah di mana terdapat penyakit berjangkit; atau orang yang menjaga; atau yang ada bersama dan mereka yang bukan pengamal perubatan menyelenggarakan sesiapa yang mengidap yang mati akibat penyakit berjangkit tanpa melaporkan kepada pegawai Kesihatan di kemudahan kesihatan atau balai polis atau ketua kampung yang terdekat dengan segera.

 
PENYELIAAN JENAZAH
Setelah notifikasi / pemberitahuan kepada Pejabat Kesihatan Daerah tentang kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS dijalankan, penyeliaan berhubung pengurusan jenazah seperti memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengebumikan serta pemindahan jenazah dipertanggungjawabkan kepada kakitangan kesihatan berikut iaitu (i) Inspektor Kesihatan ke atas jenazah lelaki, (ii) Jururawat Kesihatan ke atas jenazah perempuan

PERINGATAN
Kakitangan Kesihatan yang menyelia jenazah tidak dibenarkan memakai pakaian seragam dan menggunakan kenderaan kerajaan bagi menjaga reputasi simati serta kaum keluarganya.


PEMILIHAN PENGENDALI JENAZAH DI RUMAH
Bagi kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di rumah atau jenazah yang diselenggarakan di rumah setelah kematian berlaku di hospital, pemilihan pengendali jenazah perlu mengambilkira faktor-faktor berikut:

1) Pengendali jenazah dihadkan kepada bilangan yang sekecil mungkin, sebaik-baiknya tidak melebihi 4 orang.

2) Pengendali jenazah sebaik-baiknya dari kalangan keluarga atau mahramnya simati dan petugas / pegawai masjid yang terlatih dalam mengendalikan jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS.

3) Memastikan setiap pengendali jenazah tidak mengalami sebarang luka atau kudis di permukaan tubuh terutama di bahagian tangan.


PENGENDALI PERALATAN PENGENDALIAN JENAZAH DI HOSPITAL ATAU DI RUMAH
  
PERALATAN



NOTA 
1) Apron plastik, sarung tangan getah, kasut but getah dan "mask" disediakan berdasarkan jumlah pengendali jenazah yang terlibat.

2) Semua pengendali jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS perlu memakai dua lapisan sarung tangan.

3) Bancuhan kloroks: 1 botol kloroks dengan ukuran 1 liter dibancuh dengan 9 liter air biasa untuk menjadikan larutan kloroks dengan 1 : 10 (1 bahagian kloroks dibancuh dengan 9 bahagian air)


KEGUNAAN BALDI DAN BESIN
Baldi 3 buah
·          1 buah untuk merendam baju / pakaian simati yang telah dipakai
·          1 buah untuk bancuhan kloroks (1 : 10) bagi memandikan jenazah
·          1 buah untuk merendam perkakas / kapas yang telah digunakan

Besin 1 buah
·           Untuk merendam kapas yang belum digunakan ke dalam bancuhan 1 : 10


MANDI JENAZAH PEMBAWA HIV DAN PESAKIT AIDS
Bagi kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di hospital, pengurusan jenazah iaitu memandi dan mengkafankan sebaik-baiknya dilakukan di hospital sebelum dituntut oleh waris simati. Sekiranya waris simati memohon untuk menguruskan jenazah di rumah, pemindahan jenazah dari bilik mayat hospital ke rumah haruslah diawasi oleh kakitangan kesihatan dari pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat. Bagi menguruskan jenazah di rumah perkara-perkara perlu diambil perhatian.


PERSEDIAAN TEMPAT PEMBUANGAN AIR MANDIAN JENAZAH
Bagi menguruskan jenazah di rumah, waris simati perlu menggali parit atau lubang untuk tujuan pembuangan air mandian sekiranya rumah tersebut tidak terdapat longkang atau parit bersimen. Inspektor Kesihatan bertanggungjawab akan menyelia penyediaan tempat pembuangan tersebut.


PERSEDIAAN TEMPAT MANDI JENAZAH
Tempat pemandian jenazah hendaklah dilindungi daripada penglihatan mereka yang tidak berkenaan. Tempat khas (takungan mandian mayat) digunakan untuk memandikan jenazah. Sekiranya tiada terdapat tempat khas (takungan mandian mayat) pelapik plastik tebal boleh digunakan tetapi ianya hendaklah dibentuk supaya air mandian dapat mengalir ke tempat buangan (parit / longkang / lubang).


CARA-CARA MEMANDIKAN JENAZAH
Memandikan jenazah orang Islam perlulah mengikut cara-cara pengurusan jenazah yang biasa dilakukan dan diikhtirafkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing atau mengikut buku panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Negeri (sekiranya ada). Namun demikian terdapat beberapa perubahan dalam pemandian jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS bagi mencegah pengendali jenazah dari dijangkiti virus AIDS.

Pengendali jenazah perlu melindungi diri dengan memakai
a) Apron plastik / baju hujan
b) 2 lapisan sarung tangan getah
c) Pelindung mulut dan hidung (mask)
d) Kasut but getah

Cara-cara pemandian jenazah orang Islam pembawa HIV dan pesakit AIDS adalah seperti berikut:

1) Bancuhan kloroks dengan larutan 1 : 10 disediakan di dalam 3 buah baldi dan 1 buah besin.

2) Kapas yang belum digunakan direndam dalam besin berisi larutan kloroks (1 : 10).

3) Pakaian jenazah ditanggal dan direndam dalam baldi bancuhan kloroks (1 : 10) selama sekurang-kurangnya 30 minit.

4) Jenazah diletakkan ke dalam tempat khas takungan mayat. Sekiranya tiada terdapat tempat khas, mayat diletakkan ke atas alas plastik tebal yang telah direndam dengan larutan kloroks 1 : 10.

5) Rongga mulut, telinga, hidung, serta faraj dibersih dan disumbat dengan kapas yang telah direndam dengan kloroks dengan menggunakan peralatan iaitu forcep yang telah disediakan (langkah ini perlu dilakukan terlebih dahulu sekiranya terdapat darah atau cecair yang sentiasa terkeluar dari rongga-rongga tersebut setiap kali jenazah dialih posisinya untuk dimandikan).

6) Jenazah kemudian dicuci dan dimandikan dengan larutan kloroks 1 : 10.

7) Semasa memandikan jenazah dengan air larutan kloroks bersihkan dubur dengan kapas yang telah direndam dengan larutan kloroks (1 : 10) dan dubur kemudian disumbat dengan kapas yang telah direndam dengan larutan kloroks.

8) Jenazah kemudian dimandikan dengan air biasa / bersih menurut ajaran agama Islam.

9) Sekiranya rongga-rongga seperti mulut, telinga, hidung atau faraj ingin dibersihkan semula ianya boleh dilakukan dengan kapas yang telah direndam dengan larutan klorok menggunakan forcep dan rongga-rongga tersebut kemudiannya disumbat dengan kapas yang direndam dengan larutan kloroks.

10) Jenazah kemudiannya boleh disiram dengan air daun bidara, air kapur barus atau air kayu cendana.

11)  Jenazah dibilas dengan air larutan kloroks (1:100 pada bilasan terakhir).


MENGKAFANKAN JENAZAH
Bagi mengkafankan jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS, cara-caranya adalah berpandukan kepada panduan yang diterbitkan:

1) Plastik tebal dialaskan ditempatkan mengkafankan jenazah supaya cecair, bendalir atau darah terkumpul tanpa mencemarkan kawasan persekitaran bagi mencegah jangkitan kepada orang lain.

2) Kain kafan dibalut sebagai lapisan pertama. Kain kafan tidak perlu direndam dengan larutan kloroks 1:10 sekiranya tidak terdapat cecair, bendalir atau darah yang terkeluar dari jenazah atau tidak terdapat luka kudis di permukaan tubuh jenazah.

3) Bagi jenazah yang mengeluarkan cecair, bendalir, darah atau terdapat luka / kudis pada permukaan tubuh, jenazah perlu dimasukkan ke dalam beg plastic (body bag) atau dibalut dengan plastik yang telah digunakan untuk mengalas tempat mengkafankan jenazah. Jenazah tidak perlu dibalut dengan plastik atau dimasukkan ke dalam beg plastik sekiranya tiada tumpahan cecair, bendalir, darah atau tiada luka / kudis di permukaan tubuh jenazah tetapi tiada halangan sekiranya lapisan plastik dibalutkan.

4) Seterusnya jenazah dikafankan dengan menggunakan dua lapisan kain kafan sebagai lapisan terakhir. Perhatian lapisan terakhir merupakan kain kafan dan bukannya lapisan plastik.

NOTA
Keluarga terdekat arwah dibolehkan memeluk atau mencium jenazah sekiranya tubuh badan jenazah masih utuh tanpa sebarang kudis / luka atau jenazah tidak mengeluarkan lebihan cecair, bendalir atau darah.


DISINFEKSI PERALATAN DAN AIR MANDIAN JENAZAH
Disinfeksi peralatan dan air mandian jenazah adalah seperti berikut:

1) Peralatan yang telah digunakan untuk memandikan jenazah perlu direndam ke dalam air larutan kloroks (1:10) selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dicuci.

2) Air mandian jenazah di lantai tempat pemandian jenazah perlu dimopkan dengan kloroks tanpa dicampur dengan air.

3) Air mandian jenazah yang ditakung di dalam lubang perlu ditabur dengan kapur klorida (chloride of lime) dan ditimbus.


SEMBAHYANG MAYAT
Cara jenazah disembahyangkan adalah serupa dengan jenazah orang Islam yang lain.


PENYEDIAAN TANAH PERKUBURAN
Persediaan tanah perkuburan bagi mengebumikan jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS adalah seperti yang terdapat di dalam buku panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Kapur Klorida (cloride of lime) tidak perlu ditaburkan ke dalam liang kubur.


PENGKEBUMIAN JENAZAH
Pengkebumian jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS adalah sama seperti pengkebumian jenazah orang Islam lainnya dengan syarat langkah-langkah pencegahan jangkitan HIV telah diambil semasa jenazah dimandi dan dikafankan. Penggunaan sarung tangan getah tidak dimestikan semasa jenazah dikebumikan.


PEMINDAHAN JENAZAH MELALUI KENDERAAN DARAT / LAUT / UDARA
Setiap pemindahan jenazah di dalam atau ke luar negeri perlulah diberitahu terlebih dahulu kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat bagi tujuan penyeliaan dan tindakan yang bersesuaian.


PERINGATAN – LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN HIV BAGI SEMUA PENGENDALI JENAZAH
Semua pengendali jenazah harus sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mencegah dari dijangkiti penyakit berjangkit seperti HIV semasa mengendalikan setiap kematian. Langkah-langkah pencegahan ini perlu kerana adakalanya status HIV jenazah yang dikendalikan tidak diketahui atau kemungkinan notifikasi kematian pembawa HIV dan AIDS tidak dikemukakan kepada Pejabat Kesihatan Daerah oleh waris simati.

Langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

1) Pastikan bilangan pengendali jenazah dihadkan kepada bilangan sekecil mungkin.

2) Memastikan pengendali-pengendali jenazah tidak mengalami sebarang luka atau kudis pada permukaan tubuh terutama di bahagian tangan.

3) Setiap pengendali jenazah memakai dua lapisan sarung tangan plastik semasa mengendalikan jenazah.

4) Sekiranya jenazah mengeluarkan darah atau cecair berlebihan yang memungkinkan percikan berlaku ke tubuh pengendali jenazah maka pemakaian apron plastik, mask dan kasut but getah diperlukan.
 

Menarik jika anda klik ke link "Aku Hiv Positif" ini dan baca komen pembaca yang telah ditinggalkan di entry GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM PEMBAWA DAN PESAKIT AIDS 
  



Saya cuba membaca dengan telilti peraturan dan proses yang tercatat dan dikeluarkan oleh Cawangan AIDS/STD, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia ini berkaitan penggunaan clorox. Ada yang kalau difikirkan betul tetapi ada juga yang merapu (pada pandangan sayalah). Kenapa baju simati perlu direndamkan kedalam clorox selama 30minit? Banyak sangat perasaan takut yang diluahkan didalam peraturan ini. Saya tidak pasti bila tarikh sebenar peraturan ini dikeluarkan, apa pun saya harap ianya tidak seteruk seperti yang saya bayangkan. 

Bagaimana sekiranya jenazah seorang PLHIV yang dalam keadaan sempurna, baik dan tiada cecair yang keluar sana sini, adakah clorox masih digunakan keatasnya, pada saya tidak perlukan, tetapi oleh kerana stigma melampau terhadap HIV/AIDS ianya tetap akan terus digunakan?

Boleh percaya ke mereka guna bancuhan clorox (1:10)? Mana tahu bila dengar ajer jenazah pengidap HIV/AIDS ketakutan melampau datang, dari (1:10) bertukar menjadi (5:10). Mendengar perkataan "clorox" itu saja pun, kita terus tergambar sesuatu yang buruk. Orang bunuh diri pun guna clorox, ya clorox pembunuh kuman, kuman itu kotor maka jenazah PLHIV seolah-olah tergambar sebagai sesuatu yang kotor.

Perkataan "clorox" itu juga berjaya menghapuskan serta boleh mengagalkan usaha banyak pihak untuk menghapuskan "stigma dan diskriminasi" dikalangan masyarakat terhadap PLHIV. Apa pun ini semua pandangan peribadi saya, apa lagi yang boleh saya buat kan.

Ahhh... ini lah antara sebabnya saya selalu berdoa agar mati sahaja di kota Mekah, dalam keadaan tiada sesiapa pun tahu status saya ketika itu. Boleh ker?


"KATAKAN TIDAK KEPADA PENGGUNAAN CLOROX KEATAS JENAZAH PLHIV"

Tuesday, 26 June 2012

NIPPLE PIERCING - SAKIT GILERRR....NAK HIV BUAT LAH TATU

Sakit Tuhan Aje Yang Tahu

Nipple piercing atau dalam bahasa mudah yang kita faham ialah "tindik bahagian hujung tetek" dan melukis atau mencacah tatoo/tatu di anggota tubuh badan antara amalan berisiko yang boleh menjadi punca terjadinya jangkitan HIV/AIDS.


Pada beberapa tahun sebelum saya didiagnosiskan HIV positif saya kerap juga ke kota Bangkok sama ada terbang atau menaiki bas sekadar nak berseronok. Biasanya saya ke sana bersendirian, tempat tinggal saya ialah di sekitar kawasan di Kao San Road. Jalan ini terletak berhampiran pinggir sungai Chao Phraya, dan berdekatan dengan Grand Palace yang terkenal di kota Bangkok ini. Kawasan ini menjadi tumpuan pelancung merata dunia.

Semuanya ada disini termasuklah kedai melukis tatu dan piercing. 

Sebenarnya tidak pernah terfikir dikepala saya hendak melakukan tindik, tetapi entah kenapa pada satu ketika semasa berjalan disekitar lorong belakang diKao San Rd saya terpandang sebuah kedai yang begitu "simple" yang mengendalikan perkhidmatan piercing ini. Entah apa yang merasuk saya ketika itu, tiba-tiba timbul keinginan hendak menindik sebelah "tetek" saya waktu itu. Saya masuk kekedai dan bertanya harga perkhidmatan sekali cucuk. Seingat saya ia letak harga 800 baht (RM80) dan saya minta tawar dan dapat 600 atau 700 baht (saya tidak beberapa pasti dan ingat  harga yang tepat yang saya telah bayar).

Ketika itu saya tidak terus cucuk sebaliknya keluar dari kedai, kepala saya berfikir berulang kali "nak buat atau tak nak", saya merayau-rayau dan jalan tidak tentu arah berulang alik dihadapan kedai tersebut sambil berfikir, kebetulan tiada ramai orang diawal pagi  ketika itu.

Suasana diKao San Road di Bangkok

Setelah beberapa jam berfikir saya tekadkan juga hati masuk kekedai itu semula dan terus minta ditindikkan sebelah "tetek" bahagian kanan saya. Sebenarnya ada hati juga nak tindik dua-dua belah bahagian pada ketika itu, tetapi saya cuba sebelah dulu jika tidak sakit saya akan lakukan sebelah lagi. 

Mula-mula saya diberi pilihan untuk memilih bentuk logam tindik "silver" yang hendak di gayakan nanti, saya memilih silver bulat yang agak kecil. Mulanya ditanda dengan pen bahagian tempat yang hendak dicucuknya nanti kemudian disapukan sejenis cecair disekitar kawasan yang hendak ditebukkannya itu (cecair alcohol pembunuh kuman), nampak juga ia sediakan lilin dan dinyalakan api untuk memanaskan jarum diatas meja, kemudian dikepitkan hujung tetek saya dengan pengepit. Saya tidak pandang kerana perasaan pada ketika itu amat gementar, sebelum itu saya ada bertanya pada orang kedai tu sakit atau tidak, biasa lah katanya macam kena gigit semut aje rasanya.

Sama seperti proses yang saya alami dan bentuk "silver" bulat yang saya pilih, tapi itu sah bukan saya.

Saya duduk diam kepala saya palingkan kekanan, tiba-tiba.....supppp... jarum dicucuk argahhhhhhh......aduhhhhhh..... jerit saya dalam hati, pedihnya. Sakit yang teramat sangat.... terasa sakit macam bersunat dulu. Tetapi saya tahan kontrol macho. Setelah dimasukkan silver dan disapukan sikit alcohol. Done. Melayang 600/700 baht aku. Langsung tak jadi nak cucuk yang sebelah lagi. Kebetulan malam itu saya akan turun kembali ke selatan Thailand menaiki bas, waktu petang ketika menjenjing beg ke bas station terasa berdenyut-denyut dibahagian yang ditindikkan tu. Sepanjang perjalanan ke Hatyai sehingga ke Johor Baharu, sakit masih terasa. Menyesal? pada ketika itu memang tak menyesal malah tak sabar nak tayang pada member sekerja bila masuk kerja nanti. Tetapi kalau nak suruh tindik sebelah lagi minta ampun tak nak dah. Sakit.

Beberapa hari dan minggu kemudian sakit semakin hilang tetapi kadang-kadang tempat yang ditindik itu membengkak dan bila dipicit akan keluar nanah. Sebulan kemudian saya rasa kesan tindik tersebut semakin sembuh, saya kemudian beli silver yang lebih besar untuk digantikan silver yang asal itu. Malangnya silver yang besar tidak boleh dicucuk masuk, jenuh saya cucuk tapi masih tak boleh masuk. Tidak teringin pulak saya nak cucuk lagi sekali, so lubang  itu dibiarkan sahaja maka tertutuplah kembali sehingga sekarang.

Apa pun "nipple piercing" yang saya lakukan dulu buka punca sebenar saya dijangkiti HIV sebalikya saya mendapat HIV melalui aktiviti berisiko yang lain.

Itu kisah dulu, nasihat saya jika ada sesiapa yang teringin nak lakukan piercing fikirlah 100 kali, selain sakit dan boleh mengundang bahaya dijangkiti penyakit seperti virus HIV, ianya juga sebenarnya haram disisi agama Islam. Begitu juga dengan tatu.



Padah tatu sebar HIV di Bali
Nak HIV? buatla tatu….
 
GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan seorang pelancong asing mendapatkan tatu di Bali, Indonesia.
BALI, Indonesia – Pelancong asing diberi amaran agar mengelak daripada mencacah tatu di pulau ini selepas seorang penduduk Australia Barat (WA) dijangkiti virus sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS), lapor sebuah akhbar semalam. Jabatan Kesihatan Australia Barat menyatakan dilaman webnya bahawa semua bukti menunjukkan tatu yang diperoleh di sini baru-baru ini menjadi punca jangkitan tersebut.

Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit, Dr. Paul Armstrong berkata, mencacah tatu dan bertindik di luar negara terutamanya di negara-negara membangun adalah berisiko dan merbahaya.

“Kes ini membuktikan bahawa seseorang berdepan risiko kesihatan apabila menjalani prosedur seperti ini di luar negara,” katanya. Menurutnya, tidak seperti di beberapa buah tempat di seberang laut, pelukis tatu di WA perlu mematuhi peraturan dan kod amalan yang ketat. Justeru, beliau menasihati warga Australia yang pernah mendapatkan tatu di sini baru-baru ini agar menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. – Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST